Baru lepas blog walk ke blog Alis (爱) Peminjam.Rusuk.Fahri .. terbaca dia cerita pasal warna hijau.. macam-macam cara org decribe warna yang mereka suka..
Aku pulak.. ada 2 kawan baik.. meaning kawan selalu lepak masa makan tengahari.. dan kawan baik juga bila kena buat kerja sama-sama.. mereka ini termasuk golongan yang suka warna-warna tanah.. warna yang aku maksudkan adalah warna hijau alam.. dan warna coklat.. kenapa??? sebab banyak warna ini yang mereka pilih apabila melibatkan baju dan tudung..
Bila melepak dengan mereka.. warna baju dan tudung aku selalunya amat kontra dengan mereka.. sebabnya aku suka warna-warna ceria seperti.. pink, biru terang, kuning, oren, merah, hijau cerah, ungu dan warna-warna yang kita boleh kategorikan sebagai warna yang striking.. Namun koleksi baju kurung aku amat banyak warna pink, hijau, merah dan ungu.. manakala warna tudung fav aku adalah pink, biru dan kuning..
Sebenarnya kita semua pun tahu.. pemilihan warna secara tak langsung memberi impak kepada mood seseorang... dan adakalanya juga sering dikaitkan dengan personaliti seseorang..
Sumber dari sini Rahsia Warna Kegemaran Wanita
MERAH
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang.
BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.
HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.
HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.
COKLAT
Kaya dengan sifat keibuan, suka merendah diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.
UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.
KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.
KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.
PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.
Atau yang ini Rahsia Psikologi Warna
Merah – Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.
Merah terang – Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.
Merah jambu – Romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka.
Biru - Ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri.
Biru tua – Melambangkan perasaan yang mendalam. Bersifat perasa, bersikap tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kenalan.
Biru muda – Warna ini melambangkan keteguhan dan bertahan. Bagaimanapun, penggemarnya sedikit keras kepala, sering bangga diri dan berpendirian tetap.
Kuning – Mewakili sifat kegembiraan, cukup santai, mempunyai cita-cita setinggi langit.
Kuning terang – Melambangkan sifat spontan dan toleransi. Begitu menonjol tetapi berubah-ubah sikap, suka berharap dan dermawan.
Hijau – Melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keras hati. Mempunyai peribadi yang keras dan berkuasa. Warna ini mampu meningkatkan rasa bangga. Penggemar warna ini sering menjadi pilihan untuk mendapatkan nasihat.
Kelabu – Samar-samar karektornya. Kecenderungan lebih neutral.
Hitam – Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan.
Coklat – Suka merebut, tidak bertolak ansur, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan.
Ungu – Warna ini adalah campuran warna merah dan biru. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.
Setiap kita ada warna yang menjadi kegemaran kita.. ada warna yang kita rasakan lebih sesuai dengan kita dan ada juga yang kurang sesuai.. macam aku.. tudung yang berwarna gelap sering aku rasakan kurang sesuai dengan muka aku kerana ia membuatkan muka aku nampak pucat.. dan kusam jek.. dan selalunya warna yang sering mendapat teguran kawan-kawan bila aku memakai tudung kuning atau oren.. warna ini sering mereka kaitkan dengan nampak berseri dan ceria..
Tapi bila memilih seluar dan kasut.. selalunya aku lebih suka memilih warna hitam, coklat atau biru tua.. mungkin sebab dah biasa dengan warna tipikal begitu.. jarang rasanya aku memilih warna lain seperti putih, oren, merah dll.. walaupun pilihan begitu memang banyak di pasaran..
Kereta pula.. aku lebih suka yang berwarna silver, biru laut, kelabu.. kurang berminat warna hitam sebab nampak macam ganas jek.. hahaha... tapi kalau takde pilihan dan berjenama seperti BMW hahaha.. ok jek.. ;)
A colorful baju kurung today :)
Hari ini mood ceria macam kanak-kanak..
4 comments:
salam jumaat ;)
warna tudung akak tu fav kaler sy. pink salmon. tp sy ganas. bukan lembut gemalai. hiks.
dlm simpanan sy, dri segi baju2 dan tudung, nmpak mcm balance. hitam pon sy x byk kecuali jubah2. sy jenis takde fav tapi suka semua :)
Itu hari pun pernah dengar pasal warna biru. Saya suka biru. Bila diamati memang ada ciri saya la tu. Hehehe.
alis
hahaha tak kisahlah sis ganas ke lemah lembut ke.. org perempuan mesti ada lembutnya
baguslah kalau jenis tak kisah warna apa.. akak pulak warna2 tanah kurg sikit.. entah rasa macam dull je hehehe.. tapi kekwn akak ramai yg suka warna2 tanah nie.. so klu p beli kain dgn diorg sure susah nak decide hehehe
t.a.t.a
Biru antara fav kebanyakan org kan.. warna senang jumpa dan mudah nak padankan dgn apa sahaja
Post a Comment