Adakalanya bila kita menonton tv (selalunya lah).. kerap juga kita mendapat inspirasi untuk melakukan sesuatu yang mungkin kita dah lama tinggal.. atau melancung ke sesuatu tempat.. atau singgah makan-makan.. atau teruja untuk membuat kebaikan.. dengan adanya pengaruh facebook... web.. blog.. juga menyumbang pada perkara yang sama..
Selalunya bila menonton tv.. antara perkara yang sering memberi aku inspirasi adalah rancangan masakan.. rancangan dokumentari/ travelling/mencari makanan sedap dan kadangkala juga cerita-cerita yang menginsafkan..
Tapi biasanya yang paling teruja untuk membuat sesuatu adakala secara 'immediately' adalah rancangan masak.. ahaks.. aku rasa untuk mereka yang gemar memasak.. kebiasaannya rancangan seperti ini memang memberikan satu inspirasi untuk mencuba sesuatu yang baru.. Selalunya. jika bahan-bahan yang ditunjukkan itu memang ada dalam peti sejuk.. dan tempoh masa nak buat pun pendek dan singkat.. confirm.. dan dan tuh juga bangun dan terus ke dapur dan buat experiment... later in 30min.. dan melepak depan tv makan.. ohhh nikmat betul perasaannya...
Untuk pengetahuan dalam tempoh hampir 2 bulan nie.. aku sudah semakin kerap bawa bekal ke pejabat.. dulu ada kala sekitar 2 3 hari sahaja.. now.. almost everyday.. kecuali kalau dah lewat sangat.. tapi biasanya cuba juga untuk siapkan bekal sebelum ke pejabat.. hatta buat scramble egg.. dan terus buat sandwich telur.. Bila sampai ke pejabat dah tak pening fikir nak keluar cari sarapan lagi.. sampai ofis dan boleh terus buat kerja hingga ke tengahari.. later barulah klur makan untuk lunch..
Adakala juga bila singgah ke blog orang lain.. bila terjumpa artikel atau kisah yang dikongsikan.. terasa inspired untuk menulis begitu.. tapi bila rasa keterujaan tuh macam dah tinggal separuh jalan.. bila duduk depan blog sendiri nak menulis rasa macam 'blank' tetiba..
Adakala juga bila menonton cerita atau kisah 'cinta'.. terutama bila drama 'Master Sun' ditayang semula setiap malam ahad... rasa 'feeling cinta' tuh datang balik.. hahaha.. masih enjoy drama tuh.. walaupun dah khatam tengok dan berulang kali gak tengok dulu.. Begitu juga bila menonton movie romantik.. atau movie hebat yang pernah kita tonton sebelum nie.. masih suka lagi menonton balik walaupun telah diulang tayang banyak kali.. dan tidak semua movie meninggalkan kesan begini pada kita kan..
Adakala juga bila menonton rancangan makan-makan.. tengok suasana dalam kedai tuh macam menarik..maka kita pun teruja untuk mencuba.. dan sanggup cari kedai tersebut semata-mata nak cuba merasai makanan tuh.. kalau ok.. boleh datang lagi.. kalau tidak.. cukuplah sekali itu sahaja... dan mungkin bagi yang suka makan-makan akan terus memburu kedai-kedai lain untuk menjadi mangsa..
Adakala juga kita teruja naktengok wayang bila ada tayangan trailer filem yang nampak macam best.. terutama jika movie tuh dah kita tonton sebelumnya dan ianya adalah sequel pada filem itu.. Aku selalu lebih excited nak tonton filem begini sebab kita dah tahu ceritanya dalam filem sebelum dan sequel akan datang pulak seolah sesuatu yang kita nantikan..
Adakalanya juga..
Tengok orang melukis.. kita yang tak berapa pandai melukis pun macam nak lukis sama
Tengok orang berniaga.. kita pun pasang angan-angan nak berniaga juga :)
Tengok orang buat novel.. oh kita rasakita pun boleh menulis dan boleh buat novel.. (aku pernah berangan bab yang nie)
Tengok orang bercinta atau keluar dating atau bercouple.. Kita pun rasa macam nak ada pasangan..
Tengok orang ada duit banyak.. kita pun (semua org) pun nak kaya juga.. nak juga rasa bebas dari beban hutang
Tengok orang buat amal kebaikan.. kita pun mula pasang niat untuk ikut amalan yang baik.. dan berubah ke arah kebaikan..
Tengok orang jalan-jalan melancung.. kita pun rancang untuk jalan-jalan juga.. walaupun mungkin sekadar dalam malaysia atau balik kampung ;)
dan banyak lagi perkara yang mungkin memberikan kita insiprasi.. kerana faktor persekitaran.. kerana pergaulan.. kerana persahabatan.. kerana kejujuran.. dan sebarang sebab untuk kita berubah menjadi lebih baik..
Oh ya... baru-baru nie.. dengar seorang rakan nak buat umrah.. mula pasang niat InsyAllah untuk ke sana juga.. Boleh mula kumpul duit kan.. :)
So what inspired you?
p/s Terkesan secara langsung sejak kebelakangan ini dengan kata-kata seseorang tentang hubungan.. Terfikir adakala kita akan jumpa dengan orang yang begitu mudah membuang persahabatan semata-mata sebab 1 kesalahan yang kita buat.. sedangkan kebaikan yang pernah kita buat langsung tidak dipandang dan dinilai pun.. rasa sedih dengan manusia begini..
Menonton filem 'The Vow' semalam membuatkan aku tertarik dengan kata-kata ini..
"I chose to stay with him for all the things he's done right; not the one thing he's done wrong. I chose to forgive him".. True and inspired.. but some people just don't think this way...
Lesson learn..
Jika dia tidak tahu menghargai nilai persahabatan yang baik..
mungkin adalah lebih baik tidak perlu buang masa berkawan dengan manusia begini...
Jika dia tidak tahu menghargai nilai persahabatan yang baik..
mungkin adalah lebih baik tidak perlu buang masa berkawan dengan manusia begini...
3 comments:
wow.....
salam kak
1- akak ni lahir bulan berapa yer? between may-june ke? hihi, sebab n3 kali ni mcm ciri2 sy je, nak buat itu ini, tapi x tercapai laa semuanya :P
2- baru2 ni sy terselisih pendapat dengan bff sejak skola. lama hubungan tu nak pulih. biasalah contohnya org akan ambil "apabila 2 wanita masing2 mentadbir Negara, bila berlaku selisih faham, yg ada kemudiannya bukan perang, tapi dua buah Negara yg senyap (perang dingin)", bila fikir, betul tuh!
*after lama sangat, masing2 dh penat kot nak tunggu, baru ni dia balik Malaysia kejap uruskan hal borang, saya datang and act mcm biasa, n peluk kuat sket dari biasa tanda minta maaf :P
mmg penat kalau x berhubung lama2 ni, dan kita sedih, sebab selalunya kita akan tetap pilih sahabat, banding apa2 yg lain (in my case)
bila time x baik tu, rasa mcm2, tapi tuhan tu dia berikan kita memori yg ada, contohnya budi baik dia, kenangan manis antara kami.. bila fikir, mulalah nyesal. hurm.. terus rasa nak baik balik cepat2. gado org tua ni susah, sebab banyak berdiam diri, kan? dan paling tak suka, bila kita terpaksa meneka itu ini utk sedapkan hati sendiri.
bak kata matsal "don't assume, its an a** between u and me" huhu~
zonaku
:)
Alis
Tambah sebulan lagik sis.. akak lahir bulan july.. Biasalah berangan banyak.. tapi bila masa nak buat mcm malas.. tapi kalau bab masak.. ohh yang ini akak rajin sikit hahaha... sebab itu bdn pun ala-ala comel jek.. tak kisahlah janji happy... penting akak masak bkn utk akak tapi utk pakwe akak sama.. he's belly happy then I'm happy too..
Hahaha... memang gaduh org tua beghitu.. akak ada seorg gak kwn bujg akak yg dah mcm patah hati.. emmm sedih gak kalau fikir.. but life goes on.. malas dah nak fikir.. kalau Allah takdirkan akak jumpa dia balik and sambung hubungan insyAllah.. skrg nie masing2 bawak diri sebab sibuk dengan urusan masing2.. lgpun lokasi masing2 pun bkn ye dekat..
mmg gadoh org tua nie byk diam.. tapi gaduh dah tua2 nie buruk benar rasanya hahaha... tapi ada org tak fikir begitu.. malas dah nak fikir
Post a Comment