Tuesday 23 April 2013

Kembara Kuching- Hari ke 2 (Part 1) : Medan Niaga Satok dan Kampung Gersik- Kek Lapis Sarawak

Salam Petang Selasa

Hari kedua di Kuching, aku bangun lebih awal sebab subuh seawal pkl 5.15 pg.. Selepas solat, lepak baring-baring kejap, dalam pkl 6 bangun dan prepare sarapan pagi. Memandangkan semalam dah beli bihun di Giant Tabuan Jaya, so hari nie operasi masak bihun goreng.. Rajin kan kami memasak ;) biasalah kalau dah ada mak tuh.. memang kena masaklah.. Ok juga sarapan kat rumah.. takdelah sibuk-sibuk nak sarapan kat luar.. tapi kalau kami je.. mau sarapan kat kedai jelah..

Selesai masak semua dah nak dekat pkl 8. Pkl 7.30 tuh aku sms Hanna tanya jadi ke nak ambik kereta Exora, sebab semalam dia kata nak hantar kereta tuh service pkl 10. Dia beritahu ok pkl 8.15pg dia sampai.. Kami semua selesai makan dah nak dekat pkl 8lebih.. tapi Hanna sesat tak jumpa rumah hehehehe.. so dekat nak pkl 9.30 baru dia sampai, sampai 2 taman dia pusing.. terkeliru kejap dia.. Apapun kami dapat pakai kereta Alza putih pulak..

Kubah Ria & Medan Niaga Satok

Bila kereta dah sampai kami terus ke Medan Niaga Satok yang terletak sebelah dengan Kubah Ria untuk survey ikan terubuk masin. Bila kami sampai je ke pasar tuh. Ada lebih kurang 5 baris gerai yang menjual ikan terubuk masin. Masuk jek baris tengah tuh.. semua peniaga memanggil-manggil kami beli ikan. Gerai yang 1st tuh jual ikan terubuk masin sarawak, dia claim ikan terubuk masin dari sarawak. Harga oklah.. kebanyakan gerai kat sini jual ikan lebih kurang jek harga tak jauh beza sangat.. cuma yang mungkin beza; service, ramah tamah, sikap peniaga tuh.

Gambar gerai ikan terubuk masin takde sebab masa tu ramai sangat yang memanggil-manggil suruh beli ikan diorang.. terus ilang mood nak ambik gambar.. ;)

Mulanya aku dah pening kepala hahaha.. sebab lalu jek, semua memanggil suruh beli.. tapi sebab aku nak survey dulu, kami pusing dululah setiap gerai tuh tengok-tengok. Sebelum kami ke situ, pakwe dah beritahu awal yang dia pernah dengar satu rancangan radio dari salah seorang peniaga ikan terubuk masin. Pakcik tuh bekas tentera yang telah menetap di Kuching. Ikan terubuk pakcik nie ada logo 'X Army', disebabkan pakwe dah beritahu, so kami pun duk mencarilah gerai nie.. gerai nie baris ke 4 dari belakang dan kedai yang hujung sekali. Bila kami sampai jek, pakcik nie pun macam peniaga lain promote lah ikan dia. Bila dia tanya kami dari mana, pakwe awal-awal dah beritahu dia orang Negeri Sembilan dan kami dari Selangor. Bila sebut jek N9, terus pakcik tukar slang hahaha.. rupanya dia orang N9. Tanya lagi N9 kat mana.. apa lagik.. rupanya 2 orang abang dia sekampung dengan pakwe.. Apa lagik.. memang confirmlah beli kat dio kan.. hahaha... so apa lagi sesi order ikan. Pakcik nie boleh hantar ke airport dengan syarat harga ikan tuh harganya lebih RM50 ke atas, kami order dalam RM100. Pakcik nie pun promote beli kek lapis dari gerai orang rumah dia, isteri pakcik nie pun buka gerai kat belakang tuh. Yang buat kek lapis nie anak perempuan dia juga. Aku beli 4 kek lapis kat makcik nie. Rasa sedap juga. Kek dia tak banyak tapi oklah kalau nak pilih-pilih.

Antara sayuran yang ada di sini 

Masa nie juga aku survey udang galah, kebanyakan jual 1kg RM60. Selain tuh kami pun jenguk-jenguk juga gerai hasil hutan dan sayuran. Macam-macam jenis sayur dan buah hutan kami jumpa. cari juga sayur midin, tak banyak pulak yang menjual. Mak singgah beli beras. Beras bario dengan harga RM13 sekilo. Semalam masa makan di TopSpot, mak kata berasnya sedap dan lembut. Itu yang dia teringin nak beli. Lagi pun sarapan pagi esok, mak cadang nak masak nasi goreng. Selepas selesai tengok-tengok sekitar pasar kami pun mula bergerak keluar dari kawasan Kubah Ria.

Pasar Satok yang dulunya di Jalan Satok dah berpindah ke sini Medan Niaga Satok..

Jenguk apa yang ada


Jalan Brooke-Kampung Gersik : Kek Lapis Dayang Salhah  

Selepas itu kami pun mula berpusing-pusing ke Waterfront Kuching, cari parking takde yang kosong. Tempat yang kami parking malam tadi pun penuh, Bila dah sampai ke situ, kami nampaklah Astana yang kami tengok semalam dan pakwe perasan ada motor dan kereta di seberang jalan tuh. Maksudnya jalan ke situ ada.. Seperti semalam kami cuba cari jalan ke situ tapi tak jumpa..

Disebabkan dah berpusing-pusing, aku on mobile internet, on GPS aku.. dan kenalpasti jalan tuh namanya 'Jalan Brooke' berhampiran dengan Kampung Gersik dan Kampung Boyan yang terkenal dengan kek lapis sarawak. Aku suruh adik aku set GPS ke Jalan Brooke dan GPS bawak kami ke situ naik 1 jambatan dengan jalan 3 lane yang dikenakan tol sebanyak RM1.60. Sebenarnya ada jalan lain yang tak dikenakan tol melalui Kubah Ria, naik jambatan merentasi Sungai Sarawak. Jalan berjambatan yang bertol nie lebih dekat dan tak banyak kereta sangat berbanding jalan ke Kubah Ria tuh..

Bila dah seberang tuh.. kat sini jumpalah roundabout yang ada nama panjang-panjang tuh.. Akhirnya kami sampailah ke Jalan Brooke.. hujung jalan tuh adalah Tempat makan 'My Village Barok' rumah yang dibuat daripada kayu tapi kalau sekali pandang macam rumah lama yang usang dan scary sikit hehehe.. tapi sebenarnya tempat makan.Tengok dari tepi jelah..

Papan tanda ke Kedai Kek Lapis Dayang Salhah

Kami pusing-pusing gak situ dengan kereta, parking penuh.. Di sinilah terletak 2 kedai kek lapis sarawak yang popular, Mira cake house dan Dayang Salhah. Kedai Mira house nie boleh nampak dari tepi jalan jek.. dan boleh nampak susunan keknya kat luar kedai, Kedai Dayang Salhah pulak kena jalan kaki ke dalam sikit. Mulanya aku pun keliru sebab dari signboard tu ada jalan kecik tapi macam lalu tepi rumah orang je.. Akhirnya kami redah jelah. Rupanya kedai tuh kat belakang sikit.. dari depan jalan utama tuh memang tak nampak.

Boleh rasa kek-kek yang ada kat sini

Antara kek yang ada

Masa kami sampai tuh dah ada beberapa orang dalam kedai.. Tak lama lepas tuh ramai yang sampai pulak. Boleh rasa macam-macam kek yang ada, kebanyakan dari harga RM10-20. Kalau yang dalam fridge, lebih mahal sikit. Macam-macam kek ada, blueberry cheese, Nur kasih, Ombak Rindu, Adam & Hawa, Pandelela, Harimau Muda, Red Velvet, Ice-cream cheese, Lumut dan macam-macam, boleh rasa dan pilih yang mana suka. Mak, aku, pakwe dan adik pun memborong hehehe... sampai 3 kotaklah kami beli yang siap pack.. Ramai juga artis yang singgah kat kedai nie.. diorang siap letak frame gambar lagi..

 Gambar artis yang pernah singgah

Antara gerai jual ikan terubuk masin berdepan dengan kedai kek lapis Dayang Salhah

Oh ya aku tak ke kedai Mira Cake House, sebab dah memborong kat Dayang Salhah. Ada juga yang aku dengar-dengar dari customer yang datang kat situ yang kedai Mira Cake House tuh jenis keknya jenis basah berbanding Dayang Salhah yang lebih kering. Lagipun malas nak beli banyak-banyak sebab sapa nak makan. Nie pun dah puas fikir sapa nak bagi.. 2 kawan baik aku lak sekarang nie di luar bumi Malaysia.. nak tunggu diorang balik pun lagik 2 3 minggu. So beli setakat mana yang dapat jelah.. Tapi InsyAllah next time boleh singgah beli kat Mira Cake House pulak.. (kalau p Kuching lagi ler.. InsyAllah)

Selepas keluar dari kedai kek Dayang Salhah, dah nak pkl 2 petang. Berdepan dengan kedai kek Dayang Salhah nie ada medan makan. Disebabkan dah tengahari, tak ramai yang singgah kat sini. Dalam tuh banyaklah kedai-kedai makan. Kami decide makan kat situ je sebab tak payah susah-susah nak pergi makan tempat lain. Mak, aku, adik order laksa sarawak. Pakwe dan adik lelaki aku order nasi goreng dan maggi goreng. Best juga makan kat situ sebab lengang dan tepi sungai. Angin sepoi-sepoi je rasa.. tak jauh dari Medan makan tuh, nampaklah orang naik sampan dari seberang waterfront tuh. Selain dari ikut jalan darat ke Kg Gersik tuh.. Boleh juga ambil bot penambang dengan bayaran RM0.50-1.00. Bot akan henti berhampiran dengan Kedai My Village Barok. Kalau nak beli kek lapis, mula-mula akan jumpalah Mira Cake House, kena jalan ke depan sikit akan nampak signboard Kek Lapis Dayang Salhah pulak. Tapi sekitar kawasan Kg Gersik tuh, banyak signboard kedai kek lapis jenama lain.. Boleh pilih yang mana nak.. 

Pemandangan mengadap Waterfront Kuching

Medan makan yang kami singgah

Selepas melepak sekejap sambil melayan 3 ekor kucing penunggu setia kat medan nie hehehe.. Siap bagi makan udang eksen tak nak pun.. Kami mula gerak ke Waterfront semula untuk membeli souvenier..

Bersambung.. (Hari-ke-2-Part-2)

3 comments:

julietchun said...

mahal ya beras bario, kami makan beras cap rambutan sajok :D

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Juliet

ikutkan mmg mahal.. tapi sebab nak merasa.. beli jelah ;)

Juls Julie80 said...

assalam..

salam ziarah..

dulu2 selalu jugak borong kek dyg salhah..tp sekarang klu balik Swk, borong kek lapis Mira jer sbb mira ni lg moist & budak2 opis suka..dyg salhah kering sikit tekstur keknyer..

heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...