Thursday, 26 May 2016

Day 4: Arriving in Tokyo

Assalamualaikum

Lama sungguh nak sambung entri nie.. tapi gagah juga nak update... ini kerana jika pengalaman ini tidak ditulis, pastinya kenangan ini juga akan tersimpan tanpa dikongsi bersama..

I miss japan... ok.. plan nak pergi semula pada 2017 atau 2018 nanti :)

Sambungan daripada sini
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selepas 'check-in' di hotel dan letak semua beg-beg kami. Kami pun mula bergerak untuk menjelajah tokyo. Tujuan kami nak beli souvenier dan jalan-jalan sahaja. Kami kembali ke Shinagawa Station dan mengambil keretapi ke Takeshita Street. Stesen yang kami tuju adalah Harajuku Station.

 
Shinagawa Station

Jalan Takeshita ini juga dikenali sebagai Takeshita Dori dimana terdapat banyak kedai-kedai butik fesyen bercirikan amerika dan anime. Kami menuju ke Jalan Omotesando yang juga dikenali sebagai Tokyo's Champs-Elysee. Di sini terdapat kedai-kedai yang berjenama.

 LaForet Harajuku dan Tokyu Plaza Omotesando Harajuku


Kami berhenti di sebuah gerai yang menjual pakaian kimono lama dengan harga yang murah. Sebelum tiba ke Tokyo aku dah mula mendapat beberapa pesanan untuk membeli kimono, so misi seterusnya adalah untuk mengambil beberapa gambar kimono dan upload ke facebook untuk sesi 'confirmation' nanti.
 
 Kimono yang terpakai

Kami sekadar melihat-lihat sahaja. Kami mula bergerak ke sebuah kedai bernama 'oriental bazaar' yang terletak di Omotesando. Gerai ini banyak menjual cenderahati dari kimono hingga ke poskad dengan harga yang lebih murah.
 Happi Coat dan Kimono di Oriental Bazaar


 Tidak ada orang lokal yang singgah di sini sepanjang kami ke kedai ini sebanyak 3 kali.. hanya pelancong sahaja yang kami jumpa. Kenapa aku katakan murah? sebab ada sesetengah barangan di sini kami dah bandingkan harga di tempat lain. Kami sekadar melihat-lihat beberapa barangan dan berjanji akan kembali ke sini semula untuk membeli barangan kemudiannya.

Oriental Bazaar

Selepas berjalan-jalan sekitar Omotesando, kami mula bergerak pula ke Takeshita Street untuk melihat fesyen remaja jepun. Ketika ini hari sudah semakin gelap dan kurang kelihatan gadis-gadis comel yang selalunya berdiri di pintu masuk untuk menjemput pelanggan masuk. Kami sekadar melihat-melihat dan mengambil gambar sahaja.
 Takeshita Street atau Takeshita Dori


Tidak ada apa yang kami beli di sini, kami lebih sekadar melihat-lihat sahaja. Lagipun baru sampai ke Tokyo, kami merancang untuk datang semula nanti untuk membeli souvenier sebelum pulang. Sedang kami berjalan, kami terjumpa kedai King Kebab, aku lebih teruja sebab ianya halal.. so apa lagi.. kami naik ke tingkat atas dan mula membeli kebab. Kanako dan Nuch turut membeli kebab. Kami beli bungkus dan makan di bahagian bawah kedai tersebut.

King Kebab Harajuku

Selesai makan, kami singgah pula ke Daiso Harajuku dan membeli beberapa barangan yang kami berkenan.


Selesai membeli belah serba sedikit, kami mula bergerak balik ke hotel. Hotel kami menyediakan bas pergi-balik ke Shinagawa Station. Ini amat memudahkan kami. Malah hotel yang kami tinggal juga berhampiran dengan stesen keretapi ke Haneda Airport.

Sampai ke hotel, kami sambung makan makanan segera yang kami bawa dari negara masing-masing. Masa inilah aku ambil peluang upload gambar-gambar di facebook. Ketika ini aku mendapat beberapa pesanan 'confirmation' membeli kimono daripada 2 sahabat baik, aku maklumkan pada kanako yang esok kita perlu ke Harajuku semula untuk membeli beberapa kimono di gerai tepi jalan dan juga di Oriental Bazaar. Selesai bersembang kami pun berehat untuk perjalanan seterusnya esok..

2 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Salam kenal T3PCute,

Kalau dah kata nak pergi lagi..
Tentu bestkan Jepun tu..
Akak pun teringin nak pergi..
Lebih2 lagi waktu sakura tengah berkembang :D

akak follow #46, jemputlah ke blog kecik akak ye :)

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

kak Yati

Terima kasih kerana sudi singgah ye.. saya dah melawat blog akak.. byk resepi ye :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...