Thursday, 1 September 2011

Sayang, Cinta & Kasih

Masih aku ingat pada hari ini.. Kami diijabkabulkan di rumah mak di kampung.. Selepas solat Zohor.. dengan 2 kali lafaz.. Akhirnya aku jadi milik dia.. dan dia jadi milik aku.. Tahun ini sudah lebih angka 10 ulangtahun perkahwinan kami.. Semoga Allah kekalkan cinta & kasih sayang ini hingga ke Syurga..

Masih ingat kisah cinta yang pernah aku tulis dulu.. Ketika menghampiri penghujung Ramadhan yang lalu.. Seorang rakan bertanya tentang kisah cinta aku.. Kata dia.. dia tertanya-tanya bagaimana aku kenal dia.. Kebanyakan rakan tahu kami sama sekolah dulu.. Cuma tidak ramai yang tahu bagaimana kami bercinta.. So satu petang itu.. Aku ceritakan serba ringkas kisah cinta kami.. Rasa macam ulang tayang jek versi kisah cinta yang aku tulis itu.. cuma kali ini aku ceritakan secara verbal pulak...

Kata rakan.. dia kagum dengan sikap dia.. Memanglah.. Dia di sini dikenali sebagai seorang jejaka yang amat 'Cool'.. Pendiam.. relak.. sentiasa senyum.. Sampai pernah ada yang cakap dengan aku.. Rasanya macam tak percaya kalau tengok dia marah.. Hahahaha.. Hanya aku jek yang tahu perangai sebenar dia.. tapi biasalah.. Kalau bab-bab membebel tuh.. memang orang nampak aku yang lebih dan aku yang lebih garang..

Hingga pernah ada orang kata aku dan dia selamba sahaja.. Tak nampak sangat romantiknya.. cuma aku sering dengar dari mulut rakan-rakan aku.. Dia ketara nampak sayangnya pada aku.. hahaha.. tapi aku?? Bukan tak nak tunjuk sayang depan orang.. Aku tak suka pamerkan kasih sayang aku.. Hanya mereka yang benar-benar rapat dengan aku.. tahu sejauhmana kasih sayang aku pada dia.. cuma aku tak suka zahirkan depan orang.. Namun kalau kat rumah.. yang hanya ada aku dan dia.. Itu tempat aku dan dia bermanja..

Cincin perkahwinan dan hadiah hari jadi..
Semuanya dari dia
Semoga cinta kami kekal hingga ke Syurga

2 comments:

kueh bakar said...

oh akak virgo jugaklah.samalah.

selamat hari jadi.selamat anivesari.

'cinta itu umpama pokok.tumbuh.membesar.membunga.berbuah dan akhirnya menghasilkan anak pokok yang baru.'

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Kueh

Akak bkn lahir bln nie betday akak dah lama lepas.. dan akak bkn virgo.. so kalau sama ngan ko.. maknanya birthday ko baru lepas ler nie.. happy birthday ye dik ;)

;) luv the quote

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...