Tuesday, 13 September 2011

Angin kuat..

Salam Selasa,

Sejak semalam kami telah diberikan amaran tentang angin kenyang yang bertiup beberapa hari ini.. pengguna jalan raya.. malah yang berjalan kaki juga diingatkan berkali2 tentang angin kuat yang bertiup setiap waktu.. Ini fenomena biasa sebenarnya kat sini.. cuma untuk 2 3 hari nie.. amaran berita telah diberikan supaya orang awam sentiasa berjaga-jaga.. Beberapa jambatan tak silap aku ditutup laluannya kerana kelajuan angin yang kencang..

Sejak semalam hujan dan angin silih berganti.. bab rasa nak melayang tuh biasa rasa pun.. cuma kali nie terasalah speed angin kali nie lebih dari tahun2 yang lepas.. Semalam ada kes pemandu mati kemalangan kerana speed angin hingga 80mph (batu sejam) iaitu lebih 200km/j camtulah...


Kerja masih cam biasa.. cuma aku dah mula terasa sejuk menunggu dalam kereta sebab dah nak masuk autumn.. dan skrg nie dengan suhu yang kdg1 sampai 5darjah celcius pun dah mampu buat aku mengigil.. terpaksalah kan.. sempatlah tido 10-15 min sementara tggu pkl 6.20 sebelum aku p punch in.. tak tahulah camna nak bayangkan masa winter nanti.. Rasanya aku pun dah kena mula tukar pakai jacket wool... tapi buat masa nie aku masih maintain jaket hujan regatta aku.. sebab cuaca yang hujan pg petang nie.. lepas nie.. jacket wool panjang hingga ke lutut akan jadi peneman setia..

Menunggu hari yang panas kembali camnie..
Harapnya mentari akan muncul kembali..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...