Friday 6 December 2013

Bila ada rasa marah..

Salam

Apa perasaan bila ada orang perli-perli hingga tahap jatuh menghina orang tuh..

Apatah lagi dia dah pangkat separa bos.. tapi perli sampai cakap.. kot-kot kita pun nak jadi macam dia.. kekonon dia ingat kita teringin sangat nak pegang jawatan macam dia..

Walhal dalam hati orang yang diperli.. langsung tak teringin pun pegang apa-apa jawatan..

Bila seseorang itu cakap begitu perkara pertama yang datang dalam fikiran aku adalah..

Orang ini bangga sangat dengan jawatan dia..
Dia rasa kerana dia berjawatan.. dia rasa orang lain kalau tegur atau tak sependapat dengan dia.. dia rasa dia dicabar..
Dia ingat orang lain teringin nak pegang jawatan dia.. sebab itu mereka tak sependapat dengan dia..
Dia rasa dia dah cukup bagus hingga orang lain tak boleh tegur.. atau takde hak nak tegur dia..

Kesian manusia macam nie.. itu jek yang mampu aku nak cakap.. kesian sebab menampakkan 'kebodohan' dan 'berlagak' diri sendiri depan orang lain..

This kind of human is so pathetic and shallow minded.. 
Kesian sungguh...

p/s Semoga aku takkan dilantik apa-apa juga jawatan tinggi hingga aku pencen.. rasa lebih bahgia hidup tanpa pegang apa-apa jawatan penting.. Tapi aku mahu orang kenal aku sebab kerja aku.. bukan sebab jawatan aku.. Doakan aku ye..

11 comments:

julietchun said...

tak salah berjawatan tinggi, yg salah bila tinggi diri ataupun berhidung tinggi. :D

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Juliet

Betul tak salah jawatan tinggi.. tapi kan kebanyakan kes bila dah berjawatan tinggi hampir 80% adalah tinggi diri.. itu yg tak tahan tuh.. yg best lagi.. jawatan tuh pun rotation tiap 2 tahun sekali jek.. bukan tetap pun.. itu yg rasa lg menyampah berganda2..

Anonymous said...

kak

semoga anda cepat naik pangkat
amiinn...

ahaks

t.a.t.a said...

sama macam aku. kenapa aku tak minta kaya? aku takut aku lupa diri. memang sekarang kita dengan yakin cakap kita akan kekal sama, tapi bila dah tiba masanya nanti memang kita akan riak, bongkak, lupa diri.

aku fikir semula, kenapa Dia tak jadikan aku cantik? kenapa aku tak lawa, kenapa aku gemuk?

mungkin sebab nanti kalau aku kurus, aku lawa, aku jadi lupa diri. aku pakai yang seksi meksi. aku buat maksiat itu ini.

jadi bersederhanalah dalam setiap perkara.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Anon (ko ke kueh?)

Cis doa ini.. sebenarnya memang tak minat nk pegang jawatan sbb kat sini bila pgg jwatan asyik pergimeeting jek keje ye.. dan kena smpi ofis pkl 8.. bosanlah.. baik kj cam skrg.. xde pun xde sapa carik..

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

t.a.t.a

I agree... tapi yelah ada org pernah argue.. sebab kata kita tak pernah cantik.. sebab tuh cakap tak nak cantik.. sama mcm kes aku.. tak pernah pegang jawatan tinggi.. sebab tuh ckp camtu..

Which is wrong!!
Aku pernah pegang jawatan begitu.. dan aku tak suka kehidupan tuh.. sebab pegang jawatan camtu pun bukan ye aku dapat duit lebih atau jadi kaya pun.. dapat elaun pun itu pun sebab keje hakiki yg sedia ada dah byk.. tambah ada jawatan berganda2 bertambah.. lepas tuh hidup xde privacy.. tak dtg keje sure org cari.. p mana pun org tanya yelah dah ada jawatan.. xdtg meeting pun org persoal.. lebih baiklah jd mcm skrg.. nak lepak kat mana2 xde org cari.. nak balik awal dtg lewat pun xde org tanya.. best tau jd invisible (takde jawatan nie)

Sama macam kes jadi cantik..

Pada aku kecantikan yang manusia sering nilai adalah kecantikan fizikal.. dan kecantikan pada mata manusia.. itu normal..

Untuk org suka pada kita.. kecantikan fizikal nie sementara jek.. sebab akhirnya yang dalaman itu jadi nilai akhir..

tapi kalau nak kurus.. pun apasalahnya.. I kalau nak kurus utk 1 sebab jek.. supaya mudah untuk solat beribadat itu jek.. dah pernah rasa bila 2minggu solat duduk bila kaki bengkak dan badan berat.. rasa sujud itu ditarik.. solat rasa tak lengkap ;)

t.a.t.a said...

oh aku tau tang tu. aku pernah alami sakit lutut sebab badan berat. solat tak sempurna rasanya. mak aku pun laa ni solat kat kerusi. itu sebab dia dah berumur.

kaki kau bengkak? tang mana?

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

t.a.t.a

Aku rasa umur cam kita nie.. kalau kurus sebab nak cantik dah xsesuai kot.. kecantikan umur dkt nk 40an nie bukan lagi dikira dari fizikal.. tapi dari segi mental dah..


Tuhlah.. bila keje asyik duduk jek.. berat bdn mmg senang naik jek.. aku truk kaki kiri.. sbb penah jatuh dulu.. bila dah age camnie.. sakit dedulu tuh mulalah dtg balik

t.a.t.a said...

betul. umur macam kita ni susah sket nak kurus. lain la kalau pi liposuction. hahahaha banyak nya duit.

t.a.t.a said...

cakap pasal jatuh, aku banyak kali jatuh. jatuh motor. jatuh longkang. jatuh basikal. jatuh cinta! hahahaha


tapi jatuh-jatuh tu semua aku tak pi urut pun. biar baik sendiri aje. and some said nanti sakit masa nak bersalin (insyaAllah, panjang jodoh dan panjang umurnya! hehehe) masa tu la sakit yang jatuh² ni semua datang balik.

betul ke?

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

t.a.t.a

Aku rasa xyah tggu bersalin.. bila umur dah meningkat dan antibodi badan dah rendah.. memang sakit semua dtg balik..

Dulu 5thn lepas mengajar berdiri 2 3 jam pun xde hal.. skrg.. berdiri sejam pun dah xlarat dah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...