Thursday, 21 November 2013

UYDL- A review of a book -Ulu Yam Di Liverpool

Salam

Hari ini nak share review tentang buku UYDL.. Ulu Yam Di Liverpool ditulis oleh seorang jejaka hensem bernama Nazali Noor merupakan seorang pensyarah kanan di John Moores University Liverpool.

Minggu lepas buku ini antara top 2 dalam senarai MPH dan kini sebanyak 200 naskah telah diulang cetak. Total semuanya mungkin menghampiri 1000 yang telah dijual.

Buku ini pasal apa?

Buku ini tentang kisah hidup seorang jejaka bernama Nazali Noor yang dilahirkan di Negeri Sembilan dan dibesarkan di Ulu Yam dan kini menetap di UK serta bekerja di sana. Banyak kisah semasa kecilnya, kisah hubungan dengan keluarga baik Mak, Abah, abang-abangnya.. tidak ketinggalan juga kisah cintanya.. dan turut memasukkan kisah keluarga 7 beranaknya sekali..

Paling menyentuh hati adalah kisah Mak dan bingka itu.. merupakan antara kisah abg naz dengan kuih bingka yang pasti dibeli setiap hari di bulan Ramadhan.. kisah ini pasti membuatkan sesiapa menangis.. dan banyak lagi kisah yang pasti buatkan anda tak cukup tisu menyapu airmata 

Apa yang best??

Siapa yang membaca buku ini pasti berkaca matanya kerana menahan sebak.. setiap bab yang diceritakan ada nilai dan tauladan yang kita boleh ambil sebagai panduan hidup. Abg Nazali ini bermula dengan menulis Blog.. dan banyak kisah-kisah yang dimasukkan dalam buku ini adalah kisah yang pernah dikongsikan dalam blog dan ditambah dengan kisah-kisah semasa tinggal di UK.

Buku ini memang best.. kisah hidup yang diceritakan itu cukup menarik dan meninggalkan kesan yang mendalam pada setiap pembacanya.. Membacanya membuatkan kita rasa dekat dengan penulis dan seolah-olah mengenali lebih rapat penulis ini..

Oleh itu aku promote sangat-sangat buku ini.. Bukan kerana aku kenal penulis ini :) tetapi sememangnya penulis ini cukup berbakat.. dan perkenalan kami juga bermula dengan Blog.. Ya di Blog aku kenal Abg Nazali.. ketika itu nama pena adalah 'Abah Najwa' dan di situlah kami cukup suka membaca kisah demi kisah yang dia tulis di situ.. Kini blog masing-masing pun dah sepi sunyi jek.. ;)

So apa lagi... Jika berminat.. Jangan ketinggalan untuk mendapatkan buku ini di MPH ye..


Berminat nak follow pasal UYDL ini.. 
Boleh follow di facebook UYDL

Dari hanya seorang penulis blog.. kini dah menjadi penulis buku..
Hebatkan jadi blogger nie ;)

23hb Nov 2013 pkl 8.00pg penulis ini akan bersiaran di radio suria fm utk mengulas ttg buku ini..
Hari yang sama pkl 2-4ptg pulak ada pelancaran buku di MPH Alamanda Putrajaya

p/s kalau abg nazali terjumpa blog nie mesti tertanya2 siapa aku agaknya ;)
 hint: sup tulang kambing

11 comments:

Iskandar Syahril Ibrahim Sukri said...

hmmm... terasa nak cari buku ni lak.... kat mana nak beli kat Vienna nih....

my name is ivana said...

Sis,
Tumpang tanya..apa nama blog tuan penulis tu eh?
Macam best ja novel ni..

Cerita benar, lebih mudah untuk di hayati :)

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Iskandar

Boleh cuba pergi ke link facebook tuh. Tuan punya buku tu ada stok di liverpool maybe boleh poskn dr uk. Dia pun ada team yg boleh poskn dr malaysia.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Ivana

Blog asal dia dah lama tutup. Skrg dia lebih aktif menulis di facebook. Boleh try cr buku tu di mph cuma rm 19.90 je. Klu order online dpt diskaun xsilap tp ada kos pos

Anonymous said...

esok gi MPH.. dah 2 bulan tak beli buku...

hari tu budget nak save rm 10 sehari untuk buku . Yelah, kengkawan RM 10 untuk rokok...nak imagine kalau hari2 sepuluh ringgit beli buku, agak2 setahun tu penuh tak bilik...errmmm..

kueh

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

kueh

Sehari simpan rm10 dik? wah sebulan dah jadi 300.. banyakj buku leh beli tuh.. rasanya tak sampai setahun.. 6 bulan dah penuh dah kot.. good for you dik..

Esok penulis buku tuh ada pelancaran buku tuh kat alamanda putrajaya pkl 2-4ptg ;)

kueh bakar said...

budget je kak..hard true tentang budget - selalunya lari budget.. hahahahaharuuuuuu...

Kenari Putih said...

saya pon dah beli online dah buku ni. teruja jugak nak baca dan mengenali abah najwa ni. sy beli online di MPH. jimat masa. just tggu buku smp le via pos. kat mph buku ni tgh ada less sbb laku sgtt.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

kueh

takpe.. perlu ada mimpi.. kalau tak dapat buat rm10 sehari.. buat rm20 seminggu.. sebulan dapat gak rm80 lepas gak beli 2 3 buah buku ;)

kenari

Tahniah sebab dah beli buku tuh.. mesti kena baca sampai habis.. it's worth buying ;)

Anonymous said...

AsSalam.. Boleh hubungi LR Raudhah Enterprise 0132089383 bagi anda yg ingin memiliki buku ini. Harga buku termasuk penghantaran S. Malaysia:
Kulit Nipis RM30
Kulit Tebal RM50
Alhamdulillah, Syukran, tk - Toklang
Add Fb: Toklang Lazim Mohd Noor
In Shaa ALLAH

yushanieza md yasin said...

saya beli buku ni di airport senai jb

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...