Monday, 17 October 2011

Bersiaran hari Ahad..

Salam Malam Isnin..

Jam dah pukul 9 malam.. waktu ini korang yang kat mesia semuanya sedang enak beradu lena.. Tapi bila aku online chat aku.. ada gak beberapa orang chatters.. yang pernah aku chat dedulu masih tak tidor.. ada yang ala-ala nak mengatal gak hahaha.. tapi semuanya aku tak layan.. ada juga yang tanya khabar.. sebab ada sorg dua yg memang tahu aku kat 'over the sea' dan ada sesetengah tuh sekadar tahu aku kat mesia..  Takde yang menarik pun nak dibualkan sebab aku sendiri pun takde mood nak bersembang dengan orang malam nie..

Hari sabtu dan ahad aku lebih banyak lepak kat rumah.. Macam biasalah kemas umah.. buat itu ini semua..itu pun biasalah hanya hujung minggu sahaja masa yang aku ada nak kemas dan bersihkan rumah.. week days biasanya aku tak punya masa sangat.. balik rumah dah sibuk nak masak.. makan.. tak lama pkl 10 aku dah mula ready nak masuk tidor.. yelah pkl 4lbih nak bangun dah kan..

Mood masih camtu gak.. Cuma rasa dah ok sikit.. cuma masih ada sisa2 rasa down sikit.. Cumanya aku malas nak fikir sangat.. Esok kawan aku viva lagik.. hby pada kwn baik aku.... kiranya kawan jugalah.. wife dia dah call aku pagi tadi sebab hari nie birthday kwn baik sorang lagi.. dia plan nak wat surprised birthday esok.. lepas hby dia viva.. Aku ok jek.. I'm happy for her.. aku doakan hby dia lepas viva dengan cemerlang.. Giliran aku?? entahlah.. tak nak fikir.. buat masa nie.. aku cam rasa tak boleh nak fikir positif dah.. hahahaha... something wrong with me ke???? Aku tak tahu... but seminggu lepas nie.. banyak benda berlaku yang menyebabkan semangat aku semakin merundum jatuh... Sort of aku dah berserah dan mengalah... I know.. korang yang baca nie mesti akan bagi aku semangat.. I know I should carry on.. yeah selama 5 thn ini aku dah puas tanamkan kekuatan semangat dan fikiran positif ini.. kali ini aku benar-benar rasa aku redha dah...

Masihkah ada peluang dan kejayaan itu untuk aku??? Aku tak tahu.. Hujung bulan nie aku akan buat keputusan.. Kawan baik aku dah cadangkan aku untuk balik sahaja bulan 12 nie.. sebab dia tengok aku teruk sangat menangung bebanan tekanan... Dia satu-satunya dalam banyak kawan-kawan aku yang nampak tekanan yang aku alami.. cuma aku belum nak jadi gila jek hahahaha... harap maklum aku masih waras dan rasional ok..  Cuma aku beritahu dia.. keputusan muktamad akan aku buat penghujung bulan ini.. bila aku decide nak balik.. aku akan balik bln 12 nie.. mungkin juga.. dia kata aku perlu balik untuk ambil semula semangat aku.. sebab dah banyak sangat yang aku lalui..

Aku redha dah tahap nie.. sebab aku rasa aku dah usaha sehabis daya aku.. aku dah buat yang aku termampu.. kali ini aku rasa sudah sampai masa untuk aku pulang... duduk lama lagi kat sini aku makin rasa tertekan... Cuma aku harapkan ada 'miracle' pada minggu depan ini yang mungkin mengubah semua rasa-rasa ini nanti.. Siapa tahukan... Mungkin sahaja Allah berikan aku keajaiban..

P/s Aku nak berhenti solat isyak dan masuk tidur.. Rutin untuk esok berulang kembali

3 comments:

ku-cit said...

dah 5 thn akak duk sana ker???

Anonymous said...

di ketika waktu
kadang kita tiada rasa
kadang kita tiada semangat
kadang kita putus asa
kerana kita manusia

masa-masa begini
masa-masa untuk kita
'bercakap' denganNya
kerana Dia sahaja
mendengar lagi Maha mendengar
melihat lagi Maha melihat
tahu lagi Maha tahu
Dia maha segalanya

ps-semoga miracle happen.amin!
ygjugamenunggumiracle
-kueh-

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Ku-cit

;)

Kueh

Akak nak senyum jek.. Yeah.. Meminta pada Dia adalah yang paling utama

InsyAllah.. Tidak ada yang mustahil andai DIA kata Jadilah.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...