Monday, 31 October 2011

Rezeki kita.. Rezeki orang..

Salam Isnin,

Semalam jam telah dilambatkan sejam.. kini beza waktu Malaysia dan UK menjadi 8jam berbanding 7 jam semasa musim summer ari tuh.. Kini secara rasminya dah masuk musim winter.. Official.. Bila Jam dah dilambatkan bermakna kini siang menjadi lebih pendek dan kini malam pula menjadi lebih panjang.. Maghrib kini dah 4.40ptg.. Isyak dah 6.39ptg... kini beza zohor dan asar hanya sejam sahaja.. Aku sebenarnya memang tak suka sangat bila masuk musim winter.. bila siang menjadi lebih pendek.. memang mood pun rasa macam kelam jek.. Matahari terbit pun dah pkl 7.30pg.. buat kerja begitu begini pkl 4ptg dah mula gelap dah... Itu belum lagik bila kena musim hujan.. langit sepanjang hari gelap, kelam dan kelabu jek.. Memang rasa depress jek tau..

Selalunya bila mula jek masuk winter nie.. aku mesti rasa jiwa kacau.. bukan apa bila balik tuh aku rasa macam tak seronok sebab berjalan kaki dalam gelap malam ke tempat tunggu bas.. dah terbiasa sebelum nie.. masa musim summer... langit sentiasa cerah.. matahari terang benderang.. rasa hati pun gembira jek.. balik rumah pun rasa macam awal jek walaupun hakikatnya aku sampai rumah pkl 6 atau 7... tapi skrg.. kalau aku balik pkl 5 pun.. aku rasa aku dah balik rumah pkl 10malam... sebab tuh aku rasa cam depress jek.. tapi 1 hal pulak.. bila musim winter nie.. mood aku untuk balik lambat lebih ketara musim nie.. kalau summer time tuh aku suka balik awal.. sebabnya aku nak keluar menikmati cahaya mentari dan pergi window shopping pun best.. walaupun sekadar berjalan-jalan melihat sales atau memandang barangan yang dijual di sepanjang deretan kedai2 kat tengah bandar nie.. Kalau balik dah gelap.. nak window shopping pun malas.. kecuali bila dekat2 nak x'mas dulu.. aku rajin sungguh ke bandar (setakat jalan kaki 5min jek dari ofis aku) tapi sejak 2 thn nie.. bila dekat2 nak x'mas aku pulak takde mood nak shopping.. entahlah maybe sebab aku dah shopping dulu2 sakan... so this time around nak shopping pun dah malas...

Sebenarnya sejak jumaat lagi.. Mood aku memang tak OK.. amat2 tak ok.. cuma kekuatan semangat aku jek yang masih ada.. Jumaat malam tuh ada jemputan dinner ke rumah kwn baik nie.. Ikutkan hati sebenarnya aku dah tak nak bersosial dengan orang dah.. tapi sebab aku fikir ada sorang kawan tuh janji nak buatkan kopok lekor utk aku.. gagahkan diri jugalah pergi.. lagipun aku fikir kalau aku terus layan jiwa kacau aku tuh.. rasanya bengkak mata aku tuh sampai pagi sabtu kot..  So aku pun gagahkan diri buat pasta seafood.. bawak pergi rumah kwn aku.. Jadinya.. Sabtu tuh kami plan nak ke carboot kat 1 tempat ni lebih kurang 1 jam dari rumah aku.. tup2 rupanya dah lama tutup.. dah 4 minggu tutup pun.. so akhirnya agenda kami pergi melepak kat 1 area nie sebab nak ambil gambar view jambatan.. lama dah nak ke situ sebab kiranya salah satu dari trademark negara nie juga... View pun memang cantik kat situ.. cuma sayang langit kejap cerah.. kejap mendung.. so.. gbr aku pun ada yang kelam ada yang cerah.. kena berulang2 kali snaplah untuk dapatkan pemandangan yang berbeza..

Ok so ontway balik tuh.. Dalam aku berbual dengan pakwe tercinta.. tersebut oleh dia soal rezeki.. Soal bila balik nanti.. Dia seolah mengeluh soal duit.. sebenarnya dah banyak kali dia cakap camtu tapi banyak kali juga aku ingatkan berkali-kali.. Perangai dia.. Dia kadangkala suka berkata.. 'Orang lain bawak balik banyak duit... Abang??'

Bila dia cakap camtu.. memang mengundang aku membebel ler jawabnya.. terus aku cakap... "Abang... Itu rezeki diorg.. Apa yang Abg dapat tuh.. Rezeki Abg.. Diorg bawak balik banyak duit ke.. sikit ke itu adalah rezeki yang Allah dah tetapkan untuk diorg atas usaha yang diorg buat.. Macam abg pun.. Rezeki Abg.. adalah rezeki atas usaha abg... Abg tak lehlah salahkan orang tuh atau kata orang tuh rezeki dia banyak.. duit dia banyak.. itu dah rezeki dia.. Allah dah bagi rezeki itu pada dia.. Rezeki kita.. Rezeki yang abg dapat tuh.. Allah bagi juga.. Abg dah usaha dan dapat banyak tuh.. Buat apa nak fikir2 rezeki yang org dapat... Kita mana tahu banyak ke sikit duit yang diorg dapat.. Sekali pun banyak... kita mana tahu pulak.. mungkin dia ada masalah.. ada susah dia.. jangan kita fikir.. dia bawak duit banyak.. kita bawak duit sikit.. pun nak kira2 lak pasal rezeki org tuh lebih kita nie sikit... Susah orang kita tak fikir.. dan org tuh pulak takkan nak cerita susah dia kat kita.. "

Sebenarnya ada lagik sambungan bebelan aku tuh hahahaha.... Aku sejak dulu memang tak suka.. mengenang dan mengungkit atau memikirkan kelebihan rezeki orang sebab kalau kita nak fikir memang kita akan stress... kalau aku nak fikir rezeki orang.. ada 2 benda major yang aku kalau fikir korang dalam blog ini pastu semua akan terkedu... yang pertama adalah rezeki 'Anak' dan kedua adalah rezeki 'study'. Kalau aku nak fikir 2 benda nie.. memang aku boleh jadi gila... atau dengan kata lain bebanan dan tekanan yang aku hadapi.. susah aku nak luahkan dengan kata-kata.. cumanya aku tak suka sangat bercerita soal pertama sebab itu terlalu personal pada aku.. dan kini pula aku diduga dengan rezeki kedua iatu 'study' so pada aku benda2 nie adalah ketentuan Allah... Kalau aku nak salahkan takdir.. Adalah salah untuk aku bersangka buruk pada Allah s.w.t .. Adakah aku rasakan Allah itu tidak Adil kerana tidak memberikan aku rezeki Anak dan kini dia pula duga aku dengan rezeki 'study'?? Kalau aku jenis berfikir pendek.. sudah tentu sahaja aku akan kata.. Ya Tidak Adil.. orang lain boleh jek selesai dalam masa 3 thn lebih.. kenapa aku dah dekat 5 tahun tak habis2 lagi??? Menangis?? Sedih?? Kecewa?? Name it aku dah lalui semua tuh.. Cuma aku masih percaya Allah itu tahu.. Dia Maha mengetahui kan.... Berulang kali setiap kali aku dilanda masalah emosi.. tekanan.. bebanan.. Berulang kali aku sebut pada diri sendiri 'Tidak Rugi Menjadi Orang Yang Sabar'

Sebab itu aku katakan.. Mata yang melihat takkan sama dengan bahu yang memikul... Sebab itu sejak dulu aku tidak pernah mahu menidakkan atau mengeluh pada semua dugaan dan cabaran yang perlu aku lalui.. Setiap dugaan itukan Allah berikan sebab dia tahu sejauh mana kita mampu laluinya.. Mungkin juga Allah turunkan dugaan rezeki pertama supaya nanti dugaan rezeki kedua itu adalah lebih mudah untuk aku lalui... Kadang pernah terfikirkan hal ini.. Kadang hati mana yang tak pernah rasa cemburu.. sedih.. hiba.. melihat kejayaan orang lain.. kegembiraan orang lain.. sedangkan kita nak sampai ke situ pun tidak tahu lagi bagaimana... tapi haruskah kita berputus asa??? itu kena tanya diri masing-masing.. Cuma pada aku.. selagi aku termampu untuk lalui dan hadapi.. Aku lalui dengan setenangnya.. sekuatnya.. dan setabahnya.. Aku pun hanya manusia biasa.. Punya hati dan juga punya perasaan.. Cumanya.. Aku percaya.. Pasti ada sesuatu yang Allah dah tetapkan untuk aku... Aku tak minta terlalu senang.. dan juga tidak minta terlalu susah.. biarlah secukupnya..

Sebab itu.. Aku katakan... Rezeki kita dan rezeki orang takkan sama... Ada orang kita lihat bahagia.. gembira.. semuanya ada..  tapi kadang kita tak tahu dia pun ada dugaan dia juga.. dia pun ada masalah dia.. Kadang orang yang kita tengok tak lengkap hidupnya.. ya yang mungkin takde pasangan hidup lagi... tak kawin-kawin lagi.. dah kawin.. bila takde anak pulak.. asyik ditanya2... Sebab itu kadang2 jangan kita begitu mudah memandang rendah pada orang.. hanya sebab kita punya kelebihan dan mungkin rasa kita mudah mendapat sesuatu itu...

Sebab itu kita kena faham.. dan terima rezeki itu pemberian Allah.. Setiap kita usaha.. cuma sejauhmana kita usaha itu adalah urusan kita dengan Allah.. tak perlu pulak kita nak tunjuk pada manusia semata2 nak dapatkan award atau megah atau bangga dengan usaha yang telah kita buat.. yelah manusia menilai pada hasil.. menilai pada output.. menilai pada imbuhan yang kita boleh nampak dan lihat... Tipulah jika aku katakan aku tidak rasa irihati atau cemburu atau teringin memiliki apa yang orang lain miliki.. bukan aku sahaja.. malah sesiapa sahaja di dunia ini punya perasaan dan keinginan yang sama kan.. tapi pada masa yang sama yang membezakan diri kita dan mereka yang lain adalah cara penerimaan kita kan.. Cara kita terima dan redha terhadapi semua yang kita perlu lalui... Orang lain boleh bercakap apa sahaja.. kalau kita nak fikir cakap2 orang.. sampai bila2 pun kita tak boleh hidup.. Hidup kita perlu ada pendirian.. perlu ada pegangan.. perlu tahu apa yang harus kita lakukan.. keputusan adalah hak kita.. bukan hak orang sebab yang bakal lalui itu adalah diri kita...

Aku dah lama redha cuma kadangkala.. hati takkan sentiasanya sekuatnya.. cuma aku berdoa.. dan terus berdoa.. Agar nanti semua dugaan ini berakhir dengan nikmat kemanisan di penghujungnya...

Winter Dec 2010
I still remember it was -12 degrees when I took this photo..
I like snow..
but I don't enjoy the cold winter..

Soon December on it's way..
Another snow?
Another cold day?
Yeah.. I'll see them both soon..

Friday, 28 October 2011

Kalau nak search pun berpada2 ler...

Tadi aku masuk page 'stats' untuk view 'traffic sources'..
Bila tengok 'Search keywords'
Terkejut...

Nampak apa yang aku nampak??
Terkedu sat...
Apa ingat kat blog nie ada cerita 18SX ke???

Terfikir kejap orang yang buat searching nie...
1- Dia mesti orang yang boleh berbahasa melayu.. yelah dah taip perkataan yang sah-sah bukan mat atau minah saleh yang faham..
2- Mencari cerita2 itu?.. aku dah pergi ke link yang dia buat searching kat google tuh.. terkejut sebab link blog nie no 1 dalam list tuh...
3- Adakah dia pernah melakukannya bersama tukang cuci?? Sebab itu buat searching tuh??? Uhhhh 'Scary!!!' fikir... Nauzubillah...
4-Korang fikir2 sendirilah.. camna gayanya org nie..

Sebenar aku dah lama juga perasan.. kadang-kadang ada yang singgah ke blog nie atau mungkin juga blog2 orang lain.. datang daripada searching di Google.. aku pun selalu juga kadang2 bila buat searching.. terutama kalau cari resepi selalu gak singgah blog2 orang lain... Ada juga kadang2 aku searching pasal info tertentu.. sebelum aku klik link tuh.. biasanya aku akan baca dulu sinopsis yang keluar kat google tuh sebelum nak klik ke situ.. (Dah research aku pun pasal information retrieval & seeking)

Dah confirm ler kan... nama blog nie pun 'Diari Si Tukang Cuci'... Takkanlah pulak aku nak cerita bukan2 kat sini... Aduihai... Kat blog 1 lagi tuh pun lagilah.. macam-macam search keyword yang aku pernah jumpa yang di link kan ke situ.. semua ye berbau2 lucah... Emmmm... fikir-fikir sendirilah...

p/s Macam-macam ragam orang nie.. Kalau nak search pun.. berpada2 ler sikit.. Takkan lah nak bercerita kisah itu kat sini pulak...

Thursday, 27 October 2011

Kepala dan kaki berdenyut2 serentak..

Salam Khamis..

Kejap jek dah nak jumaat kan... Begitu cepat masa berjalan..

Sebenarnya hari ini aku terlalu letih!!!! Sebabnya hari ini aku cover kerja orang dan aku kena buat sampai 3 department.. Sejak semalam aku diminta untuk cover kerja kat Principle office.. Kalau kat universiti kat mesia.. kiranya aku kena cover area pejabat naib canselor.. mean aku kena bersihkan bilik2 pejabat dan bilik naib canselor tuh... Emmmm 1st time masuk bilik Principle.. aku terkejut.. simple giler bilik diorg.. kalau masuk bilik naib canselor kat mesia (which dulu aku selalu gak masuk).. mesti penuh dengan perabut jati.. sofa pun jenis yang dahsyat hahahaha... kat sini.. simple giler jek... meja dia pun alahai.. hanya cukup perkakasan asas jek.. Yang paling best.. dia lunch pun aku rasa makan sandwich jek tau.. sebab dalam bakul sampah dia hanya ada 1 kotak sandwich... lagipun aku syak mesti dia byk makan lunch kat luar kan hahahaha.. takkan pulak dia makan bungkus cam staf bawahan ahakss...

So aku spend dekat 1 jam gaklah bersihkan area situ.. bersihkan toilet.. buang sampah.. ada byk bilik2 kat situ.. bukan bilik principle jek.. vakum karpet semua bilik2 tuh.. so dekat pkl 8 aku selesai... terus nak naik level 6 nak buat pulak department aku.. ontway tuh aku jumpa kawan aku level 4... dia minta tolong aku tolong dia vakum tangga dekat dengan muzium.. (tempat kerja aku nie ada muzium tau).. aku tahu tangga tuh memang penat kalau nak vakum.. dahlah tinggi.. jenis anak tangga yang besar2 nie.. berkapet.. pastu ada pusingan lak.. jenuh nak vakum.. so jam dah pukul 8... aku hanya ada 30min nak buat tandas 3 level.. ingat bolehlah abis buat dalam masa 30min.. tak boleh sebab dah speed laju abis dah.. last aku siap dalam 40min.. itupun selesai buat tandas aku dah letih giler sebab speed tahap giler laju tadi.. tapi masih maintain guna teknik yang sama... kalau aku cover tempat org.. biasanya toilet aku takkan lap guna kain.. biasa aku guna tisu dan terus buang jek.. tapi kalau buat toilet tempat aku.. aku takkan guna tisu.. masih maintain guna kain.. lap dengan 8 lipatan.. aku penah cite benda nie dulu..

Ok.. selesai buat tandas aku terserempak dengan sv kerja aku lak.. dia tahu yang kawan aku Carmela minta aku tolong dia.. dia tanya aku betul2 sempat ke nak buat?? Aku serba salah nak jawab.. sebab aku tahu kalau aku tolong confirm aku keluar kerja lambat punya.. so aku cakap aku cubalah... pastu memang kelam kabutlah aku buat kerja aku... bawak turun 'victor' vakum aku tuh ke level 4.. dan terus vakum tangga belkg tuh dari tingkat bawah ke separuh tangga... jenuh jugalah sebab dia pun kotoran dari pasir dan habuk cukup banyak.. yelah tangga tuh berdepan dengan 2 pintu utama.. confirm ler byk pasir kan.. Selesai vakum terus aku rasa letih sangat2.. nak turun tangga nak cabut plug vakum pun aku terhuyung hayang.. bygkan aku hanya minum segelas air sejuk masa makan ubat antibiotik tadi.. pastu terus gunakan sepenuhnya tenaga untuk buat kerja di 3 department.. aku letih!!!.. Selesai vakum.. masa tarik vakum nak naik ke level 6 aku terserempak dgn sv aku.. dia pulak yang minta maaf dengan aku.. sebab dia boleh agak kot tgk muka aku yang penat giler tuh.. dia kata patut aku tak yah buat kerja vakum tangga tuh sebab aku dah cover kerja kat department principle.. tapi aku cakap aku tak sampai hati nak tolak sebab kwn aku tuh jrg2 sangat minta tolg aku.. aku pun faham dia tak cukup tangan sebab member sama level ngan dia cuti.. memang banyaklah benda yang dia kena buat sorg2... Cuma aku rasa letih sangat sebab pada masa yang sama aku pun cover 1 department lain... So tadi Sv aku minta aku cover lagi Principle office esok.. dan tak yah buat tangga tuh esok... tapi kalau kwn aku tuh minta tolg lagi xtaulah... aku ye tangga dr level 6-2 pun dah 2 mggu xmop.. ingat esok nak mop.. apa pun aku kena settlekan department aku sendiri sok dulu...

Tadi aku lepas jumpa G.. Biasalah meeting kitaorg mesti tak Rabu.. Khamis.. Sebab aku dah beritahu aku ambil banyak masa sangat buat programming.. So dia tukar strategi pulak..

Aku kena buat laporan atau dengan erti kata lain.. Review beberapa lagi paper & jurnal tentang 'Domain Complexity & Language Complexity'.. dia suruh aku produce summary tentang apa yang aku faham.. dan nanti dia akan baca review... itu aku consider sebagai aku ye Literature review lah nie..  tambah lagi dari apa yang aku dah buat sebelum ni tentang collocation & readibility... (mesti korang tak faham mende aku merapu nie hahahaha... pepaham jelah ok)

Pada masa yang sama serentak kepala dan tapak kaki kanan aku berdenyut2.. aku langsung takleh concentrate apa dia cakap tadi.. Dapatlah salin sikit2 benda yang dia tulis kat white board.. pen pun cam ada takde dakwat jek.. Dulu ada 1 pen dakwat best yang member aku dari Thailand bagi.. pastu ada kwn aku pinjam sampai skrg taktau p mana ... tapak kaki kanan aku masih berdenyut2 nie... tak tahulah kenapa.. dan serentak kepala aku pun berdenyut2... arghhhh... Terus rasa sakit2 badan... Nasib aku record tiapkali ada meeting dengan G.. so kalau miss out ulang tayang jelah dgr balik conversation tuh.. selamat sikit..

Meja yang dah tak rupa meja dah nie.. 
Berserabut umpama mood tuan punya meja nie
:(

Hilang indahnya bicara..

Semalam..

Aku renung langit gelap pekat di awal pagi.. Udara dingin singgah menembusi diri.. Mata masih merenung mencari rona-rona cahaya akan terbitnya mentari.. Tidak ada.. Belum lagi masanya.. Takbir subuh akan singgah di awal pukul 6.00 nanti.. waktu masih belum tiba saatnya.. Hujan rintik-rintik mula turun dengan sapaan manja.. Kaki semakin laju melangkah susunannya.. Mata mencari dia yang melangkah meninggalkan aku terlebih dahulu.. Risaukan hujan yang semakin lebat basahannya...

Hari ini..

Hujan semalam kembali datang menyapa rindu.. Mungkin sebab semalam sapaannya sekadar memberitahu.. maka hari ini dia lontarkan luahan rasa itu.. Basah seketika jaket yang membalut tubuh dingin saban hari.. Diri semakin kedinginan.. Tapi hujan itukan kurniaan dan rahmat tuhan.. Aku bukan menidakkan dan mengeluh kehadiran.. tapi kerana hujan sering buatkan aku rasa rindu.. dan rindu kala ini terlalu.. Mungkin sebab masanya sudah terlalu lama buatku..

Ingatan lantas terlontar jauh mengingati.. Ada yang aku kenangi walaupun jarak pemisah beribu berjuta batu.. walaupun aku tahu mungkin nanti bila ketemu.. aku dulu dan aku yang kini sudah jauh berbeza sikapnya.. Siapa sangka begitu cepat masa berlalu.. berkelana di sini buat aku terlupa seketika.. terlupa bagaimana rasanya ditinggalkan.. kerana aku yang meninggalkan mereka.. Kadang aku sedikit terasa.. kala bila aku katakan aku rindu kalian di sana.. apakah kalian tidak ingat aku tidak lagi menjejak tanah tumpah yang sama.. Adakah kalian tidak sedar aku tidak lagi menghirup udara panas hujan yang sama.. Apakah kalian tidak perasan aku tidak lagi mengharungi detik siang malam yang berbeza cuma 8 jam setiapnya.. Apakah kalian tidak sedar aku telah pergi meninggalkan kalian untuk menunaikan hasrat dan cita-cita dan paling utama.. Adakah kalian tidak sedar aku tidak lagi di situ.. mendengar.. berbicara.. bergelak ketawa dan berkongsi rasa seperti selalunya..

Esok..

Aku tidak pasti apa akan terjadi esoknya.. Aku kini melangkah mengikut hari demi hari.. Hati terlalu sarat dengan rindu.. Jiwa terlalu sarat dengan rasa.. Fikiran terlalu sarat dengan perkara utama.. Namun rindu dan rasa itulah kekuatanku.. Bila hati berkata rindu.. Pastinya seluruh tubuh akur dengan rasa itu..


Betapa sukarnya untuk aku menulis rasa hati ini.. 
Seketika jiwa aku rasa kaku... 
Seketika fikiran aku rasa beku.. 
Seketika jemari aku tidak dapat mengetuk kekunci dengan tekanan yang padu.. 

Adakah aku kini kehilangan rasa menulis bahasa sebegini lagi?? 
Hati tidak rasa mahu berkarya dan bermadah jiwa.. 
Dulu aku mampu menulis rasa hati dengan sepantas ketukan jemari.. 
Kini.. Menulis begini buat aku rasa buntu.. 
Banyak baris ayat yang aku padam kerana aku kehilangan kata-kata.. 

Ya mungkin sahaja aku sudah terlalu tepu... 
Maka bahasa jiwaku suatu ketika dulu kini menghilang sentuhan rasanya..

Tuesday, 25 October 2011

Melepak sakan..

Salam Selasa..

Sejak semalam aku pulun sakan buat programming.. sampai FB.. Blog pun tak jengah sangat.. takat baca sipi2 pastu terus tutup.. kira semalam aku skema giler... nie hari nie macam balas dendam lak kerja2 programming onhold hahahaha... kebetulan aku terperasan lagu2 aku kat blog dah lama tak update.. bila check lagu2 baru kat mesia dan indon.. wah banyak ye yang aku tak pernah dengar... tapi yang peliknya.. lagu best2 lak tuh.. dengar sekali terus kira masuk dalam jiwalah...

So kerja aku dari pagi tadi update lagu kat blog hahahhaa.. download lagu2 tuh.. sebab aku nak upload balik nanti dalam iPhone aku lak... kenalah sebab muzik adalah antara rutin dan santapan halwa telinga aku saban hari.. selalunya aku paling banyak dengar lagu masa kerja pagi.. 3 jam tuh direct.. lepas tuh sepanjang hari kat uni.. memang aku ye headphone tuh kekallah kat kepala... Lagipun study sambil dengar muzik dah memang sebati dengan diri aku sejak zaman sekolah... TV pada aku takde kisah sangat.. aku tak tengok Tv seminggu aku ok lagi.. tapi kalau tak dengar muzik terutama time aku tengah santai dan rehat.. itu aku rasa pelik.. Aku tengah masak kat dapur pun aku on Ipod application aku kat iPhone... Untuk hasilkan speaker yang best.. aku letak iPhone tuh dalam gelas atau mug.. Dia punya speaker natural.. dan best.. tak yah sesusah nak beli speaker extra.. Sebenarnya aku ada iPhone speaker dock.. Beli khusus untuk iPhone 3G aku.... Tadi aku survey kat online iPhone4 32GB leh dapat dengan £259 jek.. murah giler... masa harga asal dia dekat 500.. masa tuh nak beli fikir banyak kali... yang 16GB lak &199... giler murah sgt2... tapi dari ambik 16GB baik ambik 32Gb tambah £60 jek... aduhhhh.... susahlah tergoda dah nie.. lama dah nak upgrade phone nie... confirmlah lepas nie iPhone nie bagi pakwe... Nak bagi org lain.. sayang giler.... takleh2.. apatah lagik speaker dock yang aku beli khusus untuk aku mainkan lagu2 dalam tuh... kalau nak bagi org iPhone tuh.. dengan speaker sekali kena bagi sebab dock tuh tak sesuai utk iPhone4.. segala versi Iphone3GS kebawah.. ipod.. inano semula leh pakai kecuali iPhone4 sebab based untuk charging Iphone 4 kan segi empat.. versi sebelum tuh kan semua melengkung...

Gaji hujung minggu nie... tapi rasa sayang sungguh nak guna duit untuk beli benda baru nie... kena pulak start bulan nie nak kena cover utk council tax pulak..  emmm... banyak benda nak kena fikir nie.. tapi desakan naluri nak beli kuat nie sebab dah lama aim nak ambik 1 sejak iPhone4 keluar.. lagipun aku dah pakai iPhone sekarang nie 3 thn dah.. masa untuk tukar lah jawab ye.. sebab aku rasa dah biasa sangat guna iPhone.. Rasa lepas nie kalau nak tukar hp lain.. boleh tapi cam rasa kekok ler pulak sebab dalam tuh semua application ada.. nak baca quran.. nak tgk masa solat.. nk tgk suhu berapa.. nak check email.. nk tgk laman web.. nak check YM.. nak check FB nak upload gbr.. nak capture gbr.. nak main games..  nak rekod suara.. nak cari arah jalan atau tempat walaupun hanya jalan kaki.. Iphone aku tuh dah banyak berjasa bawak aku ke lokasi aku nak.. dengan hanya aku jalan kaki.. nak dengar lagu.. malah nak baca novel pun aku dah download byk novel2 ebook... so what more can I asked??? All in one dan itulah yang aku guna selama 3 thn nie.. dah sebati sangat...

Oklah aku amat sedar diri sekarang nie.. nak sambung coding tapi aku nak study free CMS 'Drupal' yang ada org claim leh buat online classification cam yang aku kena buat programming nie.. so masa untuk studylah... sebelum tuh nak makan lunch sebab pkl 6 nak makan antibiotik lagik

Tangan yang melecur kena minyak panas tersembunyi di sebalik plaster tuh.. 
Nampak macam ok jek.. 
Kalau aku buka tuh nampaklah isi kulit yang merah tuh... 
Dalam aku penat2 buat programming semalam..
Sempatlah rehat kejap ambik gbr nie ahaks...

Programming & kecederaan tangan

Salam Malam Selasa..


Aku sampai ke rumah hampir pkl 8.30malam.. Pulun siapkan programming yang kena hantar hari nie.. tapi tak siap juga sebab aku dah pening.. dari pkl 10 aku mula buat coding pulun sakan... sampailah pkl 7.30 ptg baru aku benar2 berhenti.. Udahlah hari nie aku langsung tak bawak bekal.. sarapan aku adalah 2 ketul muffin bluberry yang aku beli jumaat mggu lepas yg aku simpan dalam laci sebab expired esok hahahaha... aku makan biskut ginger bread.. biskut kelapa.. dan 1 mug air kopi.. masuk pukul 3.30petang lepas aku terlupa nak makan ubat antibiotik pkl 12.. terus perut aku pedih tahap maksima.. yelah sarapan dan lunch aku ada muffin dan biskut jek.. last aku makan pun pkl 8malam sebelum tuh.. bygkan berapa jam perut aku berlapar.. pkl 3.30 tuh aku ke Sainsbury.. beli 2 cheese & onion pastry.. 2 pek besar doritos.. last2 yang aku makan hanya 1 cheese pastry tuh dan suku kerepek doritos jek.. tak dapat nak concentrate makan sebab aku ye tumpuan untuk settlekan programming lebih ketara..

Itupun menjelang petang aku dah penat.. kepala otak aku dah tak boleh nak fikir lagik.. Ikutkan masih nak buat lagi tapi tenaga dan keupayaan aku nak fikir dah tak leh dah... pkl 8.00 malam aku keluar dari bilik.. Dah nak masuk isyak waktu tuh pun.. Balik dalam sejuk2 malam.. Sampai rumah tak lama pakwe pun sampai... aku masak sayur dengan sosej dan telur.. panaskan lauk asam pedas ayam yang aku masak kemarin.. Alhamdullilah.. cumanya tak lama lepas makan perut aku jadi pedih giler.. penangan angin yang terkumpul sejak awal pagi tadi.. yelah aku tak makan sangat kan lebih 12 jam kan..

Hari jumaat lepas.. tangan kiri aku melecur terkena minyak panas.. so masuk hari Ahad jek tempat yang kena minyak panas tuh mengelembung dan semalam juga aku cucuk keluarkan air dan buang kulit atasnya.. so akibat dari tuh.. pedih lah sebab takde kulit luar tuhkan... so sejak sabtu lagi aku tak buat kerja2 berat sangat memasak pun ala kadar jek.. kerja pagi pun aku start pakai sarung tgn thru out the 3 hour... tak dedahkan sangat tangan yang luka tuh pada air.. Lagi pun hari nie sepjg hari buat programming... lagilah tak ambik peduli..

Gambar tangan yang cdera tuh ada tapi aku malas pulak nak upload.. later ler kot esok..

p/s ok nak berehat.. dah penat otak bekerja.. buat kerja last minute mmglah camnie..

Friday, 21 October 2011

Bila aku tidak bercerita..

Salam Jumaat..

Baru pkl 2.01ptg.. tapi perut aku dah penuh.. Makan tepat pkl 1.00 tadi sebiji burger telur dan 1 macaroni pie.. Minum air teh lemon lipton.. ini sebab penangan makan ubat antibiotik pkl 12.00 tadi.. Oh ya semalam aku jumpa doktor.. Masih ada infection dan aku kena makan 1 lagi antibiotik selama seminggu.. kali nie aku kena makan 4 biji sehari pulak.. dengan dos 500mg setiap satunya.

Pagi tadi dengan confident ye.. aku ambik roti bakar.. kopi 3in1.. dan get ready nak makan ubat pkl 6.50pg... Entah camna aku tergerak nak baca label kat kotak ubat... Tuh dia.. rupanya antibiotik nie kena makan sejam sebelum makan atau dgn perut yang kosong.. Alahai... Air kopi dah siap buat.. Akhirnya niat nak makan roti terpaksa dilupakan... terus telan ubat tanpa ragu-ragu hahaha... Lepas nie tak yah dah sesusah aku nak makan dulu sebelum ambik antibiotik tuh... bangun tidur jek.. terus makan... cuma bila kena kes makan ubat pkl 12tghri.. aku dah kira.. 4 kali sehari means.. setiap 6jam kena makan.. so aku set time makan ubat aku bermula pkl 6.00ptg.. then 12 tghmalam.. then 6 pagi... then 12tghri lak... every 6 hours... yang seksa kejap masa nak makan tengahari.. sebab kalau pkl 12 aku dah makan ubat.. mean pkl 1 baru aku leh makan tghri... pedih perut menahan rasa lapar... tuh yang melantak tak ingat dunia tadi hehehehe... tapi takat makan burger telur & makaroni pie kenyang ke??? Alhamdullilah... Takde nasi utk hari nie... Kalau aku gigih lunch cenggini kat mesia.. mmg jimat duit poket aku hahahaha....

Hari ini aku mencari resepi 'son in law eggs' tertarik nak cuba sebab semalam tgk masterchef australia.. sorg yang bertanding tuh buat resepi nie.. ala2 cam sambal telur goreng style kita.. cuba ini style Thai.. guna sos asam jawa.. Amatlah berguna time aku malas masak nie.. senang jek keje aku.. rebus telur.. goreng telur.. pastu buat sos dia.. kalau nak pedas lebihkan cili... Banyak juga benda2 yang aku dah lama tak masak.. lauk aku asyik2 berasaskan ayam dan daging... kalau idak sup... kari.. masak kicap.. sweetsour.. sambal.. tomyam.. asam pedas... itu jelah yang aku rotate.. Dulu masa kecik2 suka masak lemak nenas... makan ngan ikan masin time panas2.... Nikmatnya... rumah mak lak keliling mmg ayah tanam pokok nenas sebagai sempadan rumah dengan rumah sebelah... apa lagi.. memang banyaklah nenas masak keliling tuh.. Mak pulak.. kalau aku balik kg.. memang selalu sangat kena masak lauk nie.. aku tak kisah memang lauk fav..

Tapi sayangnya sejak kawin ngan pakwe.. dia kurang minat lauk nie.. penahlah dia makan.. tapi macam tak lalu jek... kalau masak pajeri nenas tuh laju jek dia... Memanglah miss masak benda2 nie... banyak sebenarnya benda2 yang aku biasa masak masa aku remaja dulu untuk family kat kampung.. sebab dari umur aku 15tahun aku dah masak utk family.. memang jadi tugasan aku pun.. dan bila aku abis spm dan masuk matrik.. walaupun dah tak duk kampung.. balik cuti semester jek mesti aku kena masak untuk family gak... dah kawin lagi ler... pantang aku balik kg jek.. Mak biasa dah lepas tangan dah.. memang aku kena take over masak untuk family.. Aku tak kisahpun.. sesekali bagi mak berehat masak dan rasa kelainan masakan aku lak.. yeah... masakan aku dah banyak berubah dari cara2 mak ajar aku.. Apatah lagi dah duk sini dekat 5thn nie.. aku ye skill masak dah lain bebenar dari dulu...

Kat sini pulak aku banyak masak untuk kawan-kawan.. kadang2 diorang siap request aku masak benda2 yang diorg teringin nak masak... selalunya yang naik dalam list.. 'sup tulang'.. kari kambing.. masa suami kawan baik aku viva.. aku lepak umah dia petang tuh.. tgk dia masak sup kambing... tapi dia kata sup dia cam berbau sikit jek.. aku sampai jek.. terus ubahsuai dan jadi style sup yang biasa aku masak... sampai kawan aku tuh pun pelik... macamana ekk ko masak camnie.. walhal kawan aku tuh awal2 yang masak sup tuh hahahaha.... bukan susah pun.. cuma kena tambah sikit itu ini.. hai... Balik mesia.. tak tahu lah lagik camna.. bakal tumpul ke skill memasak nie.. kat sini memang takde pilihan sebab kena masak.. balik sok melambak kedai makan.. leh pilih dan order jek..

Pesal entri aku nie dah lari tajuk?? Aku nak cerita lain sebenarnya.. Berkenaan bercerita dan berbicara.. Mungkin ada sesetengah kat sini tahu.. Selain Blog ini.. aku ada blog 1 lagi yang agak Glemer.. hahahaha... kat situ all out memang tahu siapa aku lah.. dan memang dah lama aku stop bercerita di situ.. Banyak letak gambar jek.. Yup gbr2 aku tuh pun semuanya jenis mutu keunggulan gak hahahaha (puji diri sendiri).. Kadang tergerak hati nak beritahu sesetengah kawan-kawan baik tentang blog ini.. sebab aku lebih banyak bercerita kat sini dari kat situ... Tapi.. Aku malas nak mengundang kontroversi hahahahaha.. Itupun aku terjumpa beberapa blog lain yang turut link ke blog ini walaupun diorg tak add jadi follower aku... ada 3 blog yang aku tahu hahahaha... Terkejut.. nie mungkin datang dari blog si Kueh Bakar kot.. aku membuat andaian lah.. atau mungkin terjumpa masa google??? aku belum nak buat siasatan.. Cuma aku nak tanya si 'Ku-Cit'... Dik... ko antara follower awal blog akak kan.. Camna ko leh jumpa blog akak nie hah????? Sila beritahu akak nanti tau dik...

Apa juga mana-mana yang sudi jadi follower atau link ke blog nie terima kasih banyak2.. Tak kisahpun.. cuma biasa aku lebih banyak merapu dan berbicara kat sini... tengah fikir nak beritahu sorg akak nie pasal blog ini.. tapi I think.. What I wrote here is very2 personal.. tetiba jek nak jadi privacy hahahaha.. Let me think lah.. kalau tergerak nak beritahu nanti aku beritahu dia...

p/s Ok nak sambung kerja... Sejak kebelakangan nie dah malas nak letak gambar hahahaha... tapi kena gigihkan juga letak.. sebab gbr2 dalm blog nie byk berkisar tentang kehidupan diari aku.. Every single one tuh ada makna tersirat..

Jaket Wool dan Pashmina yang aku beli kat Cordoba Spain
Inilah pakaian aku seminggu nie ;)

Thursday, 20 October 2011

Bangun lambat

Salam Khamis,

Hari ini terjaga pukul 6.03pg.. huhuhu buat pertama kalinya lambat bangun pergi kerja dalam masa 3 tahun... 1st time ever.. dahlah pakwe masuk keje pkl 6.00.. bangun pkl 6.03.. camnalah gayanya.. Cuma yang selamat aku lah sebab aku masuk kerja pkl 6.30.. sampai pun ngam2 jek 6.28 hehehehe.... kesian pakwelah.. hari nie takde OT ler jawabnya.. tapi janji sempat masuk keje kan..

Dia membebel lah juga hahaha... tak kunci jam lah.. itulah inilah.. aku cakap kuncilah.. selama bertahun2 aku kejutkan dia bangun tuh aku tak kunci jam ke?? hari nie memang aku tak dengar bunyi jam.. ingat lambat lagi nak pkl 5.. rupanya dah pkl 6 huhuhuhu.. alahai... esok nampaknya aku kena set extra time.. nie pun buat pertama kalinya hanya basuh muka jek nie... huhuhu.... balik nanti baru mandi... takpe hari ini suhu 2darjah celcius.. Official lah sekarang nie dah musim sejuk.. Autumn dah goodbye kitaorg... sejuk giler skrg nie dah semua org dah mula pakai sarung tangan.. aku pun dah mula pakai pashmina ikat di leher... kena pakai skrg sebab tak tahan menahan sejuk yang kena muka.. leher dan dada...

Sekarang dah pukul 12.13 minit.. pkl 1 kang aku dah nak keluar.. nak pergi jumpa doktor.. ada appointment... lepas tuh rasa nak patah balik ke Cis... keje programming nak siapkan nie.. tadi minta tolong member aku dari pakistan.. pasal array dan sorting code untuk ubahsuai files... dia dah forwardkan pada aku.. skrg nie proses nak study code tuh..

 function sort2d ($array$index$order='asc'$natsort=FALSE$case_sensitive=FALSE 
    { 
        if(
is_array($array) && count($array)>0 
        { 
           foreach(
array_keys($array) as $key 
               
$temp[$key]=$array[$key][$index]; 
               if(!
$natsort 
                   (
$order=='asc')? asort($temp) : arsort($temp); 
              else  
              { 
                 (
$case_sensitive)? natsort($temp) : natcasesort($temp); 
                 if(
$order!='asc' 
                     
$temp=array_reverse($temp,TRUE); 
           } 
           foreach(
array_keys($temp) as $key 
               (
is_numeric($key))? $sorted[]=$array[$key] : $sorted[$key]=$array[$key]; 
           return 
$sorted; 
      } 
      return 
$array; 
    } 


Itu code array yang aku nak study.... pening??????? Itulah yang aku duk ngadap hari2 skrg nie.... Yang kat atas tuh suku jek dari yang aku buat... panjang lagik code ye.. bukan pendek itu jek...

Sambil tuh aku dengar lagu 'Second Last Chance'...

Rupanya makna lagu nie mendalam juga.. Suruh jangan putus asa dan berikan diri sendiri peluang kedua akhir... Which at this time around.... memang kena sangat bila aku give-up buat programming nie...



Second Last Chance

Oo Way,
Oo Woo,
Oo Way,
Oo Woo

Your a big girl now, and responsible, 
Kau gadis dewasa sekarang dan bertanggungjawab
For all the things you've got and all the things you know,
 Pada semua benda yang kau ada dan perkara yang kau tahu
and for everything you don't well you'll find out eventually, hey!
 dan untuk semua yang kau tidak tahu.. kau akan tahu juga nanti

You think you know it all, when you really don't,
Kau fikir kau tahu semuanya, bila sebenarnya kau tidak..
Just live the dream you dream but somehow you wont,
Lalui sahaja impian yang kau impikan walaupun sebenarnya tidak
and your trying just too hard, you got it coming naturally (naturally)
dan kau terlalu kuat mencuba, kau seharusnya biarkan ia terjadi sahaja..
Its meant to be (its meant to be).
kalau ia terjadi.. ia akan terjadi
(Lachie)Baby if your down on your luck then you build it up
Jika kau tidak bernasib baik maka binalah ia.. 

(Chorus)
So if your down on your luck then you build it up,
Jika kau tidak bernasib baik maka binalah ia..
there's only one thing to do when there's not enough,
Hanya ada 1 perkara yang perlu dilakukan bila ia tidak cukup
Dont turn around now give yourself another second last chance, second last chance!
Jangan putus asa.. berikan dirimu peluang kedua akhir.. peluang kedua akhir

when your down on your luck then you build it up,
Bila kau tidak bernasib baik maka binalah ia.. 
there's only one thing to do when there's not enough,
Hanya ada 1 perkara yang perlu dilakukan bila ia tidak cukup
don't turn around now give yourself another chance!
Jangan putus asa.. berikan dirimu peluang!  

Your not on your own I'm always by your side,
Kau tidak bersendirian.. aku sentiasa ada di sisimu
Just keep pushing on and keep your head held high,
Teruskan berusaha dan mendongaklah setingginya
Don't you throw it all away,
Jangan buang semuanya
Relax and count from 1 to 10,
Relak dan kira dari 1 hingga 10
Patch it up and try again.
Buat semula dan cuba lagi 

(Lachie)Baby if your down on your luck then you build it up!
Jika kau tidak bernasib baik maka binalah ia..  

(Chorus)
So if your down on your luck then you build it up,
Jika kau tidak bernasib baik maka binalah ia..  
there's only one thing to do when there's not enough,
Hanya ada 1 perkara yang perlu dilakukan bila ia tidak cukup 
Dont turn around now give yourself another second last chance, second last chance!
Jangan putus asa.. berikan dirimu peluang kedua akhir.. peluang kedua akhir!

when your down on your luck then you build it up,
Bila kau tidak bernasib baik maka binalah ia..  
there's only one thing to do when there's not enough,
Hanya ada 1 perkara yang perlu dilakukan bila ia tidak cukup 
don't turn around now give yourself another chance!
Jangan putus asa.. berikan dirimu peluang!   

Woo oo oo yeah yeah, baby yeah,
just give yourself another second last chance,
Berikan dirimu peluang kedua akhir..
youll only worry with a second last chance,
kau hanya akan risau dengan peluang kedua akhir
you gotta gotta give yourself.....
 kau harus berikan dirimu..


(Chorus)
So if your down on your luck then you build it up,
Jika kau tidak bernasib baik maka binalah ia..  
there's only one thing to do when there's not enough,
Hanya ada 1 perkara yang perlu dilakukan bila ia tidak cukup 
Dont turn around now give yourself another second last chance, second last chance!
Jangan putus asa.. berikan dirimu peluang kedua akhir.. peluang kedua akhir!

When your down on your luck then you build it up,
Bila kau tidak bernasib baik maka binalah ia..  
There's only one thing to do when there's not enough,
Hanya ada 1 perkara yang perlu dilakukan bila ia tidak cukup 
Don't turn around now give yourself another chance!
Jangan putus asa.. berikan dirimu peluang!   

Give yourself another last chance,
Berikan dirimu peluang terakhir!    
You owe it to ya, you owe it ya, you owe it to yourself!
Kau berhak ke atasnya.. kau berhak ke atas dirimu
yeah yeah yeah!

p/s : Yang tulisan biru itu aku translate sendiri
Terfikir nak beli Album Platinum kumpulan nie..
Tengok kat Amazon murah jek..
Kat Malaysia confirm takde CD group nie...

Harapnya sempatlah aku siapkan kerja aku Ahad nie...




Wednesday, 19 October 2011

Music Mode : The Overtones

I was listening to 'The Overtones' songs while working early in the morning..
It's been a while that I didn't given them a 'serious attention' everytime these songs come along into my ears...

But today suddenly I decided to sing along with it...
I love the songs.. and still are..

I decided to check 'YouTube' and found the new official music videos...
Wow... it's really cool...


Gambling Man : The Overtones
I love the video editing..
Really cool...


Another music video..
The earlier version..
It's the 1st ever YouTube : Music Video that I put into this blog..
I always enjoy their music..
'Old School' kind of music..  ;)


I love this one too
For the longest time..
Alahai yang tengah tuh..
Tali leher dia tak betul sangatlah..
Rasa macam nak betulkan jek..
Ahaks ;)



Second Last Chance
How did I missed this song???
I thought that I already download all the songs..
I just found the Music Video
I love the catchy song..

What I like most..
All of them are so handsome..
Giler kacak ;)

Serah diri

Dah pukul 11.00pagi..

Aku masih depan pc..

Nak jumpa G sekarang..

Aku rasa macam nak serah diri untuk di 'pancung' jek...

Keje tak siap nie... huhuhuhu..

Ya Allah.. Kuatkanlah semangatku..

Sambil baca doa tenang hati banyak2...

Doakan aku....................

_________________________________________________________________________________________

Baru keluar bilik G

30min jek aku dalam tuh..

Aku ngakulah keje tak siap lagi...

Dia pun apa lagik ambik pen.. lukis2 kat whiteboard..

Cakap pasal database.. cakap pasal skrip Php.. cakap pasal html ye format..

Cakap lagi pasal back end application design..

Abaikan dulu javascrip & AJAX..

Dia bagi dateline 'Isnin' kena email kat dia result keje aku dalam bentuk web.. huhuhuhuhu..

Scary ye sebab design tah apa-apa.. banyak function tak jalan lagik...

Paling best sebelum aku sampai pintu (masa nie dalam kepala aku... nak cecepat hilang dari pandangan mata dia yang cam separa tak puas hati tuh)...

Tetiba keluar ayat power dia..

"Don't rest too much during the weekend..."

Huhuhuhuhu.... Tiada rehat bagiku weekend ini........................

Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... Nak sambung jerit.....

Lehlah nanti bila jerit kuat-kuat... banyaklah asap (wap) dari mulut keluar banyak2 sebab hari nie suhu sejuk giler......................

p/s Aku nak pinjam otak programmer yang paling terer kat dunia... mesti petang nie siap keje aku kan.. kan.. Ada yang nak dermakan otak tak???

Yorkshire Pudding berinti sardin dengan kepingan cheese murah 'Tesco'
Sekejap jek selesai...
Lapo giler nie...

Monday, 17 October 2011

Buka heater panas buat pertama kali di bulan Oktober

Salam Isnin,

Semalam aku baca berita yang minggu ini akan bermula datangnya angin sejuk, mengalami 'frost' dan beberapa kawasan sekitar negara akan turun salji..

So nak dijadikan cerita.. 10minit aku duduk kat uni.. kaki aku dah mula sejuk.. amat-amat sejuk.. kesejukan mula terasa hingga ke tangan.. badan dah mula nak mengigil.. nak tak nak aku terpaksa pasang heater kipas.. mulanya aku letak paras betis aku.. tapi sebab haba panas tuh naik hingga ke muka.. aku rasa sesak nafas bernafas sambil sedut angin panas.. akhirnya aku terpaksa letak heater itu di paras lantai.. dan sedikit senget supaya tak kena tapak kaki aku directly..

Bila dah rasa panas sangat.. tangan mula lah tutup heater.. tapinya.. tak sampai 5 minit.. badan aku mengigil balik... huhuhuhu... dah sejuk dah sekarang nie... hujan turun sejak aku keluar pkl 5.40pg tadi.. lepas kerja pukul 9 tadi pun hujan turun lebat selebatnya.. itu tak termasuk angin sejuk.. cuma harapnya tak turun hujan air batu.. benda nie biasa untuk kami kat sini.. sakit tau bila terkena air batu tuh.. bukanlah besar cam air batu dalam bekas peti ais tuh.. saiznya adalah sebesar pasir kasar camtu... tapi kalau kena muka.. sakit jugalah...

Aku rasa aku ada 1 sindrom barulah.. aku tak boleh dengar org 'viva' .. rasa macam tiap kali aku tahu kawan-kawan aku viva.. mesti aku rasa tak best.. dengan erti kata lain.. mesti mood aku hari tuh 'lari ke gunung' dia mahu terawang-awang tak mahu jejak ke bumi.. Aku perasan gak dah banyak kali.. bila tahu jek mana-mana kawan yang nak viva.. mesti aku ye mood hari tuh lain... Emmm... sindrom apakah ini?? Kalau diri sendiri viva tak tahulah pulak... mesti aku lagi stress kan...

Apa juga aku doakan sahabat aku tuh berjaya dengan vivanya.. InsyAllah.. dia dah usaha sebaiknya kan.. aku harap dia berjaya defend researchnya dengan baik dan lancar.. dipermudahkan urusan dia.. dilancarkan bahasa dan pertuturannya kala ditanya dan diasak dengan pelbagai soalan-soalan maut..

Sejak pagi tadi lidah aku rasa pahit, kelat dan masam.. Aku tak tahu kenapa? Pagi tadi kelam kabut juga menelan antibiotik dan makan roti.. sebab pkl 7 aku dah janji dengan Janice untuk cover kerja kat HR.. ok lah buat berdua sebab 30min semua dah siap.. idak selalu tuh mesti ambil dekat sejam atau 45min kalau aku buat sorg2.. lagi pun sampah tak banyak.. karpet pun tak kena vakum.. so oklah.. selalunya masa akan terlebih bila terpaksa vakum karpet depan tangga naik ke tingkat 4 tuh.. hari nie tengok clear dan bersih.. selamat lah tak perlu susah2 nak vakum kan..

Lagi 3 hari nak habiskan antibiotik nie..
Sekarang terpaksa sarapan seawal pkl 6.45 pagi..

Bersiaran hari Ahad..

Salam Malam Isnin..

Jam dah pukul 9 malam.. waktu ini korang yang kat mesia semuanya sedang enak beradu lena.. Tapi bila aku online chat aku.. ada gak beberapa orang chatters.. yang pernah aku chat dedulu masih tak tidor.. ada yang ala-ala nak mengatal gak hahaha.. tapi semuanya aku tak layan.. ada juga yang tanya khabar.. sebab ada sorg dua yg memang tahu aku kat 'over the sea' dan ada sesetengah tuh sekadar tahu aku kat mesia..  Takde yang menarik pun nak dibualkan sebab aku sendiri pun takde mood nak bersembang dengan orang malam nie..

Hari sabtu dan ahad aku lebih banyak lepak kat rumah.. Macam biasalah kemas umah.. buat itu ini semua..itu pun biasalah hanya hujung minggu sahaja masa yang aku ada nak kemas dan bersihkan rumah.. week days biasanya aku tak punya masa sangat.. balik rumah dah sibuk nak masak.. makan.. tak lama pkl 10 aku dah mula ready nak masuk tidor.. yelah pkl 4lbih nak bangun dah kan..

Mood masih camtu gak.. Cuma rasa dah ok sikit.. cuma masih ada sisa2 rasa down sikit.. Cumanya aku malas nak fikir sangat.. Esok kawan aku viva lagik.. hby pada kwn baik aku.... kiranya kawan jugalah.. wife dia dah call aku pagi tadi sebab hari nie birthday kwn baik sorang lagi.. dia plan nak wat surprised birthday esok.. lepas hby dia viva.. Aku ok jek.. I'm happy for her.. aku doakan hby dia lepas viva dengan cemerlang.. Giliran aku?? entahlah.. tak nak fikir.. buat masa nie.. aku cam rasa tak boleh nak fikir positif dah.. hahahaha... something wrong with me ke???? Aku tak tahu... but seminggu lepas nie.. banyak benda berlaku yang menyebabkan semangat aku semakin merundum jatuh... Sort of aku dah berserah dan mengalah... I know.. korang yang baca nie mesti akan bagi aku semangat.. I know I should carry on.. yeah selama 5 thn ini aku dah puas tanamkan kekuatan semangat dan fikiran positif ini.. kali ini aku benar-benar rasa aku redha dah...

Masihkah ada peluang dan kejayaan itu untuk aku??? Aku tak tahu.. Hujung bulan nie aku akan buat keputusan.. Kawan baik aku dah cadangkan aku untuk balik sahaja bulan 12 nie.. sebab dia tengok aku teruk sangat menangung bebanan tekanan... Dia satu-satunya dalam banyak kawan-kawan aku yang nampak tekanan yang aku alami.. cuma aku belum nak jadi gila jek hahahaha... harap maklum aku masih waras dan rasional ok..  Cuma aku beritahu dia.. keputusan muktamad akan aku buat penghujung bulan ini.. bila aku decide nak balik.. aku akan balik bln 12 nie.. mungkin juga.. dia kata aku perlu balik untuk ambil semula semangat aku.. sebab dah banyak sangat yang aku lalui..

Aku redha dah tahap nie.. sebab aku rasa aku dah usaha sehabis daya aku.. aku dah buat yang aku termampu.. kali ini aku rasa sudah sampai masa untuk aku pulang... duduk lama lagi kat sini aku makin rasa tertekan... Cuma aku harapkan ada 'miracle' pada minggu depan ini yang mungkin mengubah semua rasa-rasa ini nanti.. Siapa tahukan... Mungkin sahaja Allah berikan aku keajaiban..

P/s Aku nak berhenti solat isyak dan masuk tidur.. Rutin untuk esok berulang kembali

Friday, 14 October 2011

Bila Lapar...

Ok.. tadi dah puas menangis... tapi kalau aku baca balik email tuh.. gerenti airmata aku turun lagi.. So.. stop dulu..

Perut dah berbunyi-bunyi nie.. sebab untuk lunch tadi aku hanya makan sekeping roti sapu butter + jam strawbery, sebiji epal dan setengah pek kerepek kentang.. Dahsyat kan lunch aku.. ala-ala mat saleh..

Ok sebab itu dah pukul 3.15petang nie.. perut aku dah berbunyi-bunyi.. Lapar giler.. agaknya penangan telan antibiotik pkl 1 tadi kot...

Kejap lagi nak singgah Tesco.. Plan nak beli ;

Taugeh
Bayam
Jam Orange Marmalade
Carrot
Cabbage
Corn in can


Plan nak masak;

Chicken sweetcorn soup (makan dengan noodle)
Taugeh carrot goreng
Ayam goreng KFC
Mash potato
Coleslaw

*Bayam tuh buat stok.. masak hari lain..
Mula ingat nak masak lemak udang & taugeh.. tapi udang pun xde.. santan pun xde.. so cancel!! (Tiny ko ler nie cite pasal makan masak lemak udg taugeh.. kan aku dah teringin)

Tapi pada masa yang sama.. ada juga rasa nak beli jek..
Dah lama tak makan 'donner kebab dgn roti nan'...

Perut kalau lapar nie.. memang rasa semua nak makan kan.. kan..
Pastu  masak pun adalah terapi minda dan terapi mood..

P/s Kejap lagi nak keluar nak beli sayur dan balik rumah terus.. 
Operasi masak benda-benda yang aku suka makan.. Ini kira sesi balas dendam nie!!!


Pkl 6.30 dah gelap sekarang nie..
Masa nie aku balik pukul 7 lebih..
Ramai lagi orang melepak kat dataran nie

Pastu ada rasa nak ambil gambar 'autumn'
Dah lama sangat aku gantung kamera..
Tapi camna gayanya bawak barang dan ambil gambar sambil terbongkok-bongkok kat park tu ek???
Hehehehe... Boleh jadi bahan untuk aku jadikan objek snap shot kan ;)

Bila hati berkata rindu..

Salam Jumaat,

Aku sampai ke Uni.. buka pc.. dan buka email.. Aku dapat satu email dari tanahair.. dari kawan baik aku M..

1st aku baca.. Aku menung..

2nd aku baca.. Aku mula rasa syahdu..

3rd aku baca.. Aku terus menangis..

4th aku baca... Aku terus menangis hingga teresak-esak..


Salam..

Rindunya kat ko.... tambah2 bila aku ada masalah...mesti aku teringatkan ko....satu2nya tempat untuk aku luahkan.... Bila aku gembira, aku kongsi kegembiraan tu dengan ramai orang.........bila aku sedih dan kecewa, ko satu2nya tempat yang aku mempunyai kekuatan untuk luahkan....

Cepat lah balik ...

5th aku baca.. Aku terus reply email kawan baik aku nie.. Selesai aku tulis apa yang terluah di hati aku..

Untuk kali ke 6 aku menangis lagi...

Yeah.. Bila hati berkata rindu.. Pastinya airmata begitu mudah mengalir saat itu...

Dan untuk sekian kalinya.. menulis entri ini.. Airmata aku turun lagi....

Penat.. Lelah.. Aku stress ke??

Salam petang Khamis..

Dah dekat sejam gak aku sampai balik ke uni.. pkl 2 lebih tadi aku keluar ada appointment jumpa doktor di Health Centre.. Call semalam.. Alhamdullilah dapat appointment hari nie.. aku rasa ada 2 tahun rasanya aku tak jejak kaki pergi klinik nie.. cuma.. itupun dulu aku kerap pergi sebab jumpa dentist... tapi kalau jumpa doktor tuh.. aku rasa last.. masa mula2 daftar 5thn lepas hahahaha... sampai aku pun dah lupa aku group mana.. Yang aku tahu nama doktor jek... sebab semalam aku special request nak jumpa doktor perempuan.. Sakit apa?? Ini penyakit wanita hahahaha...

Masuk2 jek jumpa Dr Blair... Muda belia doktor nie.. aku suspek dalam usia 20an.. Lepas aku cerita masalah aku.. dan beritahu dia kajian yang aku buat semalam pasal penyakit aku tuh... Doktor tuh tengok.. terus dia bagi antibiotik untuk hilangkan infection... so seminggu kena makan ubat.. dan minggu depan aku kena datang balik jumpa dia untuk rawatan susulan.. Well not bad as 1st start.. Dulu masa aku rajin p jumpa dentist tuh.. doktor gigi tuh pun cakap aku fav pesakit dia.. sebab senang sangat kot cabut gigi aku hahahaha...

So nanti aku update balik status aku next week.. for now aku kena makan antibiotik dulu.. doktor tuh tanya nak painkiller atau tak.. tapi sebab aku dah makan selasa lepas.. so aku cakap tak nak.. lagipun aku taknak biasakan diri makan painkiller nie... sebab kesan dia jangka panjang agak merbahaya juga.. yelah nama pun painkiller kan.. bukannya sembuhkan penyakit.. tapi sekadar menahan rasa sakit.. atau dengan kata lain.. dia kebaskan atau bagi deria rasa pada tempat sakit tuh hilang... Pada kita.. kita ingat sakit dah hilang.. dah baik.. sebenarnya tak... sakit kat tempat tuh tetap ada.. cuma deria rasa sakit tuh dah takde.. sebab rasa sakit tuh dikebaskan oleh ubat tadi.. Tapi bukanlah kata xyah makan langsung.. kalau dah sakit sangat nak tak nak kenalah makan sebab mana boleh dapat nak menahan sakit tuh kan.. cuma tak elok kalau kerap sangat ambil painkiller pada jangka masa panjang.. mean.. sakit sikit telan painkiller... sakit lagi telan painkiller.. lama-lama.. badan pun leh imune dengan painkiller tuh dan terpaksa makan ubat lain...

Lepas balik dari health centre.. ingat nak lepak umah.. tapi hati aku dah syak kawan aku tuh ada.. so naik umah. letak barang dan ubat.. tak sampai 1 minit aku dah keluar rumah... Sememangnya aku agak tak selesa berada dalam rumah bersama lelaki lain.. hahaha eceh ayat.. walaupun aku tahu kwn aku tuh baik.. tapi aku rasa amat tak selesa.. so nak tak nak aku terpaksa melangkah balik ke Uni.. what to do??/ terpaksalah.. Takpelah sabarlahkan.. esok dia balik.. another 1 nite to go...

Sedikit sebanyak.. aku turut mempersoalkan keikhlasan hati aku bagi tumpang kawan aku tuh.. Aku memang rasa ikhlas.. tapi kenapa??? kenapa?? aku rasa amat tak selesa kali ini bagi dia menumpang.. mungkin sebab aku rasa hak kebebasan aku di rumah ditarik bila ada tetamu.. kalau tetamu itu suami isteri.. aku ok lagi sebab si isteri ada.. boleh lah masak.. buat itu ini.. tapi bila hanya ada si suami tanpa isterinya.. ditambah aku pulak isteri yang berstatus belajar.... dahlah pagi kerja.. pergi uni.. balik rumah kena masak pulak.. kena pulak masak ikut selera tetamu takleh dah masak ikut selera suami.. (ye 2 hari lepas aku kena complain sebab masak pedas sangat.. dan kawan aku tuh tak tahan pedas).. berdesing kejap telinga aku!!! hati aku?/ emmmm entahlah... aku cuba sedaya upaya untuk ikhlas... cuba dan cuba... tapi jauh di sudut hati aku.. aku rasa penat sangat... tambah2 pulak kerja programming aku yang tengah sesak nafas nie.. tambah pula badan aku tak sihat sejak isnin.. aku menangung sakit 1 badan 2 hari.. sampai hari nie terpaksa pergi jumpa doktor... tapi?? Adakah orang lain kisah???

Tadi masa pakwe hantar aku ke Uni.. dia tanya aku nak buat makan2 tak malam nie sebab kawan tuh nak balik esok.. terus aku cakap... sapa nak masak???? aku dah penat masak dari hari khamis dia datang tuh sampailah semalam kan.. Takkan malam nie aku nak masak lagik.. badan aku.. kepala aku.. hati aku.. perasaan aku sedang tenat waktu ini... Aku cakap aku takde masa nak masak.. lagipun aku sibuk dan tak sihat... emmmm... That why sometimes I wander.. why people can't understand that I'm also busy and I also have my own life... Kalau aku suri rumah sepenuh masa takpelah.. ini aku merangkap semua dalam urusan rumah..  study.. kerja.. surirumah.. bangun seawal pkl 5 pagi... aku keluar 5.40pg.. dan aku pulang selewatnya pkl 8.30malam... Tak cukup penat ke aku??? tak cukup sibuk ke aku?? dan kenapa orang susah nak faham kan...

Aku tahu bila kita tolong orang kita kena ikhlas.. tapi... kali ini keikhlasan aku dah jadi senipis ye.. maybe sebab bila aku rasa macam aku kena masak.. kena complain lak.. takde privacy.. pastu aku tgh stress dengan kerja2 programming aku.. masanya memang tak sesuai untuk terima tetamu...

Sabarlah... Aku harap aku punya lagi kesabaran... masih bersabar dan masih bertahan.. walaupun hakikatnya aku tak sabar nak tunggu esok nie... Lepas tuh awal bln 11 aku terima tetamu lagi......................

Agak-agak boleh faham dak perasaan aku waktu ini??? Tu agaknya semalam aku mimpi animasi & kartun kot.. nak bagi aku hilang stress hehehehe ;)

Thursday, 13 October 2011

Mimpi fantasi atau 3D..

Semalam aku mimpi... tapi mimpi aku itu amat pelik dari kebiasaan yang selalu aku mimpi.. Sebelum nie mimpi aku lebih banyak pada perkara-perkara kerja.. biasalah stress kerja kan.. mimpi pun pasal kerja lah.. aku juga sering mimpi masuk kelas.. bukan masuk kelas belajar ok.. tapi masuk kelas mengajar.. tapi selalunya belum sempat aku nak bagi lecture mesti aku terjaga hahahaa... Kot tetiba aku bg lecturer speaking London.. sure student semua ternganga.. macam aku kena 9 tahun lepas masa aku baru balik study master.. masuk kelas 100% aku speaking.. siap dengan 'accent' english sebab aku ye english dah takde style 'malaygish' dah.. tup-tup lepas kelas... hahahahha.. sorang student aku cakap 'Puan.. boleh tak lepas niengajar dalam bahasa melayu puan.. saya tak faham satu apa pun yang puan cakap' Adeh... masa tuh terus tepuk dahi... Nak marah pun tak leh.. aku bantai gelak jelah hahahaha... sejak tuh tak pernah lagi aku bagi lecture dalam bahasa english.. jarang sekali.. cuma nota aku masih maintain dalam bahasa english.. ok tutup cerita bagi lecture nie.. nie aku nak cite pasal mimpi.. dah melalut cite lain..

Ok mimpi aku semalam pelik... sebabnya hingga sekarang aku masih ingat butiran mimpi itu.. Al-kisahnya aku dan beberapa orang macam buat lawatan ke satu istana lama.. aku tak tahulah kat negara mana hahaha... yang bestnya aku telah ditugaskan untuk menyiasat camtulah.. beberapa bilik yang dikatakan agak keramat camtu.. rombongan yang ikut aku.. semuanya kata.. itu aku ye tugasan.. aku kena masuk dan cari bilik tersebut.. dan berdepan dengan sebarang kemungkinan makhluk ghaib.. Masa tuh aku ternampak 1 bilik.. bila buka jek pintu bilik tuh ternampak 1 kuburan lama.. siap ada batu nisan dan siap ada sign penerangan..(macam kat muzium ye sign) kawasan tuh macam open air.. tapi memang gelap.. mula-mula masa masuk situ takde ada apa-apa pun..Tetiba!!!!

Bilik yang gelap tuh jadi terang benderang.. penuh bercahaya kilauan.. tempat yang gelap tuh jadi terang.. yang best ye muncuk 2 orang lelaki.. seorang agak kurus dan dalam usia 30an.. dan seorang lagi agak gempal dan sedikit berusia... Mulanya lelaki yang kurus tuh (aku syak raja lah).. dia pesan macam-macam kat aku.. jaga kesejahteraan negaralah... jaga keharmonian masyarakatlah.. hahahaha.. aku layankan jelah biasalah pesanan raja untuk rakyat.. lepas dah pesan2 pasal benda2 tuh.. tetiba dia panggil aku duduk dekat dia.. ada karpet berwarna emas perak di depan dia.. siap ada kerusi diraja lagi.. yang best aku duduk bersimpuh kat situ.. dan dia cerita pasal dunia komputer pulak.. siap bagi tau dulu dia pernah buat topeng muka.. mask tuh guna kaedah 3D.. aku cam confused sat.. ini raja dari zaman bila nie??? Masa duk cerita pasal buat topeng muka tuh.. kawan dia muncul... yang peliknya.. 2 orang jejaka nie.. badan mereka penuh dengan cahaya.. yelah macam cerita filem kartun kan.. kalau org2 dah mati nie muncul kan selalunya.. selalunya dia ye image mesti cam ada chaya sikit hahahaha... masa tuh aku rasa macam di alam kartun jek.. Masa tuh tempat tuh bertukar menjadi penuh dengan lakaran kartun.. ada bunga-bunga ros warna warni.. ada burung merpati putih yang terbang dan bergayut pada tali yang dipasang sekitar tempat tuh.. pokok-pokok buah.. aku cam masuk alam fantasi jek hahahaha... tapi keadaan itu berlaku sebentar jek.. tak lama suasana menjadi siang.. dan kali ini rombongan yang ikut aku tadi.. masuk bilik tuh..

Masa aku mula-mula masuk bilik tuh kan gelap.. kali nie sebab dah siang.. aku nampaklah bilik tuh.. penuh dengan bunga-bunga hidup yang tadi aku nampak masa di alam fantasi tuh.. tapi kali nie bunga tuh macam dah terbiar lama.. siap ada bentuk burung merpati tapi macam bentuk patung jek.. Aku lagik confused..

Lepas keluar dari bangunan istana lama tuh.. aku dibawa pulak ke penginapan sedia ada kerabat di raja tuh.. satu deretan bangunan yang baru 2tingkat.. kalau tengok memang takde macam istana.. aku tanya orang yang bawak aku tuh.. kenapa tak duduk kat istana lama tuh.. dia kata sebab tak cukup budget.. kerabat terpaksa pindah ke kediaman nie.. memanglah tak secanggih istana tuh.. tapi oklah untuk diorang... camtulah lebih kurang penerangan dia..

Ok tak lama aku terjaga sebab jam loceng aku dah bunyi hahahahaha...

Tapi yang aku keliru.. kenapa aku masih ingat mimpi nie.. dan paling utama aku masih ingat muka 2 jejaka tuh.. Takdelah tua sangat.. sorang tuh memang hensem.. oh ya.. lepas aku jumpa 2 jejaka tuh.. aku masuk 1 lagi bilik.. kali nie aku nampak seorang lelaki.. yang macam kena rasuk.. siap nangis terbaring atas lantai.. pada masa yang sama seorang perempuan.. aku syak isteri dia kot.. datang tepi dia peluk suami dia nie.. yang aku pulak.. duduk kat tepi tuh.. tolong kejutkan sekali.. tapi yang takleh lupa isteri tuh siap nangis peluk2 lagik nie.. Aku lagik pelik.. nie sapa yang jumpa dan menurun nie.. hahahaha... yang aku jumpa tuh siapa.. dan mamat nie pulak menangis pesal pulak...

Ok.. kesimpulannya... Aku sendiri pun tak tahu hujung pangkal mimpi aku tuh.. kenapa tetiba aku mimpi pasal istana lama.. kenapa aku jumpa 2 jejaka tuh.. kot diorg nak buat ramalan pasal Phd aku best juga... tak terfikir pulak nak tanya tadi.. sempat cite pasal buat topeng 3d jek hahahaha... dahsyat tuh kan.. raja zaman dulu2 pun dah study multimedia ke??? Ahaks..

1st time aku mimpi pasal istana lama.. dulu 2 orang yang rapat dengan aku bagitau aku pasal kaitan keluarga aku dengan istana lama kat sebuah bukit di selangor...  tapi aku tak pernah ambik tahu.. sorang sebab ada sorang pakcik nie bagitau dia sebelum dia kwin ngan aku.. dan sorang lagi.. mimpi jumpa ular emas kuning di istana lama seolah memberi izin sebab kawan dgn aku..

Entahlah.... mimpi mainan tidur.. tapi best juga mimpi masuk alam fantasi siap ada kartun2 malam tadi hahahaha.... penangan aku buat programming ler nie kot.. ke penangan aku asyik main games ahaks...

Apa juga.. mimpi kali nie buat aku tersenyum giler.. walaupun macam tah apa-apa.. tapi best juga bila diingat2kan ;)

p/s kueh.. akak muskil pesal komen ko kat entri akak sebelum nie takde.. walhal akak dapat email yg ko duk komen tadi.. Nak tgk gbr minah saleh pki jaket ketat?? nntilah kot ada terjumpa akak ambik.. akak pki jaket ketat ko xnak tgk ke? Ahaks ;)

Wednesday, 12 October 2011

Cuti.. Akhirnya

Salam Rabu,

Hari ini akhirnya aku isi borang cuti.. terus ambil cuti 10hari awal bln depan.. itupun sebab Sv aku semalam dah bising sebab aku tak ambil2 lagi cuti aku.. so semalam pulak pakwe pun dah ambil cuti.. tapi tarikh dia cuti tuh aku tak leh ambil sebab dah 2 org kwn aku ambil cuti 3minggu bermula minggu depan.. so kiranya.. minggu depan aku kena cover kerja orang 2 hari.. Isnin dan Khamis.. pulak tuh aku kena dipasangkan dengan sorg pekerja baru nie.. so kena ajar dia pulak camna nak buka pintu dan buat kerja apa kat department HR.. emmmm... terpaksalah.. tapi bgusnya kalau buat kerja berdua nie.. cepat sikit habisnya..

Berbalik cerita pasal pakwe aku tadi.. aku suruh dia cancel cuti tuh dan ambik terus 10hari dr 7hb... itupun baki cuti aku ada 7 hari lagik.. aku rasa maybe aku ambil tgh bulan 12 nie.. itu pun tadi puas renung tarikh.. patut tgh bln tuh dah nk balik.. tapi tgk gayanya emmmm.. entahlah..

Sejak isnin lagi hujan.. hari nie pun sama juga.. jaket wool aku maintain aku pakai sampai winter nanti.. cuma yang bezanya nanti masuk musim sejuk.. jaket yang lebih labuh akan aku pakai.. kena tutup peha dan kaki kalau tidak berjalan tuh.. confirm peha sejuk giler.. takde dah episod nak seksi2.. nak pakai ikut ketat badan.. sebenarnya memang kena pakai jaket fit sikit sebab nak elakkan daripada ada ruang angin sebab nanti kalau angin bertiup confirm gigil... sebab tuh kat sini kami byk yg pakai jaket mmg ikut badan.. lagi pun takde ye nak seksi.. kalau semua org dah pakai tutup litup masa winter.. semua org jalan cepat2 jek pun.. mana de masa nak melilau tengok org pakai seksi.. pakai ketat ke apa ke.. takde makna.. kot ada yang bernafsu tengok orang pakai ketat2 jaket winter masa tuh.. aku rasa org tuh ada something wrong somewhere hahahaha... itu belum lagik masa ada salji keras kat jalan.. takde dah masa nak pandang depan nak pandang org.. masa tuh lebih nak pandang bawah dan pastikan tak silap melangkah sebab takut tergolek jatuh.. tahun lepas 2 kali aku tergolek.. tahun nie?? Harapnya takdelah tergolek lagi... ngeri tau...


Pkl 7.20pg..
Kat luar masih gelap..
Nampak kan cahaya lampu kat luar tingkap tuh..
Sebab gelap sangat..
Nampaklah reflection dalam bilik seminar nie

Monday, 10 October 2011

Org Viva.. tapi kenapa aku sedih??

Salam Isnin..

Hari nie aku takde mood... mood aku kiranya 'sudah ke laut'' tapi kalau nak kira tempat aku nie.. mood aku kiranya ke'gunung'.. Kawan yang datang duduk rumah aku seminggu nie.. baru jek call tadi.. Alhamdullilah dia lulus vivanya dengan minor correction.. Aku tumpang gembira.. gembira untuk dia.. tapi jauh dalam sudut hati aku.. aku sedih pulak.. sedih kenapa?? Sedih mengenangkan kerja programming aku yang belum nak siap2 lagi nie.. huhuhuhu

Susah nak cakap perasaan aku waktu ini.. Nyatanya hati dan kepala aku sedang berperang sesama sendiri waktu ini..

Apa juga.. Doakan kekuatan semangat aku yeah..

p/s : Tetiba ada rasa nak lari dari rumah hari nie... hahaha.. lari balik mesialah kan.. ;)

Thursday, 6 October 2011

Suhu 7 darjah hari ini.. Sejuk!!

Salam Khamis..

Wah hampir setiap hari aku sakan update blog kan... layankan jelah..

Hari ini suhu jatuh hingga 7 darjah celcius.. Duduk dalam kereta 5min pun aku dah tak tahan.. sejuk hingga ke tulang betis.. kain pashmina yang aku bawak utk selimutkan kaki aku pun tak cukup untuk panaskan badan aku walaupun aku dah kuatkan heater kereta.. Nampaknya selepas ini aku akan keluar awal dari kereta.. no more waiting in the car for 15min.. Aku ye plan ahead.. sit for 5 minutes... then punch in.. and walk up to the department.. adalah lebih baik aku masuk awal ke tempat kerja.. dan plan seterusnya rasanya aku akan mula buat air kopi setiap pagi... Tujuan... untuk panaskan badan dan keep me going...

 Dah 3 thn lebih aku kerja kat situ.. hanya boleh dibilang dengan jari berapa kali jek aku minum pagi kat situ.. selalunya hanya bila ada sesi meeting atau discussion dgn kwn2 kerja.. atau pun bila aku terlalu mengantuk sangat.. tapi kali nie.. tak boleh jadi dah.. better aku minum kopi dulu.. untuk aku leh ilgkan mengantuk aku.. lepas tuh boleh aku start turun naik tangga buat kerja..

Selepas waktu kerja aku berjalan ke tempat punch card.. aku dah mula tengok ada orang dah mula pakai sarung tangan.. tandanya suhu dah terlalu sejuk.. Aku?? belum ada rasa nak pakai sarung tangan nie.. selalunya aku mula pakai bila masuk november atau bila suhu maintain di bawah 5 darjah.. tapi hari nie suhu 7 pun aku dah tak tahan.. tangan aku dah mula kebas dan sakit2.. Ketara kali ini winter datang lebih awal.. emmm... lalui lagi lah rutin yang biasa.. mula pakai baju terma.. pakai boots sampai paras betis.. pakai jaket wool labuh.. pakai kain muffler tutup leher... so on.. so on..

Namun sejak dari tadi aku duduk tepi tingkap nie kejap panas dan sejuk silih berganti... Sekarang nie tengah panas seolah-olah sejuk tadi tak penah wujud pun.. sat gik.. nanti cuaca berubah lak..

Hari ini kawan aku tuh sampai.. tapi cam biasalah aku malas nak tunggu kat umah.. Apa pun tak masak hari nie.. tunggu jelah aku balik ke rumah lewat petang nanti baru aku nak masak... Itupun sebab aku sekarang terpaksa stay lewat kat department nie.. Terpaksalah.. Nak balik awal ada tetamu kat rumah.. tak selesa... Nampaknya kini aku keluar rumah 5.40pg.. aku balik 8.00-8.30malam ler jawabnya.. Hampir 15jam aku kat luar.. balik umah 3 jam dah kena masuk tidur sebab awal pkl 4 lebih dah kena bangun.. Penat? Letih?? sudah tentunya kan.. Harungi jelah..

P/s Kadang terfikir..
Kenapa orang tak faham kesibukan orang lain..


Waktu nie tengah panas balik..
Aku duk depan monitor nie pun rasa silau dan berbahang..
Tengok teddy bear pun tolong tutup mata sebab silau ;)


Kan dah mendung balik..


Kan dah hujan pulak ;)

Gigih nie buat liputan cuaca..
Dah penat asyik buka tutup tingkap jek nie
;)

Wednesday, 5 October 2011

Programming lagik!!!!!!

Salam Rabu...

Lepas keluar dari bilik SV.. kepala aku berasap2... mata aku berpinar-pinar... Lain yang aku harapkan.. lain pulak yang terjadi...

Kerja aku tambah lagik............. Another programming kena buat.. aduhhhhhhhhhhhhhhh tensen ye... Programming lagi kali ke3... aku nie buat Phd ke?? buat programming nie??? Mula dulu JavaServlet dan run applikasi Reload + SCORM.. kemudian aku kena buat Php dgn HTML & database MySQL.. Sekarang nie analisa yang aku ingat buat secara manual.. kali nie aku kena develop website yang boleh buat ordering dan sorting semua 100 documents tuh... Tensen ye!!!! Another application.. and I've been given 10days to finish the task..

Nak marah?? Nak Nangis??? Nak teriak.. Dah buat pun... tapi kesian kat member yang jadi tempat aku mengadu tuh... Aduh siapa lagi tempat aku nak mengadu nie... 5 years.. and 3 major programming in the row.. aku nie last2 nanti endup jadi programmer apa... kalau buat research yg libatkan observation kan senang... Aku ingatkan bolehlah run secara manually... tapi nampaknya kena juga develop sistem nie... 10 days...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok itu tulisan kat atas tuh masa baru lepas keluar bilik Sv dan lepas aku call kwn baik aku.. Masa tuh mmg tgh berasap2 kepala..

Now after lunch dan makan 4 bar X 2 baris=8 bar coklat untuk ilangkan stress aku.. Now I'm cool.. I'm cool babe... cool sesejuk angin dan hujan kat luar tingkap nie..

Do I have a choice??? Nampaknya harapan nak balik bln 12 nie cam tipis jek nie..Walaupun aku dah cakap dengan sv aku tadi.. "I'm thinking going home early January 2012" Saje aku cakap sebab dah tak tahan menahan nafas dan perasaan bila tengok kerja-kerja programming yang aku kena buat.. huhuhuhu...

Ok malam nie aku harap aku leh mimpi dapat buat coding excellent guna JavaScript.. AJAX.. xhtml.. php.. MySql..HTML...

Hari nie buka balik script php yang aku dah tinggal 4bln.. huhuhuhu... starting coding dan programming again..


p/s Have to keep going...
Kenapalah laluan study aku nie makin menyimpang dari aplikasi multimedia nie??????


Have faith in yurself..
'I believed you can do it..' As said by my gudfren..
but do I believe in myself???

Tuesday, 4 October 2011

Mood cuti off

Salam Selasa..

Hari ini dah 4hb di bulan Oktober... bermakna kalau aku hitung hari untuk ke bulan 12.. mean aku hanya punya masa 2 bulan sahaja.. Cukupkah 2 bulan itu untuk aku pulun semua kerja2 aku sebelum aku berangkat balik??

Aku tak tahu.. Hanya yang aku mampu buat adalah usahakan sedaya mungkin mana yang aku termampu walaupun hakikatnya kudrat dan semangat aku.. ala-ala chipmore... Itupun aku masih syukur punya seorang rakan yang cukup prihatin dengan semua kerja-kerja aku..

Saban hari dia pasti akan tanya aku..
'How yur progress today?'

dan saban hari juga dia akan ingatkan aku..
'Buat kerja dengan selesai.. buat yang termampu.. aku mahu dirimu pulang dengan kejayaan'

dan kadangkala juga dia berkata
'Siapkan kerja.. jaga kesihatan.. selesaikan sebaik mungkin'

Sedikit sebanyak.. bila aku rasa nak malas-malas atau takde mood tuh.. terberkesan juga ingatan dia tuh pada aku.. Contohnya.. Esok nak jumpa SV.. patut jumpa Isnin tapi G call aku ahad lepas.. reschedule meeting ke hari rabu.. bagus juga sebab aku tak siap lagi lapuran yang nak kena hantar nie.. dan bagusnya kawan aku nie..

Setiap hari pasti tanya aku..
'Kerja dah siap belum???' atau 'Dah berapa peratus siap kerja tuh?'

Dan jawapan aku pastinya aku berikan sedang dalam progress lah  kan. Syukur aku punya kawan sebaik dia.. Pasti aku akan kenang dia kerana pernah berikan aku semangat waktu aku benar2 lelah dan penat...really appreciate it... sometimes you need someone to keep you going.. and I'm grateful that I meet them in my life..

Hari ini dah 4hb... Sepatutnya minggu depan aku kena ambil cuti seminggu sebab baki cuti kerja aku masih ada 17hari.. mesti bising sv tempat kerja aku tuh... Aku malas betul nak ambil cuti minggu depan nie.. lagipun ada tetamu kat rumah... kalau aku cuti tapi pakwe aku tak cuti.. tak sesuai pulak.. sebab yang datang tuh kawan aku (suami org).. Dia nie rakan sekerja aku di mesia... datang  untuk viva pada 10hb nie.. Kalau takde tetamu kat rumah tuh.. memang aku pulun sakan ambik cuti.. tak yah sesusah nak bangun awal pg pkl 5.. tapi dari aku duk umah.. sedangkan pakwe aku kerja.. dan kawan aku tuh pun ada rumah.. leh bayangkan apa yang aku cuba korang bayangkan?? hahahaha.. lebih baik aku pergi kerja jek..

So aku tak tahulah bila aku nak cuti nie... mungkin aku terpaksa ambik serentak 2minggu pada bln 11 nanti kot.. awal bulan confirm aku nak ambil sebab cuti nak raya haji kan.. dan akan aku ambil lagi pd hujung bln 11 atau awal bln 12...

Kali nie aku rasa cam muktamad jek keputusan aku untuk pulang pada bulan 12 nie.. Aku rasa .. siap tak siap kerja aku.. aku rasa aku terpaksa pulang.. aku nekad.. tawakal... aku cuba pulun siapkan kerja dalam bln 10-11 nie... Ya Allah berikan aku kekuatan... Kalau Dia dah kata rezeki aku bukan kat situ.. Siapa aku untuk menidakkan rezeki-Nya... Hanya aku harap kesabaran aku itu punya hikmah dan sebabnya...

Esok nak jumpa G.. harapnya lepas tgk report nie aku boleh proceed buat 2 penilaian serentak.. harapnya.. aku amat berharap.. InsyAllah kan.. berikan aku berita gembira esok nie...

Sebenarnya banyak benda yang aku pulun fikir serentak kebelakangan ini.. banyak.. tapi terpaksa aku onhold satu persatu mengikut keutamaan... soal hati.. soal masa depan.. soal kehidupan.. soal rezeki.. soal kerjaya.. macam-macam.. Pastinya aku tahu kita sebagai manusia harus berusaha.. keep on going.. InsyAllah

P/s Nak sambung buat kerja lagi nie...
Suhu semakin sejuk sekarang.. mulai semalam dah mula terasa dinginnya angin sejuk.. suhu dah mula jatuh di bawah 10.. daun dah banyak gugur.. angin sejuk kencang pun dah kerap bertiup.. lama sungguh tak buat projek snap shot autumn... takde moodlah skrg nie.. but thinking nak ajak pakwe ke pergunungan untuk koleksi autumn tahun nie.. so far dah nak 5 kali autumn nie.. aku belum pernah miss lagi ke pergunungan pada musim ini... Maybe.. tgklah weekend nie camna... kemungkinan besar ye cam xpergi jek ahaks ;)

Berjalan kaki pada musim panas yang lalu..
I did enjoyed it ..
Now.. No more walking home.. 
I prefer taking the bus..

Monday, 3 October 2011

Music Mode : Love Love Love (Dreams Come True)

Salam Isnin,

Sejak si Ku-cit meletakkan lagu jepun Revival (Ribaibaru) sebagai entri dia ari tu.. Terus aku teringat 1 lagu theme drama jepun yang aku tonton pada tahun 2000 atau 2001.. aku pun dah lupa.. pastinya drama jepun nie selalu jadi peneman aku waktu lewat malam sementara menunggu pakwe pulang dari kerja (masa tuh dia kerja 3 shif) bila shif petang dia akan pulang lewat malam dan aku selalunya akan tunggu dia balik sambil menonton drama jepun ini..

Sebenarnya sejak minggu lepas lagi aku pulun sakan mencari drama nie dan mencari lagunya... Tak jumpa!!! Puas aku belek drama-drama dari tahun 2000-2001 takde juga.. akhirnya aku suspek drama yang ditayangkan di NTV7 masa tuh mungkin juga dari tahun sebelum 2000 lagi..

Akhirnya setelah puas aku search satu persatu drama kat website. Akhirnya aku jumpa juga tajuk dramanya.. Aishiteiru to Ittekure . (Say me that you love me)
Sinopsis: His delicate love story transcends the spoken word as it depicts the lives of an aspiring young actress and a painter who lost his sense of hearing during childhood. As their relationship develops, the audience learns the true power of sign language and experiences the couple's growth first-hand through the progression of their visual communication.
Ceritanya mengenai seorang gadis muda dan seorang jejaka yang bisu. Mereka jatuh cinta tapi dek kerna si gadis agak muda dari usia lelaki itu.. maka ada banyak halangan berlaku di antara mereka. Terutama si gadis yang berangan2 nak menjadi pelakon dan si jejaka pula seorang pelukis yang cukup berbakat.

Bila aku baca sinopsisnya dan dengar lagu temanya.. Barulah aku boleh recall balik lagu nie.. Uih... Ini recall lagu 11 tahun lepas ok...

Love Love Love
Penyanyi :  Dreams Come True (band)
Lyrics by Yoshida Miwa.



Nee doushite sugoku sugoku suki na koto
Tada tsutaetai dake nanoni rururururu
Umaku ienaindarou...

Nee semete yumede aitai to negau
Yoruni kagitte ichidomo rururururu
Detekitewa kurenaine

Nee doushite sugoku aishiteru hitoni
Aishiteru to yuudakede rururururu
Namidaga dechaundarou...

Futari deatta higa
Sukoshizutsu omoideni nattemo

Aishiteru aishiteru rururururu
Nee doushite
Namidaga detyaundarou
Namidaga detyaundarou...


Dan versi bahasa englishnya..
Lyrical Assistance by Ron Sexsmith.
Found on the album: Love Overflows - Asian Edition.


Whenever I
Try to tell you everything I feel inside
The words get in the way
And through my heart has tried
Lu lu lu lu lu
I wish that I could sing it to you now...

A love song
Like the one I hear before the morning comes
In my dreams it always sounds so clear and strong
Lu lu lu lu lu
I wish that you could hear it too somehow

Whenever I
Try to show you all the love I feel inside
It never seems enough and tears just fill my eyes
Lu lu lu lu lu
I wish that I could say it better now

I guess I want to say that love remains
No matter how time fades away

I love you
I love you
Lu lu lu lu lu
I wish that I could sing it to you now
I wish I could say it better now

Love, love, love I sing to you
Love I bring to you

It's 2nd  most popular love song from 'Top 5 Love song in Japan' according to survey in 2006..

Dengar lagu nie teringat kenangan dulu..
Finally..

I found this song..
Layan ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...