Thursday, 18 August 2011

Yang pulang lagi..

Hari ini.. sahabat baik aku suatu ketika dulu pulang ke tanahair.. (apa skrg dah tak baik dah ke?? sort of.. aku pernah cerita kisah ini dalam entri aku yg lepas2).. Aku tak menghantar ke airport.. bukan sebab aku tak sudi.. tapi aku ada meeting dengan SV aku seperti biasa setiap khamis.. Lagipun.. entahlah.. aku memang takde mood nak hantar dia... terasa hati aku masih bersisa lagi ke?? entahlah susah aku nak cakap.. Kesalahan dia dah lama aku maafkan.. cuma aku rasa aku susah dah nak baik semula dengan dia cam dulu2..

There are things you can forgive but you can't forget.. Bukan aku berdendam tapi aku rasa aku memang tak boleh nak berpatah balik seperti dulu.. What have done.. is done.. Ada orang jenis boleh lupa benda2 camnie.. dan boleh bermesra dan buat baik cam dulu-dulu.. Sorang kawan aku jenis camnie.. memang aku salute dia.. dia tak simpan dalam hati.. Aku bukanlah kata simpan dalam hati.. cuma sifat aku dah camnie.. Mungkin sebab aku pernah ada pengalaman dikecewakan dan pernah lalui pelbagai kisah bila berkawan nie.. (maybe aku akan cerita suatu hari nanti kot) sebab itu aku susah sikit.. perangai aku.. aku jenis tak pernah kisah nak tolong sesiapa.. selagi aku terdaya dan mampu.. aku tolong sebab batasan pertolongan aku adalah keikhlasan aku.. aku tolong tanpa prejudis dan tanpa sebab.. tapiiiiiiiiiiii.... bila sekali orang buat aku terasa hati.. atau buat aku menangis.. sampai bila2 aku takkan lupa.. dan selepas itu sifat berhati-hati aku jadi amat tinggi.. sampai pernah satu tahap kalau aku terasa hati sangat2.. tengok muka pun aku tak nak..

Namun walaupun camtu.. aku tahu kawan aku itu terasa juga.. sebab tindak tanduk aku memang dah jauh berbeza bila aku jumpa dia.. tapi awal pagi lagi aku dah teringat nak sms dia.. nak ucapkan All the best.. tup2 dia yang sms aku dulu.. aku tahu dia masih ingat aku... aku tahu dia pun sedih sebab dia ingat siapa aku pada dia.. dan aku sendiri pun sampai skrg kalau aku ingat balik perjalanan kisah persahabatan aku dengan dia.. terlalu panjang untuk aku ceritakan.. tiap kali aku ingat mesti menitik airmata aku.. yang buat aku sedih.. atas banyak2 pertolongan yang pernah aku buat untuk dia.. hanya atas satu kesilapan dan kesalahan yang bukan pun berpunca dari aku... dia boleh buat 1 judgement yang melabelkan aku sahabat yang lupa sahabat.. walhal.. kalau ikutkan rentetan cerita.. akulah yang paling berterus terang dengan dia.. sedih fikir sebab aku kenal dia di saat dia datang ke sini dengan susah.. dengan status janda.. anak sorang.. aku tolong dia hinggalah dia senang dan kini dah berkahwin pun.. malah masa dia dalam dilema nak terima suami dia yg sekarang nie pun.. nasihat2 akulah yang dia pakai.. hinggalah akhirnya dia kawin dengan suami dia.. yang mana aku sendiri nilai memang lelaki yang baik..

Sayang bila dikenang persahabatan selama hampir 5 tahun kini dah jadi lain.. Menyesalkah aku?? taklah.. cuma aku ada rasa terkilan.. selama ini walau aku tahu perangai dia yang kadang2 buat kawan-kawan aku mengeluh.. tapi aku dari dulu tidak pernah membelakangkan dia.. tapi bila peristiwa itu terjadi.. Aku ambil ikhtibar Allah tunjukkan pada aku.. sejauh mana keikhlasan hati dia berkawan dengan aku.. Aku redha benda2 nie..

Pada aku.. Sahabat yang baik.. dia sepatutnya tegur kita andai kita buat salah.. tidak segan untuk memperbetulkan yang tidak elok pada kita.. dan akan cuba bantu kita untuk buat yang lebih baik.. tapi bukan terus menjatuhkan 1 hukuman tanpa usul periksa dan buat judgement terburu2 tanpa sedikit pun nak tanya kenapa dan mengapa.. Setidak-tidaknya aku pernah berterus terang dengan dia apa aku rasa.. apa yang aku rasa selepas peristiwa itu.. aku tahu dia tahu aku memang terasa hati.. dan aku tahu dia mahu aku balik macam dulu2.. tapi.. seperti mana kata seorang lagi kawan baik aku.. 'akak tahu sangat ko macamana.. tahu sangat.. sekali ko terasa hati.. akak tahu ko ye pendirian'. Aku rasa ramai kawan-kawan baik aku tahu pendirian aku yg ini.. tapi mungkin tak ramai tahu sejauh mana seriusnya aku bila berkawan dan sejauh mana aku boleh jadi keras hati..

Alhamdullilah.. pengajian dia dah selesai.. dan dia kini pun dalam perjalanan pulang ke tanahair.. belum pun masuk boarding gate waktu nie.. flight pun belum take off waktu entri nie aku taip.. tapi doa aku sentiasa dengan dia.. Semoga selamat pulang ke tanahair...

Kita berkawan biarlah berkualiti dan tidak hanya diukur dengan kuantiti.. kawan ramai tak guna kalau semua itu tak mampu jadikan kita manusia yang lebih baik.. cukuplah kawan yang sedikit tapi yang sedikit itulah yang sentiasa beri sokongan atau teguran tak kira apa juga tindak tanduk kita...

Minggu hujan..
Suhu dah mula sejuk skrg nie..
Bandar nie skrg dah tukar jadi bandar zombie dah..
Kenapa?
Nanti lainkali aku cerita ;)

P/s Lepas jumpa Sv
Kerja aku makin banyak..
Doakan aku balik hjg thn nie..
InsyAllah..

8 comments:

kueh bakar said...

jujurnya...

lelaki kalo bergaduh dengan kawan baik-belangkas, masih boleh kembali mesra.mungkin lebih baik.thats the boys way.

tapi pompuan hati dia lain..n3 temah dan tipah tu sempena 'pencarian' adik ko la kak.hahaha.aku godek balik n3 tu.repost.

yup.maksud aku cinta selepas kawin pun kena kenal dulu.ada rasa suka baru boleh terus.tgk dulu tu penting.sebab tu Islam bagi tgk muka. kan..kan..

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

kueh bakar

Tak juga.. sbb ada juga lelaki yg pernah akak kenal.. juga pernah patah arang takkan baik balik gak.. dah 2 3 org gak jmpa.. so ikut masing2..

Akak kalau takat jumpa sembang2 biasa akak no hal.. masih boleh tegur sapa.. tapi nk berbaik cam tahap dulu2.. mean akak akan dtg xkira apa n tolong xkisah apa pun.. itu yang xboleh dah.. no more lah.. ;)

Dah agak dah mesti entri adik akak tuh hahaha...

Tak kisahlah kalau bercinta lepas kwin pun ada indah ye juga sebab sama2 nk kenal.. seeloknya biar dia n u ada sama2 pengalaman.. sbb ramai gak kes yg akak jumpa kes2 kena rekomen nie.. atau bercinta lepas kawin.. lepas bertahun kwin.. bila ada masalah.. mula ungkit balik camna kenal masa mula2 dulu.. dan yg kesian.. smpi skrg dia rasa kurg kasih syg sebab rasa dia n suami xkenal sgt satu sama lain walaupun dah 12thn kwin..

Kenal2 dulu pun bagus juga.. cam akak pun walaupun dah kenal hby akak lebih 10thn sebelum kwin ngan dia.. actually masa akak tunang ngan dia barulah akak kenal dia btul2.. dah kawin pun masih bljr gak kenal dia.. kira dulu akak bertunang ngan dia barulah bercinta..

Apa pun janji ko bahgia.. janji korg serasi itu yg penting ;)

kueh bakar said...

bergaduh tu siap tumbuk2.sepak2.hahaha.

kueh bakar said...

akak pun bukan tunang dengan dia lama.sebab tu akak pun kategori cinta bermula selepas kawin.kehkehkeh.

yup.
B muda sebab tu tak dapat mengawal keadaan.hes be at the wrong place, at the wrong time. kalau lebih berusia akan lebih tenang dan lebih matang.nasib baik tak bersilat..kalo tak pakwe kuar abis buah-buah silat! haha

mashi said...

"kawan ramai tak guna kalau semua itu tak mampu jadikan kita manusia yang lebih baik.. cukuplah kawan yang sedikit tapi yang sedikit itulah yang sentiasa beri sokongan atau teguran tak kira apa juga tindak tanduk kita"...

agree...dari entry ni kita sama la,sekali terkena susah nak percaya dah...ada juga jadi,lepas 5 7 tahun baru buleh act macam tak ada apa2 jadi..luaran je la,dalaman masih berhati2

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Kueh

Well.. yup.. faktor usia mungkin.. tapi ada juga faktor2 lain.. senang cite bkn jodoh lah.. Apa pun pakwe akak mmg cool.. akak bebel2 pun dia cool gak hahaha.. lagik tensen jadinya..

Mashi

Biasalah berkawan nie kdg2 kita xtahu.. kenalah hati2.. nama pun manusia.. ;)

sindiketsulit said...

terbaek entri ni kak.

aku dah penah kena jugak.
sbb tu aku kedekut nak bagi title "bff" (:

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Wos

BFF tuhlah kdg2 bila terlalu baik.. payah juga ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...