Sunday 28 November 2010

Sejuk dan secawan milo panas

Seminggu ini suhu jatuh ditahap bawah beku.. Mulai hari ini.. Salji ada dimana-mana.. Dengarnya akan turun lagi salji pada malam ini.. Tadi semasa menghadiri majlis betday party anak kawan aku.. kaki lima dah penuh dengan salji dan mula mengeras.. jika suhu tidak berubah dalam beberapa hari nie.. salji itu akan jadi ais.. maka dengan rasminya.. jalanan menjadi licin.. kasut kena tukarlah.. kasut yang aku duk pakai hari2 dah xleh pakai dah.. tadi berapa kali aku nak tergelincir.. so far ada 1 jek kasut yang aku boleh kategorikan punya tapak yang ok sikit.. kalau tidak terpaksalah p cari kasut boot yang tahan grip..

Badan aku pun sejak isnin lagik.. camtu gak.. demam dah kebah.. tapi kesan tinggalannya (ceh cam khazanah sejarah jek hahaha) masih ada.. batuk masih ada.. sengal bdn sana sini.. bahu dan leher cam tegang jek.. Asma masih in control.. tapi kena jugalah hati2 takut nanti makin teruk.. tau jelah suhu dah makin sejuk nie.. aku dah tak tahan nak duk kat luar lama-lama.. if terpaksa.. maka baju terma adalah wajib untuk dipakai..

Sepatutnya malam nie p tgk Harry Potter.. tapi plan terpaksa postpone sebab geng nak p tengok ada program lain yang abis lambat.. so esok InsyAllah lepas lunch kami p.. kalau diorg tak jadi p.. aku tetap gak p ngan pakwe aku.. malas nak postpone lagik.. sebab dah plan nak tgk.. kalau takat aku dan pakwe.. dah lama dah aku sampai pgg wyg tuh.. tapi sebab dah plan nak tgk ramai2.. kekonon buat pertama kali dan terakhirnya beramai2 di sini hahahaha... so layankan jelah

Menikmati milo panas di depan TV..

2 comments:

julietchun said...

tgk ramai2 happening sikit kan.
sejuk2 tu tak teringat ubi kayu rebus? jom pekena roti telur kg.baru :D

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Juliet

Aku dah makan ubi kayu rebus jumaat lepas dengan sambal tumis ikan bilis.. kwn baik aku sanggup p belikan ubi kayu.. dah kami buat majlis makan ubi kayu jumaat malam.. hahahaha... anytime jek kalau nak mkn roti telur.. buat masa nie.. aku kenalah masak sendiri klu nak makan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...