Tuesday, 2 November 2010

Isnin datang lagi..

Hari isnin.. cam biasalah.. adalah hari yang aku slow rock betul.. nak mula balik semua keje.. cam slow bebeno nak start.. nak pulak khamis dan jumaat lepas mmg aku tak jengak ke ofis.. Hari ini paksa diri gak.. kalau duk melepak kat umah lagik aku pening kepala.. krg nk masak sarapan.. dah tengahari karang nak masak lak.. so better aku duk ofis.. siapkan keje aku.. sambil layan2 benda lain sambil-sambil..

Hari ini aku dapat bubur kacang hitam.. Kawan aku bagi.. baik pulak dia duk bawak 1 tupper ware untuk aku.. Jenguh gak nak mengabiskan.. setelah aku bedal roti sandwich tuna dan cheese onion pastry.. Hari ini perut memang menyanyi riang ria.. Habis keje pagi tadi.. perut dah mula berdendang dendang jek hahaha.. aku suspek dia rindu roti baguette.. biasalah makanan asasi sarapan aku setiap hari bekerja..

Tulisan terhenti kerana pergi membeli belah...
------------------------------------------------------------------------

Yang mula-mula tuh aku tulis tengahari tadi.. nie dah nak masuk lewat petang.. Masih teragak-agak nak balik.. sebab waktu ini hujan turun agak lebat dan langit juga sudah mula gelap.. Masa kini sudah malam lebih panjang maka nanti bermulalah musim 'winter blues'.

Aku perlu bersiap nak ke pejabat pos.. ada bungkusan yang perlu dihantar ke tanahair.. Esok pula ada 1 bungkusan lagi menyusul kemudian.. Harapnya sampailah dengan selamat.. sebab bungkusan yang pertama aku pos dulu tak sampai-sampai hingga kini.. Tak tahulah kemana perginya..

Oklah aku nak bertolak balik ke rumah.. nak singgah ke pejabat pos pula.. nanti sampai rumah nak kejar solat maghrib pula..

Hari ini hujan semula... oh.. hujan dan angin sejuk.. 2 kombinasi yang menyeksakan huhuhu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...