Thursday, 25 November 2010

Sedih dan terkejut

Semalam aku masuk FB kawan baik aku.. sajelah sebab dah lama tak jengah ke situ.. tiba-tiba aku terkejut tengok status dia yang update awal bln 11 ari tuh.. ayah dia meninggal dunia.. aku langsung tak tahu.. aku tgk ramai yang wish takziah kat dia.. termasuk kwn2 aku kat mesia.. but aku langsung tak tahu.. sedih sangat2 sebab aku tak tahu langsung khabar berita nie.. terus aku hantar mesej kat dia..

Dah 3 minggu ayah dia meninggal dia mmg sengaja tak beritahu aku sebab perlukan tempoh bertenang.. aku taklah marah ke apa.. just sedih sebab tahu saat2 akhir.. lepas semua org dah tau.. baru aku tahu.. Sedih juga aku.. mentik jugalah airmata aku.. terkilan sangat2 sebab kenapa semua org kat mesia leh tau.. walhal aku yg kwn baik dia nie.. sikit pun dia tak nak beritahu.. walhal kan.. aku nie apa2 pun pasal diri aku.. pasal ayah aku sakit.. mak aku sakit.. yg aku balik ari tuh.. dia antara orang yang awal-awal aku beritahu dulu..

Terkilan jugalah.. tambahan pula aku memang kenal mak dan ayah dia.. tapi yelah kan.. bak kata kawan baik aku sorang lagik.. maafkan dia.. kdg2 dia tak perasan.. dan anggap benda tuh takde pe.. walhal kita yang merasakan semua tuh.. Aku siap call kwn baik aku sorg lagi kat mesia.. aku tak tahan sedih sangat.. sampai aku menangis dalam phone cakap dengan dia rasa terkilan aku.. ini soal mak dan ayah.. siapa tak sedih.. nak2 pulak aku memang kenal dan penah jumpa mereka berdua.. dan kawan aku tuh bukan aku baru kenal.. kami kawan baik dari study kat uni masa 1st degree.. sampailah dia masuk sama tempat keje ngan aku.. bilik pulak dulu dekat2 jek.. aku dah anggap kawan baik dunia akhirat dah..

Yelah.. kadang2 kita tak perasan semua nie.. lagipun mungkin jiwa dia kacau bilau masa tuh hingga rasa tak penting nak beritahu orang.. dan aku juga jadi orang yang dia anggap tak penting sama.. siapalah aku nak hukum dia.. siapalah aku juga nak marah dia.. aku taknak luahkan nie pada dia.. sebab aku tahu dia sedih.. takpelah aku simpan sahaja rasa terkilan aku dan sedih aku ini.. biar kawan baik yang aku call tadi tahu apa yang aku rasa.. hanya dia sahaja yang dengar tangisan aku tadi.. sedih sangat2 tak mampu aku luahkan... cuba kalau mak dan ayah aku yang meninggal.. dan aku buat benda yang sama pada dia.. tak beritahu dia??? mesti dia juga akan rasa benda yang sama aku rasa kan.. tapi cam aku cakap tadi.. siapalah aku nak hukum dia.. siapalah aku nak marah dia..

Biarlah.. apa juga.. aku tahu dia ada alasan dia.. dan aku tak nak keruhkan keadaan.. rasa sedih aku..rasa terkilan aku.. biarlah aku sorang simpan dalam hati.. Semoga Allah rahmati arwah ayahanda dia hendaknya..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...