Thursday 8 September 2011

Episod lepas raya

Salam Khamis..

Wah dah seminggu aku tak update blog.. last masa 1hb hari tuh.. wah beraya sakan ke aku?? Idak juga.. cuma cuti kerja 4hari gak minggu lepas.. jumaat openhouse kat rumah sendiri smpi pkl 11lbih malam.. sambung lagi sabtu dan ahad lak dgn 3 jemputan openhouse.. Isnin hingga semalam aku pulak sibuk tolong kawan buat kerja dia sikit.. Aku dah rasa macam aku sibuk sangat.. yelah sehari duk study pasal generasi Baby boomer, Gen X dan Gen Y, selasa edit draft essay kwn aku.. tambah point aku sendiri.. dah jadi macma paper akademik pun ada.. semalam aku tolg dia edit pulak slide powerpoint.. Aku cakap ngan dia.. dah 3 hari aku tolong dia.. nie kalau kat mesia mau juga aku minta bayaran..

Hari ini baru berkesempatan nak update blog sendiri.. ingat.. tapi aku agak sibuk 3 hari nie.. Emmm.. kalau ada org tanya pasal 3 generasi nie aku leh explain dengan detail.. menarik juga bila aku mula buat kajian ringkas pasal 3 generasi nie.. dan actually ada 4 generasi sebenarnya.. mehlah aku cite sikit.. kalau aku sebut camtu jek mesti korang semua tertanya2 kan..

Generasi Baby Boomers

Adalah generasi lepas perang dunia ke 2.. yang lahir pada tahun 1946-1964.. tarikh kelahiran ini berbeza-beza mengikut negara.. kebanyakan yang mengguna pakai istilah ini adalah negara2 barat dan eropah.. kalau di sekitar negara eropah tahun kelahiran untuk generasi baby boomer ini ada yang smpi 1974.. ini kerana lepas perang dunia kedua.. ramai bekas tentera pulang ke negara masing2 dan memulakan kehidupan baru.. selepas mereka settle down.. mereka mula bekeluarga dan mempunyai kerjaya yang stabil.. maka pada ketika ini kadar kelahiran meningkat secara mendadak 'boom' sebab itulah dikenali sebagai baby boom... generasi ini adalah untuk mereka yang kini berumur 65-47tahun.. Generasi ini sikap mereka lebih mementingkan status kerja dan sosial.. mahukan kerjaya yang ada jaminan masa depan.. dan amat setia pada 1 organisasi.. mereka lebih konservatif.. traditional dan workaholic...

Generasi X

Lahir pada tahun 1965-1980.. umur mereka kini 46-31thn... generasi ini lebih terbuka berbanding generasi baby boomer.. datang dari keluarga yang kedua2 ibu bapa bekerja.. ada sesetengah mereka dtg dari keluarga single parents.. penceraian dlm keluarga adalah isu biasa bg generasi ini.. Generasi ini mahukan kerja yang fleksibel.. tak pentingkan status sangat.. kerja sebab mereka happy dgn kerja itu.. tak suka terikat lama dengan 1 kerjaya.. mahukan kebebasan dan keselesaan dalam kehidupan.. Golongan nie adalah generasi tape rekoder... walkman.. vhs..

Generasi Y

Generasi era millenium kerana mereka ini lahir dari thn 1981-1994.. berumur 30- 17tahun... Masa nie mula terdedah dengan teknologi.. mula berjinak-jinak dengan internet.. tapi masa nie internet masih slow speed.. perkembangan IT mula berkembang.. dan isu pasal millenium bug jadi topik hot... golongan nie.. pemikiran ye lebih mahukan kebebasan bekerja.. bersuara.. kerap tukar kerja sebab mahukan fleksibel.. punya keinginan untuk belajar lebih banyak kemahiran dan juga mampu buat multitasking.. lahir pada awal perkembangan internet dan teknologi maklumat dan telefon bimbit.. bijak untuk adaptasikan kemahiran dengan penggunaan teknologi.. cekap.. berfikiran lebih terbuka.. independent.. suka menekan hak diri.. keinginan dan kehendak..

Generasi Z

Generasi lahir lepas tahun 1995, berumur 16thn ke bawah .. tak boleh hidup tanpa teknologi.. internet.. handphone.. chatting.. web.. name it.. hidup mereka dikelilingi dengan applikasi seperti google.. facebook .. twitter.. iphone.. mac dan sebagainya.. mereka tidak tahu bagaimana hidup tanpa semua teknologi nie.. tak tahu nak bayangkan camna hidup susah generasi baby boomer (zaman moyang atau gatok nenek diorg).. Sikap mereka juga lebih demanding.. sebab pada mereka kepantasan adalah benda utama.. semua nak kena ada.. nak selesa.. nak senang.. sebab ketika mereka lahir kemudahan teknologi dan prasarana dah ada lengkap dan selesa...

Camtulah lebih kurang huraian aku.. kalau nak cite secara verbal leh jadi panjang lagik nie.. nie sebab menaip pun dah panjang dah.. bagus nie untuk buat tajuk kajian bila aku balik mesia.. hehehe nantilah.. mesti ini jadi tajuk salah satu thesis student aku nanti ;)

Minggu nie aku pergi ke tempat keja 30min lebih awal.. sebab pakwe kena start kerja awal.. so dalam masa 20min tuh aku tggu dalam keta dulu.. bila dekat2 nak 6.30 tuh baru aku punch in.. Sejuk lak tuh bila tggu dalam keta.. terpaksalah on heater sebab awal pg skrg nie asyik hujan jek...

Sv kerja aku dah masuk kerja semalam.. Tadi terserempak dengan dia.. dekat sbln gak dia cuti sebab ayah dia meninggal.. dia ada sound psl borang pencapaian aku.. yelah dah lama aku isi pun.. dia jek yg takde nak ambik2 kan.. Esok dah jumaat kan sekejap jek...

Melepak di tepi tingkap sambil tunggu vacuum cleaner aku..
Member level 4 pinjam macam dia ye hak milik je..
Leceh betul skrg nie kena turun naik tiap kali nk pki 'henry' (nama vacuum tuh)
Lawa kan kasut aku..
Dan lawa juga pemandangan kat luar tuh ;)

3 comments:

kueh bakar said...

citer pasal perang..

malaysia sekrg tgh top citer pasal bukit kepung.sebab mat sabu cakap, yang serang bukit kepong itu unsung hero, sebab polis yg diserang adalah polis british.

sy gen y la.hehe

Kaktiny said...

lepas gen z, gen apa plak nanti eh?.. hihihi..

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Kueh

Tuhlah ada gak terbaca sdg kecoh kan kat mesia isu tuh.. macam2 sungguhlah org skrg nie..

Tiny

Entahlah.. Jgn jd Gen Notty udah ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...