Friday, 14 January 2011

Pada wajah.. kita dapat agak riaksi seseorang

Pagi tadi lepas kerja.. aku bertembung dengan seorang adik nie.. "kak pesal akak nampak sedih".. Aku cuba senyum.. tapi cam tak mampu nak senyum.. "yelah muka akak nampak sedih sangat".. Akhirnya aku jawab.. "akak letih sikit ari nie.." dan cuba sedaya upaya untuk senyum gak.. walaupun aku sikitpun takde perasaan nak senyum langsung.

Sebenarnya dalam berjalan kaki dari bangunan tempat aku kerja.. ke tempat punch kad.. kepala aku duk berfikir banyak perkara.. Fikir study.. fikir pasal bil council tax yg sampai semalam.. fikir pasal status cuti belajar yang nak kena extend lagi.. fikir pasal duit nak hidup kat sini.. fikir pasal keluarga kat mesia.. dan macam-macam lagik.. Sebenarnya mood aku down sikit 2 3 ari nie.. aku cam blank nak fikir pasal apa-apa.. hati aku cam takde perasaan jek.. blank like a piece of paper.. Naik bas duk sebelah member pun aku malas nak bercakap.. malas nak mulakan perbualan.. aku banyak diam.. sampai aku rasa kawan aku tuh cam tak selesa jek..

Bila adik tuh cakap camtu.. aku tahu.. muka aku nie begitu mudah untuk diinterpretasi oleh orang lain.. maksudnya.. kalau org tengok aku.. telus.. org leh tahu apa aku rasa waktu itu.. muka jujur sangat kot.. sebab ini bukan kali pertama aku ditegur begitu bila org tengok muka aku.. SV aku pun penah tegur aku gak.. bila tgk muka aku cam tak ceria.. Terutama kalau masa tuh aku tengah duk fikir sesuatu dengan serius.. or think it so deep down.. it show transparently out of my face... Emmm.. sebab itu pernah ada yang kata.. muka aku nie innocent hahaha... tapi sejenak tadi buat aku terfikir.. begitu mudah org baca bahasa muka aku.. tapi ada juga yang pernah kata.. bila baca bahasa tubuh aku.. atau perbuatan aku.. kadang orang tak mampu nak agak sejauh mana aku boleh bertahan bila hadapi sesuatu perkara tuh bila diorg sendiri pun rasa tak mampu nak pikul...

Emmm... Aku pernah terfikir untuk cuba block apa yang aku rasa supaya tidak mudah orang mampu baca apa yang aku fikir dan rasa.. Tapi kadang2 tak berjaya.. sebab aku tak pernah nak beerpura-pura dalam apa aku rasa.. tak suka aku ckp xsuka.. sayang aku cakap sayang.. benci aku ckp benci.. kalau aku tak mahu cakap.. memang aku diam.. itu yang selalu aku pegang.. Mak aku selalu cakap.. aku nie jenis tak banyak cakap.. memang di rumah dengan keluarga sendiri aku memang anak tak banyak cakap.. aku jenis ikut perintah.. sekali mak aku cakap.. terus aku buat tanpa banyak soal.. tapi kalau sampai masa aku dah buka mulut.. siapa pun tak boleh nak bidas cakap aku.. hahaha.. itu aku... sampai adik lelaki aku yg jenis paling kuat membebel pun kalah ngan aku.. ngan aku jek dia xleh nak byk cakap.. ngan mak ayah aku.. adik2 aku lain boleh ler dia nak kelentong hahaha.. Kuasa veto anak sulung.. ko byk cakap ko kena.. hahaha...

Fikir-fikir tadi.. tak boleh jadi camnie.. tapi kan sebenarnya budaya mat dan minah saleh kat sini very transparent dalam apa diorg rasa sebenarnya.. kalau happy diorg takkan teragak2 nak cakap diorg happy dengan ekspresi sekali.. kalau tak suka diorg pun akan cakap juga direct dengan ekspresi yang sama.. cuma kebanyakan bangsa kita ini.. kita dah biasa blok apa kita rasa.. tak suka kita akan cakap suka.. suka lak.. kita cakap tak suka walhal dalam hati tuh nak sangat2.. itulah kita.. benci pun.. buat juga.. terpaksa.. konon nak jaga hati.. konon mengalah.. Sebab itu bangsa kita nie jenis tak rajin bertanya kan.. bukanlah menidakkan atau mengutuk ye.. tapi sifat ini memang ketara.. aku dah mengajar lebih 10tahun.. dah banyak kali aku tanya dalam kelas setiap kali aku mengajar.. ada soalan tak?? boleh kira berapa kerat sangat anak bangsa kita yang akan tanya soalan.. dan berapa kerap juga anak bangsa orang lain yang rajin tanya soalan pada aku.. bukan itu jek.. tapi berapa kerap juga anak bangsa org lain sanggup datang bilik aku.. bertanya bila diorg ada kemuskilan tentang sesuatu perkara..

Aku bukanlah cakap tak elok sifat diam diri nie.. elok.. tapi aku dah belajar lama sifat direct nie sebenarnya.. pada aku mmg banyak membantu dalam mengendalikan hubungan.. samada hubungan suami isteri.. kekawan.. dan paling utama hubungan kerja.. Prinsip aku lebih baik cakap.. dari diamkan diri bila sesuai dengan keadaanya.. kadang2 simpan dalam nie tak elok gak.. terutama dalam hubungan suami isteri.. ini memang paling berkesan kalau nak keep on loving and understanding.. sebab benda yang sama pernah pakwe aku cakap "Kalau u tak cakap apa u rasa.. abang mana nak tahu" sejak itu.. aku tak pernah teragak2 nak bgtau dia apa yang aku rasa.. suka ke benci ke.. menyampah ke.. sakit hati ke.. semua aku cakap.. xdapat ckp.. aku sms.. Lepas tuh.. aku rasa lega sangat2 sebab aku tak simpan dalam hati dah.. peprnah juga dia cam terbakar bila aku marah2 dan sound dia camtu.. tapi aku cakap balik "I cakap sebab I kisah dan sayang U.. sebab I ambil berat.. kalau tak.. buat apa susah2 nak cakap semua nie.."

Kalau sesiapa pernah berkawan dengan bangsa selain asia.. mungkin anda akan nampak bezanya sifat mereka bila bercakap soal apa yang diorg rasa.. dan rasa itu diorg akan tunjuk dengan ekpresi bahasa tubuh yang begitu ketara perbuatannya.. kalau happy diorg bukan sekadar kata happy.. tapi akan turut serta dengan lonjakan kaki.. tangan yang diangkat2.. dan riaksi muka yang benar2 tersenyum riang.. bangsa asia.. kalau kata happy.. hanya kadang2 kita nampak sekadar senyum.. atau paling tidak usap2 muka jek.. kaki tangan kaku.. hahahaha.. itulah namanya ekpressi diri.. oh ya ada kajian yang pernah dibuat oleh seseorang (aku dah lupa nama proffesor nie) ada beza bahasa tubuh orang asia dan orang bukan asia.. org bukan asia akan cakap tak suka maknanya mmg tak suka.. tapi orang asia lak terbalik.. akan cakap suka.. walaupun tak suka hahaha..

So.. balik pada isu pokok pasal riaksi wajah nie.. tak elok ke kalau orang boleh baca bahasa dan rasa bila tengok wajah kita.. well pada aku.. elok dan tak elok.. kalau yg tengok kawan rapat.. oklah.. senang nak bgtau dia apa yang kita rasa masa tuh..tapi kalau ditengok oleh orang yang kita tak kenal.. dan dia boleh interpritasikan rasa kita.. rasa cam dah ganggu privacy diri.. bukan salah orang tuh pun.. tapi rasa salah diri sendiri sebab memberi ruang pada orang lain untuk membaca apa yang sedang kita rasa dalam hati.. Nasib yang tegur tuh adik yang rapat gak.. so dia tanya tuh aku ok lagik lah hahahaha.. kena lak yang tanya tuh musuh ketat ke hahahha... sure dah jadi berita sensasi untuk digosipkan..

Di wajah ada segala-galanya.. senyum.. ketawa.. nangis.. duka.. itulah diri kita kan.. Lepas nie nak senyum jelah.. walau apa pun rasa yang aku rasa ;)

2 comments:

Kaktiny said...

hihihi.. aku adalah manusia yg sgt susah nk sembunyi perasaan.. kalau aku suka, satu dunia buleh dengar gelak aku.. aku aku marah, satu dunia terasa habanya.. kalau aku sedih, mmg hujan lebat le dunia aku.. kuikuikui.. daaan.. ianya amat berbeza ngan laki aku yg COOL je semubunyikan reaksi dia.. hatta apa keadaaan sekalipon..

dek sebab tu... aku pon penah bg ayat camtu kt laki aku.. "bg tau apa yg rasa, jgn simpan2, jgn pendam2.. tak puas hati, cakap je depan-depan"..

... dan... bila dia dh mempraktikkan 'sound direct' apa yg dia rasa.. aku tetiba nk buat ayat "cuba simpan setengah2 benda yg abang rasa tu.. pedih tau nk terima.. agak2 la kalau nk kata kt orang pon.."(tapi, ayat tu setakat kt kerongkong je la.. aku tak gamak nk suarakan.. nanti kompon aku yg kena balik.. kuikuikui..)

...kahkahkahkah

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Hahahha.. tulah wakakah.. aku rasa itu yg pakwe aku rasa sebab aku nie sebenarnya jenis xbyk ckp.. tapi kalau dah suruh cakap.. memang xleh berhenti.. sapa suh kwin ngan org keje banyak cakap nie hahaha... tapi elok jugalah kan beritahu dr simpan2.. buat sakit jantung jek karang hehehe ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...