Friday, 29 April 2016

Rasa-rasa..

Assalamualaikum dan salam petang jumaat

Sejak kebelakangan ini.. macam-macam rasa yang ada... adakalanya rasa itu lebih pada rindu.. adakala rasa serabut.. hahaha.. adakala juga rasa seperti kehilangan sesuatu.. dan adakalanya rasa perlukan seseorang..

Hidup itu warna warni.. bertemu dan berpisah itu lumrah.. adakalanya pertemuan itu muncul semula.. namun adakala juga pertemuan itu adalah yang terakhir buat kita.. kematian itu suatu yang pasti kan..

Banyak yang rasa ingin diluahkan di sini.. tapi aku mengambil jalan untuk tidak menyatakan semuanya di sini.. ada yang perlu disimpan sedikit sebagai rahsia hati.. begitu berat kali ini untuk menyatakan apa yang dirasakan.. terlalu banyak perkara dan rasa yang perlu difikirkan.. adakala rasa terbeban seketika.. namun hati dan fikiran masih mampu bertahan lagi..

Entri kali ini mungkin kedengarannya agak separuh jalan barangkali... sepanjang sebulan ini berulang kali aku dengar mengatakan banyak tentang aku yang sudah berubah.. sikap.. tutur kata.. tindakan.. perasaan.. mungkin ada benarnya... tapi begitu ketara juga mereka mula menilai aku sebegitu ye...

Banyak juga perkara yang aku kini tidak lagi 'excited' nak buat macam dulu-dulu.. haha.. banyak juga perkara yang aku 'stop' dari melakukannya... banyak juga tutur bicara kini aku lebih 'direct' dan berterus terang... 'tak nak' begitu mudah untuk aku katakan... 'tak mahu' juga kini mudah untuk dinyatakan... Aku kini memilih dalam setiap tindakan yang akan aku lakukan.. mana yang mempunyai kepentingan untuk orang lain.. atau memerlukan untuk aku menjaga hati orang... tidak lagi aku teruja untuk melakukan.. selalunya aku melihat kepentingan untuk diri sendiri dan keperluannya untuk aku.. Jika ianya hanya untuk keseronokan mereka.. selalunya aku back-off .. dan sering sangat aku terima tindakan balas... 'you dah lain sekarang kan' dan aku hanya sambut dengan senyuman dan gelak ketawa sahaja...

Setiap kita pasti berubah kan.. keadaan.. persekitaran.. rakan-rakan.. kehendak.. keperluan akan membuatkan kita perlu berubah... dan terpaksa berubah... begitu juga aku.. mungkin kini rasa lebih 'cool' untuk menghadapi sesuatu walaupun adakalanya aku tahu ianya tidak mudah untuk aku...

Sejak kebelakangan ini juga beberapa kenangan lalu datang mengetuk pintu hati.. mengetuk kembali rasa kenangan silam... adakalanya aku layan memikirkan.. yang aku kenang adalah kenangan yang indah-indah sahaja.. yang sedih.. yang pahit.. aku tidak mahu fikir.. walaupun sebenarnya ia pasti ke situ juga... Teringat juga rasa-rasa gembira yang pernah hadir ketika kenangan itu hadir dalam ingatan..

Teringat bukan sebab aku mahu kembali pada kenangan itu.. teringat juga bukan kerana aku rindu pada mereka itu... teringat juga bukan kerana aku mahu sambung semula yang terhenti.. teringat hanya kerana itu pernah menjadi detik gembira dalam diri.. teringat kerana itu pernah menjadi sebahagian daripada diri aku sendiri.. teringat kerana melalui kenangan itu.. menjadikan aku seperti diri aku kini..

p/s Selamat tinggal kenangan silam... Harapnya aku tidak ingat lagi semua itu.. tapi siapa tahu.. ia pasti datang kembali kan..


Seperti Novel Cinta -Shiha Zikir
Aku suka lagu ini..
Mendengar lagu ini memang membuatkan aku teringatkan kisah lama...



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...