Saturday, 2 April 2016

Aku dan Ain

Salam malam minggu

Hari ini selesailah sesi 'dating' kami. Pertemuan pertama pada bulan nov tahun lepas. Pertemuan kedua pula pada bulan ini sahaja dapat dilakukan. Kesibukan kerja menyebabkan aku kadangkala terlupa seketika adik aku yang seorang ini.

Banyak yang kami sembangkan.. maklumlah sekian lama tidak bertemu. Sedikit demi sedikit kenangan lama dibuka dan diingati semula. Ada yang mahu aku lupakan.. tapi terpaksa menahan rasa mengenang perkara yang cuba dilupakan. Namun bila Ain menyebut tentang aku pada B dan dia sedikit terkedu.. maka aku tahu bahawa B masih ada rasa bersalahnya pada aku.

Aku pesan pada Ain. Usahlah direncanakan sebarang pertemuan atau membuka lagi kisah aku pada dia.. cukuplah yang lepas itu lepas.. 'past is past'.. pertemuan itu pasti tidak dapat mengembalikan dan membetulkan balik apa yang sudah terjadi..

Indah kenangan zaman remaja.. indah zaman kami pernah bersama.. kenangan kami berdua tetap kekal dalam memori.. kenangan zaman silam tetap ada dalam ingatan.. Hatta kisah pokok pelam depan rumah aku pun Ain boleh jadikan cerita.. hahaa.. bab ni aku lupa.. pokok mana yang Ain maksudkan ni.. oh pagi sok mahu aku p jelajah depan umah.. nak tau pokok tuh hidup lagi atau dah kena tebang...

Seronok bila mengenali zaman remaja.. apatah lagi kita punya talian kenangan yang begitu erat.. hatta kisah jejaka demi jejaka yg penah rapat dengan aku.. juga mengganggap ain sebagai adik mereka.. hingga Ain sebut dengan aku tadi.. 'tak dapat rapat dengan kakak kesayangan ain.. dapat rapat dengan adik angkat ye pun jadilah.. ' aku gelak sakan bila dengan ayat ni...

Sebagaimana sayangnya kakakmu ini pada semua adik-adiknya.. sayangku pada mu tetap ada dalam hati.. walau kita pernah terpisah daratan.. tempat.. ruang dan masa.. ingatan tidak pernah putus.. hanya kadang kesibukan itu menjadi penyebab pada kebisuan.. you always in my heart sis..

p/s Aku gembira hari ini.. InsyAllah pasti ada pertemuan lagi adik ku..

Our lunch today..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...