Monday, 11 April 2016

Rasa dan Pilihan..

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Isnin

Hari ini memandu ke tempat kerja.. hujan mula turun renyai-renyai.. masuk sahaja ke pintu utama terasa begitu lenggang mood hari ini.. Minggu ini cuti mid sem bermula.. yang ada hanyalah pelajar diploma dan pelajar degree cuti seminggu... memandangkan aku tidak mengajar pelajar diploma.. maka terasa sedikit lepak.. apatah lagi.. Isnin selalunya aku sedikit kelam kabut kerana ada kuliah pukul 11.. namun hari ini.. rasa relak sikit walaupun kejap lagi sebenarnya aku ada mesyuarat pada pukul 9..

Ketika berjalan menuju ke bilik.. aku terdengar bunyi text masuk.. rupanya KJ minta aku memangku jawatan KJ sementara dia bekerja luar kawasan hingga Rabu... Masuk kali ini.. sepanjang hampir 4 tahun mamat tuh pegang KJ.. ini adalah kali ke 3 aku memangku KJ... kadang terfikir jugalah.. kenapa asyik aku.. hahaha... walhal ramai sahaja mereka yang aku kira lebih layak atau berstatus mungkin tinggi dari aku... Tapi aku rasa aku tahu sebabnya.. kerana hubungan baik aku dengan dia.. yang bertahun2 dari 99 hingga kini.. kadang kita akan memilih orang yang kita rasa lebih selesa bekerjasama... dan atas sebab persahabatan itu walaupun aku berat sebenarnya.. aku terima juga... tak berkira sangat pun..

Memandu ke tempat kerja.. dalam suasana hujan dan sejuk.. dan mendung buatkan aku teringat 16 tahun dulu ketika aku mula-mula datang ke sini.. sebenarnya sebelum itu.. aku telahpun datang ke sini dalam tahun 96 atas perlawanan persahabatan pasukan hoki UKM dan pelajar IPG di sini,, masa itu belum jadi universiti lagi.. tapi telah diangkat status ke IPG..

Melalui lewat bangunan yang kini telah ditukar kepada muzium.. buatkan aku teringat di situlah bangunan dimana aku ditemuduga untuk bekerja di sini... di situlah juga aku hadiri temuduga untuk melanjutkan pelajaran peringkat sarjana... di situ jugalah semua mesyuarat utama universiti pernah dijalankan... setiap kali ke bangunan itu dulu,.. aku selalu teruja dan suka melihatkan senibina lama di situ.. terutama tangga kayu perlu kami naiki setiap kali ingin ke tingkat atas ke bilik mesyuarat.. anak tangganya sempit dan kecil dan selalunya perlu berhati-hati sedikit.. namun sayangnya sejak balik tahun 2012.. sekali pun aku tidak pernah lagi menjengah ke situ.. rasanya tingkat atas itu.. sudah menjadi pejabat... bangunan itu punya kisah sejarah yang tersendiri.. wujud sejak tahun 1922 lagi..

Sejak beberapa hari ini aku terfikirkan tentang pilihan.. apa yang telah aku putuskan.. risiko yang perlu aku lalui.. rasa-rasa hati yang terpaksa aku tahan dan bertahan... kesempatan masa yang mungkin sukar.. kekangan tumpuan pada kerja dan keluarga.. itu semua telah aku fikir dan teliti satu persatu.. mampukah aku hadapi semua itu...

Seharapnya aku mampu bertahan... namun aku juga tidak tahu selama mana dapat aku pertahankan... teringat kenangan lama.. walaupun 5tahun aku di luar negara... aku juga pernah bertahan rasa hati.. tapi situasinya mungkin berbeza kerana aku yang melaluinya... mereka yang aku tinggalkan lebih kuat bertahan dari aku... Kini.. bila aku pula dalam situasi sebaliknya... aku sendiri tidak pasti... mampukah aku bertahan... mampukah aku kuat dan sabar... namun.. aku tetap akan mencuba... kerana seperti mana dulu pernah aku katakan pada diriku sendiri... 'Tidak ada kerugian bagi seseorang yang sabar'

Pilihan aku banyak... jika inginkan sesuatu yang mudah dan senang... pasti sahaja tanpa perlu fikir panjang aku akan terus meilih jalan itu... jika mahukan kesenangan pasti jalan itu juga yang aku pilih.. supaya pengakhirannya mudah untuk aku... tapi.. bila aku fikirkan semula.. selalunya aku lebih suka memilih sesuatu yang lebih mencabar keupayaan diri.. sama ada secara fizikal atau mental.. cuma bila usia lewat begini.. cabaran fizikal selalunya aku elakkan.. tahu badan sudah tidak larat seperti dulu.. cabaran mental pun kena tengok-tengok juga.. kalau benda yang basic sangat.. dan boleh diselesaikan oleh orang lain.. then biasanya aku ambil sikap.. leave it for others... I just took the one that enough for me..

Apa juga kita semua punya pilihan masing-masing.. dan ini adalah pilihan aku... ok kena bergerak ke bilik mesyuarat... happy working monday yeah..

p/s Rindu semakin membara.. namun aku perlu bertahan sekuat mungkin...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...