Monday, 4 April 2016

Membaca entri lama.. buat aku terfikir betapa tabahnya aku waktu itu...-mood fefeling:)

Salam Pagi Isnin


Hari ini aku buka notebook.. since aku letak notebook aku dalam mood hibernate.. so on je butang.. terus terbuka mozilla browser dan entri yang aku tulis sekitar November 2011.. waktu itu aku kerap menulis entri tentang status pengajian aku.. dan keadaan cuaca.. agak kerap juga status yang aku update waktu itu..

Seronok membaca semula semua rasa-rasa yang pernah aku lalui.. sedikit sebanyak mengingatkan aku tentang kehidupan yang pernah aku lalui.. keadaan cuaca... siang dan malam yang panjang dan pendek.. hujan.. salji.. angin ribut... rutin harian ebagai seorang pelajar.. pekerja tukang cuci.. seorang isteri.. seorang rakan... bagaimana letihnya aku mengharungi kehidupan seharti-hari.. betapa aku mengharapkan ada seseorang untuk memahami aku.. a shoulder to cry on...

Bila aku kutip balik rasa itu betapa semangatnya aku masa itu.. untuk terus menyelesaikan apa yang telah sekian lama bertangguh.. aku rindu balik life aku dulu di UK.. walaupun manjang je stress.. manjang je penat.. but that what me now.. as now... tapi untuk aku kembali ke masa lalu itu sudah tentunya mustahil kan... lagi rasa nak tinggal di sana lagi... belum ada lagi buat masa ini.. I think now is the time for family.. aku dah tidak mahu meninggalkan mak lagi... cukuplah penah duduk di sana selama 5tahun... aku balik 3 bulan sahaja.. dan arwah ayah pergi buat selama-lamanya... itu yang membuatkan rasa untuk aku tinggal lagi di luar negara belum ada... mungkin sahaja.. bila aku sudah tidak ada mak lagi... mungkin sahaja pilihan itu akan aku buat... itupun jika pakwe masih nak ikut aku lagi... walaupun aku tahu.. agak sukar untuk aku pujuk dia lagi.. untuk ikut aku...

Inilah bagusnya bila ada blog.. hahaha... bila baca balik semua entri lama.. kepala duk fikir.. ahhh.. camnalah aku leh menulis begitu suatu ketika dulu.. tetiba rasa kagum dengan diri sendiri.. sebab rasa sekarang ini.. idea untuk menulis seperti itu macam dah takde.. atau mungkin kini rasa-rasa seperti itu telan lama aku hadam dan simpan baik-baik.. atau mungkin sahaja aku sudah buat mental blok dimana-mana.. Rindu tetap kekal di situ.. rasa tetap tersimpan di hati... kenangan masih ada dalam ingatan...

Aku harap aku masih dapat merasai nikmatnya musim sejuk di masa depan.. untuk aku ingat kembali.. betapa seronoknya mengharungi salji.. sejuk.. angin kencang.. musim summer.. gugur.. bunga yang silih berganti... I think I shud start travelling again... soon I guess.... I really need a break... recharge my mood.. and start back fresh...

p/s Sejak semalam rasa hati aku berbelah bahagi.. berdebar-debar.. dan aku tidak tahu mengapa..

 I used to work at this building for 3years
Nampak tak kereta merah kedua berhampiran lelaki yang berjalan itu.. 
bangunan tingkat 3 di antara 2 menara tuh..  
Itulah tempat aku selalu lepak dan settle kerja-kerja aku dulu..

1 comment:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share foto-foto baju, kain dan accessories, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...