Sebenarnya sejak dari petang Ahad hujung minggu lepas aku sudah mula tidak sedap hati.. rasa itu aku tuliskan dan entri sebelum ini.. Rasa ini sedikit hilang petang kemarin dan pagi semalam rasa itu kembali tetapi dengan emosi yang lebih berat.. kali ini dada aku rasa lebih sesak dan juga sebak.. ada rasa untuk menangis tapi aku tidak tahu untuk apa.. Pagi semalam memandu ke pejabat.. aku teringatkan Ain.. ingatan itu datang tiba-tiba dengan rasa aku perlu bank-in duit pada dia.. terasa dia dalam kesusahan.. walaupun sebenarnya aku sudah tahu keadaan dia bagaimana sebelum ini.
Semalam sekitar pukul 10.15 pagi Ain mula text aku... mulanya brtanyakan khabar berita sahaja.. tapi akhirnya aku rasa Ain terpaksa mengalah dengan meluahkan beban rasa hatinya pada aku... dan aku juga sebagai seorang kakak.. tidak dapat tidak... mana mungkin aku akan membiarkan permasalahan itu dibiarkan tanpa penyelesaian... walaupun sebenarnya tidak mudah juga untuk aku sebenarnya..
Ain.. bagaimana mungkin dapat kakak mu ini memahami segala kesusahan yang sedang kau alami waktu ini..Walau pelbagai penyelesaian cuba difikirkan akhirnya kakak mu ini terpaksa akur bahawa adakalanya terpaksa membiarkan kau harungi juga semua itu dengan penuh kepayahan... namun jauh di sudut hati sentiasa sahaja doa ini mengiringimu...
Entah berapa kali agaknya sepanjang 2minggu ini aku sering mengalirkan airmata... 3 perkara telah membuatkan aku menangis...
Pertama- walaupun sudah menghampiri 4 tahun arwah ayah pergi.. tapi tiap kali mengingati arwah ayah.. pasti sahaja airmata aku tidak dapat berhenti mengalir... Aku rindu.. terlalu rindu.. adakala aku begitu cemburu melihat orang lain yang masih punya ayah untuk bermanja.. untuk meluah rasa.. untuk melihat dan meneladani sifat.. pasti sahaja aku sentiasa rindukan arwah ayah yang tidak pernah jemu menceritakan kisah-kisah lamanya.. mendengarkan nasihat dan isihatinya.. pasti sahaja aku sentiasa rindu melihat kelibatnya menunggu dan melambai tangan tiap kali aku hendak bergerak meninggalkan kampung pulang ke rumah... kini hanya lambaian tangan mak sahaja yang masih setia menanti dan melambai.. dan laungan 'Mak.. saya balik dulu ye mak' kini menjadi ucapan wajib tiapkali aku bergerak keluar dari rumah itu..
Dulu aku melihat arwah ayah sebagai seorang yang amat garang dan tegas.. maklum sahajalah... seorang guru.. cikgu zaman dulukan garang-garang belaka.. dan memang arwah ayah seorang yang amat garang.. setakat kena pukul dengan tali pinggang... hahaha... kena baling dengan kerusi.. hahaha.. kami adik beradik dan biasa lali... aku antara anak yang paling berani melawan kata.... dan aku kira sifat panas barannya memang aku warisi dari usia muda.. sampai mak pernah cakap berulang kali dengan aku.. 'kau dan ayah kau sama sahaja'.. tapi aku akui.. sememangnya banyak benda yang sama aku lihat dalam diri aku.. yang mewarisi sifat ayah.. adakalanya makanan kegemaran dia juga adalah makanan kegemaran aku... cara bercakap.. pun adakalanya.. hahaha aku rasa aku terikut lengguk dan kata dia..
Adakalanya aku rasa aku terlalu sensitif bila berbicara tentang arwah ayah.. tapi aku rasa ini semua kerana rasa rindu aku masih terlalu kuat dan masih ada.. walaupun adakala kesibukan buat aku terlupa itu semua.. tapi ingatan aku pada arwah ayah tetap tebal dan kekal dalam hati... aku kehilangan sebahagian daripada diri mungkin... menulis entri ini sahaja airmata aku tidak dapat berhenti mengalir.. sabarlah hati.. sabarlah.. itu sahaja yang dapat aku ucapkan.. namun ia masih gagal membuatkan aku berhenti menangis..
Kedua.. Dia... kenapa dia.. biarlah ini menjadi rahsia hati aku... membayangkan kehilangan dia sahaja sudah buat aku rasa terhenti bernafas.. degupan jantung turut terhenti seketika.. kenapa.. kerana aku merasakan bagaimana agaknya untuk aku meneruskan andai dia tiada... memikirkan itu sahaja sudah buat aku sedih.. kehilangan seorang lelaki (arwah ayah) dalam hidup aku.. sudah cukup meninggalkan luka yang amat mendalam dan tidak mungkin dapat dirawat sampai bila.. kehilangan 'dia' entahlah... harapnya andai ia terjadi.. seharapnya aku punyai sejuta kekuatan diri waktu itu..
Ketiga -Ain... walaupun dia bukan sedarah sedagingku... namun dia tetap adikku dunia dan akhirat.. mana mungkin dapat aku gambarkan rasa kasih sayang yang ada pada aku untuk Ain.. Mana mungkin aku dapat menolak setiapkali dia meluahkan masalahnya... kerana aku tahu apabila dia sudah meluah sesuatu aku tahu itu sudah terlalu berat untuk dia tangguh lagi.. Adakala aku juga tidak kuat untuk mendengar tapi aku tetap kuatkan diri untuk Ain.. Seribu satu rasa datang dalam diri.. dan pasti... sedaya upaya aku cuba jua mencari penyelesaiannya..
Hari ini aku nilai diri dan memikirkan.. kakak bagaimanakah aku agaknya... aku tidak pernah merasa punya kakak atau abang seumur hidup aku.. kerana aku anak yang sulung... namun pada masa yang sama.. aku tetap berusaha untuk menjadi kakak yang baik untuk adik-adik ku.. walaupun pakwe sering mengatakan bahawa aku seorang kakak yang 'garang'.. hahaha... ye kot... tapi segarang aku.. atau setegasnya aku.. aku rasa apa sahaja.. yang aku boleh selesaikan.. atau aku perlu nasihatkan.. pasti sahaja aku lakukan dan usahakan... apatah lagi.. sejak arwah ayah tiada.. tentu sahaja tanggungjawab terpikul pada bahu aku.. kata orang.. sepatutnya anak lelaki yang memikul semua ini... tapi tidak pada aku... Syukur juga punya pakwe yang mengerti rasa tanggungjawab aku pada keluarga.. kerana dia juga begitu pada keluarganya sendiri...
Akhirnya... airmata ini berhenti mengalir... Aku tarik nafas sedalam-dalamnya dan waktu kini menghampiri pukul 8.20pagi... ada kertas exam yang perlu aku siapkan... untuk aku hantar ke pejabat selewatnya tengahari ini..
p/s Aku menangis kerana membaca cerita ini di FB nukilan
Khairul Hakimin Muhammad
Awal pagi tadi sempat ke pasar. Alang-alang cuti hari ini, saya ambil peluang untuk beli barang dapur serba sedikit. Masa saya sedang membelek cili-cili, ada seorang makcik berdiri di sebelah. Kemudian saya memegang dua tiga kuntum bunga kantan. “Ambil yang dah nak kemerah-merah, baru sedap. Kau nak masak asam pedas?” Tanya makcik tersebut. Saya pun angguk beriya.
Saya terus ambil seikat daun kesum. Makcik itu juga. Kami senyum sendiri. “Makcik pun nak masak asam pedas?”
“Ha ah, anak aku nak balik malam karang!” Dia ketawa dan kemudiannya terus memilih ikan-ikan.
Ayam yang saya pesan pun dah siap dipotong kecil, semua sayur-sayur, ikan, udang, sedikit barang kering sudah pun saya isi baik-baik ke dalam bakul. Terus saya meluru beratur di kaunter. Makcik tadi di hadapan saya. Kami saling memberi senyum.
“Kau masak guna ikan apa?”
“Kerisi makcik. He he memang dah ada kat rumah dah,”
“Alah, tak sedap langsung! Ni ha tengok aku beli ikan merah, cengginihaaa!” Beliau tunjuk ibu jarinya. Kami ketawa lagi.
Sampai sahaja giliran makcik tersebut di kaunter, Subhanallah banyak bebenor dia membeli. Lepas satu beg, satu beg diisi. Beliau mengangkat dan letakkan di tepi kakinya dua tiga beg plastic yang telah dikira. Saya perhatikan sekeliling, tak mungkin beliau ini datang seorang.
Beliau kemudiannya mengangkat semua beg plastic yang saya kira lebih dari tiga itu dan berjalan keluar dari kedai. Saya pula membuat bayaran. Usai sahaja saya pun membawa dua plastic kecil saya menuju ke kereta. Makcik tadi berdiri di luar kedai, saya pun terus memberi senyum sekali lagi. Saya membuka boot kereta, meletakkan barang dan
“Nak, aku tumpang kereta kau boleh nak? Rumah aku sana tu je, aku lupa aku jalan kaki hari ni. Ha ha ha” dia ketawa. Saya pun terus kata boleh boleh dan mendapatkan semua barang-barang beliau dan letakkan di dalam kereta.
Beliau mahu duduk di belakang, saya pun minta beliau tunjukkan jalan. Baru mahu mulakan enjin kereta, beliau sudah bertanya saya orang mana, sudah berkahwin atau belum dan sudah ada berapa orang anak. Saya jawab satu demi satu.
“Minta maaflah menyusahkan kau, nama kau siapa?” Tanya beliau. Saya pun jawab, Khairul.
“Laki aku tu dah penat-penat sekarang. Biaulah dia tidor,” Terus saya dapat tangkap. “Makcik orang Melaka?”
“Ha ah betul! Pandai kau!” Saya pun ketawa. Banyaknya makcik beli barang, ramai ke anak-anak nak balik?” Tiba-tiba beliau diam. Saya pun pandang cermin belakang, beliau hanya memandang ke luar.
“Seorang je. He he. Itu pun ada menda tah dia kata ada ada urusan di KL. Bolehlah makan asam pedas ni kang. Dia suka sangat asam pedas,”
“O…oo..” Saya menjawab.
“Entahlah. Ada empat orang anak. Nak harap sorang telefon setiap hari pun tak ada.” Katanya perlahan-lahan. Saya juga cuba bawa kereta seperlahan mungkin. Pasti ada sebab kenapa Tuhan temukan saya dengan beliau hari ini.
“Semua dah berjaya Khairil. Itu ajalah aku doa. Seronok. Yang lain aku tak seronok. Dah macammana nak seronok, aku ni rindu anak-anak. Dahlah aku berhenti kerja, anak aku beza umur tak jauh 4-4 tu. Masa muda fokus besarkan diorang ni. Dah tua, diorang fokus kehidupan diorang dah. Aku ni tunggu mati aja,”
“Kau nanti hidup dah tua, macam ni lah. Anak-anak kau sibuk uruskan kehidupan. Kau pulak sunyi sepi. Kalau kita mintak diorang ni duduk dekat-dekat. Katanya kita ni bizi bodi. Ada yang seorang tu, siap pindah pun tak nak bagitau kita. Tak apalah, kau dah kaya banyak duit. Aku tak hadaplah. Kalau kau balik rumah aku, aku layan kau baik-baik, aku tetap teringin nak peluk kau. Nak kau cium tangan aku, aku nak rasa tangan kau macammana tangan kecik kau tu aku ramas-ramas masa kau baby dulu. Kau tetap anak aku walau kau rasa aku mak yang tak baik,”
“Bebudak sekarang ni tak merasa macam mana kita susah dulu. Sikit-sikit bagi alasan zaman dah lain. Kau lahir dulu, aku jaga kau sendiri. Susukan kau sendiri. Bapak kau tahan badan dia belakang badan aku, supaya aku panas jugak nak susukan kau masa kau menangis jaga malam-malam. Budak sekarang apa tau? Kita tegur sikit tak menyusu badan, terus tarik muka. Dalam pantang terus sibuk nak balik rumah sendiri. Merajuk dengan kita. Apa ingat yang keluar dari mulut aku ni najis najis ke kau jijik sangat?”
Saya terdiam. Alamak. Dalam senggang beberapa saat, saya kembali cuba bersembang.
“Tu ada yang nak balik tu, mesti makcik seronok kan?”
Dia angguk. Dan tunduk. Kami pun sampai di hadapan rumahnya. Ada seorang lelaki berusia memang dah tunggu depan gril rumah. Lekas dia mengambil selipar dan berjalan membuka pagar rumah. Saya lekas keluar, bersalam dan angkat semua barang-barang makcik tadi.
“Khairil, jangan ambik hati ya. Ha ha, biasalah orang tua tak boleh control mulut. Nak cerita. Ha ha ha terima kasih banyak!” Saya pun jawab sama-sama, dan betulkan nama saya Khairul bukan Khairil. Mereka ketawa sahaja. Terus saya masuk kereta dan menuju balik ke rumah.,
Saya duduk diam-diam. Bawa kereta perlahan-lahan. Tak puas hati dengan penjelasan makcik tadi. Nak tanya lelebih saya tak berani. Cukup saya katakan yang beliau sedang rindu kepada anak-anaknya.
Saya tak mengetahui apa yang terjadi antara mereka. Cuma kawan, melihat beliau seronok membeli di pasar bersama saya, saya pasti beliau sangat-sangat gembira ada anak yang akan pulang ke rumahnya.
Dari wajahnya membelek-belek ikan. Memilih bunga kantan dengan bersungguh-sungguh mahukan yang paling berkualiti, kemudian diselak-selak satu demi satu batang daun kesum. Masya-Allah beliau nampaknya sedang dilamun cinta.
Cinta emak pada anak-anak.
Kau tahu kawan,
Manusia yang kau tak tahan dengan bebelnya, luahannya, ceritanya, kisahnya, nasihatnya atau apa sahaja yang keluar dari mulutnya itu adalah emak kau sendiri. Yang satu masa lalu dialah yang paling gembira dan menjadi penyeri dalam hidup kau. Yang ajar kau tentang bercakap, ajar kau tentang berjalan, mengira, membaca waima cara kau menyikat rambut menjadi sekacak hari ini.
Emak kita memang ada banyak kekurangan. Mungkin tidak secanggih kita dengan gadget bagai. Ketinggalan zaman. Malah senang sahaja untuk kau cakap, zaman tak sama. Cuma kawan, walau banyak-banyak perbezaan pendapat dengan emak, emak tetap emak. Yang kau tak jumpa seperti mana kau boleh jumpa dan bertukar kawan-kawan.
Kawan, jika kau pernah merajuk begitu begini dengan emak kau sendiri. Kau ketahuilah apa yang beliau nasihatkan adalah untuk kau pula jadi emak nanti. Tidak nanti, saat kau diuji dengan perangai anak kau, kau menyesal kau pernah lakukan perkara sama begitu dengan emak kau sendiri satu masa lalu. Baiki mana yang sempat. Cium tangan. Peluk erat-erat.
Pulanglah. Gembirakan mereka. Dan kau lihatlah emak kau akan senyum ceria. Sedang Tuhan memerhatikan kau, kau pula dicampakkan olehNya perasaan seronok, gembira dan bahagia selepas itu.
Ingat kawan, gembirakan ibu bapa adalah menggembirakan Tuhan.
Amin.
Khairul Hakimin. Muhammad
Bapa Pergi Pasar Semalaysia.
Bapa Pergi Pasar Semalaysia.
Aku terjumpa link ini.. yang aku tulis tentang perasaan aku ketika ke Pahang kira-kira sebulan lebih sebelum pemergian arwah ayah Tangan ayah ku pimpin di Felda Jengka 20
2 comments:
Assalamualaikum kak. Kadang2 air mata itu boleh jadi amat melegakan tp kdg2 boleh jg jd terbeban. Allah maha mengetahui semiga akak baik2 saje disamping org tersayang
Marina
Terima kasih.. wanita ini mudah mengalirkan airmata kan.. sebab airmata selalunya buat kita rasa sedikit lega.. InsyAllah.. Amin... terima kasih ye.. semoga marina juga sentiasa dalam lindungan Allah dan sentiasa diberkati dalam apa juga yang dilalui..
Post a Comment