Tuesday 15 November 2011

Seminggu yang sibuk atau buat2 sibuk

Salam Selasa

Alhamdullilah aku baru balik makan dengan kawan baik aku.. Tadi temankan dia ambik gambar dengan jubah konvo kat dataran yang famous kat tempat aku nie.. lepas tuh yang best dia pun bantai suruh aku pakai juga jubah tuh.. kata dia ambik berkat.. supaya cepat2 aku habis study dan graduate pulak.. Aminnnnnnnnnnn... InsyAllah... dah 2 jubah aku pakai nie.. dari 2 Universiti yang berbeza dan untuk 2 course yang berbeza.. Engineering dan Bussiness hahahaha... jubah untuk computer science jek belum lagi merasa nak pakai... InsyAllah tunggu jubah khusus masa aku konvo tahun depan ;)

Semalam sibuk hampir seharian meraikan kawan aku tuh konvo.. dari dia belum masuk dewan.. sampai dia keluar dari dewan.. sampailah dia nak p ambik gambar studio... Disebabkan keluarga kat mesia tak dapat datang dan mak dan ayah dia pun dah lama meninggal.. Maka kami yang 4 orang family kawan baik nie kena jadik family dia.. memang ramai sungguh semalam geng2 kami masuk studio ambik gbr.. Memang kenangan manislah.. Aku cakap dengan kawan aku tuh.. nanti bagi softcopy sebab aku nak frame... kalau org tanya family aku.. boleh juga aku cakap.. family aku kat sini ;)

Malam sikit pulak ada jemputan makan rumah kawan baik juga.. Kat sini Alhamdullilah.. aku ramai kawan-kawan yang kira rapat jugalah.. Boleh tolak ansur dan tak kisah nak tolong lebih kurang.. Lagi pulak semua geng2 yang sampai sama tahun jek.. Aku dah rasa kenyang sangat nie masa makan chicken grill tadi.. Takpe rezeki orang nak bagi jangan ditolak kan.. ;)

Esok kena jumpa G.. nak bincang pasal kerja seterusnya.. dan esok juga sorang lagi kawan konvo juga.. member2 aku pergi gak esok.. kawan baik aku yg dah konvo nie pun balik esok.. semua aku tak dapat pergi dan hantar sebab kena siapkan kerja sebelum jumpa G..  Lusa takde apa-apa plan... so ingat boleh melepak hahaha.. tapi cam biasa kena buat kerja.. Jumaat pkl 10pagi nak p tengok wayang cerita 'breaking dawn part 1-twilight saga' ini dah kali ke 3 aku tgk twilight saga movie kat sini.. tahun depan barulah tengok kat mesia pulak untuk finale... so anak kawan aku dah asyik sibuk tanya mak dia bila aku nak p tengok.. masa tgk eclipse aku p dengan dia.. so dia memang excited nak pergi tgk.. kalau harap mak dia p tgk wayang.. buat dia p tido dalam wayang jelah gamaknya..

Sabtu pulak kawan baik aku angkut barang naik kontena dan seperti biasalah malam hari jumaat tuh aku kena masak lagik kari kambing 5kg.. Macam kerja tetap jek jadik tukang masak nie hehehe.. so demi memenuhi permintaan kawan aku tuh.. kenalah masak untuk dia.. kadang2 fikir agaknya kalau time aku nak balik sok.. sapalah agaknya yang boleh masak untuk aku kan... Takpelah aku tak nak fikir.. kalau ada rezeki dan kemurahan hati orang.. InsyAllah mesti ada yang offer nak tolongkan ;)

Sekarang nie kalau type entri mesti separuh jalan hahahhaa... pastu macam tak boleh nak generate idea jek.. pastu browser nie asyik hang jek... taip sikit hang,. taip sikit hang... itu yang rasa macam malas jek nak habiskan.. nie pun dah bape kali sangkut tuh yang berhenti separuh jalan jek nie.. aku rasa pc nie pun dah tepu banyak sangat bekerja keras...

Oklah aku nak stop dulu.. sebab nak singgah beli coklat atau something untuk kawan aku yang nak konvo esok.. paling tidak pun nak kena beli kad.. takkan tak bagi apa2.. walaupun diorg takdelah minta tapi sebagai kawan kenalah juga kan.. Wife dia balik mesia pun ada gak ingat nak belikan aku tudung sehelai.. pastu dia pun dah chop rumah aku bila aku balik thn depan nie..

P/s sekarang nie mood nak letak gbr ala-ala malas jek kan... so ari nie rajinkan diri upload gbr ler

Autumn 2011..

4 comments:

Kaktiny said...

Bila kita permudahkan urusan orang.. InsyaAllah nanti Allah permudahkan urusan kita..
Bila kita senangkan hati orang, nanti orang lain akan berusaha utk senangkan hati kita..

Allah itu Maha Pengasih..

.. aku tetap doakan kejayaan ko.. walaupun aku tak dapat tolong ko masak kari kambing kat sana.. tapi, nanti ko balik mesia, aku akan pastikan aku TOLONG SEDIAKAN BAHAN DAN DAPUR utk senarai menu2 yg telah di list down.. arghkahkahkahkahkah...

.. <3

mashi said...

alaaaa...nanti saya pergi sana sapa nak bawak saya jalan2 kalau kak dah balik....



mood berangan ****..hehehe

kueh bakar said...

eh. tu daun negara canada ker?

'biar kita tolong orang, biarpun orang tidak tolong kita..'

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Tiny

Aminnn InsyAllah my dear...Sentiasa doa2kan aku ye.. dan terima kasih juga sebab sentiasa setia doakan untuk aku..

Mashi

Ok cepat2 book tiket akak ada lg 3 4 bln jek nie.

Kueh

Daun tuh bukan takat ada kat canada jek tau ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...