Friday 25 November 2011

Tangisan dalam tontonan

Salam Jumaat..

Alhamdullilah dah jumaat pun.. sekejap sahaja masa berlalu kan.. Seperti biasa setiap minggu aku pasti akan layan 2 rancangan yang tengah hangat kat malaysia sekarang..

1-Suria di Cordoba
2-Maharaja lawak mega

Suria di Cordoba:

Terlayan sebab tertarik dengan perkataan Cordoba tuh.. sebab aku dah ke sana dan memang pasang niat nak ke sana lagi... Lagipun ada kawan yang pernah review drama nie best.. Aku dah layan sampai 23episod.. Hari ini tengok episod 23 pun aku nangis huhuhuhu... terus teringat mak kat kampung.. dan ceritanya memang best.. Tertarik dengan lakonan Ady Putra.. Dari dia suka marah-marah dan bersikap pembengis.. kini dah insaf dan jadi baik sangat.. hahaha... Kalau belum kawin ada rasa nak ngorat lelaki cam nie..

Banyak watak dalam nie menarik untuk di komen..

Suria (Sari Yanti) yang lembut dan ayu.. tapi pada masa yang sama juga keras kepala dan ada pendirian sendiri.. Kini sedang diapit oleh 2 orang jejaka.. Tengku Huzir (Fahrin Ahmad) & Putra (Adi Putra).. Pada masa yang sama juga, Rudy (Alif Satar) turut jatuh cinta dengan Suria dan menjadikan alasan kaunseling dan masalah dia sebagai cara mendekati Suria. Suria baru sahaja kehilangan ibu.. Kini tinggal sendirian.. bekerja di syarikat kepunyaan Putra. Akhirnya bertindak berhenti kerja setelah Putra dengan biadapnya menyuruh Suria melakukan apa sahaja demi untuk mendapatkan tender untuk syarikat.. Dia mengambil keputusan untuk bekerja sambilan sambil menjadi penulis bebas.. dan menjadi sukarelawan tetap di Wadi Razan.. Bertemu dengan Makcik Salmah dan rapat. Kini mereka tinggal serumah kerana masing-masing saling memerlukan.. Makcik Salmah diabaikan anaknya.. dan Suria pula kehilangan ibunya.. Cuma kadang aku tak berkenan cari dia bertudung.. tak sepenuhnya.. Walaupun masih nampak sopan.. kalau dia tudung litup terus lagi nampak cantik.. Paling suka tengok muka dia yang licin jek.. hehehehe...

Putra; Ditinggalkan ibunya semasa kecil di rumah anak-anak yatim kerana dia tak mampu membesarkannya. Timbul dendam terhadap ibu sendiri kerana merasakan dirinya dibuang. Membesar dengan kejayaan yang dirasakan adalah 100% usahanya sendiri. Bersikap bongkak dan kasar serta memandang rendah pada pengemis. Ibunya pernah datang meminta maaf tetapi ditolak serta dicaci dengan alasan untuk menumpang kesenangan. Berubah selepas terkena penyakit lemah jantung.. mengambil cuti rehat ke Madrid untuk mengurangkan tekanan kerja yang menyebabkannya sakit jantung.. Bertemu dengan Suria di sana, ketika Suria sedang mengikuti aktiviti sukarelawan di madrid (sebelum itu Suria merupakan pekerjanya dan berhenti kerja kerana tidak menyukai sikap Putra yang biadap dan sombong).. Pertemuan itu membuka pintu hati Putra untuk berubah dan mula jatuh cinta pada Suria. Perubahan itu terbawa-bawa bila dia pulang ke tanahair dan dalam episod terkini sedang mencuba memohon ampun dari ibunya sendiri  (part nie sedih tengok.. terutama utk aku yg merantau nie.. huhuhu).. Aku harap sangat maknya akan maafkan dia.. dan bawak tinggal bersama.. Suka dengan cara Ady Putra membawa watak Putra.. Nampak nilai-nilai keinsafan tuh pada diri dia.. hehehehe... Hopefully in real life dia pun camtu gak..

Tengku Huzir; Dibesarkan dalam keluarga yang kaya raya dan menjadi anak yang manja serta suka berpoya-poya. Berkahwin dengan sorang wanita baik tetapi telah diabaikan. Isterinya meninggal kerana kemalangan jalan raya dimana ketika itu Huzir memandu dalam keadaan mabuk. Huzir berubah selepas kejadian itu dan mengembara ke seluruh dunia.. Bertemu dengan Dr Roziah ketika dalam proses penyembuhan dari kemalangan itu. Mereka bersahabat baik hingga tertubuhnya Wadi Razan, yang merupakan rumah yang diwakafkan oleh Huzir. Mula tertarik dengan Suria tanpa menyedari Dr Roziah pun turut jatuh hati dengannya. Ahmad Fahrin bawak watak nie rasanya biasa sahaja.. takdelah impak maksima sangat macam Ady Putra hehehe... Walaupun ada bawak watak lelaki yang berubah dan insaf tapi masih nampak gila-gila gak dan kelakar... berbeza dengan watak Putra yang nampak lebih serius dan macho jek (biasalah lelaki macho dan serius, my taste hahaha.. kalau gila-gila sangat rasa macam tak sesuai jek)..

Dr Roziah (Lisdawati); kenalan rapat kepada Tengku Huzir & Suria. Suria menganggap dia sebagai kakak sendiri, manakala tengku Huzir pula menganggap dia kawan baik. Sudah lama jatuh cinta dengan tengku Huzir tetapi tidak berani meluahkan rasa.. sering mengajak Tengku Huzir, keluar makan bersama atau kemana sahaja dengan alasan kerja kebajikan mereka. Mula rasa cemburu dengan Suria kerana merasakan Suria cuba rampas Tengku Huzir dari dia.. Lisdawati dalam cerita nie pesal nampak tua ekk.. ramai kawan-kawan aku kata.. dia pakai tudung nampak dia tua sangat macam.. Wataknya oklah.. lebih banyak watak cemburu dan berpra-sangka buruk terhadap Suria ditonjolkan. Banyak juga taktik-taktik men'tackle' dilakukan untuk pikat Tengku Huzir

Makcik Salmah; ibu kepada Putra.. Terpaksa meninggalkan Putra di rumah anak-anak yatim kerana tidak mampu membesarkan Putra setelah dihalau dari rumah sewa mereka. Cuba meminta maaf atas tindakan masa lampau tetapi telah dihalau oleh Putra ketika Putra masih dengan sikap yang lama. Sering sakit-sakit dan kini menjadi salah seorang pekerja di Wadi Razan dan tinggal bersama dengan Suria selepas mengalami penyakit paru-paru berair.

Rudy (Alif Satar); Remaja bermasalah. Penagih dadah dan pembengis. Cuba nak berubah tetapi asyik tak jadi jek.. kejap baik.. kejap buat balik.. Menjadikan Suria sebagai kaunselor walhal pada masa yang sama jatuh cinta dengan Suria. Menjadi 'stalker' dan sering mengintip pergerakan Suria. Aku penyampah sungguh ler tgk rudy nie.. over sungguh hahaha... adakah maknanya Alif Satar berjaya bawak watak dia nie?/ Aku kata berjayalah sebab sampai aku sendiri pun menyampah tgk muka dia.. hahaha.. Nasib baik lagu 'Aku lelaki' tuh best jek dengar..

Sebenarnya yang aku teruja nak tahu ending..
Siapa yang Suria akan pilih nanti ; Tengku Huzir atau Putra..
Mungkinkah dia pilih Putra sebab dia tahu Putra anak makcik Salmah dan makcik salmah sendiri menginginkan Suria jadi menantu dia..
Mungkinkah dia pilih Tengku Huzir sebab dia nampaknya rapat dengan Huzir dan nampak happy jek dengan Huzir walaupun pada masa yang sama dia tahu.. Dr Roziah ada menaruh hati pada Huzir..

Kalau ikutkan aku.. Aku lebih suka Suria dengan Putra.. Mereka sesuai berdua.. Tengku Huzir tuh biarlah dengan Dr Roziah.. kesian Dr Roziah lama sangat menaruh hati sampai teruk nak cemburu-cemburu tuh..

Tapi soal hati.. kita mana kan tahu... Apa pun tunggu siapa yang Suria akan pilih semasa mereka ke Cordoba nanti.. bertemu dan memilih cinta di Cordoba...

Maharaja Lawak Mega

Tiap minggu layan rancangan nie sebab nak release tension dengan dateline setiap minggu.. Dapatlah gelak-gelak hilangkan rasa tekanan.. Mula-mula rasa macam best jek Adlin, Boboi, Saehu, Pimai, Osbon & Hiro..

Tapi dah 4 minggu nie.. Adlin best minggu ke 2 jek.. minggu lepas tuh melalut sungguh.. tah apa-apa.. Minggu lepas paling teruk melalut dia.. Tah apa-apa tah yang dia sebut.. Aku memang pantang sikit kalau orang sebut perkataan yang berbau lucah atau tidak senonoh di tempat awam.. Memang kepantangan aku.. rasa nak lempang jek mulut orang yang cakap camtu..

Osbon; minggu lepas best sangat2.. pantun dia semua best2.. paling lawak bila dia cakap
'mak-bapaknya yang jawa.. Aku orang KL'
'tak kisahlah.. jawa pun jawalah.. janji rock'
Hahahaha buatkan aku rindu kampung jek.. teringat kawan-kawan lama aku yg majoriti jawa

Boboi; minggu nie best.. Aku terpesona dengan harun salim bachik yang bawak watak perempuan pakai tudung, mini skrit dan seluar tight.. sebijik macam perempuan.. buat aku teringat yuna jek hahaha... memang klasiklah.. Boboi nie byk bawak watak budak-budak.. tetapi aku selalu perasan.. bila tengah melawak jek Afdlin mesti suka tergelak sendiri.. nampak cam dia tak leh kawal mood.. Apa pun so far diorg best juga..

Pimai; Minggu 4 cam biasa jek.. minggu 3 best.. Buatkan kita teringat lawak diorg masa sketsa 'Pimai Pimai Tang Tu'. So far aku rate oklah.. ada masa best.. ada masa biasa jek..

Saehu; Dari Indon.. 3 perwatakan berbeza, kurus, gemuk dan kecil.. Apa pun mereka sentiasa menghiburkan.. terutama yang kecik tuh.. Setiap minggu cara melawak diorang ada style.. tapi memang lain dari yang lain.. Apa pun kumpulan nie antara fav aku..

Hiro;  Ini geng-geng senario yang lama.. so seronok layan lawak diorang yang ada makna mendalam.. ada maksudlah bukan lawak kosong sebenarnya.. bagus diorang nie ada mesej yang nak disampaikan secara berlawak..

3G; ok gak.. sebab dulu aku minat yassin.. lagik 2 orang tuh enot dan didie tuh cam biasa jek.. terutama didie yang kdg2 over.. Enot ok lagik... yassin masih maintain lawak selamba dia..

Apa pun... Semua aku layan.. Dulu kawan-kawan aku kat sini sibuk melayan maharaja lawak.. sepah, jozan dan nabil.. tiap jumaat port untuk kami melepak dan tonton bersama-sama.. Best sungguh masa tuh 4 family mesti berkumpul hari jumaat untuk makan malam bersama serta solat maghib-isyak berjemaah... 1 dah balik malaysia.. 1 lagi nak balik esok.. Tinggal aku dan 1 lagi family balik awal tahun depan... cepatkan masa berlalu.. Pasti aku akan rindu detik-detik camnie dengan diorang...

Ok aku nak kena gerak sebab nak beli hadiah untuk kawan aku balik esok.. dan dia pun dah call tanya bila aku nak balik sebab malam nie ada 2 3 family gak yang nak datang rumah melepak...


Selamat berhujung minggu ye... Hujung minggu nie kena buat kerja.. sebab G dah email bagi tugasan seterusnya..

Bus stop yang aku selalu tunggu bila pulang ke rumah..
Masa nie 6.30 masih terang lagik..
Sekarang 6.30 dah gelap macam pkl 10malam ;)

4 comments:

||alis|| said...

org jauh dah tgk SDC, org dekat nih tak tgk2 lagi :)

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Alis

Kena p tgk lah tuh kan ;)

Zainur said...

wahh dr sinopsis SDC buat saya nak tonton juga lah...hee..ada link tak yg blh ditonton?

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Zainur

Boleh carik kat youtube ada.. satu lagi i selalu tengok kat blog
http://malaymoviesfull.blogspot.com

Takpun google jek byk blog yg ada letak drama nie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...