Seharian aku melayan luahan hati kawan baik aku.. Sejak sampai pagi tadi.. Di wajah dia aku tengok murung sekali.. Masuk ke bilik tengok sudah ada seorang rakan senegara yang berbangsa india yang singgah.. Biasalah dia tuh memang suka jengah bilik kami.. Satu-satunya bilik yang kesemua penghuni adalah perempuan..
Pada mulanya aku hanya menganggap dia hanya sekadar risau sahaja.. Isu dia takdelah berat sangat.. pasal conference dan seminar yang dihadiri. Melayan jugalah sikit-sikit.. hinggalah selepas aku duduk dalam masa 30min.. tiba-tiba dia muram dan mula menangis.. Mengadu seharian juga.. Tengok dia langsung takde mood.. kesian pulak..
So dari pagi.. sampai ke tengahari.. aku pergi kelas... lepas kelas.. aku ajak dia beli stok makanan di supermarket kecil dekat dengan department kami.. dan kembali ke department.. Mood dia masih camtu juga.. Akhirnya aku desak dia menangis habis-habisan.. Dia sedih sangat.. emmm dah hilang kata-kata sebenarnya nak cakap.. tapi aku tetap sokong dia.. tetap berikan kata-kata semangat.. sampai aku cakap dengan dia.. nanti 10 tahun kita jumpa di negara masing2.. mesti kita akan ingat peristiwa ini..
Aku faham sangat perasaan dia.. biasalah aku juga camtu.. cuma takdelah aku nak nangis depan dia pun.. cuma pernahlah sampai menitis airmata gak.. emmm.. Aku harap dia tabah.. Apa yang aku boleh buat pun hanya dengar luahan hati dia.. camna kawan-kawan aku pernah dengar luahan hati aku..
Aku teringat seorang kawan ini.. Kemana menghilang agaknya..
3 comments:
kalau menangis boleh meredakan beban, menangislah.... sekurang2nya ada sedikit kelegaan yang kita boleh dapat
aku tak penah nanges depan org.
Mrs Azmi
Yup perempuan dan airmata.. mana dapat dipisahkan ;)
Juliet
Kalau ko nak nangis depan aku.. aku tak kisah sediakan tisu sekotak ;)
Post a Comment