Monday 21 April 2014

When it's hurt.. it's really really hurt..

Salam petang isnin..

Semalam mendapat gosip yang kurang baik tentang seseorang dalam lingkungan keluarga sendiri.. Al-kisah rupanya insiden ini telah terjadi hampir 4 bulan.. Sedih sebab mangsanya adalah seorang isteri.. ibu.. dan tipikal wanita.. yang tukang membuat onar.. seorang ayah.. suami dan of course lelaki...

Sebenarnya tadi baru sahaja selesai bertanya khabar dengan insan itu.. mulanya malas nak bertanya.. tapi aku rasa kuat nak tanya juga.. setidak-tidaknya.. hati dia yang sedih dan kecewa itu mungkin sedikit terubat dengan meluahkan pada aku.. (harapnyalah)... sedikit sebanyak dia meluahkan rasa hatinya.. dan aku pula sedikit sebanyak mencuba menenangkan dan menyokongnya sedaya mampu..

Apa kesnya?? Kes ini adalah kes yang agak tipikal yang sering berlaku dalam institusi keluarga.. suami bermain cinta dengan perempuan lain... isteri di rumah ditinggalkan.. lebih malang.. duit epf isteri pulak habis dikebas untuk kemewahan wanita yang lain...

Sedih?? ya mungkin kita yang membaca ini rasa sedih.. tapi yang menanggungnya pula berkali ganda.. lebih kesian pula.. si isteri hanya seorang suri rumah.. duit epf pulak adalah hasil kerja dia bertahun dulu... ditambah dengan masalah kesihatan kakinya yang amat payah untuk bergerak.. dia mengidap penyakit lutut (habis griss) amat sukar untuk berjalan.. jika ada pun terpaksa menggunakan tongkat.. anak pula kini sibuk belajar di peringkat diploma.. banyak duit yg hendak dipakai..

Lebih sedih.. kami dapat tahu yang si suami pegang kad ATM isteri.. dan dengan senang lenang pulak menggunakannya untuk kesenangan orang lain... si suami tersedar bila perempuan itu lari balik ke negeri S di borneo... dan nasib mengaku depan isteri sendiri...

Sebagai orang yang waras pasti kita akan cakap.. kenapalah bagi kad ATM tuh kat suami... tapi please jangan terus buat kesimpulan.. kita tak tahu kisah sebenar.. mungkin ada sebabnya.. dan aku tak rasa si isteri begitu 'bodoh' memberi kad dengan senang dan pasti ada sebabnya... and for your information.. aku pun pernah juga beri kad atm aku pada pakwe.. terutama bila aku tak sempat nak keluar duit dan ada urgent matter kat fakulti.. tapi dengan syarat ler.. letak kad tuh balik kat rumah sebelum pergi kerja... meaning aku tak bagilah dia pegang kad tuh pergi kerja terus ahaks...

Dulu aku pernah juga sembang topik begini dengan beberapa rakan aku.. pernah kawan aku cakap.. ada kawan dia pun pernah terkena... suami dia memang baik orangnya.. tapi.. dek kerna godaan wanita lain.. dia tergoda.. kadangkala bukan salah sesiapa... ilmu sihir dan hitam ini ada dimana-mana kan.. percaya atau tidak terpulang pada diri masing2..

Kebiasaannya.. adakalanya apabila seorang wanita disakiti hingga ke tahap begini.. jalan akhir yang selalunya dipilih secara ''default' adalah penceraian... tapi pilihan ini juga terpulanglah pada empunya diri.. sama ada mahu berfikir jalan pendek.. atau jalan panjang... Tapi pada pendapat aku.. adakalanya lebih baik kita berjuang untuk menuntut hak kita yang sepatutnya.. memilih tidak bercerai.. mungkin lebih baik dari bercerai.. atas dasar anak-anak.. atas kesilapannya yang pertama kali.. atas kesedaran dan keinsafan... semua itu perlu difikir panjang... Namun adakalanya juga bercerai mungkin lebih baik lagi dari terus menanggung rasa sakit hati dan rasa ketakbahagiaan..

Apa juga.. mata memandang tidak sama dengan bahu yang memikul.. penceraian bukan perkara yang boleh dibuat main-main.. ada bezanya bercerai pada perkahwinan yang masih muda.. mungkin rasa berdikari dan darah muda itu lebih banyak menjadi faktor untuk tidak berfikir panjang.. pasangan yang sudah lama berkahwin apabila perlu bercerai.. banyak masalahnya.. namun ia semuanya mengambil masa..

Tepuk dada tanya selera.. putus cinta sebelum ada ikatan lebih mudah sebenarnya.. putus hubungan di alam perkahwinan lebih berat kerana banyak perkara yang perlu difikirkan terutama melibatkan keluarga dan anak-anak...

Dulu semasa seorang.. bujang... bila hidup berpasangan di alam perkahwinan... untuk satu tempoh masa.. dan kemudian tiba-tiba berseorang semula (sama ada bercerai hidup/mati) adalah amat sukar.. kerana kita sudah terbiasa dengan kehadiran seseorang yang sering menjadi tempat kita bergantung kasih sayang dan tanggungjawab.. pernah dulu seorang rakan pernah berkata (dia bujang)... 'apa susah sangat hidup membujang lepas bercerai.. dulu sebelum kawin pun seorang juga.. bujang juga'... Benar.. memang kedengarannya amat mudah begitu.. tapi teknikalnya.. bukan begitu ye.. sesiapa yang pernah melalui alam perkahwinan dia akan tahu bila rumah tangga itu bahgia... hatta makan bersama pun dah cukup gembira.. hatta duduk sebelah menyebelah sambil tengok tv pun dah cukup happy... samalah juga.. apa kita rasa bila ayah dan ibu yang selama ini bersama kita hampir sepanjang masa... suatu ketika meninggalkan kita.. sedih bukan??? hingga kadang rasa sedih itu berbulan-bulan lamanya kekal dalam hati.. so samalah... kita juga boleh apply kata-kata yang sama.. 'Dulu masa kita bersama mak ayah... kita pun selalu gak tinggalkan mereka.. berjalan sana sini.. adakala sampai berbulan tak balik kampung.. atau berbulan tak dapat balik kerana sibuk belajar... so bila diorg dah takde..  bukan susah mana pun.. '

See what I mean??? Hubungan hati ini bukan soal teknikal ye.. ini soal hati dan soal jiwa.. pernah ada seorang rakan aku dulu ketika dia baru bercerai.. dia pernah beritahu aku.. 'susahnya hidup sendiri... sudah terbiasa ada suami yang buat semua itu dan ini.. sekarang ini.. hatta nak betulkan lampu pun rasa susah dan nak menangis'

Semoga kita sentiasa kuat dan rasional dalam menghadapi dugaan kehidupan...

 
Aku suka lagu ini...  Cinta Sesungguhnya - Sabhi Saddi feat Marsha

6 comments:

||alis|| said...

memula nak cakap- kita suka lagu ni, heh.

pastu nk cakap, setuju part- hubungan hati ni bukan hubungan teknikal. sangat setuju.

b4 and after, be it cerai hidup atau mati, memang tak sama. same goes like kata2 terakhir "dulu pama ada, kita berjalan, susah nk jumpa pama dengan kerap, bila diorg dh takde, sama je, tak jumpa gak"

hilang dalam hati dan hilang depan mata tu lain kan? at least, hilang dalam hati pon, kita tau dia masih ada, masih bahagia walau tanpa kita.

hilang depan mata, nangis acaner pon, tetap tak boleh jumpa, tak boleh pegang tangan pama, peluk cium. total lost. x jumpa sampai bila2.

pama saya dah kehilangan parents masing. so ibu selalu cakap, orang yg paling miskin dalam dunia ialah orang yg dah takde mak dan ayah... TT___TT

t.a.t.a said...

Bila cakap pasal nasib ni kan kak, complicated kan? Each one of us has a different nasib. Just recently saya borak dengan kawan, saya cakap susah juga kan nak cari calon suami ni?

Dia jawab, betul. Bila dah jumpa dan dah kawin pun tak semestinya hidup bahagia. Masalah lain pulak yang muncul. Pasal anak. Pasal madu.

Kalau macam saya nasib saya lain. Belum berjodoh. Dia pulak masalah yang lebih complicated.

End up kami buat kesimpulan bahawa setiap yang berlaku sama ada susah, senang, sedih, gembira hanya la dengan satu tujuan. Supaya kita ingat dan kembali pada Nya.

ku-cit said...

kalo da nama manusia

bila depan mata kadang kala tidak dihargai

bila dah tiada baru nak menangisi

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

alis

Hubungan perkahwinan ini lebih pada hubungan hati.. sebab itu dalam perkahwinan semuanya halal untuk pasangan masing2..

tapi bila dapat tahu kes macam yg akak cerita selepas 20thn kawin sedih jugalah... lagi pulak masing2 semua dah masuk 50an..

akak dah takde sorg... tinggal sorg je.. itupun selalu fikir kalau mak takde haii camnalah hidup.. takleh nak imagine.. kdg tgk ayah org lain.. teringat ayah sendiri.. hargailah selagi mereka ada.. bila dah takde nanti.. memang kita akan rasa sepi dan kosong sgt2

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

t.a.t.a

Sebelum kawin ada sesetengah kita berusaha untuk kekalkan hubungan.. itupun dah struggling.. bila kawin pulak kita rasa mcam dah selamat sebab dah jadi hak milik.. tapi bila ada gangguan pihak ke3.. again kita struggling pulak untuk kekalkan kebahgiaan.. selalunya di alam perkahwinan nie byk juga yg kita take for granted..

teringat kisah yg pernah kwn akak cerita.. kwn dia bgtau dia nak kwin satu lagi sebab dia rasa isteri dia dah tak macam dulu.. sibuk uruskan anak2.. tak pedulikan.. seharian sibuk dengan urusan rumah.. dia pulak jumpa perempuan lain lebih muda dan cantik dan of course ler.. layan dia extra.. dia plan nk kwin dgn perempuan tuh.. see what i mean..

tapi lelaki itu lupa.. kalau dia kwinperempuan tuh pun.. sok2 dgn perempuan tuh nnti akan ada anak.. kena juga urus anak.. so the same prob happen again.. sampai bila nak lari dr masalah kan..

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

kucit

kebykan kita mcmtu.. kdg sbb kita rasa benda tuh sentiasa ada.. bila dah takde mmg terasa sgt2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...