Tuesday 3 April 2012

Bila rindu berbahasa inggeris

Salam Tengahari Selasa

Aku baru sahaja selesai kuliah tengahari tadi.. hari selasa adalah antara hari yang meletihkan dengan kuliah pagi dan petang.. itu pun nyaris sahaja aku diberikan kelas pada pkl 8pg.. jika tidak pasti aku akan keletihan giler sebab kelas nonstop dari pkl8-12tghari.. hahaha... Alhamdullilah.. minggu depan cuti semester break... namun.. walaupun break.. jadual untuk bengkel dan mesyuarat dah pun dimaklumkan.. so student cuti.. tukang padam papan putih ini masih kena bekerja juga..

Sudah lama kiranya aku tidak bercakap dalam bahasa inggeris.. kali terakhir semasa aku ke thailand.. itupun kerana itulah bahasa komunikasi utama aku dan Nuch.. kini.. kembali ke tanahair.. aku menjadi rindu untuk berbahasa inggeris.. takkan nak cakap sorang2 pulak.. rakan-rakan pula.. semuanya seperti biasa mesti berabuk berbahasa melayu.. student.. kalau aku mula cakap bahasa inggeris confirm akan ada yang menganga jek... So maybe this is one reason for me to fly back to UK hahaha... mengada-ngadalah tuh ibarat kata kawan2 aku.. oklah tak yah terbang jauh.. mungkin aku patut terbang balik ke Thailand?? Idea yang bernas kan... ;)

Kini aku dah sebulan seminggu di tanahair.. rakan ada yang dah mula bising bertanya ajak bertemu dan melepak.. bukan tak nak.. tapi kekangan masa dan hujung minggu yang penuh dengan aktiviti keluarga.. Kalau nak ikut list kawan-kawan memang ramai yang belum aku temui.. hari bekerja aku dah sibuk dengan urusan kerja dan pulang ke rumah pulak sibuk dengan rutin di rumah pulak.. seperti biasa rutin masak sarapan pagi dan makan malam masih berterusan lagi.. dan juga rutin membawa bekal ke pejabat.. Aku lebih selesa begini.. Boleh dikira berapa kali sangat aku makan di luar... sekali sekala oklah.. Ke pasar malam pun.. kadang beli yang betul2 nak makan je.. sebab harga barang makanan terlalu mahal sangat2.. Kadang rasa amat tidak berbaloi kalau dibeli..

Sudah 2kali juga tandas di pejabat ini tidak ada air.. biasanya bila aku masuk semula ke tandas itu pada pkl 4 petang.. masa nie air ada.. sudah 2 kali.. tandas itu banjir kerana mereka yang buka paip tak tutup.. buka masa takde air oklah.. lepas tuh tak tutup.. bila ada air.. macam kes yang pertama... nyaris sahaja tandas itu banjir sebab ke empat2 tandas tuh air paipnya terbuka besar hingga memancut ke siling tandas.. dek kerna aku ada dalam  tandas tuh.. dah jadi kerja extra untuk aku pula tolong tutup paip air... itu belum lagi kes paip wuduq dan singki yang tidak ditutup sampai singki penuh dengan air... Masa nie.. nasib aku ada pengalaman bersihkan tandas suatu ketika dulu.. aku pun tak tahulah mana perginya cleaner bersihkan tandas tuh... hilang... Semalam kes yang sama terjadi lagi.. cuma tidak seteruk kali pertama dulu.. kalau kali pertama tuh tudung aku sampai basah lencun sebab berperang dengan air yang mencurah2 hingga ke siling sebab getah paip itu diletakkan menghala ke siling.. apa lagi.. air keluar terus memancut hingga ke silinglah..

Pelik lah.. ini satu sikap yang sungguh tak bertanggungjawab.. dah buka paip.. tau xde air tutuplah... ini tidak.. dah buka takde air.. biarkan sahaja... itu belum kes tandas yang penuh dengan bekas najis yang tidak dicuci sebab takde air.. main pakai tisu je pastu biarkan macam tuh... Pengalaman nie ngerilah sebab terjadi di sekitar pejabat nie.. aku tak tahu siapa yang buat mungkin sahaja pelajar sebab kawasan nie mmg tempat laluan pelajar.. tapi.. memang menggeleng kepala lah aku semalam... itu bukan tandas awam tau. ini tandas dalam sekitar ruangan pejabat dan bilik2 pensyarah.. Aku terfikir nak hantar email.. tapi masih belum rasa nak buat sekular ini.. tapi akan sahaja aku hantar lagi bila kes ini terjadi lagi..

Ada sesiapa nak practice english?? Meh kita sembang2 nak.. ahaks..

Ketika menjelang senja..
Aku sudah lupa lokasinya dimana..

9 comments:

marinahunny said...

Nak nak nak!

Zainur1925 said...

Nak sembang kat mana kak? Hehe... Masa awal2 dulu fobia saya bila mat saleh bertegur sapa dlm english..al maklumlah english tak berapa pandai plus mudah gelabah. Lepas 6 bulan jumpa mat saleh yg sama juga dia kata english saya dah improve..haha Agaknya berkat saya banyak join english conversation group kat sini. Mudah-mudahan bila dah balik Msia nnt saya blh cakap dgn fluent..ameen

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

marina

ok jom kita set.. ;)

zainur

mana2 pun boleh.. Alah dah lama kat sana lama2 jadi tererlah speaking.. no worries.. yg probnya bila balik mesia.. kita jrg berbahasa inggeris sebab lingkungan kawan dan persekitaran yg kurg memberikan ruang untuk berbahasa inggeris.. silap2 hb.. kita terikut pula style english-chinese yang byk perkataan lah dan mirip2 gaya org cina cakap.. (kalau kita mmg chinese oklah.. but hey.. better be original kan..)

Tapi serius.. akak rindu benar nak ckp english like before..

ku-cit said...

kalo teringin sangat akak call je mana2 customer service/operator telefon.. nanti dia ckp:

tekan 1 utk berbhs melayu
tekan 2 utk berbhs english
tekan 3 utk tak reti bhs

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

yelah.. pastu akak ckp sorg2.. klu kena telefonis tuh jejaka bersuara macho bestlah... kalau awek xkan nk ngorat lak hahaha

madam kheyr hameed said...

winduu citer kakak pencuci yg dulu2 :D sangat suka guna bahasa omputih time marah n nak mencarut. hahaha..mcm best je kalau marah n mencarut dlm bahasa omputih. mencarut means maki org laa gitu. ahaks. ;p

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Mrs Zach

zaman tukang cuci skrg takat tukang cuci kat umah je.. tapi mmg kisah itu mmg uniklah.. sebab pengalaman kan..

Kalau mat saleh pulak.. diorg ada yg cakap klu nk mencarut atau maki mereka suka kalau dlm bahasa perancis sebab words lebih bombastik hahaha...

Anonymous said...

saya mencarut lebih suka lorat trg. hahahaa.

sekali skala tulis english lah. ada keadaan dalam english lebih 'ong' ayat dia sekali pun sama makna dalam melayu..

dan ada kala bahasa melayu lebih ong dalam satu-satu keadaan..

kueh

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

kueh

uihh.. klu cam akak yg xfaham sgt trgganu.. ko mencarut maybe akak senyum je kot..

sesekali mmg akan akak tulis english.. tapi akak perasan.. kebyakan reader akak nie.. klu akak mula nuih bahasa inggeris mengigil kejap diorg membaca ye hehehe..

skrg nie tgh buat kompilasi senarai nama kwn2 yg leh speaking.. kalau bosan.. mmg call diorg jek 100% speaking lah.. diorg ckp melayu pun akak tetap akan ckp eng ahaks.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...