Friday 6 April 2012

Tangan ayah ku pimpin di Felda Jengka 20

Salam Pagi Jumaat..

Alhamdullilah.. kini hujung minggu bakal datang lagi.. Sejak dulu hari jumaat adalah hari-hari yang aku tunggu.. seperti mana gembiranya aku menyambut hari jumaat semasa di UK dulu.. Kini hari jumaat pula merupakan hari yang sibuk untuk aku.. selalunya bila menjelang tengahari aku akan mula pulang ke rumah kerana pakwe akan menggunakan kereta untuk solat jumaat dan aku pula ambil peluang masak untuk makan tengahari.. dan jika ada lebihan masa.. aku juga ambil peluang tido berehat sebentar waktu tengahari ini..

Petang ini sekali lagi aku akan pulang ke negeri sembilan.. kekerapan aku pulang ke kampung pakwe melebihi kekerapan balik ke kampung aku.. (ini mana adil!!!) ahaks.. tapi pulang itu pun atas sebab urusan kenduri kendara yang tidak dapat dielakkan... so adil tak adil.. mungkin sahaja inilah masa untuk aku balas balik rutin sebegini setelah 5 tahun duduk di rantau orang...

Esok aku akan ke Bahau untuk urusan kenduri sepupu pakwe di sana untuk menolong persediaan akhir sebelum majlis kenduri pada hari Ahad.. Minggu lepas kami sibuk menghantar pengantin di sebelah perempuan di Semenyih... Itupun sebenarnya perancangan asalnya kami tak pergi memandangkan kami baru sahaja pulang dari Pahang hari sebelumnya.. tapi mengenangkan itu sepupu pakwe dan ibu saudara yang rapat dengan mak mertua.. Pakwe buat keputusan untuk kami pergi.. Dia berat hati kalau kami tak pergi.. sedangkan semasa kenduri kendara belah adik beradiknya.. Makcu nya tak pernah tidak datang menolong.. ini bila giliran anak dia pulak.. takkan pakwe tak nak luangkan masa...

Hari sabtu yang lalu.. Kami membawa ayah dan mak ke Pahang.. Ke Felda Jengka 20.. Ada kenduri anak buah ayah... kiranya duapupu dengan aku.. aku memang tak pernah ke sana.. dan tidak begitu mengenali sangat mak sedara yang ini.. Ini kerana mereka tidak pernah pun datang bila ada kenduri kendara di sebelah kami.. tapi ayah tetap mahu aku dan pakwe ke sana sebab dulu ayah merupakan anak saudara kesayangan arwah Tok Cu.. hingga anak2 Tok ini memanggil ayah aku 'along' atau abang.. apatah lagi.. sepanjang zaman kanak-kanak ayah dulu.. Tok Cu inilah yang membela ayah... sebab itulah kiranya aku rapat dengan makcik2 sepupu ini.. (kecuali makcik yang nie.. rupa dia pun aku tak ingat ahaks.. sebab itu ayah macam berkeras juga untuk aku pergi)

Perjalanan dibuat menghampiri pukul 10pagi... pakwe membuat keputusan untuk ikut jalan masuk ke KL.. ikut Ulu kelang menuju ke Lebuhraya karak... kesesakan lalu lintas di Ulu Kelang melambatkan sedikit perjalanan kami.. tapi selepas itu.. selama 3 jam.. kami sampai ke Felda Jengka 20 ini.. Menghampiri pukul 2 jugalah...

5 Tahun aku bermastautin di negara orang.. Aku tidak pernah perasan akan perubahan fizikal kedua ibu-bapa aku.. Kiranya pada tahun 2007 ketika aku berangkat ke UK.. Ayah dan mak masih sihat.. Kuat dan tegap pergerakan mereka.. Aku pulang sebentar pada tahun 2008 juga mereka juga masih gagah lagi.. hanya pada tahun 2010 ketika aku pulang berhari raya di kampung.. aku dah melihat ayah dan mak sudah jauh berbeza fizikal mereka.. kini.. Bila aku pulang 'for good' pada tahun 2012.. Aku terpaksa akur bahawa fizikal mereka kini sudah semakin ketara bezanya..

Ayah sudah tidak mampu untuk berdiri lama-lama.. malah berjalan sedikit juga sudah mengah.. malah untuk turun tangga dan juga turun bukit perlu dipimpin.. jalannya lambat-lambat... bertongkat... Ketika tiba di Felda Jengka.. Dari tempat letak kereta ke rumah pengantin.. kami berjalan sedikit jauh kerana tiada ruang lain untuk meletak kereta... Apatah lagi.. untuk turun ke rumah Pengantin.. jalannya begitu curam..

Buat pertama kalinya.. pada usia menghampiri 40 tahun ini.. Aku memimpin tangan ayah untuk turun ke rumah.. begitu kuat ayah menggenggam tangan aku.. Jalannya pendek-pendek.. nafasnya sesak.. langkahnya sedikit terhentak-hentak menahan hentakan kaki menuruni bukit.. aku tahankan badan aku supaya badan ayah dapat aku tampung.. kaki aku gerakkan seiring dengan langkah ayah.. Orang ramai mula memandang kami sekeluarga.. Mungkin sahaja itu pemandangan sedikit luar biasa untuk mereka..

Hati sedikit hiba.. Aku sedih.. Sejenak aku berfikir.. Dulu mungkin sahaja entah berapa kali tangan aku telah ayah pimpin semasa aku anak-anak dulu... Entah berapa kali juga badan aku didukung bila aku sakit atau letih berjalan.. Kini.. sudah sampai masa untuk aku pula melakukan semua itu.. Apatah lagi.. Sebagai anak sulung.. Hati aku tersentuh.. Selama 5 tahun aku tinggalkan keluarga di sini.. Baru kini aku tahu.. bahawa mereka tidak lagi sekuat dulu..Ayah sudah tua... Inilah hakikat yang perlu aku terima..

Menulis tentang kenangan ini sudah pun menyebabkan entah berapa garisan airmata mengalir di pipi aku.. Bukan soal memimpin tangan itu yang membuatkan aku sedih.. tapi hakikat bahawa ayah sudah tua dan kini sudah tidak larat yang membuatkan aku sedih.. Apatah lagi.. selama 5 tahun di negara orang aku tidak berpeluang melihat kesusahan dan kepayahan ayah selama itu.. malah kini untuk menulis pun tangan ayah sudah mengigil untuk memegang pen.. sedangkan suatu ketika dulu.. menulis adalah benda yang biasa ayah buat memandangkan ayah merupakan seorang pendidik...

Aku antara anak yang tidak banyak bercakap sebenarnya dalam keluarga.. Mungkin sahaja sebab status anak sulung yang menyebabkan aku lebih banyak diam dan mendengar dalam banyak hal.. Sikap aku sebenarnya tegas bila melibatkan perkara-perkara berkaitan keluarga.. Hingga pakwe pernah menegur aku dengan mengatakan.. sikap aku amat jauh berbeza bila bersama keluarga aku.. berbanding bila aku bersama kawan-kawan atau pelajar-pelajar.. Entahlah.. mungkin sahaja bila aku pulang ke kampung.. status diri yang aku pegang tidak membenarkan aku untuk main-main atau beramah mesra sangat.. Lagi pun aku sedia akur menjadi pendengar setia pada mak dan ayah... bayangkan selama 5 tahun.. mereka tidak punya peluang untuk bercerita begitu pada aku... Lagipun aku telah biasa.. Dulu ketika arwah nenek (mak pada ayah) masih ada.. tiap kali pulang ke kampung.. pastinya selepas jumpa mak dan ayah.. destinasi aku seterusnya adalah rumah nenek yang terletak selang 1 rumah sahaja dari rumah aku... Mak dah cukup faham dengan perangai aku.. kalau aku lewat sahaja ke sana.. pasti mak akan bertanya.. 'Ko tak nak pergi rumah nenek ke?' dan sepertimana aku dengan mak dan ayah aku.. Bila aku melawat arwah nenek..Dia juga suka bercerita... dan dari situ aku kutip banyak kisah-kisah lama ayah dan nenek...

(ok.. masa untuk lap airmata..)

Berbalik kisah ke Felda Jengka 20.. Bila sahaja kami sampai.. Sempat jugalah berjumpa dengan rombongan adik beradik ayah.. Mak Lang.. Mak Ngah.. Mak Usu.. mereka semua datang satu geng.. hampir 4  5 buah kereta juga.. sampai sahaja kami.. mereka pun bergerak pulang ke kampung.. Manakala kami singgah sebentar menjamah lauk kenduri.. dan kemudian bergerak keluar untuk singgah di Maran di rumah Mak Long... Tak lama pun.. sejam lebih sahaja kami di sana.. Lagipun dulu aku sebenarnya biasa memgikuti lebuhraya timur barat ini semasa perlu menyelia pelajar di Terengganu 6 tahun yang lalu.. Kawasan R&R gambang pernah menjadi tempat kami tidur malam.. kerana kami bertolak menghampiri pkl 12 tghmalam... itu pun satu kisah juga hahahah... terikut-ikut dengan cara travel semasa di UK sebelum itu.. pada kami berdua.. travel di sebelah malam lebih selesa kami lakukan.. itupun bergantung pada lokasi dan jalan yang perlu kami lalui..

Sungai yang aku lalu setiap hari selama 5 tahun di UK..
Mengapa ye.. 
Langit biru di sana lebih menarik warnanya..
Langit biru di sini sedikit cerah dan tidak berseri..
p/s : maaf gambar di Pahang ada.. tapi tidak sempat di'upload' lagi..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...