Monday 19 December 2011

Yang keruh kalau di 'filter' pun boleh jadi jernih..

Salam Petang Ahad..

Tinggal 'exactly' seminggu lagi nak x'mas.. mean.. secara tak langsung tinggal 5 hari sahaja hari bekerja terakhir untuk tahun 2011... di seluruh Great Britain.. cuti x'mas adalah cuti panjang.. sebab bermula dari sabtu minggu depan hinggalah 4hb Jan semua organisasi dan institusi bercuti.. Malah kebanyakan supermarket, kedai2 dan tempat menarik pulak akan tutup sepenuhnya pada 25 Disember dan 1 Januari..

Rancangan kat tv pulak sekarang nie.. banyak pulak menayangkan resepi untuk x'mas.. menarik juga untuk ditonton terutama bila tengok jenis2 dessert.. roasted beef, chicken or turkey dan side dishes.. Sebelum ini dah 2 tahun aku ambil peluang masa nie nak buat ayam turkey panggang.. tahun ini aku belum decide lagi.. walaupun dah ada beberapa rakan-rakan yang bertanya pada aku.. Bukan apa.. kesibukan aku dengan tugasan dan dateline setiap minggu buat hujung minggu aku sibuk.. aku lebih selesa memasak untuk keluarga kat rumah je.. dan memang bila duduk rumah menu kat dapur dah jadi macam-macam sebab hanya pada hari sabtu dan ahad sahaja masa aku nak experimen atau masak benda-benda yang aku teringin nak makan.. week days.. masakan lebih pada yang simple dan boleh siap dalam masa kurang dari sejam.. balik dari uni biasanya tenaga aku dah tak banyak.. so memasak sesuatu yang simple adalah priority utama.. kalau weekend.. aku tak kisahlah kalau kena berjam-jam kat dapur.. kadangkala aku akan masak sampai 3 4 menu sekali gus.. macam minggu lepas.. aku buat laksa.. pastu nasi lemak.. dan juga ayam panggang.. giler banyak.. hahahhaa... ini kes semua sebab teringin nak makan.. Episod nak buat ayam turkey ini ada kemungkinan ye aku buat juga.. cuma aku belum ingatkan pakwe untuk menempah ayam turkey nie di kedai halal yang biasa kami beli.. hanya hujung tahun camnie jek.. peluang nak dapatkan ayam turkey nie.. dan selalunya kami buat pun bukan sebab nak celebrate x'mas tetapi lebih pada mengambil peluang mencuba resepi yang wajib menjadi santapan penduduk tempatan bila menjelang x'mas..

Alhamdullilah juga.. semalam aku membaca satu entri 'surat terbuka' dari si penulis yang menulis entri  yang hangat tentang  travelling di kalangan pelajar luar negara.. Syukur sebab akhirnya segala salah faham itu diperjelaskan dan aku juga terima sikap sebegitu sebagai telus dan berani mengakui kesilapan dan juga turut memberikan penjelasan yang jelas tentang duduk sebenar perkara tersebut.. Pada aku.. tidak ada manusia yang tidak  pernah buat silap.. Aku sebenarnya pun tak pernahlah jumpa si penulis tapi antara pengikut terawal dia ketika blog itu diwujudkan.. secara tak langsung kira antara sahabat lama juga dan kami juga pernah beberapa kali email satu sama lain.. Bila entri sebegitu ditulis.. timbul satu  tanda tanya yang amat besar pada aku.. sebab sepanjang aku mengenali dia selama setahun lebih kurang.. aku amat pasti dia bukan sebegitu.. so bila entri begitu ditulis.. aku rasa pelik sebenarnya.. tapi pada masa yang sama aku tidak dapat lari dari punya satu perasaan.. bahawa kadangkala manusia tidak semestinya jujur.. atau tidak selalunya baik walaupun mungkin sifat atau perwatakan dia baik.. Sejenak aku merasakan.. Oh.. mungkin dia punya sikap yang selama ini aku tidak tahu.. tinggal di negara orang dan malah negara sendiri aku sendiri pun sudah terlalu masak dengan sikap orang sebegini.. yang satu ketika dulu adalah kawan baik.. tapi demi untuk kepentingan sendiri.. dia boleh menikam belakang orang.. itu orang yang kita kenal.. yang kita tak kenal apatah lagi kan...

Aku terima penjelasan si penulis dengan hati terbuka... dan syukur ianya tidak perlu ditamatkan sebab sejenak aku terfikir mungkin persahabatan aku dengan dia sampai setakat itu sahaja.. hahahhaa... Begitu cepat aku membuat kesimpulan kan.. bukan apa.. pada usia sebegini bukan lagi masa untuk mencari kawan atau teman untuk main-main.. Pada aku bila kita mahu bersahabat.. biarlah kita bersahabat dengan individu yang benar-benar mahu berkawan dan paling utama punya sifat hormat dan ikhlas.. Sepanjang 5 tahun di sini banyak persahabatan dan hubungan tercipta yang punya kisah suka dan duka pada aku.. walaupun hakikatnya kini aku berada ribuan atau ratusan batu dari tanahair.. syukur sebab rangkaian sahabat-sahabat yang aku ada.. tidak terhad oleh jarak dan masa.. ada yang aku bersahabat tanpa kenal wajah dan rupa.. dan hanya bicara dan penulisan sahaja yang menjadi penghubung di antara kami.. apa jua.. aku hargai setiap yang datang dalam hidup aku..

Apa juga eloklah kan.. menjelangnya tahun baru ini.. kita mulakan dengan sikap yang baru dan juga niat yang baru untuk memperbaiki kesilapan dan belajar dari kesilapan..

p/s Apa azam baru untuk tahun 2012?? Azam aku satu jek.. Just wanna enjoy life.. Be happy ;)

3 comments:

Anonymous said...

masa kecil -ada kawan sorang pun cukup buat teman main @ teman gaduh..

bila di satu 'usia' - nak buat kawan baru pun malas...

masjid/surau - adalah tempat terbaik untuk berkomuniti setelah 'di satu usia'..

kueh

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Kueh

Betul akak pun dah smpi tahap tuh.. lebih suka maintain dgn kwn2 yg sedia ada.. tapi tidak pernah menolak andai ada yang ingin bersahabat.. dan selalunya akak lebih suka mengelak atau menjauhi bila nampak bunga2 yg xelok dari individu tertentu sebelum melarat menjadi sesuatu yang membebankan..

lagipun bila semakin meningkat usia sensitiviti kita juga bertambah.. keterbukaan juga semakin berkurang.. kalau dulu kita mungkin xkisah untuk huha huha.. tapi kini lebih mencari sesuatu yang lebih serius dan lebih bermakna.. setakat nak main2.. buang dlm tong sampah jelah jawabnya..

;)

ku-cit said...

kira skrg akak ni sensitif laa orgnya...eheheh....berapa umo akak skrg eh???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...