Tuesday, 27 December 2011

Cuti X'mas & Boxing day

Salam Cuti Ahad & Selamat Hari Natal
(Entri di tulis pada 25 December 2011- nak upload tak sempat)

Hari ini x'mas.. bermakna hari ini hari dimana semua kedai.. pejabat.. public transport semuanya tutup 100%.. Suasana di jalan juga sunyi sepi.. Terasa riuh rendah yang sering kedengaran di luar tingkap hilang seketika.. Apatah lagi rumah aku yang tidak jauh dari jalan utama.. malah bunyi bas yang sering kedengaran lalu lalang juga hilang.. Hampir semua tingkap rumah yang berdepan dengan tingkap rumah aku pun gelap semuanya.. Mungkinkah mereka semua balik kampong?? Mungkin sahaja..

Sudah 5 tahun cuti x’mas begini dilalui.. Beberapa tahun yang lepas.. cuti begini pastinya aku dan rakan-rakan yang lain merancang untuk berjalan.. dan pastinya juga esok hari ‘boxing day’.. Boxing di sini bukan bertinju.. tapi bermakna hari buka kotak hadiah.. so bermakna esok juga hampir semua kedai akan dibuka dengan jualan diskaun yang cukup menarik.. selalunya hari ini hampir semua org akan berkunjung ke Bandar untuk membeli belah atau sekadar mencuci mata.. Aku pula tahun ini kembali ber’boxing day’ bersama pakwe… nyatanya.. kali ini pastinya tak boleh dah nak shopping sakan sebab bawak ‘reminder’ yang awal2 lagi dah sound ‘jangan nak membazir duit.. nak balik nanti byk nak pakai duitnya’ so.. well said.. kenalah beringat2.. Cuma dalam kepala tuh memang dah ada beberapa brgan yang nak beli.. nak tak nak kena beli juga.. macam coklat.. perfume.. sebab benda2 nie dah ramai kawan dan keluarga yang pesan.. kalau nak beli dekat2 nak balik nanti takut nanti takde offer yang murah pulak..

Awal petang tadi aku dapat sms dari sahabat di tanahair.. soalan ‘di mana berboxing day esok’ adalah soalan yang biasa… seperti tahun2 lepas.. boxing day pastinya aku habiskan hari itu di sini.. entah berapa kali juga perancangan tahun2 sebelum ini untuk ke London.. Manchester dan juga tahun ini di Liverpool.. terpaksa aku batalkan.. Malas sebenarnya mahu travel jauh.. walaupun sebenarnya ikutkan hati itu pastinya ke bandar-bandar besar itu lebih meriah.. tapi aku lebih selesa berada dekat dengan rumah.. cuti begini pastinya hotel dan juga perjalanan dengan keadaan cuaca tak menentu ini.. memberikan banyak masalah..

Hujan turun sejak awal pagi tadi hingga sekarang tidak berhenti lagi.. langit juga mendung dan angin kuat kedengaran di luar tingkap.. Waktu maghrib pun dah masuk.. movie kat tv pun semua cerita pasal x’mas jek.. dan yang paling best hari ini aku layan movie Hindustan.. selalunya bila musim cuti begini channel movie memang menayangkan pelbagai movie yang menarik.. Internet kat rumah pulak kena catu sikit ahaks.. had penggunaan hanyalah 1-2jam sahaja.. untuk menaip entri nie pun aku kena taip dulu di word dan nanti akan copy paste sahaja ke dalam blogspot.. ‘Time is money babe ;)’

 Sejak beberapa hari yang lepas.. satu group yang aku subcribe agak kecoh sedikit.. isu tentang ucapan ‘merry x’mas’ yang dikatakan tidak molek diucapkan kepada mereka yang menyambutnya kerana punya makna yang mengakui yang ‘god had a son and born on 25 December’. Come on lah.. adakah bila kita ucapkan ‘merry x’mas’ tuh hati kita mengiakan kata-kata itu?? Apatah lagi act of giving x’mas card was said to resemble the same meaning.. Peliklah.. begitu cetek ke pemikiran seorang islam itu??

Pada aku tak salah langsung untuk kita berikan ucapan sebegitu.. Bayangkan ekkk.. bila kita terangkan pada kawan kita yang menyambut x’mas.. ‘Sorry I can’t wish you merry x’mas because it mean that as a muslim.. I agree that god have a son and it’s born in 25 December”.. Agak2 apa pandangan org yang bukan muslim tuh??? Makin hormat dengan islam? Atau makin mengeji kita sebab seolah-olah menghina agama mereka.. Walhal dalam semua ucapan ‘merry x’mas’ aku pada sahabat2 aku yang bukan muslim.. tidak langsung terdetik dalam hati aku..

Susahlah kadang2 bila kita berfikir terlalu complicated nie.. seperti juga isu pakai tudung macam biarawati tuh dan pelbagai isu lain yang kadang2 rasa pelik sebab suka dijadikan penyebab untuk sesuatu yang tak logic.. Pada aku yang penting kita perlu terbuka dan tahu apa niat kita.. Entahlah.. hidup di luar negara begini kalau masih punya sikap tertutup begitu apa maknanya hidup dan datang belajar di sini..

Teringat juga isu tentang terbukaan yang sering dibangkitkan sebelum ini pasal travel.. yang pernah aku highlight dulu.. Benda tentang peluang dan rezeki ini adalah isu lama…. Untuk apa kita terima tawaran belajar di luar negara kalau berada di luar negara itu tidak mampu menjadikan fikiran kita terbuka dan menerima perbezaan budaya dan agama yang banyak di sekeliling kita.. Kenapa juga bila ada di kalangan kita mengambil peluang untuk travel.. beli itu ini.. itu juga dijadikan isu sebagai ‘berlagak’ walhal pada aku itu adalah makna peluang.. peluang yang sepatutnya diambil sebagai menjadikan kita lebih matang dan berpengetahuan..

Pada aku setiap tindakan kita perlu disertakan dengan niat yang betul.. Apa dalam hati kita kadangkala tidak perlu kita tunjukan pada semua org.. cukuplah Allah yang menilai dosa dan pahalanya.. 

___________________________________________________________________________________

Salam Tengahari Selasa..

Hari X’mas dah berlalu.. Semalam Boxing day.. Aku akhirnya berjaya memaksa pakwe temankan aku window shopping… Puaslah merayu hahahaha.. dengan alasan dah 2 hari duduk rumah tak keluar tau.. Yelah aku kan Isnin-Jumaat mesti keluar rumah untuk ke uni.. dah Uni pun cuti seminggu lebih.. Kenalah duduk rumah.. dari masak untuk sarapan.. tengahari dan juga malam.. kerja aku 4 hari lepas memang masak jek.. dari buat ayam tandoori sampailah buat nasi ayam semalam.. dah 2 ekor ayam buat ayam panggang… ada sekor lagik yang bakal dikorbankan pulak esok lusa..

Shopping??? Takde pun.. seperti mana aku cakap sebelum nie.. keluar window shopping semalam aku tak teruja sangat nak membeli belah.. takat beli baju panas harga £5 jek.. itupun berkali2 berkira nak beli ke tak nak hahahhaa… tapi mengenangkan baju itu amat sesuai pakai time sejuk2 nie.. dah ala-ala feminine.. beli jelah dengan tutup mata hahahha.. £5 pun nak berkira… tapi yang bestnya semalam belanja takat £5 jek.. Hari ini masuk jek amazon.com terus aku beli 1 buku dan 1 DVD dalam harga £10 hahaha… itu pun sebab 2 benda nie memang dah sedia ada dalam ‘basket’ hanya menunggu harga terendah baru nak beli… Aku memang selalu buat kerja camtu.. suka letak dulu barang2 yang aku teringin nak beli dalam basket.. dan sekali sekala seronok check tengok kot2 nanti harga barang tuh turun.. sebab kalau harga turun masa masuk jek amazon.. dia akan bagi reminder.. so DVD tuh dari harga asal £7.99 dah turun sampai £4.99.. buku pun dari harga £6.99 turun £5.50.. memang tak fikir panjang dah.. kalau harga jatuh dalam £10 tuh pada aku murah sangat.. bukan ye beli sampai £100 pun kan..

Kegilaan aku beli buku nie sampai satu tahap dah kena sound dengan pakwe.. Asyik beli buku jek hahahha.. well.. nak buat camna.. aku terdidik dan membesar dengan buku kat kampong.. teman aku masa kecik dulu adalah deretan buku-buku khazanah lama milik ayah.. Kerana ayah jurusan sastera.. segala buku-buku hikayat ada di almari buku ayah.. entah berapakali juga aku khatam membaca buku ‘Hikayat Hang Tuah, Malim Deman, Hikayat Burung Bayan.. termasuklah juga buku-buku penulis S Samad Saad; Salina, Daerah Zeni, dan pelbagai lagi tajuk buku yang aku pun ingat-ingat lupa.. Pada aku koleksi buku ayah itu cukup unik.. dan mungkin sebab itu juga minat membaca aku menggila sikit…

Cuma dulu bila nak baca buku Bahasa Inggeris.. yang menjadi tempat untuk aku dapatkan bahan bacaan adalah perpustakaan bergerak yang datang ke balai raya kampong setiap hari rabu.. Waktu itulah aku mula kenal buku-buku tulisan ‘Enid Blyton’ buku kegemaran aku.. ‘The flying chair & The magic faraway tree’. Dengan buku-buku itulah aku mula tertarik untuk memperkukuhkan bahasa inggeris.. Bila ke UK.. aku dapat jumpa semula beberapa koleksi Enid Blyton yang dulunya sering menjadi bacaan kegemaran aku.. Di sini novel berbahasa inggeris amat murah.. berbanding di mesia yang paling murah pun RM30 senaskah kan.. Kalau buku yang baru keluar lagi lah.. Sering sahaja bila rakan-rakan datang ke rumah aku.. mereka pasti akan kata.. ‘Banyaknya koleksi buku ko..’ itu yang ada kat rumah nie.. yang kat ofis lagik ada 2 rak buku-buku akademik.. itu belum lagik 4 kotak besar buku yang aku tinggalkan di rumah di tanahair..

Ada orang merasakan beli buku merugikan.. dengan alasan tak tahu ada masa atau tidak nak membaca.. Pada aku itu tidak sepatutnya dijadikan alasan.. Pasti sahaja ada masa jika kita pandai mencari masa.. dan aku juga rasa beruntung selain aku yang suka beli koleksi buku novel, motivasi dan resepi.. Pakwe pulak lebih cenderung pada buku-buku agama, sejarah dan encyclopaedia.. Tapi kegilaan aku membeli buku lagik dahsyat dari dia ;)

Hari ini tidak merancang kemana-mana.. Esok lusa tak tahu lagi.. bosan sebenarnya duduk di rumah dengan mengadap TV dan juga asyik ulang alik pergi dapur jek hahaha.. Terus teringat rakan-rakan kat tanahair.. andai mereka masih ada kat sini.. pastinya hari ini dan esok lusa aktiviti ke ‘city centre’ menjadi aktiviti utama.. lepas tu episode lepak layan movie… itulah yang sering kami buat bila ada cuti panjang begini.. Rindu sudah tentu.. apatah lagi semalam bila lalu rumah lama A.. sign ‘To Let’ tuh dah takde dan Nampak rumah tuh pun dah ada orang menyewa…

Itulah kehidupan kan.. yang datang pasti pulang.. yang tinggal kena teruskan hidup.. 

 Kilauan lampu merah jambu 
Sempena Boxing Day Sales semalam..

5 comments:

ku-cit said...

bila la dpt merasa boxing day ni...

marinahunny said...

Lebih baik gila buku dr gila mende lain kan. Bestnya kalu blh beli novel inggeris yg murah. Kalu kat msia pikir 3,4 kali psl hrga mesti lebih 30 punya..

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Kucit

Jom p boxing day kt Singapore. Xpun p Australia je

Marina

Klu beli kt carboot sales lg murah kdg dia jual 50sen je. Cuma klu nk beli buku yg baru kluar trutama series tertentu amazon is the best. Kat kedai buku lg mahal.

kueh bakar said...

boxing day tu maknanya hari shoping sakan kan..tarik-menarik,berebut-rebut hinggakan bertumbuk..kehkeh.

er, aku rasa kak..tahap keshopingan akak memang tinggi dari pakwe dalam segalanya..bukan takat beli buku,ahakss.

di malaysia, car bootsales tak pernah menjadi, ada jer peniaga pasar malam rosakkan majlis..hahaha

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Kueh

Boxing kt sini Blum pnh lgik akak tgk dlm masa 5thn nie Ada yg berebut2 atau tumbuk2 lgik dahsyat akak rasa shopping kt mesia. Bab berebut tuh mmg sungguh. Walaupun masa tuh bkn boxing day pun. ;)

Biasalah shopping sakan xpe asalkan berbaloi. Dia xbyk shopping tp bila dia shopping amatlah cerewet dan xkisah nk byr walaupun mahal. Ahaks.

Konsep carboot sales kt mesia mungkin lbih pd jual brgan yg lama2 atau antik. Penjual psr mlm tuh utk bg meriah lg suasana n bg lbih byk option. Pada akak kt sini akak missed psr mlm tuh. Dah lama sgt xp carboot pun mls sbb xde bnda nk beli. Klu ada style pasar mlm atau psr tani tuh sure lg rajin akak p. Lebih baik beli food dr beli yg bkn2 :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...