Wednesday, 14 December 2011

Angin kencang & Hujan lebat

Salam Rabu

Sejak Isnin lagi.. setiap petang mesti hujan.. kekerapan hujan ini menyebabkan kali ini aku kena bawa payung tiap kali keluar rumah.. Walaupun masa keluar tuh tengok langit cerah jek.. tetiba dalam masa 5 minit jek terus hujan lebat. Cuaca kali ini dah pelik sikit.. sebenarnya jarang sangat hujan lebat style kat mesia tuh.. selalu style shower rain jek... dah beberapa kali gak tudung aku lencun.. bila dah kena 2 3 kali serik jugalah... terpaksalah juga bawa payung setiap kali keluar rumah..

Alhamdullilah juga ini hari ke 7 aku berpuasa... semalam off sekejap sebab dah janji nak makan lunch dengan kawan baik aku.. Kami ke 'oko' untuk menikmati sushi.. order bento box dan kami makan dengan senang hati.. selesai makan.. sibuk pulak cari kad x'mas untuk rakan-rakan.. Kad nie wajib lah kena bagi sebab aku kan kerja pagi.. minggu nie jek dah beberapa kad x'mas aku dapat.. nak tak nak kenalah balas.. dan paling utama.. tahun lepas aku langsung tak bagi G kad x'mas hahahaha... tak patut punya student kan... rasa bersalah sangat2.. so tahun nie kenalah bagi.. nak2 pulak isnin nie kena submit review pulak.. dah buat analisa.. dia nak tgk pulak sejauh mana kefahaman aku pada setiap measurement yang aku gunakan.. semua kena put in writing.. bukan itu jek.. kena tambah lagik measurement yang extrinsic pulak... Semalam selepas aku penat fikir hadiah apa nak bagi G.. aku decide bagi jelah coklat hahaha... boleh dia kongsi dengan wife dia..sebab aku kan kenal gak wife dia..

Tahun ini aku skip attend x'mas party kat tempat kerja.. sebabnya minggu depan aku cuti seminggu.. takdelah tengok muka2 kwn aku tuh.. sebab thn nie last aku kat situ.. Bila dekat nak x'mas nie aku teringat pulak vyonne.. selalu mesti dapat kad dari dia.. tahun nie memang tak jumpalah..

Minggu nie juga kena pulun siapkan dan make sure department tempat kerja aku bersih tip top sebab minggu depan org lain cover dan lepas tuh cuti dekat seminggu lebih.. lepas tahun baru pulak baru start balik semua dan yang paling utama nak kena pulun siapkan kerja study nie.. aku rasa walaupun cuti x'mas.. kerja dateline aku mesti makin banyak.. skrg nie pun dah terasa letih sangat2 sebab pada masa sama aku serentak ongoing semua perkara.. study.. kerja pagi.. nak pack brg.. nak settlekan benda2 nak balik.. mcm2lah.. lepas tuh semakin sejuk nie.. badan pun semakin sakit2.. penat.. sebab setiap hari badan terpaksa menahan sejuk yang ketara.. bahu kaki tangan semua cramp... Bila masuk jek pkl 10malam aku dah tak larat nak buka mata.. seawal pkl 4pagi dah bangun.. bape jam jek aku tido.. kena pulak ada dateline nie.. kdg2 aku tido sejam jek.. Penat ngantuk jangan cakaplah... Tapi yelah itulah hakikat kehidupan.. kadang2 orang tengok macam best jek duk oversea nie.. boleh jalan sana sini.. boleh travel.. beli itu ini.. pada aku itu adalah rezeki.. yang senang jek orang tengok.. yang susah??? yang teruk.. yang sakit?? ada ke orang tahu?? tak tahu kan...

Aku sedikit terbakar dengan 1 entri yang melabelkan student oversea nie travel pakai duit rakyat dan duit kerajaan.. walhal tidak semua orang begitu.. Aku terpaksa komen benda nie walaupun mungkin penulis tuh tujukan pada individu tertentu bukan aku salah seorangnya.. Aku takde masa nak layan atau cerita pasal benda travel nie.. study aku pun dah ambil lebih dari 80% masa aku.. Cuma sebagai antara pelajar luar negara dan juga biasa travelling.. maka aku rasa aku perlu juga komen.. Mungkin ada yang pernah provok atau berkata sesuatu pada si penulis menyebabkan dia tulis entri begitu.. tapi pada aku adalah tak adil kalau nak pukul rata terus camtu.. ye aku tak nafikan ada org begitu.. tapi biarlah kalau dia travel begitu sekali pun... Itu pilihan dia.. sesiapa pun pasti sedikit sebanyak akan ambil peluang yang sama.. Elaun yang diterima  tuh cukup2 jek.. kalau nak travel kalau takde kerja tambahan kalau harap duit elaun nak travel.. minta maaflah.. hanyalah mereka yang pernah duduk oversea dengan kapasiti study tahu camna susahnya kehidupan nak survive kat sini.. macam aku sendiri pun.. kalau aku tak kerja part time nie.. jgn mimpi untuk aku pergi jalan2 atau beli benda2 yang extra.. aku tak tergamak langsung nak gunakan duit elaun yang cukup2 makan itu untuk benda2 extra.. itu semua khusus untuk byr sewa umah.. bil api gas.. byr tambang bas.. hujung bulan duit elaun tuh habis camtu jek.. itupun kadang2 tak cukup langsung.. so kerja tuh yang tampung sikit2.. Fakta nie ada ke org tahu?????  Tak tahu kan?? Ingat semua mewah senang jek ke???

Teringat kata-kata salah seorang kawan aku yang berkeluarga.. kalau nak harap setakat duit elaun.. cukup jek nak hidup byr benda2 asas.. kalau nak berjalan-jalan.. kalau ingat duit elauan tuh boleh support.. kalau bujang bolehlah... kalau family yang beranak pinak.. memang duduk dalam negara jelah jawabnya...

Aku kadang malas nak bertekak benda2 nie.. sebab bercakap pada orang takde pengalaman atau tak pernah duduk 'oversea' atas kapasiti pelajar memang takkan faham... yang mereka hanya nampak.. yang bestt... yang seronok.. yang pergi sana sini.. yang beli itu ini.. yang diorg tak nampak.. untuk dapat semua itu.. ada pengorbanan yang perlu dibuat.. ada susah yang perlu dilakukan.. pada aku tak kisahlah camna sekali pun orang itu nak pilih atau buat.. itu hak dia.. keputusan dia.. tak perlulah kita nak kata orang itu.. kata orang ini  dan lebih malang memperlekehkan kesenangan dan kelebihan orang lain.. lepas tuh kita jatuhkan satu statement seolah2 menghina pulak... Come on lah.. kalau nak beri pendapat pun.. please jadi lebih rasional..

Aku tak peduli apa orang nak kata... sebab org tak tahu susah senang kita camna.. org nampak yang senang.. yang susah tuh tak nampak.. dan aku juga tak suka menonjolkan kesenangan dan juga amat jarang sekali nak ceritakan kesusahan.. pada aku semua itu rezeki Allah... Tak perlulah kita nak cemburu.. sebab Allah juga berikan rezeki lain yang sama rata sebenarnya pada semua orang..

Hanya mereka yang pernah duduk oversea dan study kat sini tahu susah senang.. Benda2 nie tak mudah untuk diberitahu cakap mulut atau diterangkan dalam perkataan.. tak lalui.. tak tahu.. Dahlah aku malas nak ulas lagik.. Cakap banyak pun tak guna.. terutama bila bercakap dengan orang yang tak lalui pengalaman dan kehidupan yang sama.. Pada aku dan kawan-kawan yang mana kami biasa travel.. we know what we do.. org nak kata guna duit rakyat.. banyak lagik duit rakyat tuh disalahgunakan untuk benda2 bukan-bukan.. tak perlu ke luar negara.. tak perlu travel.. yang ada kat malaysia tuh sendiri dah banyak membuktikan...

Pada aku statement kata guna pakai duit rakyat..untuk pergi travel pada pelajar2 luar negara ini satu statement yang agak melampau.. kalau aku nak highlight pasal guna duit rakyat nie.. tak yah label studentlah... banyak kes org2 besar yang bekerja di luar negara lebih banyak habiskan duit rakyat dari kami2 yang hanya pelajar yang perlu ikat kontrak minima 7tahun dengan kerajaan.. Bukan free tau!!

Bento Box 
Alhamdullilah kenyang semalam...

7 comments:

||alis|| said...

bento kat sini tecitt jer :)

mmg kenyang makan bento TCC nih :) :)

marinahunny said...

meriah nye makanan..sure kenyang smpai mlm :)

DrNotts said...

totally agree with you!

DrNotts said...

opps, totally agree with the last few paragraphs. let us all ignore those people yang judge us that way!

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Alis

Hahaha... tecit tapi kalau sedap ok jek kan.. itu kalau convert duit mesia.. dekat rm50.. tapi sebab nak celebrate kwn lepas viva ari tuh dan dia beria2 nak makan sushi.. ikutkan jelah ;)

marina

Alhamdullilah.. ayam skewer tuh sos dia mmg sedap.. halal lak tuh.. bkn mudah nak jumpa kedai sushi halal nie.. tuh yg pergi juga cuba ;)

DrNotts

Thanks for agreeing with me.. ;)

Zainur said...

betul2...kalo depa nak tau duit elaun cukup2 makan aje....arapkan kerja2 sampingan ni lah merasa nak travel...

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Zainur

Tuhlah benda2 ckp2 mcm nie dah byk sangat dengar..

Apa pun kita teruskan perjuangan.. ada benda lebih penting yang perlu kita utamakan.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...