Monday 5 December 2011

Happy snowing..

Salam Isnin

Alhamdullilah... Seperti yang dijangkakan oleh weather forecast minggu lepas.. Isnin hari ini.. SALJI!!

Semalam salji turun seketika di tengahari.. tapi aku pun tak perasan sebab turun sekejap sangat.. Pagi tadi sebelum keluar rumah, sempatlah aku jengah ke tingkap dan tengok kereta kat bawah penuh dengan salji.. Apa lagi pakwe kena turun awal sikit untuk buat exercise tangan.. buang salji kat cermin kereta depan dan setiap tingkap.. Aku awal-awal dah bekalkan 2 botol air.. kaedah paling cepat nak cairkan salji atau frost kat cermin kereta.. kalau nak kikis.. sakit tanganlah jawabnya..

Sebenarnya bukan apa bila salji lebat begitu aku paling risau keadaan kereta.. terutama tayar.. sebab pengalaman tahun lepas.. entah berapa kali tayar kereta berpusing atas ais dan langsung tidak bergerak... itu yang paling takut sebenarnya.. pagi tadi pun entah berapa kali bila dia ambil corner.. kereta terasa membuang ke tepi.. Semasa dia nak berhenti di atas bukit nak turunkan aku.. brek yang dia tekan tak makan langsung.. kereta terus turun ke bawah.. Syukur berhenti juga ke bawah sedikit kerana tempat tuh saljinya dah mencair banyak...

Hari ini kawan baik aku Viva.. Rakan sebilik.. excited for her.. Aku doakan dia berjaya dalam vivanya dengan cemerlang.. tapi jumpa G semasa nak ke tingkat 12.. emmm.. minggu nie kena jumpa dia tunjuk kerja..

Hari ini juga aku mula pakai balik boot yang bertapak mencengkam.. cuma aku agak risau sebab kasut itu dibeli tahun lepas.. maknanya.. mungkin juga aku kena beli kasut boot baru untuk tahun ini.. Cuma tadi aku perasan bila pakai boots tuh stokin aku dah mula basah.. Maknanya air dah mula masuk ke dalam.. emmm... Mungkin kena beli 'wellington boot' style macam kasut getah pergi kebun tuh.. cuma kat sini kasut tuh banyaklah fesyen dan pilihan warna... bukan macam kasut getah hitam atau kuning tuh.. tapi kasut tuhlah yang paling bagus sebab tapak dia memang mencengkam dan jarang aku tengok ada yang jatuh tergolek pakai kasut tuh.. Mungkin sahaja alasan untuk aku beli kasut baru kot ;)

Salji di highway yang telah di buang oleh highway services..
Paling takut bila salji lebat ini adalah 'black ice'
Maknanya.. salji itu berwarna hitam yang bercampur dengan air dimana pada mata kasar kita ingat ia adalah sebahagian daripada jalan raya.. 
Tapi sebenarnya adalah ais hitam yang amat licin.. kalau kereta lalu atasnya.. selalu terjadi kereta sukar untuk dikawal kerana terlalu licin..

Memanglah salji itu bila turun dia indah dan putih dimana-mana..
Tapi bila semakin lama..
Banyak masalahnya kalau tidak berhati-hati..
Entah berapa kali pulak aku bakal jatuh tergolek pulak tahun nie..
huhuhu  :(

3 comments:

marinahunny said...

tumpang rasa sejuk :)

kueh bakar said...

kadang kita tidak terjatuh bila tidak berhati-hati..
kadang kita terjatuh juga bila telah berhati-hati...

apapun..

senantiasa kena berhati-hati..kerana berhati-hati itu berfikir.Allah suka orang yang berfikir...

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

marina

boleh jek tumpang.. nak ambik semua pun boleh ;)

Kueh

Yup berhati-hati dalam semua perkara.. rasanya selama duduk kat sini.. walau apa juga musim pun memang sentaisa berhati-hati sebab akak byk sana sini sorg2 tapi tetap rasa lebih selamat berbanding kat negara sendiri...

;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...