Thursday, 15 December 2011

Semangat nak cuti..

Salam Pagi Khamis..

Alhamdullilah tinggal seminggu lebih sahaja nak cuti X'mas dan esok pula hari terakhir aku bekerja pagi di tahun 2011.. Masuk kerja balik tahun 2012.. Tadi kawan-kawan level 4 dah mula bagi kad x'mas.. Semalam lagi aku dah tulis semua kad-kad x'mas untuk kawan-kawan sekerja.. Kawan sama bilik kat bilik nie pun dah bagi semalam.. All card done.. Sepanjang tinggal kat sini.. setiap kali nak x'mas nielah aku sibuk mencari kad x'mas.. ikutkan buat apa nak bagi kan.. tapi tak bolehlah... kita kenalah ada budi bahasa juga.. orang bagi kad.. kita kenalah balas balik.. Pada aku bila mereka sudi bagi kad tuh.. maknanya mereka ingat kita.. tak kisah pun apa juga warna kulit dan juga agama.. mereka tetap nak bagi kad tuh sebagai tanda mereka ingat dan hargai kita sebagai rakan..

Semalam aku ditanya oleh Janice "How long have you been working??" Sejenak buat aku berfikir balik dah berapa lama aku kerja ekk... Dah 3 tahun lebih.. sekejap jek masa berlalu.. rasanya macam baru jek training masa awal2 masuk kerja dulu.. siap ada evaluation lagik... Nyatanya lulus dengan cemerlanglah hahahha.. Pada aku kerja pagi tuh takdelah susah sangat.. walaupun ramai yang pernah tanya aku dan cakap.. mesti u penat sebab awal2 pagi dah pergi kerja.. lepas kerja terus duduk ofis buat kerja study pulak.. pada aku itu pengorbanan.. lagi pun.. itu exercise pagi aku yang dibayar.. lagipun bukan mudah sebenarnya nak dapat kerja di tempat yang aku kerja sekarang nie.. sebab bayaran dia antara termahal yang diberikan oleh jawatan macam aku nie.. kalau tidak.. takkanlah ada kawan-kawan aku yang dah 15-20tahun  kerja kat situ... bayangkan 20 tahun itu bukan 1 tempoh yang sekejap.. agak2 kalau tempat tuh tak stabil?? diorg nak ke stay sampai 20tahun??

Lagipun 'sosial etiquette' kat situ memang tiptop.. So far takde masalah sangat dengan rakan-rakan sekerja dan supervisor pun supporting.. Kerja happy jek.. walaupun kdg2 aku kena cover hampir setiap minggu.. Macam sekarang nie pun.. untuk berbulan2.. terpaksalah cover department H&R sebab Vyonne cuti setahun.. So nak tak nak.. aku akan buat dengan janice.. kalau dia cuti.. aku kenalah buat sorang macam hari ini dan esok..

Alhamdullilah juga dah 4 hari pakwe hantar aku pergi kerja.. Dia cuti 8 hari.. aku pulak minggu depan baru mula cuti.. Pagi tadi tengah kerja lagi 5minit nak pkl 7pagi.. Dia call.. Pelik juga pesal call pepagi.. Rupanya dia tak bawak kunci rumah.. Dah sampai rumah baru perasan kunci takde.. Sabar jelah... Terpaksalah aku keluar kejap bagi kunci rumah aku kat dia.. Emmm... Lepas nie kenalah ingatkan tiap kali keluar rumah... Nasib juga masa datang tadi... pintu bilik nie dikunci tapi pintu bilik sebelah tak.. bolehlah aku masuk ke bilik nie guna pintu tengah yang hubungkan bilik nie dan bilik sebelah hehehe... Nak buat camna.. kunci aku dah takde.. sebab kat kunci tuhlah semua kunci utama.. kunci rumah.. kunci bilik.. kad point tesco pun kat situ gak ;)

Hari ini dah khamis.. Kerja review baru separa jalan.. banyak pulak tuh measurement yang nak kena describe... yang biasa dengar.. yang tak pernah dengar.. emmm.. pulun lagiklah nampaknya.. Sekarang nie bahan bacaan aku semuanya ilmiah jek.. jurnal.. paper conference.. mood nak baca novel pun takde dah.. Nak sambung baca buku breaking dawn pun aku malas... teringat2 paper review yang tak abis dibaca dan perlu di review pulak.. menulis ilmiah bukan mudah.. takat kalau nak tulis love story tuh.. sekelip mata jek boleh ditaip.. nie semua nak kena quote itu ini.. bab2 quoting nie yang leceh sebab nak kena buat formatting.. lagik bagus kalau guna endnote.. ;)

Minggu nie Jumaat, Ahad, Isnin.. berderet hari lahir kawan-kawan baik aku.. sorang tuh dah janji nak lunch date lagi minggu depan.. dan jumaat nie aku kena fikir nak beli hadiah apa pulak.. Tak boleh tak bagi sebab birthday aku tiap tahun.. without miss dia pasti akan bagi aku hadiah.. Yang ada dalam kepala aku hanyalah.. bunga.. coklat dan kopi.. kopi?? yelah sebab dia suka minum kopi dan aku plan nak beli kopi whittard.. special blend coffee.. tengoklah survey hari esok camna.. kalau harga berpatutan.. ada coffee yang aku nak tuh.. mungkin sahaja itu jadi hadiah birthday dia.. idak aku beli jelah bunga untuk dia.. kesian pulak sebab dia kata takde sapa pernah bagi dia bunga hahaha... ;)

Weekend nie ada rasa nak pergi 1 bandar yang dah lama aku tak pergi.. Nak singgah tempat-tempat yang biasa aku lepak dulu.. tapi sebab Isnin ada dateline kena submit review aku rasa macam aku duduk rumah jek.. tambah pulak kalau hari hujan.. memang takdelah.. But tengoklah camna.. sebab aku teringin sangat nak makan chicken tandori kat situ.. Harga taklah mahal sangat.. tapi banyak dan makan sorg memang tak habis... Tengoklah camna.. kali nie pergi sebab nak jejak balik nostalgia lama.. sebab lepas nie tak tahu lagi bila nak jengah ke situ lagi.. Dulu2 kadang2 kalau malam teringin sangat nak makan kat situ.. Sanggup kami pergi ke situ naik 2 bas.. Lepas makan balik.. hahaha... Memang nostalgia lah sebab kat situ jugalah aku jumpa orang2 malaysia masa aku baru sampai UK dulu..

p/s Kalau tak pergi sana.. nampaknya weekend nie aku buat sendiri jelah ayam tandori tuh.. hahaha ini yang susah.. kalau benda tuh boleh aku buat sendiri.. maka kecenderungan untuk buat itu lebih tinggi dari pergi beli ;)

2 comments:

Anonymous said...

nasib baik tak masuk rumah dengan panjat tingkap..kehkehkeh.



kueh

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Kueh

kalau boleh ler buat gitu.. sure dah buat punya hahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...