Salam
Terlalu lama aku menyepikan diri.. Terlalu sibuk sebenarnya.. hingga mencari ruang untuk menulis pun aku tidak punya masa.. Bukan tak ingat.. sentiasa ada dalam ingatan.. tapi biasalah.. Alasan sahaja yang mampu aku nyatakan..
Sebulan lebih menghilangkan diri.. selain daripada kesibukan.. aku juga sedang mencari makna dalam diri.. walaupun sering dibebani dengan urusan tugasan dan kerja luar hampir setiap hujung minggu.. namun aku masih sempat luangkan masa untuk urusan peribadi..
Beberapa hari yang lepas, seorang sahabat lama menghubungi aku setelah hampir 2 bulan kembali ke tanahair.. Kami pernah ada konflik peribadi dalam persahabatan hingga aku mengambil jalan untuk membawa haluan masing-masing.. dek kerna terasa hati.. dia meminta aku melupakan persahabatan kami.. Maka aku ambil pendirian.. 'Move on'.. walaupun hakikatnya hati aku ada banyak persoalan..
Perbualan lewat waktu itu sedikit sebanyak membuka ruang hati.. tapi aku masih dalam fasa berjaga-jaga kerana sifat manusia tidak begitu mudah berubah sekelip mata. Mulanya kami seperti mahu kembali bersahabat.. namun bila aku buka hati aku untuk memaafkan.. aku temui jawapan pada persoalan itu.. walaupun jawapan yang dia berikan pada aku itu.. tidak cukup mengubat rasa sakit hati masa lalu... (menurut kata seorang sahabat aku.. itu bukan jawapan.. tapi alasan..) Aku akhirnya temui sesuatu yang aku pasti... Dia tak mungkin berubah.. sifat manusia itu tidak mudah berubah... walaupun kita rasa dia sudah sedikit berubah.. tapi ego seseorang itu cukup sukar untuk dibuang ke tepi... Aku minta dia buang egonya.. letakkan ke tepi bila berbicara dengan aku.. Namun..sayang.. ego itu terlalu hebat untuk diketepikan.. Sayang.. kerana ego itu jugalah.. aku terpaksa melepaskan dan mengambil kata putus..
Secara tak langsung.. Aku rasa lega.. lega sebab sebahagian daripada beban perasaan aku rasa bebas... sebahagian daripada persoalan yang aku sering tanyakan pada diri terjawab juga.. walaupun itu sekadar alasan untuk menyelamatkan diri.. atau sekadar untuk membela diri.. atau sekadar untuk memujuk aku kembali.. hati aku tegar menyatakan semua itu setakat itu sahaja... Aku tidak lagi terasa hati seperti dulu kerana aku sudah tidak mengharapkan apa-apa... mungkin kami sekadar sahabat biasa-biasa sahaja.. dan semakin masa berlalu.. sahabat itu tinggal kawan jauh mungkin.. Nyatanya aku tidak pernah menyesal membuat keputusan itu..
Sebulan ini.. aku mengenali beberapa sahabat baru.. aku kenal seorang adik yang cukup baik dengan aku tatkala aku kerja luar di Puchong baru ini.. kami terus 'klik' macam adik beradik.. malah kalau dilihat dari saiz fizikal.. kami macam kembar... aku panggil dia 'adik'.. dan tatkala aku ke melaka.. aku ambil masa berjumpa adik di sana.. sambil aku ambil peluang ke rumah dia.. sebenarnya aku sudah lama tidak ada adik angkat.. berbelas tahun rasanya..
Selain itu juga aku temui seorang sahabat yang bila aku lihat dirinya.. aku seolah melihat diri aku sendiri.. pelik hahaha.. namun aku cukup selesa dengan dia... Satu permulaan yang baik untuk tahun baru yang bakal datang dalam 3 minggu lagi ini...
Semoga tahun 2015 nanti menjanjikan kembali kenangan indah dan menyeronokkkan.. aku mahu tinggalkan semua kenangan pahit dan sakit hati yang telah aku lalui tahun 2014 ini.. tahun yang akan aku kenang kerana banyak kisah duka aku lalui.. tahun yang menyaksikan beberapa kali airmata tumpah kerana aku tidak mampu lagi bertahan rasa... payah dan lelah... InsyAllah.. kita mesti teruskan kehidupan..
Ya.. aku juga terbuka hati untuk menulis kembali tesis yang sudah terlalu lama terhenti penulisannya.. Aku berjanji dengan sahabat ini untuk menyiapkannya sekembalinya daripada umrah hujung tahun ini... InsyAllah kan.. Doakan aku...
Semoga aku terus ketawa dan gembira.. Aku hanya mahu gembira.. aku sudah lama tidak ketawa bila aku benar-benar bahagia... ketawa biasa selalu.. ketawa yang dibuat-buat.. atau ketawa untuk membuatkan orang lain gembira...
4 comments:
syukur la dah terungkai. aku masih ada beban itu di hati. tidak memberatkan, sebab terperosok jauh di hujung hati, cuma kadang2 tertoleh ke aah itu.
Moga Allah permudahkan semua hajat di hati, juga doakanlan aku cepat di jemput bertamu bersama belahan jiwa. :)
adik angkat di melaka? sorang je ke?
kalau nk lagi sorg, ada disini, kekeke~
on a serious point, sy percaya, kalau seorang berlalu dalam hidup kita, Allah selalunya akan hadirkan 2-3 org yg lebih baik.
been there :)
zonaku
Alhamdullilah... walaupun mungkin jawapan itu adalah alasan dia.. tapi setidaknya ada sesuatu yang pasti.. sifat manusia tidak mungkin berubah sekelip mata.. so time to move on..
alis
Ohh.. lupa ko pun adik akak sorg lagi.. budak melaka hehehe.. pesal.. kita nak date bila nie ek :)
akak dah tegar dengan isu sahabat dtg dan pergi.. mula tuh rasa sakit sangat.. tapi makin lama.. ok jek.. and yes.. akak jumpa bukan sorg.. tapi 2 3 org yang baik dan better than before :)
Post a Comment