Salam
Kota Paris.. Kota Cinta.. Kota Romantik.. Kota terkenal dunia..
Rata-rata kebanyakan kita tahu kota ini.. mungkin ada yang pernah sampai.. yang simpan impian nak sampai.. atau cukup sekadar berangan-angan ..
Pengalaman aku ke sana sudah 2 kali.. Pertama kali pada penghujung tahun 2002 dan sekali lagi pada tahun 2010..
Kali pertama ketika itu kami seolah berbulan madu di sana.. inilah trip pertama aku ke Eropah semasa study di UK dari 2001-2002.. Pergi dengan perbelanjaan sendiri yang cukup-cukup makan dan bertambangkan sebanyak £.01 pergi dan £1 balik.. campur tax semua adalah £10 lebih kurang RM50 pergi dan balik utk 2 orang..
Kenapa tetiba teringat paris.. entah mungkin kerana ternampak beberapa gambar rakan yang ke sana.. atau mungkin aku tertonton rancangan tv yang berkisar tentang kota ini..
Senarai Paris di mataku..
1- Kota fesyen: Merupakan kota fesyen kedua selepas New York. Sejak kali pertama ke sana hinggalah sekali lagi pada tahun 2010... aku lihat fesyen rakyatnya selalu up to date.. rata-rata wanitanya memang berfesyen dan sentiasa kelihatan menarik.. hiasan baju-baju dan kasut terlihat banyak pada kedai-kedai butik dan fesyen yang ada di sekitar bandar Paris.. Namun begitu.. rata-rata pengunjung di Paris adalah pelancung... agak ketara juga perbezaan fesyen pelancung dan juga penduduk tempatan
2- Keupayaan berbahasa inggeris : Dulu sekitar tahun 2002.. amat susah berkomunikasi dalam bahasa inggeris.. hatta nak beli tiket pun rasa susah amat.. pernah sekali dulu.. bertekak dengan penjual tiket tuh.. masa tuh memang rasa nak maki jek dalam bahasa jawa hahaha.. later masa ke sana pada tahun 2010.. penjual tiket di kaunter boleh berbahasa inggeris dengan baik.. malah sebutan dan ayatnya pun ketara baik dan mudah difahami.. menurut kata rakan yang dari france.. memang ada peningkatan dari penggunaan bahasa inggeris di kalangan rakyat Paris atas desakan kerajaan.. dulu paris dikenali sebagai kota yang agak sombong rakyatnya.. kerana tidak mahu berbahasa inggeris..
3- Eiffle Tower: Ini merupakan tarikan utama ke Paris.. menara yang diperbuat besi berwarna kelabu-perang kemerahan.. Diambil sempena nama jurutera Gustave Eiffel.. Eiffel tower menjadi mercu tanda utama utk Paris.. terdiri daripada 4 tiang (Utara, selatan, timur dan barat)..
dan ada 2 cara untuk naik ke atas.. sama ada menaiki lif atau menaiki tangga... harga tiket pula berbeza mengikut tingkat yang ingin dinaiki.. kalau mahu hingga ke top harga dalam 15euro dan jika sekadar ingin ke tingkat 2; 9euro sahaja.. jika mahu berjimat lagi.. boleh juga dengan menaiki tangga.. tak silap harganya jauh lebih murah lagi..
Aku punya 2 pengalaman menaiki eiffel tower ini.. tahun 2002 naik menggunakan tangga (al-maklum zaman ini budget terhad.. so pilih cara ini naik ke atas).. menaiki tangga sedikit memenatkan.. tapi seronok kerana boleh melihat pemandangan 360 yang cukup menarik.. di sepanjang tangga ini diletakkan banyak info sejarah tentang pembinaan menara ini.. 2010.. naik dengan menggunakan lif.. sebab masa ini bawa mak dan adik sekali.. so takkan pulak nak naik tangga kan.. mak mana larat.. so option yang ada kita naik lif.. sekejap sahaja dah sampai ke tingkat 1 dan boleh sambung naik ke tingkat 2 dengan tangga atau naik lif..
Sekitar Eiffel Tower yang aku rakamkan
4- Disneyland : Zaman skrg nie dah banyak disneyland kat dunia hahaha.. sekitar asia nie pun dah banyak.. Hong Kong.. Japan.. kalau nak yang seakan2nya.. boleh pergi ke universal studio seberang tambak johor atau legoland.. Aku 2 kali masuk ke disneyland paris.. Tahun 2002 dulu dah sakan main kat sini hahaha.. tahun 2010.. tak main apa2 pun.. sebab mak dah tak larat jalan.. yelah kan besar tempat nie.. apa yang menarik?? macam them park yang lelainlah.. ada macam-macam games yang menyeronokkan..
5-Jenama terkenal dunia: Paris kan kota fesyen.. dan merupakan tempat bertapak jenama LV, Chanel, Christian Dior, Yves Saint-Laurent, Jean-Paul Gaultier dan Hermes semua org tahu LV kan.. nak masuk ke situ perlu beratur.. dan dia akan layan pelanggan satu persatu.. maknanya kalau nak masuk butik dia.. dia benarkan tak ramai dalam 3 4 org sahaja.. lepas tuh.. dia akan melayan pelanggan ikut turn.. harga?? well paling murah maybe around 200 euro.. tak sure.. bak kata kawan aku yang pernah masuk.. rakan dia beli handbag kecil pun dah dekat 400euro.. Aku?? entah tak minat.. sebab rasa sangat membazir duit.. melainkan kalau dah jutawan tuh maybe tak kisah pun kot.. teringat pernah baca 1 majalah wanita nie.. ada cerita tentang usahawanita yang berjaya.. rata-rata mereka semua tayang beg dan kasut LV yang mereka beli kat Paris...
6-Macaron, crepes, pain au chocolat, baguette, escargot, formage, coffee: Ini antara makanan kegemaran rakyat paris.. kedai2 yang menjual pastri banyak di paris.. antara yang terkenal adalah macaron, crepes, baguette, pastri... selain itu cheese atau formage juga antara yang terkenal.. dan paling sinonim aalah siput escargot.. berada di paris.. tak sah kalau tidak menikmati kopinya yang enak.. sambil lepak di tepi jalan.. sekitar tahun 2002 dulu sempat jugalah menikmati crepes dan pain au chocolat di salah satu kiosk makanan di taman 'Les Tuileries Gardens'.. tahun 2010 kami hanya sempat singgah menikmati coffee berhampiran eiffel tower.. Jika berkesempatan ke Paris.. boleh cubalah.. Ada seorang kawan aku yang pernah ambil peluang menikmati siput 'escargot' katanya sedap!! hahaha... Kalau aku?? better order pasta dari makan siput ;)
7- Muzium the louvre, potret monalisa dan Louvre pyramid : Ini antara tarikan di Paris.. pasti anda semua tahu apa itu potret monalisa kan? Di muzium 'The Louvre' inilah terletaknya potretsi gadis monaliza.. dua kali ke Paris.. 2 kali jugalah kami ke sini.. kali pertama dulu dapat masuk free sebab setiap sabtu pertama setiap bulan.. muzium ini dibuka dengan percuma.. kali kedua pulak.. kena byr.. but oklah.. muzium nie besar giler... Kali pertama dulu masa tengok potret nie.. ianya di letak pada 1 sudut dan hanya diletak tiang border sahaja.. bukan besar mana pun potret ini.. bila nak ambil gambar terpaksalah bertolak2 sikit dengan pengunjung yg datang.. kali kedua pulak.. potret ini dah diletakkan di sudut khas.. kali ini lebih ramai org lebih sukar nak ambil gambar mungkin sebab kali ini datang pada waktu peak... Jika ke paris.. jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan potret monalisa ini. Selain itu juga di luar muzium ini terdapat menara kaca yang turut menjadi mercu tanda paris. Di sini ramai orang suka duduk dan bergambar serta terdapat tempat membeli belah bersebelah dengan muzium ini.
8- Statue of Liberty : Statue of Liberty yang besar semua org tahu ada di pulau Liberty di New York, US. Jika membaca sejarah patung ini.. ianya telah dihasilkan oleh Sculptor Bartholdi dari France.. Sebab itu hingga kini, Paris mempunyai hubungan rapat dan baik dengan US.. semasa aku ke Paris dulu.. sering juga kami jumpa pelancong dari US.. kiranya.. Bg org di US.. jika mereka dapat ke paris.. ianya seolah satu peluang yang tidak dilepaskan..Selain dari di US.. status of liberty ini juga terdapat replikanya di 2 tempat sekitar bandar paris.. Satu di taman jardin du luxembourg
dan satu lagi di Île aux Cygnes (isle of swans) mengadap sungai Seine.. Aku pernah melawat statue ini di tepi sungai seine.. Kecil sahaja patungnya dan ramai yang suka melepak di sini..
9-Sungai Seine: Sungai ini adalah sungai yang mengalir di tengah bandar Paris.. hampir kebanyakan bandar-bandar utama dunia pasti mempunyai sungai di tengah bandar kerana perkembangan sesebuah kota itu bermula di pelabuhan dan tebing sungai.. (lihatlah bandar KL, Kuching, Melaka, Klang, Kuala Trengganu, London, Istanbul, Oslo, Copenhagen dll). Di paris uniknya.. ramai orang suka melepak di sini dan kebanyakan cafe dan restoran terdapat di tepi-tepi sungai.. Sekitar sungai Seine ramai yang suka berkarya di sini seperti melukis, mencari ilham dan sebagainya.. malah ramai pelukis terkenal dunia juga mendapat ilham di sini bagi menghasilkan lukisan mereka.. malah jika tahu kisah 'joan of arc' abu mayatnya juga telah ditabur di sungai ini.. malah Jeneral Napoleon Bonarparte juga telah mewasiatkan supaya mayatnya ditanam di tebing sungai ini tetapi telah ditolak oleh kerajaan perancis di sini..
River cruise
Sungai Seine yang aku ambil dari menara eiffel pada 2010
10-Arc de Triomphe : Selain daripada eiffel tower Arca 'Arc de Triomphe' merupakan satu lagi mercu tanda paris yang popular.
Ia terletak di tengah Place Charles de Gaulle (merupakan persimpangan jalan yang sibuk)
Traffic 10-abreast traverses the Place de l'Étoile, seen from the top of the Arc de Triomphe.
dan hujung barat Champs-Élysées (jalan yang popular di paris dengan deretan butik jenama terkenal)
11. La Defense dan La Grande Arche: Daerah perniagaan di paris seperti 'Wall street' in New York. Antara mercu tanda yang popular di sini adalah menara bangunan yang berbentuk segiempat; Grande Arche. Kawasan sekitar ini terdapat banyak bangunan pejabat dan perniagaan.
Menara La Grande Arche de la Défense
12. Gereja 'Notre Dame de Paris' dan Sacré-Cœur, Paris : Kedua-dua ini merupakan antara gereja yang popular di Paris. Kami sekadar berkunjung ke sini untuk bergambar.. yelah kalau baca buku cerita si bongkok Notre Dame pasti tau akan gereja ini.
Notre Dame De Paris
Selain itu juga terdapat sebuah gereja di atas bukit yang dikenali sebagai Sacré-Cœur, Paris
Ia terletak di atas bukit Montmartre merupakan kawasan tertinggi di Paris. Untuk naik ke sini ada keretapi bergerak (seperti di bukit bendera). Sekitar kawasan ini selain daripada gereja itu, terdapat juga kedai-kedai yang menjual souvenier dan suatu ketika dahulu kawasan Montmartre merupakan studio dimana artis pelukis terkenal seperti monet, vincent van gogh, picasso dan lain-lain bekerja.
13. Pont Neuf : Merupakan jambatan Pont Neuf. Dalam inggeris ia dikenali sebagai Bridge Nine tapi tidak ada kaitan dengan angka 9 dalam nama tersebut.
14- Palace of Versailles: Merupakan istana raja perancis yang terkenal. Istana ini dibuka untuk kunjungan pelawat dan merupakan istana penting bagi kebanyakan raja perancis dulu. Istana cukup mewah dan berkunjung ke sini membuatkan kita membayangkan bagaimana raja-raja perancis hidup pada zaman berkenaan.
15.Pengangkutan di paris : Pengangkutan utama adalah metro underground.. Satu tiket boleh digunakan untuk mana-mana metro. Uniknya kerana ada sesetengah train dan metronya sistem buka dan tutupnya adalah secara manual. Ada juga train yang berpintu kayu. Aku punya pengalaman unik di sini.. disebabkan dah terbiasa dengan metro atau underground train yang buka dan tutup pintu secara automatik, ketika menaiki train yang agak lama berpintu kayu kami sangkakan perkara yang sama.. Nasib baik ada penumpang di belakang kami yang hulur tangan dan buka pintu tersebut hahaha.. However pengalaman ini juga cukup unik bagi kami.. Untuk keluar dari metro.. selalunya tanda arah 'Sortie' menjadi panduan kami
16. Pemuzik jalanan : Ini ada dimana-mana aku rasa.. kebanyakan pemuzik ini sering menjadikan kaki lima terowong ke underground sebagai lokasi mereka berhibur. Ada juga kes yang kami jumpa pemuzik yang memainkan alatan muzik mereka di dalam train yang kami naiki.. terpulanglah pada masing-masing untuk menghulur duit.
Cukuplah pandangan aku tentang bandar Paris iaitu kota cinta yang terkenal di dunia ini.. Jika ada peluang ya mungkin akan ke sana lagi... ;)
p/s kebanyakan gambar diambil sumbernya daripada google dan wikipedia.. jenuh pulak nak habiskan entri pasal paris nie..