Monday, 3 March 2014

Bila teringat kenangan lama

Salam

Kemarin.. semasa aku browse facebook adik perempuan bongsu aku.. Aku tersentak seketika masa memandang header di facebook dia.. Tersentak sebab dia meletakkan gambar yang buat aku terus jadi rindu.. Yang manisnya sebab ianya disertakan dengan senyuman manis.. sebuah senyuman yang dah lama aku terlupa.. Gambar itu adalah gambar arwah ayah dan mak semasa duduk bersama..

Sedar tak sedar sudah nak hampir 2 tahun arwah ayah pergi.. bulan 5 nanti genaplah 2 tahun pemergian arwah ayah.. semalam pulak semasa melepak dengan jiran sebelah rumah aku... dia pun tersebut tentang arwah ayah aku.. dulu kan arwah ayah yang jaga rumah aku masa aku 5 tahun di UK.. so memang arwah ayah aku rajin menegur jiran tetangga aku.. kebetulan masa tuh cerita pasal pagar rumah.. so terbukalah cerita-cerita lama.. rumah aku sekarang nie memang telah di pagar pun oleh arwah tok pakwe aku.. pakwe khusus bawak dari kg untuk dia pagarkan rumah kami tuh..

Bila kita bersembang dengan rakan-rakan.. bila topik itu ada kaitan dengan orang yang mungkin dah tiada.. atau mungkin melibatkan kenangan lama.. memang mudah sangat hati tersentuh atau mudah juga fikiran menerawang ke detik itu.. seperti aku.. bila aku lihat gambar yang adik aku letak di facebooknya.. sejenak aku teringat semua kenangan yang pernah kami sekeluarga lalui.. terutama bila kami satu family semua ada dalam majlis itu.. Majlis terakhir yang kami semua keluarga berkumpul sebelum arwah ayah pergi.. adalah majlis pertunangan adik lelaki bongsu aku... dan yang paling meruntun perasaan aku adalah pagi itu.. sebelum adik beradik arwah ayah sampai (pakcik-makcik aku).. arwah ayah sempat duduk sebelah aku.. masa itu aku sedang gubah brg hantaran saat akhir.. arwah ayah sempat sembang dan beritahu aku perasaan dia tentang adik2 aku.. apa yang diharapkan dari kami adik beradik.. andai aku tahu itulah pesanan terakhirnya.. pasti aku akan luangkan masa yang lebih banyak untuk menjadi telinga luahan hatinya.. (menulis perenggan ini sahaja airmata aku berlenang tanpa henti)

Ahh... Andai aku dapat lihat semula senyuman arwah ayah seperti dalam gambar itu..  pasti aku akan lakukan apa sahaja...

Seperti mana aku duduk di sisi arwah ayah pada malam dia pergi.. dan mengharap dadanya akan kembali berombak dan bernafas semula... serius.. ketika itu aku benar-benang renung tubuh badan ayah dan aku pandang wajahnya... malah malam itu jugalah buat pertama kalinya aku mengelap badan arwah ayah dengan kain atas permintaan mak.. kata mak.. "biar kita bersihkan arwah ayah dulu.. nanti bila nak dimandikan nanti.. takdelah kotor sangat badan dia nanti" dan disebabkan aku mengharapkan begitu.. malam itu aku langsung tak dapat lelapkan mata hinggalah arwah ayah selamat dikebumikan..

Namun... Allah lebih menyayangi dia kan... Redha..

Al-Fatihah...

5 comments:

t.a.t.a said...

Saya tertarik dengan ayat akak yang andai itu. Saya pun sama. Andai saya tahu yang petang tu kejadian accident tu akan berlaku, pasti saya naik office semula. Saya dah tergerak hati untuk naik semula ke pejabat, tapi hati pula kata, buat apa nak naik balik ye? Bukan ada hal pun. Semua kerja dah setel. Kerja urgent takde pulak.

Andai saya naik, kemalangan itu mungkin tidak berlaku.

Tapi sebenarnya saya tak berapa gemar perkata kalau, andai atau perkataan yang sewaktu dengan nya la. Walau apa pun yang telah berlaku saya tetap ikhlas dan redha.

Ada hikmah nya sesuatu itu berlaku. Cuma kita perlu sabar dan yakin sahaja pada Dia.


Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

t.a.t.a

Memanglah.. kalau boleh kita memang nak sangat patah balik ke masa lampau.. walaupun kita tahu memang takkan boleh pun.. so perkataan kalau itu kita sebut lebih utk sedapkan hati sendiri..

Qada dan qadar Allah yang tentukan.. :)

||alis|| said...

saya perlukan berpuluh tahun untuk belajar menidakkan perkataan ANDAI dan MUNGKIN dalam hidup ni.

bukan saja tentang perhungan, tapi tentang semuanya.

lama jugak jadi manusia tak pandai nk bersyukur.

al fatihah buat ayah akak disana..

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Alis

Sebagai manusia kita kdg xboleh lari dr berfikir kalau andai if..

Kdg kita juga sering sebut.. mesti ada hikmahnya.. pernah seorg kwn akak ckp blik. Aku nak sgt tahu apa hikmahnya itu.. aku tak sanggup nk tunggu lama2 utk jwpannya.

Sungguh waktu tuh mmg xtau dh nk jwb apa blik sbb faham bila kita kn musibah utk kita trus redha bkn mudah. Org mungkin mudah ckp sabarr ada hikmahnya.. sudah smpi masanya.. tp org yg menanggung sakit itu lbih perit

zonaku said...

aku sedang belajar mengenal dunia bila ayah jatuh sebelum dijemput pulang.

tiada sesalan sebab mungkin dia lama terlantar, maka kami semua tahu dan sedar.... one fine day.

masih sangat muda, jadi aku rasa mungkin kurang emosi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...