Wednesday 22 January 2014

16 tahun dulu..

Salam Pagi Rabu

Semalam aku menyelia pelajar praktikal sekitar daerah Kuala Langat dan Sepang.. 4 orang semuanya di 2 syarikat yang berbeza.. Syarikat yang pertama terletak berhampiran sebuah kolej di situ.. Kisah yang nak aku kongsikan bukan sebab pelajar praktikal tersebut.. tapi kisah bekas pelajar aku yang mendapat kerja di kolej swasta tersebut.. aku mengajarnya di dalam 2 kelas yang berlainan... satu semasa semester 6 dan satu lagi di semester akhir..

Uniknya pelajar ini kerana.. pelajar ini memang nampak dedikasinya dalam membuat kerja kursus yang aku berikan.. selain itu.. dia juga aktif bertanya soalan tiap kali dalam kelas.. ditambah.. semasa aku mengajar dalam kelas.. pernah sekali dia online skype dengan ayah dia.. tayang pada ayah dia aku mengajar dalam kelas hahaha...siap kirim salam lagi..

Manisnya.. dalam kursus semester akhir itu.. hanya dia sahaja yang mendapat A.. baki rakan yang lain mendapat A- dan ke bawah.. malah dia juga merupakan pelajar kelas pertama.. dan kini dapat bekerja di kolej swasta tersebut sementara menunggu panggilan kerja dalam bidang pendidikan..

Semalam.. semasa makan di food court berhampiran kolej itu.. pelajar praktikal aku menyebut nama pelajar tersebut..  mereka selalu jumpa dia di situ.. aku tergerak juga nak jumpa tapi kerana kekangan masa yang memerlukan aku ke 1 lagi syarikat di Sepang.. dengan masa 30min pemanduan.. terpaksa batalkan hasrat tuh.. biasalah kalau dah jumpa takkan nak sembang 5 minit kan..

Yang buatkan aku teringat sebenarnya adalah kisah kerja pertama yang pelajar itu perolehi mengingatkan aku pada kerja pertama aku juga sebagai tutor dulu.. cuma bezanya sebelum itu.. aku pernah mengajar di sekolah selepas matrikulasi sebagai guru sandaran.. itupun kerana arwah ayah paksa aku kerja di sekolahnya.. sekolah yang dia jadi guru besar hahaha.. pengalaman manis giler semasa jadi cikgu kat situ.. dan akulah satu-satunya anak dlm keluarga aku yang pernah merasa pengalaman bekerja dengan ayah sendiri... pengalaman makan kat kantin sekolah yang pengusaha kantin tuh taknak langsung ambik duit aku sebab dapat tahu aku anak guru besar.. antara pengalaman masam manis aku hahaha... sekali tuh jek p makan kat situ.. selebihnya makan kat rumah jelah lepas balik sekolah..

Aku tidak pernah impikan untuk bekerja sebagai staf pengurusan.. atau eksekutif.. walaupun pengalaman kerja dan belajar itu mampu melayakkan aku memohon jawatan itu.. tak minat sebenarnya.. mungkin sudah sebati sangat kot jiwa sebagai seorang pendidik.. hingga pernahlah terniat untuk sambung lagi study tapi khusus dalam bidang itu..

Dulu sebelum berkahwin.. mak pernah minta aku tanya pakwe.. sama ada dia akan terus benarkan aku bekerja atau tidak selepas kahwin.. sebab mak mahu aku bertanya.. dia tak nak aku berhenti kerja.. dan tak bekerja kerana dia dah rasa susahnya bila tidak mempunya kerja tetap.. ini bukan bermakna jadi suri rumah itu tak best atau terkongkong.. cuma mak ketika itu lebih suka kami mempunyai kerjaya masing-masing.. Maka selepas bertanya.. pakwe memberikan aku 1 syarat.. boleh terus bekerja.. tapi hanya dalam bidang pendidikan.. dia tak nak aku tukar kerja buat benda lain... dan aku terima syarat itu dengan senang hati ;)

Adakalanya.. aku tidak faham.. kenapa banyak kes-kes tertentu.. apabila seseorang itu menjadi guru.. atau jadi pendidik.. apabila mendapat gaji yang lebih lumayan.. terutama dengan bisness.. atau apa-apa.. ramai yang bertindak untuk letak jawatan dan sanggup tak jadi guru lagi.. tapi  yelah itukan hak masing-masing.. tapi pada aku jawatan guru atau pendidik itu tinggi pahalanya.. banyak baiknya.. walaupun tugasan harian kadang-kadang macam-macam nak kena buat.. apapun.. masa bekerja mereka pun dah separuh hari jek kan.. cuti sekolah cuti.. tapi yelah kan.. nikmat begitu kadang tak semua mampu hargai.. dan mungkin juga ada benda lain yang ingin dikejar yang lebih penting..

Apa jua.. seketika.. teringat kenangan pengalaman pertama bekerja dulu... kenangan itu masih tetap indah.. masih segar dalam ingatan.. bagaimana pengalaman bekerja anda dulu ye??
  
p/s Gambar petak ungu dalam entri sebelum nie.. berlokasi di Berjaya Times Square KL.. di level Ground di ruangan tengah tuh ada beberapa petak ungu yang mempunyai corak.. jika kita pijak.. corak itu akan berubah mengikut tempat yang kita pijak itu..

Mengimbau kenangan di Kuching
Been here last 2 days..
Another trip here again in couple of months..

5 comments:

kueh bakar said...

yang sanggup berhenti jadi cikgu tu bukan jiwa pendidik sebenarnya...
jiwa lebih kepada berniaga...

tapi cikgu memang ramai berniaga..

kueh

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

kueh

yup akak agree sgt.. sebab yg berhenti tuh sebenarnya jadikan keje cikgu tuh takat keje makan gaji jek.. bukan sebab nak mendidik sangat.. cth syarikat yg akak p semlm.. boss tuh dulu cikgu.. tapi sebab tak minat.. berhenti bukak syarikat lain..

t.a.t.a said...

Kak, family sebelah arwah abah memang ramai yang jadi ustaz dan ustazah. Sepupu saya pernah push saya mengajar. Saya tak nak. Dia push pulak melalui emak saya. Emak saya cakap dah dia tak minat mengajar buat apa nak paksa.


Kat sini pun ada juga yang saya jumpa berhenti mengajar sebab tak minat. Bos saya pun berhenti dari maktab sebab tak minat mengajar. Dia masuk situ sebab abang dia yang jadi cikgu tu suruh dia masuk. Last nya dia keluar dan buat bisnes sendiri. Dia rasa dia lebih berjaya dengan berniaga.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

t.a.t.a

mengajar n mendidik nie memang kena minat.,. jika tak lingkup student sebab buat keje tuh separuh jalan.. macam kes suruh anak murid mkn rumput..

Nur Khairina said...

salam. nice story.. kalau sudi follow lah blog saya juga :)khairazafuan.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...