Monday 6 January 2014

Movie korea yang terkesan di hati..

Salam Pagi Isnin

Beberapa hari yang lepas.. semasa cuti hujung minggu aku terlayan 2 movie korea ini.. Kedua-duanya menarik.. dan berdasarkan kisah benar..

Movie pertama 'My Paparotti' terlayan semasa bangun awal pagi sabtu lepas.. Kisah seorang gangster yang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang penyanyi Tenor yang terkenal dunia... Movie ini diinspirasikan daripada kisah benar 'Kim Jo Hoong' yang pernah masuk audition untuk Star King- Kisah ini pernah jadi sebutan sekitar tahun 2008 dan ada di you tube.. Best juga cerita ini.. yang menarik perhatian aku adalah kisah seorang guru yang bersungguh untuk mengajar seorang pelajar ini walaupun awalnya dia sering memperlekehkannya.. namun akhirnya.. dia sanggup menawarkan kakinya untuk dibelasah sebagai ganti untuk melepaskan 'Jang Ho'(pelajar itu) dari ketua gangster tersebut.. Akhirnya dia berjaya ke Itali untuk mengikuti kelas nyanyi tenor secara professional dan akhirnya berjaya membuat konsert sendiri di Korea.

Sempat jugalah semasa melayan cerita ini menangis setitik dua hahaha... ada part yang kelakar dan ada part yang menyayat hati.. Paling menarik adalah lagu yang menjadi kegemaran guru muzik tersebut.. 'The person that give me happiness'

Movie kedua di channel (FX-HD) pula 'Children' mengisahkan kehilangan 5 orang budak lelaki yang berlaku pada tahun 1991 semasa mencari katak di bukit berhampiran kampung mereka. Insiden kehilangan ini dikenali di Selatan Korea sebagai 'the Frog boys'. Kisah ini adalah kisah benar dan diinspirasikan daripada kes kehilangan tersebut. Yang menarik bagaimana seorang proffesor yang meletakkan teori dimana kehilangan 5 budak ini dikaitkan dengan teori gangguan tingkah laku dimana salah seorang ibu bapa kanak-kanak tersebut merupakan suspek pembunuhan kanak-kanak tersebut. Walau telah pelbagai usaha dijalankan.. akhirnya selepas 11 tahun pada tahun 2002, mayat kelima-lima budak itu akhirnya dijumpai oleh seorang lelaki yang mencari 'Acorn' di sekitar kawasan itu. Mayat mereka didapati telah diikat dan tengkorak seorang kanak-kanak itu didapati mempunyai kesan lubang (disyaki ditembak) dan hentaman benda tajam. Polis menutup kes ini sebagai kes mati mengejut akibat kesejukan melampau sedangkan pakar forensik telah menemui banyak bukti kecederaan dan penderaan pada kelima-lima kanak-kanak tersebut. Kes pembunuhan ini hingga kini masih menjadi misteri kerana alat yang menjadi punca kematian itu masih belum diketahui dan pembunuhnya masih bebas.

Apapun.. cerita-cerita korea ini adakalanya begitu bijak memainkan perasaan dan jiwa manusia.. Apatah lagi cerita ini berdasarkan kisah benar.. Best melayan di waktu hujung minggu..


Lagu  'The person that give me happiness'
Lagu akhir filem My Paparotti..

Though the road I’m taking is dangerous and far 
I’d like it if you went with me 
If the morning sun shines on our path 
Then I can tell you that I am happy 

Looking here and there but the best part is 
That I am together with you 
You are someone who gives me happiness 
Though the road I’m taking is dangerous and far 
 You are someone who gives me happiness 

Though sometimes the path is boring and lonely 
I’d like it if you went with me 
Because these are the days when we laugh with joy 
I can tell you that I am happy 

Looking here and there but the best part is 
That I am together with you 
You are someone who gives me happiness 

Though the road I’m taking is dangerous and far 
You are someone who gives me happiness 
Though the road I’m taking is dangerous and far 

I’d like it if you went with me 
Though the road I’m taking is dangerous and far 
You are someone who gives me happiness

22 comments:

t.a.t.a said...

Kes mati mengejut? Nampak sangat tak kena cara kematiannya. Kau ikat aku, aku ikat kau, eh jangan lupa tebuk tengkorak aku.

Sempat lagi bebudak tu plan cara kematian mereka sebelum mati. Genius mereka kan?

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

t.a.t.a

Memang kesian mak dan ayah budak2 tuh.. sampai sekarang kes tuh dah tutup.. aku rasa diorg malas nak panjangkan kes sebab benda dah lama sangat dah 11 tahun.. nak cari dr mana pun xtau kot.. tapi teori yang filem nie bentangkan ada macam betulnya.. but tak tahulah kan.. betul ke idak..

teringat kes2 kehilangan budak2 perempuan yang terjadi kat negara kita sebelum nie.. ada kes yang jumpa ada kes yang tak jumpa.. kes paling terkesan kes kena bunuh dan bakar tuh.. kejam sungguh.. sama juga kes budak uk hilang kat spain somewhere in 2009 kot.. sampai sekarang tak jumpa2 juga..

zonaku said...

cold case jarang pihak berkuasa nak buka semula. kecualilah kalau berprofil tinggi..

tapi salute pada parents yang mengalami... berat beban pada hati diorg kalau x redha.

t.a.t.a said...

Cerita pasal budak hilang kan kak, aku rasa macam tak yakin aje dengan polis kita ni. Kalau berdasarkan pada laporan suratkhabar, mereka macam lambat bertindak. Aku minta maaf la kalau apa yang aku cakap ni tak betul. Ini pun dari pemerhatian pandangan rakyat biasa.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

zonaku

Memang betul.. kes profil tinggi nie biasanya semua pihak baru nak bertindak cepat.. kalau kes2 biasa emm tutup mata jelah

Memang beban mak ayah tuh berat.. sampai mak sorang budak tuh cakap.. dia tak boleh nak bayangkan macamana sakitnya anak dia bila kena dera macam tuh..

t.a.t.a

Yup.. akak tengok polis kita nie ada 2 keadaan.. yang perlu dan biasa2.. kalau kes biasa2 lambat kot.. kalau kes profil tinggi cepat jek.. tapi ada juga yang guna cara ke3..tengok2kan guna yang pandai tengok..

oh ya.. akak ada sorg kwn.. yg ayah dia boleh tengok2kan brg yang hilang.. pernah jugalah 2 3 kali bila brg akak hilang.. call dia minta tolong tengok2 kat mana brg tuh.. Alhamdullilah jumpa lepas dapat petunjuk kat mana brg tuh hehehe.. baru2 nie akak ada juga pesan kat kwn akak tuh.. ambiklah ilmu tengok brg hilang tuh.. ada guna ye juga ;)

t.a.t.a said...

Haah. Betul jugak. Itu ilmu yang perlu dituntut. Saya pulak nak tuntut ilmu nak bagi 'nampak' makhluk Allah yang lain di sekeliling kita. Ada masa nya saya harap sangat nak nampak. Ada masanya pulak saya tak nak.

Kakak sepupu saya boleh nampak benda-benda tu. Dia menuntut dari suaminya.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

t.a.t.a

Tak payahlah ambikilmu macam tu.. elok2 skrg nie hidup senang dan tenang sebab tak nampak benda2 tuh.. jadi tak senang pulak kalau nampak.. yelah krg nkbuat apa pun tak boleh.. sibuk nampak dia duk sebelah..duk kat atas.. duk depan masa kita sibuk buat keje.. ini kata-kata kawan akak ler.. sebab dia pun dulu ada sorg kwn yg niat macamtu.. tapi awal2 dia dah warning.. tak payah tengok dan nampak.. lebih byk buruk dari baik.. macam kawan akak tu dia mmg boleh nmpk tapi dia tahu nak tutup bila dia xnak tgk..

Akak pulak.. kalau kena benda2 tuh lebih prefer dengar2 jek dari nampak sebab kurg sikit takutnya ;)

t.a.t.a said...

Tu la pasal. Bila tengah geram sangat duit hilang, rasa macam masa tu nak sangat boleh nampak. Tapi bila fikir balik nanti tidur sorang² celik mata aje nampak kat syiling. nampak kat dinding. terus jadi takut nak nampak.

Haha. ngodo ngodo waie.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

t.a.t.a

ohh masalah toyol nie tak selesai lagi ye.. Akak kat kg rumah mak akak alhamdullilah.. tapi rumah pak usu akak mmg selalu sangat hilang.. mcm kes letak dalam kereta tuh.. ilang juga walau dah kunci.. lagi ngeri kan mak akakcite.. ada sorg peniaga kat kg akak nie.. kalau beli brg kat kedai dia.. eloklah bg duit cukup2.. kalau kita bagi duit lebih katalah harga brg rm20.. kita bg rm50.. nanti yang baki rm30 dia bg balik tuh.. kalau sampai rumah hilang.. sebab dia kira itu duit dia.. uihh dgr tuh ngeri gak sampai akak tak nak beli brg kat kg akak baiklah p giant ke atau billion kat pekan jek..

camtu xleh bwk duit byk2 blik umahlah gitu.. leceh juga kan

t.a.t.a said...

Kak. Kat pekan akak ada bilion? Kampung akak kat mana?

kueh bakar said...

teringat tengok muvie angelina jolie...changeling..

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

t.a.t.a

opposite klang.. on the way ke morib.. pekan besar gaklah.. selalu belanje dapur p situ.. skrg dah ada giant baru buka.. taklama pulak dengar2 nak buka econsave besar sebelah kg akak jek..

kueh

pernah tengok gak movie tuh.. :)

t.a.t.a said...

Itu hari pergi rumah makcik singgah econsave. Memang sakit hati. Harga barang di display dia tulis lain, sekali pergi bayar di resit depa tulis lain. Sakit betul hati gue kak.

Murah lagi kalau pergi di 99.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

t.a.t.a

yeke memang tak patut.. dah p check ke? kalau beza byk sgt sllu akak xjd beli.. tapi kalau mcm tak kisah sgt.. byr jelah.. tapi memangbila harga tak telus mcm tuh mmg sakit jiwa..

99 tak pernah pulak try p beli.. murah ekk..

so far tempat fav akak beli brg tetap mydin.. selalu akak suka p mydin usj.. harga dia beza dekat singgit dengan benda yg sama kat tesco atau giant.. byk rugi oh.. (kes akak tuh nak beli shampoo sun silk.. sekali tgk kat tesco beza harga singgit.. syukur dah beli kat mydin dulu)

zonaku said...

ta, ko lupakanlah niat nk tgk benda x patut tengok..... yang kepala hitam ni dah cukup banyak peelnya n buruk lakunya.. ko nk tgk y lain... jenuh laaaaaa

t.a.t.a said...

zona,

mana la tahu yang kepala bukan hitam tu kalau jumpa yang baik boleh jadi geng.

hahahaha

t.a.t.a said...

kak, memang dah check yang econsave tu display lain, bayar lain. byk barang macam tu. tapi tak tahu la kalau kat tempat lain.


99 pun best. byk barang ia yang murah. contoh roti gardenia yang coklat ke butter ke RM 4.20 display, tapi bayar kurang RM 4.00

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Wah murah tu. Kat tmpt akak ni xde kedai 99. Sllu klu berbelanje brg rumah akak suka ke mydin terutama beli brg keperluan rumah. Dulu sllu ke tesco tp bila dh compare hrga Mydin murah gak. Tp klu nk beli susu supermarket belah tmpt akak ni lbih murah lg dr mydin atau tesco

marinahunny said...

Assalamualaikum kak. rindunya nak baca blog akak.. nak kena catch up balik ni :)

selamat tahun baru kak :)

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

waalaikumsalam marina

selamat tahun baru.. mood tahun nie maybe akak akan teruskan rajin menulis kalau tak sibuk ler ;)

||alis|| said...

drama korea yg akak layan sume rare. haha.

aku layan rm ngan wgm je skrg. movie ke drama siries mana2 negara sume babai. selera makin hilang. huhuuu..

klako plak elok2 citer korea akak n tata selit psal barang mydin barang speedmart. haha!

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

alis

aikk.. akak dah dapat gelaran rare ye.. hahaha... selalunya jrg akak layan korea.. kebetulan bila tengok jek.. terus berkenan dengan jln cerita.. masa tengoktuh siap p google lagik..tuh yang makin melekat.. hahaha.. itulah masalah ye bila internet sentiasa ada di tangan dimana sahaja..

hahahhaa.. tergelak kejap ko tegur cenggini.. si tata ler nie.. ajak sembang pasal beli brg murah hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...