Friday 3 January 2014

Forgive and forget

Salam

Kebiasaan dalam kehidupan.. kita pasti akan temui dan lalui pelbagai peristiwa dan cabaran.. Adakalanya.. kita sangat gembira.. ada kalanya sangat-sangat sedih.. adakala macam takde perasaan.. ada kala.. teringat-ingat..

Dulu semasa aku jadi tukang cuci di bangunan yang menjalankan training untuk lawyer dan hakim.. petang pukul 3 tuh aku masuk kerja.. mereka baru sahaja selesai training.. maka melambak makanan baki training tadi yang diletakkan di atas meja dapur.. Mulanya aku ingat mereka dah tak nak makan sandwich2 itu.. maka tanpa aku sedari (tanpa bertanya atau meminta izin) aku telah meng'tong sampahkan' makanan itu.. Aku fikir aku telah buat benda yang betul.. Tidak lama.. ketua di unit training itu datang ke dapur.. dan bertanya pada aku kemana perginya baki makanan tadi.. Aku dah mula rasa serba salah dan mengatakan secara jujur yang aku dah buang makanan itu.. Aku tersedar aku telah melakukan kesilapan besar.. dan ketika itu pasrah jelah kena marah.. maka berulang kali aku minta maaf pada dia.. Namun.. jika insiden yang sama itu berlaku di sini.. agak2 korang apa respon kebanyakan kita?? mesti membebel kan atau pun marah-marah.. tapi ketua itu cakap pada aku..

'It's ok.. don't worry.. things already happen... you don't have to feel so guilty.. just forget about it'

Nah.. ketika dan waktu itu.. aku terkejut.. sebab sepanjang hidup aku dalam menjalani kehidupan dan berdepan situasi yang lebih kurang.. respon amarah adalah benda yang biasa aku terima.. tapi dalam situasi sebegitu semasa aku di sana.. itulah respon yang paling positif yang pernah aku terima..

Teringat juga.. ketika aku terpaksa menjalani ibadah puasa yang musim panas yang panjang siangnya.. ketika aku masih bekerja di unit training itu.. aku berbual mesra dengan seorang pegawai di situ.. kami membincangkan tentang topik puasa dan bagaimana aku harus sesuaikan diri dengan keadaan siang yang lebih panjang.. Hingga kini yang masih berkesan di hati aku adalah kata-kata dia..

'Well.. I think when you have faith and great believe in doing your fasting (Ramadan) then God will given you enough strength to fullfill it'

Maknanya.. Jika anda mempunyai kepercayaan dan bersungguh dalam menjalani ibadah puasa itu, pastinya tuhan akan memberikan kekuatan pada kamu untuk melakukannya..

Sejenak bila teringat kata-kata itu.. aku jadi hormatnya kerana pandangannya yang begitu positif.. dan sifat2 positif seperti ini amat selalu aku temui pada bangsa 'orang putih' (walaupun bukan semualah).. Hingga pernah seorang rakan aku berkata.. Sometimes those non-muslim have attitude like muslim.. and sometimes the Muslim have attitude like non-muslim..

Pengalaman aku tinggal di UK dulu, banyak juga isu-isu yang pernah kami temui dan lalui.. hinggalah baru-baru ini aku terbaca di blog seseorang yang mana ada seseorang komen tentang ucapan 'Merry x-mas' yang tidak sepatutnya diucapkan pada mereka yang non-muslim.. dan isu ini pernah aku ulas lama dulu.. Sepanjang aku bekerja sebagai sebagai tukang cuci.. rakan sekerja aku dulu semuanya non-muslim dan menyambut x-mas. Setiap tahun aku dapat hadiah x-mas.. dan aku bagi hadiah x-mas pada rakan-rakan.. kad x-mas lagi lah melambak aku dapat.. Bayangkan jika aku langsung tidak mengucapkan merry-xmas pada rakan-rakan aku.. dan bila diorang tanya aku cakap 'aku tak boleh sebut perkataan itu sebab berlawanan dengan agama islam' korang agak2.. macamana pandangan rakan-rakan aku pada islam?? Yang penting apa niat dalam hati.. Sedangkan semasa aku hendak menyambut hari raya.. mereka semua datang dan mengucapkan selamat hari raya pada aku.. malah semasa hari pertama berpuasa pun.. mereka amat prihatin dengan keadaan fizikal aku kerana mereka tahu aku berpuasa dan pada masa yang sama aku masih menggunakan kapasiti tenaga dan upaya untuk menjalani kerja seperti biasa...See what I mean?

Kadangkala bila kita berbicara dengan mereka yang tidak pernah keluar negara (tidak semua).. ada sesetengah mereka ini sering menempelak atau memperlekehkan.. atau mengatakan... mereka yang pernah ke oversea ini berlagak.. tak sedar diri.. hingga pernah seorang rakan aku cakap.. 'kalau kita sembang topik macam nie dengan kawan-kawan yang tak pernah ke oversea.. mesti kata kita berlagakl'.. sebenarnya bukan berlagak.. tapi berkongsi pendapat terutama bila kita jumpa geng-geng yang pernah tinggal di oversea.. Selalu aku cakap begini sahaja dengan kawan aku tuh.. biasalah kak.. bila bercakap dengan orang yang tidak ada pengalaman seperti kita mesti dia akan kata kita nie berlagak.. tapi kalau dia tuh pun dah pernah ke oversea... mesti dia pun akan cakap macam kita juga..

Cerita pasal pernah ke luar negara.. sering orang cap kita nie berlagak... tapi bila diorang pulak sibuk cerita pasal anak.. pasal suami.. pernah tak fikir yang orang lain yang mendengar tuh mungkin bujang.. atau mungkin takde anak lagi.. agak2 diorang tuh pun akan cakap ko berlagak jugakan.. macam ko sorang yang ada anak.. dan ada suami.. yang best bila kita tegur.. dia siap cakap... 'ahhhh... sebab tuhlah ko kena kawin cepat'.. 'sebab tuh ko kena pandai cari laki'.. sebab tuh ko kena usaha buat anak.. sebab tuh ko kena pergi berubat.. dan banyak lagi sebab alasan yang seolah-olah merendahkan orang lain... See what I mean?? Adakalanya kita perlu tapis apa yang kita suka dengar atau tidak.. Seperti mana aku nyatakan dalam entri sebelum ini.. Kita semua ada hak untuk menentukan atau memilih apa yang kita suka atau tidak..

Sejak balik ke sini 2 tahun lepas.. aku dah setkan dalam kepala aku.. jika aku perlu menghadapi apa-apa juga masalah atau dugaan.. 1st thing aku akan cuba be positif.. bagaimana menjadi positif.. antaranya aku akan cuba elakkan daripada mendengar atau membaca sesuatu yang negatif.. jika benda itu semua yang boleh buat emosi aku turun atau sedih.. my immediate action will be is..'delete it'.. aku tidak mahu terlalu memikirkan sangat.. cuma aku cuba 'close' atau 'dismiss' sebarang kata-kata yang boleh buat aku marah dan sakit hati..

Pernah aku terbaca.. ada orang bakar surat cinta lama bila putus dengan seseorang.. alasannya sebab kita dah tak nak ingat benda yang lepas.. dan bila benda itu dah takde depan mata.. maka hati taklah sakit sangat.. so benda yang sama juga aku apply dalam hidup aku.. tak suka aku buang.. sakit hati aku elakkan dari jumpa atau berurusan dengan dia.. itu cara aku untuk be positif.. Mungkin ada orang yang tak setuju dengan cara aku.. tapi cara ini yang buat aku happy.. it's my life and this how I want myself to be happy.. orang lain ada cara masing-masing untuk handle stress.. cara aku.. aku follow pendekatan 'ketua unit training' dalam cerita aku di perenggan 1.. 'What had happen.. just forget it.. close it'..

Aku mudah memaafkan orang.. tapi aku amat sukar melupakan.. sukar melupakan kerana aku mahu ia jadi pengajaran.. ada orang yang mudah forgive dan forget... aku ada seorang kawan yang sebegini.. begitu mudah naik angin.. tapi dia juga mudah memaafkan dan melupakan.. tapi dia memang amat pemurah orangnya.. kalau belanja orang.. dia tak kisah keluar duit yang banyak.. sebab itu dia mudah disayangi oleh orang lain (bukan sebab dia pemurah tapi dia memang baik hati)

Aku sebenarnya amat sensitif dengan bicara orang yang kurang ajar dan kurang bahasa.. dua benda ini adalah benda yang aku tak boleh tolerate langsung.. pantang sesiapa yang bersikap kurang ajar begini.. aku tak teragak2 sound kalau depan mata..Aku tak suka orang begini..

Adakala dalam hidup kita perlu letakkan batasan apa yang boleh dan apa yang tidak.. Aku mudah.. benda yang aku tak suka.. yang buat aku sedih.. yang buat aku marah.. buat aku sakit hati.. aku akan buang dan elakkan.. Jika tidak mampu berbuat begitu.. di sinilah tempat aku menulis dan meluah.. dan aku percaya ramai yang mungkin mempunyai pendapat yang sama seperti ini..

Forgive and forget.. for me that really hard to do.. it can be.. but for me it takes time..

A new year card from Thailand..
Arrive 1 day before 2014
Mood Happy :)

10 comments:

kueh bakar said...

do forgive, dont forget...

||alis|| said...

gamaknya bicara kita antara blogger ni lebih kurang saja utk tahun baru ni kan kak.

psal xmas pon, aku takde masalah. cuma aku xde kesempatan nk wish sbb xde kwn2 kristian.

pada aku, islam ni simple. paling senang. ko niat, ko dapat pahala, ko niat dan buat, ko dpt pahala 2x ganda.

senang cerita, kalau nk selamat, kemana pon kita, bawalah agama bersama. maksudnya cuba sebaik mungkin, tunjukkan islam ni perlu dinilai dari isinya, bukan penganutnya. malangnya, terkadang, penganut sendiri yang spoiled agama tuh sendiri (me included kadang2, sebab jujurnya kita mmg bukan malaikat kan kak.. hurmm..)

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

kueh

akak jenis mudah maafkan org.. tapi lupa apa dia dah buat susah sikit..

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

alis

betul tuh kan.. yang penting niat.. akak dulu sllu wish kwn2 akak merry x-mas dgn niat utk happykan diorg.. kan bagi ucapan itu mengembirakan org yg mendengarnya.. tak dapat pahala ke tuh?? pelik kdg org jadikan benda itu so complicated..

Masa akak kat sana dulu.. kdg2 ke prihatinan org bukan muslim amat jauh beza dengan yg muslim.. pernah dulu ada sorg kwn akak cerita.. dia muslim.. masa dia baru sampai.. puas dah dia tanya kawan2 muslim dia mana tempat nk sewa rumah.. sorg pun tak tolong dia cari.. entah mcmana dia terjumpa sorang mat saleh nie.. dia ada bilik kosong.. so atas dasar kesian.. dia sewakan bilik itu utk budak nie(perempuan).. bila budak nie balik lambat ke.. ada masalah ke.. mat saleh nie (dah tua gak pangkat bapak2) memang akan tanya dia.. tup2 kan 1 hari.. bila dia cerita kat kekawan muslim dia pasal dia sewa rumah tuh.. semua suruh dia pindah sebab tinggal dengan non muslim.. walhal masa dia susah dulu cari rumah.. sorg pun tak tolong dia...

see what i mean.. ramai kita yang macamtu.. komen memang pandai.. cakap memang pandai.. tapi seiring tak dengan perbuatan?? emmm kan

t.a.t.a said...

forgive memang senang, tapi nak forget ambil masa yang lama. even kalau kita dengan redha dan ikhlas sekali pun nak forget something or someone, when we come across with something or someone that has to do with something or someone yang kita nak forget, mesti akan teringat kembali semua benda tu.

kadang kala masa macam tu kan kak, a thing that they invented in The Paycheck, really come in handy. kita padam some memory portion dalam otak kita yang kita tak nak. terus boleh lupakan semua tu.

if only life is that easy.

julietchun said...

saya senang memaafkan tapi sangat sukar melupakan walau dah banyak cara cuba tapi tetap susah nak ubah :D

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Memang nak lupa mmg susah. Bukan berdendam tapi lebih utk jadikan pengajaran. Macam rekod tak baik dlm citos atau jenayah. Kita mmg boleh maafkn kejahatan atau hutang tu boleh selesai tapi rekod simpan ttap ada utk rujukan. Samalah juga dlm hubungan.

Kalau memori manusia mcm komputer seng.. boleh reset format delete remove. Restart balik fresh back to factory setting mmg seng hidup.. tapi sllu akak dulu smpn bnda buruk dlm memory blkg sekali dan kdg cuba seal tutup. Tp manusia kn bila ada bnda tertentu yg trigger mmg teringat blik

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Aku tgk kategori juga kalau bnda yg remeh sllu aku forgive n forget. Tp klu bnda yg libatkan harga diri atau sakit hati aku yg keterlaluan mmg confirm aku xforget terutama bila asyik pndg muka org tu.

Ada org kita boleh kwn baik tp ada org takat kwn2 gitu. Sllu ye kes yg terluka truk nie bila dia kwn baik.

zonaku said...

hmmm.. nak panggil kak jugalah...

aku lak senang betul maafkan orang esp kalau org tu dah x menjelma depan mata. kalau ada, aku akan avoid sesungguh hati.


dan memang x semua non-muslim x paham.... dan kalau dioa x paham, kita pahamkan lah.
tapi ada non-muslim di sini pernah pertikai kat aku pasal halal. aku gelak sebab dia bukan x pernah travel luar negara, cuma dia x luaskan pengalaman.. sayang kan?

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

zonaku

betullah kan.. kalau tak nmpk depan mata rasa mcm ok.. tapi kalau tetiba menjelma.. mmg tetiba juga rasa sakit hati..

non muslim malaysia pun mcm tipikal malay juga.. ada beza kalau yang pernah travel dan yang tak pernah travel.. dan ada juga beza yg ke oversea sekadar melancong.. atau ke oversea sebab kerja atau belajar..

bak kata pepatah jauh berjalan luas pandangan ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...