Monday, 23 April 2012

Mimpi rindu itu suatu yang indah..

Salam pagi Isnin

Lagi 15 minit aku akan masuk ke kelas... sempat lagi nak update blog ahaks.. bukan apa.. masuk sahaja kelas pkl 11 nanti.. aku takkan dapat berehat sangat.. hinggalah ke pkl 4petang.. kelas hari ini direct..

Sabtu yang lalu.. aku ke rumah sahabat baik E.. bertemulah kami dengan 2 lagi sahabat baik yang merupakan geng semasa di UK dulu.. melepak lama juga kami.. hampir 12.30malam.. aku tiba balik ke rumah mak menghampiri pkl 1 pagi..

Pertemuan itu biasa sahaja.. cumanya banyaklah kenangan menjadi perbualan kami.. maklumlah dah lama tak dapat melepak begitu.. selalunya kami biasa lepak begitu semasa di UK dulu.. setakat balik pkl 1 2 pagi bagi kami biasa.. rumah bukan jauh mana.. selang 3 4 pintu sahaja.. kadang2 pernah sempat solat subuh terus.. itulah indahnya hidup di negara  orang..

Entah bagaimana malam tadi aku mimpi.. Kali ini aku mimpi pulang semula ke UK.. pulang semula ke rumah lama.. pulang semula melangkah jalan yang penuh dengan salji.. Aku masih ingat langkah aku yang berselipar di laluan penuh salji.. selama 5 tahun itulah yang saban hari aku lalui bila turunnya salji tebal.. Entah mengapa malam tadi aku mimpi semula jalanan itu.. apatah lagi.. aku kembali semula ke rumah lama.. cuma bezanya rumah itu sahabat baik aku diami.. Tapi sedikit pelik sebab tetiba boleh pulak termasuk rumah arwah nenek aku pulak ahaks... biasalah namanya pun mimpi.. kena dramatik sikit...

Tiba-tiba aku terjaga terus... hingga kini aku sukar nak lupakan mimpi itu.. selama ini aku takdelah rasa rindu sangat.. kecuali rindukan cuaca dan udara yang sejuk... tapi mimpi malam tadi benar-benar mengamit kerinduan aku... pagi ini aku terus jadi terlalu rindu. amat rindu..

Kini aku dah 2 bulan pulang ke tanahair.. sekejap sahaja rasanya masa berlalu.. macam-macam peristiwa dah berlaku.. cumanya masih banyak urusan yang belum sepenuhnya selesai lagi.. barang di rumah yang belum dikemas sepenuhnya.. urusan kereta yang belum settle lagi.. lepas itu nanti urusan benda-benda lain.. yang mana semuanya bukan sekadar memerlukan kerahan tenaga.. fikiran... malah juga kelajuan pengaliran duit poket yang tanpa had.. Hakikatnya.. memang sejak pulang.. duit keluar bagaikan air je.. semuanya perlu diuruskan dengan duit.. nak kemana-mana perlukan duit untuk isi minyak kereta... aku rindukan naik bas ke sana sini dengan hanya menggunakan pas bas tanpa perlu susah payah nak byr tambang setiap hari.. bayar pas untuk 4 minggu aku bebas naik bas banyak kali sehari... bebas juga meredah laluan yg penuh deretan kedai-kedai di bandar.. kini.. walaupun sekadar hanya mahu ke pekan.. aku malas.. bukan apa.. nak byr parking berkupon.. nak kena isi minyak.. nak kena cari parking...

Aku perlu berhenti.. Masa untuk ke kelas... Apa juga hati aku masih rindu

Friday, 20 April 2012

Menyusuri Laluan berliku di Fraser Hill

Sempena cuti pertabalan Yang Dipertuan Agong yang lalu.. Aku mengajak pakwe untuk keluar berjalan.. Perancangan asal aku sebenarnya hendak ke Cameron Highland.. tapi sebab pakwe asyik duk lengah melayan TV menonton upacara pertabalan berkenaan.. Akhirnya selepas tengahari dan selepas Zohor baru kami bergerak keluar.. Memandangkan dah lewat sangat.. maka aku putuskan untuk pergi ke Fraser Hill sahaja.. Jarak pun bukan jauh mana.. cuma kereta tak dapat dipandu laju dek kerna laluan yang berpusing dan berliku-liku..

Dulu aku ke sini pada sekitar tahun 2001.. Sejak itu hampir 11 tahun baru aku kesini lagi.. selepas ini tak tahulah.. mungkin lagi 10 tahun?? ahaks.. Lagipun ke sana sekadar untuk jalan-jalan.. keadaan 11 tahun dulu pada aku tak banyak berubah.. rumah rehat atau rumah percutian lebih banyak di sini... kebanyakan rumah rehat milik kerajaan atau swasta.. serta tidak ketinggalan juga rumah rehat untuk raja-raja seperti kelantan.. pahang dan selangor.. Selain itu.. ada padang golf.. bagi yang berminat dengan burung-burung.. di sinilah tempat pemerhati untuk peminat burung.. kalau mereka yang suka enjoy lepak melihat alam sekitar.. di sini sesuai sangat.. tapi macam aku yang datang.. confirm dari tempat yang lebih kurang sama je ahaks... aku lebih sukakan kesibukan...

Jika mereka yang setiap  hari tinggal dan bekerja dalam persekitaran yang sibuk... pastinya akan memilih bercuti rehat di tempat yang santai dan tenang... sudah pasti kawasan begini lebih menjadi tumpuan.. tapi pada aku.. yang sememang bekerja dalam persekitaran yang kurang sibuk.. dilitupi dengan gunung ganang.. kehijauan.. dan hutan-hutan... bercuti ke tempat begini membuatkan aku terpaksa membandingkan kemeriahan tempat aku sendiri.. ahaks... Lagipun aku lebih suka sedikit kesibukan.. sekali sekala bercuti di tempat yang sibuk dengan melihat gelagat orang adakalanya menyeronokkan.. Sudah banyak bandar-bandar sibuk dunia yang pernah aku pergi seperti London, Paris, Barcelona, Istanbul.. cuma InsyAllah jika ada rezeki aku mahu ke Tokyo dan New York pula.. antara target destinasi kembara seterusnya.. Jika berpeluang lagi.. pasti aku mahu ke China, Hongkong dan India..

Kembali pada cerita ke Bukit Fraser.. Dulu.. bila nak naik.. ada waktu-waktunya.. tak silap aku dulu.. jika waktu ganjil adalah waktu untuk naik.. cth pkl 1, 3, 5, 7 dan waktu genap pula adalah waktu untuk turun.. Ini kerana jarak lebih kurang 7km naik ke puncak bukit fraser ini hanya 1 lane sahaja... dan anda tidak dibenarkan berhenti...

Kini laluan naik dan turun dibuat 2 laluan berbeza.. laluan yang dulunya tempat naik dan turun.. kini hanya laluan untuk naik sahaja... Manakala laluan untuk turun pula adalah laluan yang boleh membawa kita ke Raub..

Sesiapa yang datang dari Kuala Lumpur bolehlah mengikuti lebuhraya utara selatan dan exit di Rawang atau Bukit Beruntung dan ikut jalan ke Kuala Kubu Bharu (KKB).. Ikutlah jalan ke raub dan kuala Lipis dari situ.. dan bagi yang tinggal di belah utara.. Boleh exit di Tg Malim dan ikut laluan ke KKB

 Pekan Bukit Fraser..
Bila tiba di Fraser Hill
Kelihatan Balai Polis, Klinik Desa, Pusat Maklumat Pelancong ini merupakan pekan kecil Fraser Hill
Laluan berliku.. 
Laluan turun dari Fraser Hill

Ketika turun dari Fraser Hill
Sepanjang laluan ini..
Hutan sahaja dan kelihatan banjaran titiwangsa dari dekat..

Tuesday, 17 April 2012

Dekorasi bermula..

Salam petang Selasa,

Minggu ini kampus sibuk.. sebab ada acara penting yang akan berlangsung esok dan lusa... Padang utama kini penuh dengan pelbagai gerai jualan.. (bukan konvo ok) tapi satu acara sambutan yang mendapat liputan media juga lah..

Esok aku takde kelas.. so rancangannya bolehlah nak ajak pakwe datang.. pergi tengok gerai2 yang ada.. ada hiburan dari artis.. tapi aku macam tak kenal sangat diorg.. biasalah org balik oversea nie.. kalau artis baru mana nak tahu.. kalau yang lama2 tuh tau lah..

Semalam dan hari ini kuliah macam biasa.., oklah..cuma letih.. lusa pula cuti hari keputeraan.. tapi ada lawatan pelajar subjek yang aku ajar ke Shah Alam.. Aku malas nak ikut.. kalau ikutkan pensyarah pengiring kena pergi.. tapi aku malas nak join pelajar tuh dan pergi sorang2.. lagi perancangannya aku nak ke seremban nak settlekan ASB di Maybank seremban.. Bukan tak leh settle di Maybank sini.. tapi sebab ada kawan kat sana yang senang sikit urusan aku..

Hari ini juga dah mula sikit2 kemas bilik.. bilik dah ada rak buku.. 2 kerusi tetamu.. ada whiteboard.. ada display board... dan benda2 tuh semua nak tggu pakwe datang tolong pasangkan.. nak harap bahagian pembangunan dtg semata2 nak paku kan white board.. leceh.. baik aku suh pakwe je pasangkan.. Lagipun dari dulu.. Aku memang akan suruh dia datang bilik.. untuk tolong kemas brg dan susun barang.. Itu memang dah jadi kewajipan.. kalau orang lain boleh duk lalu lalang.. singgah bilik aku.. takkan suami sendiri pun tak pernah tahu bilik aku kat mana.. Ahaks..

Macam-macam plan nak decorate bilik ahaks.. antaranya aku tengah fikir nak framekan beberapa gbr koleksi peribadi.. dan buat beberapa photo art dalam bilik.. tapi tengoklah.. bila ada peluang dan masa nanti.. lagipun masa nielah paling sesuai nak tentukan dekorasi bilik.. lepas nie nak kena decorate rumah pulak.. emmm. itu susah nak cakap.. selagi kotak2 tuh semua belum clear lagi..

Fridge magnet di pejabat
Ini kira sikit ler nie..
;)

Monday, 16 April 2012

Bila kotak penuh 1 rumah

Salam Isnin

Alhamdullilah... seminggu lagi telah berlalu.. Hari ini kampus kembali meriah.. dan hari ini juga aku dapat kelas baru.. gantikan kelas kawan aku yang cuti sakit.. Kelas kali ini di kampus baru.. setelah hampir 12 tahun pecah tanah dulu.. kini kampus baru dah berdiri megah.. Entah berapa banyak roundabout.. akhirnya roundabout ke 4 aku tersesat sekejap tapi akhirnya jumpa dewan kuliah tuh secara kebetulan..

Kuliah tajuk IT tentang internet.. Pejam mata pun leh kelentong ahaks.. Bak kata aku dengan student tadi.. "Tak yah masuk kelas nie.. U all semua dah tahu apa penggunaan internet tuh.." Tapi memang selamba je.. bagi kuliah tak yah study dulu ahaks... setakat tajuk yang general tentang IT kami yang major bidang computer science nie.. takde masalah nak beri ilmu.. Jika ada peluang ke sana lagi.. pasti kali nie aku nak datang bersama dengan kamera aku... kampus lama dah buat sesi photo.. tapi kampus baru belum lagi... Will do 1 day nanti..

Alhamdullilah juga jumaat lepas.. barang sampai.. 153 kotak semuanya.. 3 kali check.. dan semua ada.. sebahagian dah dibuka pun.. tapi masih ada brg2 macam buku2 study.. yang aku belum buka.. semua tuh nak bawak ke pejabat.. Maybe Rabu nie.. nak suruh pakwe pasang sekali papan putih.. papan biru.. dan tolong angkut 5 6 kotak buku ke ofis.. mana aku larat nak angkat sorg.. udahlah berat2 semuanya..

Buat masa nie rumah mmg penuh dengan kotak.. dari ruang tamu hingga ke dapur.. makan pun menyelit di tepi kotak.. laluan jalan buat pun takat untuk lalu jek.. kotak2 yg pinggan mangkuk semua kena stay dalam kotak dulu.. even baju2 pun kena stay dalam kotak.. almari yang ada pun.. xmuat nak letak baju dr uk.. even bj2 kurung pun dah tak muat.. pakwe sampai bising sebab 80% baju dalam tuh baju aku ahaks... dia dah sound.. nak beli almari baru.. separuh kena baju dia hahaha... aduh.. itu belum lagi set2 jaket lama..

Semalam dah kemas rumah sikit2.. tv dah keluar kan ahaks.. benda penting tuh.. aku pulak jumpa 1 kotak fridge magnet hahaha... apa lagi sesi menyusun.. sampai pakwe cakap.. "ahhh tak lama lagik runtuh peti ais tuh" Ahaks... Aku sendiri pun lepas susun sakan fridge magnet tuh.. terkejut juga sebab dah penuh.. sampai kena letak tepi peti ais (org selalu letak muka depan kan.. nie muka tepi pun kena letak dah byk sgt).. ahaks... tapi itulah harga kembara yang paling istimewa sebenarnya.. sebab tiap kali buka peti ais.. bila sahaja terpandang setiap fridge magnet yang telah aku beli.. pasti kenangan ke negara yang pernah aku lawati itu datang dalam ingatan..

Hari ini akan bersambung lagi buka kotak.. sebab nak sort out buku2 dan file2 study untuk dibawa ke ofis.. kemudian nak cari semua set2 barang peribadi yang aku belum jumpa lagi.. penat sebenarnya buka tutup kotak nie.. sebab bukan ingat detail semua yang dah dipack dulu2..

Hari ini mahu pulang awal sedikit... Nak singgah pergi beli cendul 1 bungkus dan pisang goreng.. tadi masa ke pekan.. ternampak pakcik yang selalu jual pau naik basikal tuh.. tak sempat nak singgah beli... Kalau jumpa pakcik tuh lagi.. mesti akan singgah beli pau kacang merah atau pau kaya.. nyum.. nyum...

Monday, 9 April 2012

Kedekut? Berkira? Tak kisah?

Salam Tengahari Isnin

Alhamdullilah Isnin.. Hari pertama bekerja setiap minggu.. Minggu ini dan minggu depan akan ada sehari adalah cuti umum.. bermula hari rabu.. cuti pertabalan Yang Dipertuan Agong.. dan minggu depan cuti keputeraan Sultan pulak.. Kalau di UK dulu.. hari cuti begini.. memang kami dah plan untuk berjalan-jalan.. Tapi memandangkan kawan baik semua jauh2.. so buat masa nie.. aku hanya sekadar plan ajak pakwe untuk dating ke air  terjun.. Boleh piknik sekali.. Plan asal juga nak ajak ke Cameron Highland.. boleh beli sayur yang murah-murah.. lagi pulak dapat sayur yang fresh.. so tengoklah.. Jika plan menjadi.. InsyAllah.. boleh aku bawak piknik dan makanan.. Kalau geng di Bangi dan Shah Alam nak join.. mesti lagi meriah kan..

Semalam juga selesailah majlis kenduri di rumah sepupu pakwe.. Banyak juga perkara yang diperkatakan yang turut membuatkan aku berfikir sejenak.. Biasalah bila majlis kenduri kendara nie.. banyak juga kadangkala perkara menjadi perhatian orang.. Al-Maklumlah.. macam aku nie.. menghadiri kenduri kendara perkahwinan sedikit asing buat aku.. tapi  tidaklah sampai aku terlupa tatasusila atau kekok langsung..

Minggu sebelum itu kami telah menghantar pengantin di sebelah perempuan.. Selesai sahaja majlis bersanding.. biasalah mesti ada makan adab-adab kan.. dan yang menjadi sedikit tidak puas hati di kalangan makcik-makcik aku.. maklumlah yang ikut menghantar sekali tuh pun.. semua pangkat makcik sedara.. ada yang pangkat wan.. so yang menjadi sedikit pelik.. bila makan adab-adab itu meja yang diperuntukkan hanya untuk ibu dan bapa pengantin sahaja.. sedangkan yang lain.. kena ambil makan sendiri.. dan bergerak ke khemah lain di hujung jalan.. seolah kami dah jadi macam orang lain yang datang pulak.. Mulanya makcik-makcik aku dah mula bising.. udahlah nak datang ke situ perlu tempoh jem yang terlalu panjang.. lepas tuh pulak tak disediakan langsung meja makan untuk makcik-makcik nie.... Sampai di suruh makan sahaja di khemah lain macam undangan yang lain.. Aku mulanya teragak-agak juga nak pergi.. bila diajak begitu.. aku jawab sahaja.. 'Saya tak tahu nak cakaplah.. sebab makcik-makcik yang lain semua nak makan di sini (khemah sama dengan pengantin).. mereka tak nak berpisah.." yelah kan.. camna pulak ada makcik yang makan kat khemah pengantin.. dan ada pulak yang makan khemah lain.. kalau sebelah2 takpe juga.. ini khemah lain di hujung jalan.. Masa nie.. masing-masing dah tarik muka lain dah..

Semalam.. Majlis di sebelah pengantin lelaki pulak.. Alhamdullilah semua berjalan lancar.. malah pihak sebelah lelaki.. sediakan meja makan adab-adab lagi untuk pihak pengantin perempuan.. siap ada meja VVIP lagi,... kalau aku lihat sikap mereka tuh.. memang buat macam majlis sendiri dah... kalau dikenangkan apa yang diorg buat masa kami datang hari.. macam langit dengan bumi juga..

Kemudian terkeluar pulak.. seorang makcik nie cakap.. Bunga telur yang diberikan oleh pihak perempuan.. hiasannya amat murah sekali.. setakat guna kertas tisu putih je buat bunga telur.. terkeluarlah perkataan.. 'Kodokut nar bolah pompuan nie ah... dahlah hantaran 14ribu.. bagi ehh bungo tolur camni lak... kodokut!!' Aku masa nie dah senyum-senyum.. sebab kebetulan aku berdiri sebelah makcik nie.. sonyum yo lah den pun...

Sebenarnya.. bukan soal 'kodokut' yang aku nak highlight.. tapi soal sikap sebenarnya.. bermula dengan sikap bertandang di rumah sebelah perempuan.. hinggalah soal bunga telur... Pada aku apa salahnya kalau kita berbelanja lebih sikit untuk memberi sesuatu yang istimewa... Mungkin ada pihak yang merasakan.. biar bagi sama rata semua yang datang.. tapi pada aku.. tak salah jika kita bagi lebih sedikit pada pihak keluarga pengantin yang datang.. Sedangkan kalau org VIP pun datang kita layan dan masak yang lebih istimewa.. mengapa pulak bila ada tetamu extra special datang dari jauh.. kita tak nak buat begitu.. apasalahnya kita layanlah dengan sebaiknya.. kelak nanti bila tiba giliran kita pula nanti.. andai layanan yang sama diberikan pada kita.. sedikit sebanyak.. mesti terasa hati juga..

Pada aku.. Sudah menjadi lumrah untuk kaum keluarga aku.. biasanya persiapan untuk pihak belah sana memang kami bagi extra.. itu dah biasa kami lakukan.. tapi ada juga dikalangan kawan-kawan aku yang mengambil sikap sama rata dan tidak kisah...

Teringat kisah pasal makan adab-adab ini pernah diceritakan juga oleh Dr HM Tuah... Aku lupa pula buku motivasi yang mana.. tapi dia juga pernah menceritakan kisah yang sama semasa menghantar anak buahnya.. di negeri mana tah.. sampaikan.. keluarga belah yang menghantar.. selesai majlis menghantar.. terpaksa singgah di kedai makan bila balik.. Layanan yang diberikan oleh pihak pengantin perempuan lebih teruk lagi... dan seperti mana yang aku cakapkan tadi.. soal sikap juga yang dibangkitkan...

Terpulanglah masing-masing.. Mana yang baik dijadikan pengajaran.. Mana yang buruk dijadikan sempadan..

Selamat pengantin baru..
;)

Friday, 6 April 2012

Menjelang senja di Pahang Darul Makmur


Lokasi: Jambatan Sultan Ahmad Shah
Pahang Darul Makmur

Warna Senja adalah antara photo yang sering menjadi kegemaran aku..
Selalunya bila sahaja aku melalui sesuatu kawasan pada waktu ini..
Mata pasti akan memandang ke langit..
Warna merah jingga kekuningan selalunya begitu indah sekali..

Kebanyakan gambar yang aku rakamkan..
jarang sangat yang aku edit original nya..
Aku lebih suka mengekalkan keaslian gambar asal..
Hasil pandangan mata aku sendiri..

Indahkan waktu senja ini...

Tangan ayah ku pimpin di Felda Jengka 20

Salam Pagi Jumaat..

Alhamdullilah.. kini hujung minggu bakal datang lagi.. Sejak dulu hari jumaat adalah hari-hari yang aku tunggu.. seperti mana gembiranya aku menyambut hari jumaat semasa di UK dulu.. Kini hari jumaat pula merupakan hari yang sibuk untuk aku.. selalunya bila menjelang tengahari aku akan mula pulang ke rumah kerana pakwe akan menggunakan kereta untuk solat jumaat dan aku pula ambil peluang masak untuk makan tengahari.. dan jika ada lebihan masa.. aku juga ambil peluang tido berehat sebentar waktu tengahari ini..

Petang ini sekali lagi aku akan pulang ke negeri sembilan.. kekerapan aku pulang ke kampung pakwe melebihi kekerapan balik ke kampung aku.. (ini mana adil!!!) ahaks.. tapi pulang itu pun atas sebab urusan kenduri kendara yang tidak dapat dielakkan... so adil tak adil.. mungkin sahaja inilah masa untuk aku balas balik rutin sebegini setelah 5 tahun duduk di rantau orang...

Esok aku akan ke Bahau untuk urusan kenduri sepupu pakwe di sana untuk menolong persediaan akhir sebelum majlis kenduri pada hari Ahad.. Minggu lepas kami sibuk menghantar pengantin di sebelah perempuan di Semenyih... Itupun sebenarnya perancangan asalnya kami tak pergi memandangkan kami baru sahaja pulang dari Pahang hari sebelumnya.. tapi mengenangkan itu sepupu pakwe dan ibu saudara yang rapat dengan mak mertua.. Pakwe buat keputusan untuk kami pergi.. Dia berat hati kalau kami tak pergi.. sedangkan semasa kenduri kendara belah adik beradiknya.. Makcu nya tak pernah tidak datang menolong.. ini bila giliran anak dia pulak.. takkan pakwe tak nak luangkan masa...

Hari sabtu yang lalu.. Kami membawa ayah dan mak ke Pahang.. Ke Felda Jengka 20.. Ada kenduri anak buah ayah... kiranya duapupu dengan aku.. aku memang tak pernah ke sana.. dan tidak begitu mengenali sangat mak sedara yang ini.. Ini kerana mereka tidak pernah pun datang bila ada kenduri kendara di sebelah kami.. tapi ayah tetap mahu aku dan pakwe ke sana sebab dulu ayah merupakan anak saudara kesayangan arwah Tok Cu.. hingga anak2 Tok ini memanggil ayah aku 'along' atau abang.. apatah lagi.. sepanjang zaman kanak-kanak ayah dulu.. Tok Cu inilah yang membela ayah... sebab itulah kiranya aku rapat dengan makcik2 sepupu ini.. (kecuali makcik yang nie.. rupa dia pun aku tak ingat ahaks.. sebab itu ayah macam berkeras juga untuk aku pergi)

Perjalanan dibuat menghampiri pukul 10pagi... pakwe membuat keputusan untuk ikut jalan masuk ke KL.. ikut Ulu kelang menuju ke Lebuhraya karak... kesesakan lalu lintas di Ulu Kelang melambatkan sedikit perjalanan kami.. tapi selepas itu.. selama 3 jam.. kami sampai ke Felda Jengka 20 ini.. Menghampiri pukul 2 jugalah...

5 Tahun aku bermastautin di negara orang.. Aku tidak pernah perasan akan perubahan fizikal kedua ibu-bapa aku.. Kiranya pada tahun 2007 ketika aku berangkat ke UK.. Ayah dan mak masih sihat.. Kuat dan tegap pergerakan mereka.. Aku pulang sebentar pada tahun 2008 juga mereka juga masih gagah lagi.. hanya pada tahun 2010 ketika aku pulang berhari raya di kampung.. aku dah melihat ayah dan mak sudah jauh berbeza fizikal mereka.. kini.. Bila aku pulang 'for good' pada tahun 2012.. Aku terpaksa akur bahawa fizikal mereka kini sudah semakin ketara bezanya..

Ayah sudah tidak mampu untuk berdiri lama-lama.. malah berjalan sedikit juga sudah mengah.. malah untuk turun tangga dan juga turun bukit perlu dipimpin.. jalannya lambat-lambat... bertongkat... Ketika tiba di Felda Jengka.. Dari tempat letak kereta ke rumah pengantin.. kami berjalan sedikit jauh kerana tiada ruang lain untuk meletak kereta... Apatah lagi.. untuk turun ke rumah Pengantin.. jalannya begitu curam..

Buat pertama kalinya.. pada usia menghampiri 40 tahun ini.. Aku memimpin tangan ayah untuk turun ke rumah.. begitu kuat ayah menggenggam tangan aku.. Jalannya pendek-pendek.. nafasnya sesak.. langkahnya sedikit terhentak-hentak menahan hentakan kaki menuruni bukit.. aku tahankan badan aku supaya badan ayah dapat aku tampung.. kaki aku gerakkan seiring dengan langkah ayah.. Orang ramai mula memandang kami sekeluarga.. Mungkin sahaja itu pemandangan sedikit luar biasa untuk mereka..

Hati sedikit hiba.. Aku sedih.. Sejenak aku berfikir.. Dulu mungkin sahaja entah berapa kali tangan aku telah ayah pimpin semasa aku anak-anak dulu... Entah berapa kali juga badan aku didukung bila aku sakit atau letih berjalan.. Kini.. sudah sampai masa untuk aku pula melakukan semua itu.. Apatah lagi.. Sebagai anak sulung.. Hati aku tersentuh.. Selama 5 tahun aku tinggalkan keluarga di sini.. Baru kini aku tahu.. bahawa mereka tidak lagi sekuat dulu..Ayah sudah tua... Inilah hakikat yang perlu aku terima..

Menulis tentang kenangan ini sudah pun menyebabkan entah berapa garisan airmata mengalir di pipi aku.. Bukan soal memimpin tangan itu yang membuatkan aku sedih.. tapi hakikat bahawa ayah sudah tua dan kini sudah tidak larat yang membuatkan aku sedih.. Apatah lagi.. selama 5 tahun di negara orang aku tidak berpeluang melihat kesusahan dan kepayahan ayah selama itu.. malah kini untuk menulis pun tangan ayah sudah mengigil untuk memegang pen.. sedangkan suatu ketika dulu.. menulis adalah benda yang biasa ayah buat memandangkan ayah merupakan seorang pendidik...

Aku antara anak yang tidak banyak bercakap sebenarnya dalam keluarga.. Mungkin sahaja sebab status anak sulung yang menyebabkan aku lebih banyak diam dan mendengar dalam banyak hal.. Sikap aku sebenarnya tegas bila melibatkan perkara-perkara berkaitan keluarga.. Hingga pakwe pernah menegur aku dengan mengatakan.. sikap aku amat jauh berbeza bila bersama keluarga aku.. berbanding bila aku bersama kawan-kawan atau pelajar-pelajar.. Entahlah.. mungkin sahaja bila aku pulang ke kampung.. status diri yang aku pegang tidak membenarkan aku untuk main-main atau beramah mesra sangat.. Lagi pun aku sedia akur menjadi pendengar setia pada mak dan ayah... bayangkan selama 5 tahun.. mereka tidak punya peluang untuk bercerita begitu pada aku... Lagipun aku telah biasa.. Dulu ketika arwah nenek (mak pada ayah) masih ada.. tiap kali pulang ke kampung.. pastinya selepas jumpa mak dan ayah.. destinasi aku seterusnya adalah rumah nenek yang terletak selang 1 rumah sahaja dari rumah aku... Mak dah cukup faham dengan perangai aku.. kalau aku lewat sahaja ke sana.. pasti mak akan bertanya.. 'Ko tak nak pergi rumah nenek ke?' dan sepertimana aku dengan mak dan ayah aku.. Bila aku melawat arwah nenek..Dia juga suka bercerita... dan dari situ aku kutip banyak kisah-kisah lama ayah dan nenek...

(ok.. masa untuk lap airmata..)

Berbalik kisah ke Felda Jengka 20.. Bila sahaja kami sampai.. Sempat jugalah berjumpa dengan rombongan adik beradik ayah.. Mak Lang.. Mak Ngah.. Mak Usu.. mereka semua datang satu geng.. hampir 4  5 buah kereta juga.. sampai sahaja kami.. mereka pun bergerak pulang ke kampung.. Manakala kami singgah sebentar menjamah lauk kenduri.. dan kemudian bergerak keluar untuk singgah di Maran di rumah Mak Long... Tak lama pun.. sejam lebih sahaja kami di sana.. Lagipun dulu aku sebenarnya biasa memgikuti lebuhraya timur barat ini semasa perlu menyelia pelajar di Terengganu 6 tahun yang lalu.. Kawasan R&R gambang pernah menjadi tempat kami tidur malam.. kerana kami bertolak menghampiri pkl 12 tghmalam... itu pun satu kisah juga hahahah... terikut-ikut dengan cara travel semasa di UK sebelum itu.. pada kami berdua.. travel di sebelah malam lebih selesa kami lakukan.. itupun bergantung pada lokasi dan jalan yang perlu kami lalui..

Sungai yang aku lalu setiap hari selama 5 tahun di UK..
Mengapa ye.. 
Langit biru di sana lebih menarik warnanya..
Langit biru di sini sedikit cerah dan tidak berseri..
p/s : maaf gambar di Pahang ada.. tapi tidak sempat di'upload' lagi..

Tuesday, 3 April 2012

Bila rindu berbahasa inggeris

Salam Tengahari Selasa

Aku baru sahaja selesai kuliah tengahari tadi.. hari selasa adalah antara hari yang meletihkan dengan kuliah pagi dan petang.. itu pun nyaris sahaja aku diberikan kelas pada pkl 8pg.. jika tidak pasti aku akan keletihan giler sebab kelas nonstop dari pkl8-12tghari.. hahaha... Alhamdullilah.. minggu depan cuti semester break... namun.. walaupun break.. jadual untuk bengkel dan mesyuarat dah pun dimaklumkan.. so student cuti.. tukang padam papan putih ini masih kena bekerja juga..

Sudah lama kiranya aku tidak bercakap dalam bahasa inggeris.. kali terakhir semasa aku ke thailand.. itupun kerana itulah bahasa komunikasi utama aku dan Nuch.. kini.. kembali ke tanahair.. aku menjadi rindu untuk berbahasa inggeris.. takkan nak cakap sorang2 pulak.. rakan-rakan pula.. semuanya seperti biasa mesti berabuk berbahasa melayu.. student.. kalau aku mula cakap bahasa inggeris confirm akan ada yang menganga jek... So maybe this is one reason for me to fly back to UK hahaha... mengada-ngadalah tuh ibarat kata kawan2 aku.. oklah tak yah terbang jauh.. mungkin aku patut terbang balik ke Thailand?? Idea yang bernas kan... ;)

Kini aku dah sebulan seminggu di tanahair.. rakan ada yang dah mula bising bertanya ajak bertemu dan melepak.. bukan tak nak.. tapi kekangan masa dan hujung minggu yang penuh dengan aktiviti keluarga.. Kalau nak ikut list kawan-kawan memang ramai yang belum aku temui.. hari bekerja aku dah sibuk dengan urusan kerja dan pulang ke rumah pulak sibuk dengan rutin di rumah pulak.. seperti biasa rutin masak sarapan pagi dan makan malam masih berterusan lagi.. dan juga rutin membawa bekal ke pejabat.. Aku lebih selesa begini.. Boleh dikira berapa kali sangat aku makan di luar... sekali sekala oklah.. Ke pasar malam pun.. kadang beli yang betul2 nak makan je.. sebab harga barang makanan terlalu mahal sangat2.. Kadang rasa amat tidak berbaloi kalau dibeli..

Sudah 2kali juga tandas di pejabat ini tidak ada air.. biasanya bila aku masuk semula ke tandas itu pada pkl 4 petang.. masa nie air ada.. sudah 2 kali.. tandas itu banjir kerana mereka yang buka paip tak tutup.. buka masa takde air oklah.. lepas tuh tak tutup.. bila ada air.. macam kes yang pertama... nyaris sahaja tandas itu banjir sebab ke empat2 tandas tuh air paipnya terbuka besar hingga memancut ke siling tandas.. dek kerna aku ada dalam  tandas tuh.. dah jadi kerja extra untuk aku pula tolong tutup paip air... itu belum lagi kes paip wuduq dan singki yang tidak ditutup sampai singki penuh dengan air... Masa nie.. nasib aku ada pengalaman bersihkan tandas suatu ketika dulu.. aku pun tak tahulah mana perginya cleaner bersihkan tandas tuh... hilang... Semalam kes yang sama terjadi lagi.. cuma tidak seteruk kali pertama dulu.. kalau kali pertama tuh tudung aku sampai basah lencun sebab berperang dengan air yang mencurah2 hingga ke siling sebab getah paip itu diletakkan menghala ke siling.. apa lagi.. air keluar terus memancut hingga ke silinglah..

Pelik lah.. ini satu sikap yang sungguh tak bertanggungjawab.. dah buka paip.. tau xde air tutuplah... ini tidak.. dah buka takde air.. biarkan sahaja... itu belum kes tandas yang penuh dengan bekas najis yang tidak dicuci sebab takde air.. main pakai tisu je pastu biarkan macam tuh... Pengalaman nie ngerilah sebab terjadi di sekitar pejabat nie.. aku tak tahu siapa yang buat mungkin sahaja pelajar sebab kawasan nie mmg tempat laluan pelajar.. tapi.. memang menggeleng kepala lah aku semalam... itu bukan tandas awam tau. ini tandas dalam sekitar ruangan pejabat dan bilik2 pensyarah.. Aku terfikir nak hantar email.. tapi masih belum rasa nak buat sekular ini.. tapi akan sahaja aku hantar lagi bila kes ini terjadi lagi..

Ada sesiapa nak practice english?? Meh kita sembang2 nak.. ahaks..

Ketika menjelang senja..
Aku sudah lupa lokasinya dimana..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...