Tuesday 21 February 2012

Rentetan kisah terakhir Tukang Cuci Cute.. tapi masih belum berakhir lagi..

Salam Selasa..

Banyak perkara terjadi hari ini.. Pagi tadi.. rasa sayu sangat sebab aku tahu hari ini hari terakhir aku bekerja sebagai tukang cuci profesional hahaha... bermakna juga mungkin kali terakhir untuk aku menjejakkan kaki ke situ nanti.. Bila aku dah tak bekerja di situ.. bermakna aku takkan jengah bangunan itu lagi.. kalau lalu pun setakat teringatkan kenangan silam sahaja..

Aku tidak pernah menceritakan dimana aku bekerja kan??? Memandangkan aku dah berhenti kerja hari ini.. Maka rasanya sesuai aku beritahu bahawa aku bekerja sebagai tukang cuci di salah sebuah universiti di bandar ini.. Nyatanya bukan universiti tempat aku belajar.. itu kawasan larangan.. Sebenarnya menjadi tukang cuci di Universiti tempat aku bekerja ini antara tempat kerja yang top 1 di sini.. dengan gaji yang tinggi per jam.. dengan cuti yang banyak 28hari berbayar.. kemudahan tiket percuma untuk masuk ke tempat2 menarik di sekitar scotland.. staf yang sporting.. kerja yang tak susah sangat.. dan pelbagai warna sosial dan kehidupan yang menarik yang boleh dilihat saban hari..

Pada aku university itu tempat aku mencari rezeki dan rezeki dari situlah satu-satu sumber kewangan untuk aku yang tidak punya elaun selama setahun setengah dan tidak bergaji selama setahun.. Survive?? Yeah aku survive tetapi dengan kepayahan yang amat perit.. Namun aku syukur sebab punya pakwe yang turut bekerja dan penyumbang kewangan yang paling besar sepanjang kos kehidupan kami di sini.. Alhamdullilah.. kami masih boleh hidup walaupun kos kehidupan di sini sebenarnya amat mahal.. terutama bila sampai bil-bil gas, telefon dan pelbagai bil2 lain.. setakat makan minum itu.. masih boleh dicari.. tetapi membayar bil yang datang sekali gus untuk 3 bulan yang selalunya mesti mencecah menghampiri £200 memang sakit.. itu tidak termasuk membayar sewa rumah yang hampir £500.. Siapa kata tinggal diluar negara enjoy?? boleh shopping sakan dan bersuka ria.. pada aku.. kehidupan aku adalah sederhana... aku pernah rasa hidup yang sedikit mewah masa pertengahan pengajian aku dulu.. masa baru sampai pun hidup masih perit lagi sebab aku masih merasa elaun lama yang cukup2 makan.. bila elaun dinaikkan dalam menghampiri tahun kedua.. hidup sedikit senang dan ditambah masa itu aku dah mula bekerja partime.. sebelum kerja tukang cuci.. aku mengajar selama 2 semester.. selepas aku selesai semester kedua mengajar di university.. aku ambil keputusan untuk mula bekerja sebagai tukang cuci.. yang mana kebetulan tempat kerja itu dekat sangat dengan university aku.. dan dalam laluan perjalanan pulang ke rumah.. diam tak diam.. aku bekerja di situ selama setahun.. manager di situ memang sayang aku hahaha.. sampai permintaan aku untuk berhenti kali pertama ditolak mentah2 oleh John.. namun bila aku buat keputusan juga untuk berhenti kali kedua.. sebab ketika itu aku dah mula bekerja di tempat baru dengan sesi pagi.. Aku tak larat.. masa itu gaji memang kencang sebab dapat 2 gaji yang mencecah hampir £800 sebulan.. tapi badan aku teruk.. bila masuk keje petang aku dah penat sangat2.. aku tak mampu nak concentrate study.. akhirnya aku putuskan untuk beri tumpuan pada kerja pagi di universiti itu sahaja.. dan kerja itulah yang aku buat hingga ke hari ini..

Pengalaman sebagai tukang cuci di tempat asing.. bumi asing.. pastinya takkan aku lupa sampai bila2.. tidak semua orang berpeluang buat kerja sebegini.. Hina ke kerja begini?? tidak sekali pun... Aku pernah mengajar dan dibayar gaji £13 sejam.. tapi aku tak larat sebab terlalu letih.. ditambah perlu pulak semak exam.. kadang2 kena buat kelas nak bgi diorg lulus semata2.. mengajar tak susah pun.. ajar words.. excel.. dan juga penggunaan sistem e-learning university.. kalau nak diikutkan rekod.. aku satu2nya anak malaysia yang berjaya diterima untuk mengajar di bawah learning services.. semester sebelum itu.. ramai student2 malaysia yang apply nak jadi tutor di situ tapi tak berjaya.. Rezeki aku kot.. mungkin kerana latar belakang aku dari bidang computer sciences.. dan pengalaman aku mengajar benda2 tuh yang bertahun aku pegang di tanahair melayakkan aku untuk menyandang jawatan tutor selama 2 semester.. Pada aku cukuplah pengalaman itu.. sedikit sebanyak akan aku kenang sebagai kenangan indah masa aku di sini..

Selepas berhenti mengajar sebagai tutor universiti.. pakwe mencadangkan aku bekerja sebagai tukang cuci pulak.. kebetulan masa tuh ada org offer kerja itu.. sebenarnya.. kerja pertama sebagai tukang cuci itu bukanlah offer yang pertama.. tapi offer ketiga.. 2 offer sebelum itu aku tolak atas komitmen study dan mengajar.. tapi akhirnya.. offer ketiga itu aku terima sebab jarak tempat kerja dari universiti dan rumah dekat sangat.. tempat kerja itu terletak di tengah2 diantara universiti dan rumah aku.. laluan bas yang aku ambil setiap hari memang lalu tempat itu..

Bekerja di Legal House juga meninggalkan kenangan yang cukup banyak dalam hidup aku.. sebab di situ aku mula belajar menjadi tukang cuci yang profesional.. bermula dengan belajar buat 'buffing', teknik mop yang betul, kutip sampah dan buang sampah.. lap meja.. dan macam-macam lagi kerja yang perlu dibuat.. Masa aku mula kerja.. aku dipasangkan dengan seorang adik dalam usia belasan tahun yang sedang buat kursus sijil di bandar.. Dia memang baik dan lembut orangnya.. berbangsa Scottish.. dia banyak tunjuk ajar aku.. Tapi malangnya supervisor aku masa tuh teruk sikit.. merasalah aku kena tempelak dan diperbodohkan.. tapi mungkin sebab aku masih simpan rasa sabar.. aku mampu bertahan lama.. tak lama bekerja di bangunan itu.. aku dipindahkan ke bangunan sebelah legal house kerana aku punya sijil 'disclosure' yang aku buat atas tujuan untuk buat kajian di sekolah-sekolah sekitar scotland.. Sijil ini aku ambil kerana tajuk asal research aku memerlukan aku pergi ke sekolah untuk buat kajian.. tapi sayangnya masuk tahun kedua research aku berubah dan research asal aku itu ditongsampahkan... memandangkan aku ada discolure scotland.. maka melayakkan aku bekerja di bangunan legal house yang merupakan  tempat latihan untuk pengawai undang-undang yang terdiri daripada lawyer, polis dan hakim.. Masa bekerja di sini aku enjoy giler.. sebab aku sorang sahaja cleaner kat situ.. penat jangan cakap.. kejer 3 jam.. tapi rasa macam 6 jam.. tapi aku tetap enjoy... staf pun semua baik2 sahaja.. ramah.. selalu bawak balik kek.. biskut.. atau buah lebihan daripada training hari itu..

Atas pengalaman bekerja di Legal House itulah.. aku memohon bekerja di universiti sebagai tukang cuci.. sebenarnya tidak mudah nak dapat kerja di situ jika tidak ada pengalaman.. tapi kerana aku punya resume yang kuat.. hasil pengalaman aku bekerja sebagai tutor di universiti dan di legal house.. aku dapat masuk ke universiti itu dengan mudah.. dan terus ditempatkan di bangunan utama universiti.. dan level aku adalah level yang menguruskan latihan untuk staf di situ.. Disitulah aku bekerja selama hampir 4 tahun.. Bila mula bekerja di universiti itu.. kami perlu jalani training selama seminggu dan akan diuji.. Aku lulus cemerlang.. dan rekod itu terus aku pegang dengan mendapat 'perfect attendance' selama 3 tahun berturut2... (hahaha.. nie dah nada riak pulak nie...) ala-ala macam khidmat cemerlang lah camtu.. yang mana aku boleh dapat cuti 1 hari tambahan setiap tahun..

Terlalu banyak yang aku belajar dan lalui semasa bekerja sebagai tukang cuci.. in total aku bekerja sebagai tukang cuci adalah 4tahun lebih.. menghampiri 5 tahun.. kalau balik mesia nak jadi tukang cuci pun boleh jek hahaha... tapi terhad untuk tukang cuci di rumah sendiri jelah.. :) Apa juga.. hari ini memang aku rasa sayu.. hari terakhir aku ambil dan pulangkan kunci bernombor 229... hari terakhir aku punch in-out kad kerja bernombor 239.. hari terakhir aku naik ke level 6 staff development services...

Selesai waktu kerja menghampiri ke pukul 9 pagi tadi.. Aku pergi ke level 6 untuk jumpa dengan staf SDS untuk ucapkan goodbye.. mereka beri hadiah untuk aku.. sebuah buku sejarah tentang universiti itu.. coklat.. mug.. pen dan beg.. semuanya dengan label university... kemudian pukul 9.10pg Elaine datang jumpa aku untuk ajak aku turun ke dapur staff untuk minum teh bersama kawan-kawan yang lain... makan kek.. dan terima hadiah sekali lagi.. aku dapat beg berwarna merah berserta dengan dompet dan juga mug... Sedih sudah tentu.. tapi apa juga hidup mesti diteruskan..

Hari ini juga hari terakhir aku jumpa G di department.. Selepas ini aku akan jumpa di KL pada bulan 6 nanti.. InsyAllah Sabtu ini aku akan pulang ke tanahair.. tiket dah aku confirmkan.. so tunggu email esok untuk e-tiket.. pernerbangan melalui London ke Kuala Lumpur selama hampir 13jam... aku tiba lewat petang Ahad hujung minggu ini.. Namun pastinya aku akan datang semula untuk urusan viva tak lama lagi...

 Kek yang mereka beli untuk aku pagi tadi..

 Kunci bernombor 229 yang hampir 4 tahun aku gunakan

Hadiah-hadiah yang aku terima pagi tadi..

10 comments:

ku-cit said...

byknya dpt hadiah...nak sikit...ehehe

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

ku-cit

camna nak bg.. xkan nak kerat sebelah lak ;)..

marinahunny said...

pasti sedih nk tinggal kan semua tu..4 tahun lebih bukan sekejap. kalu ada anak dh boleh masuk tadika..

apa pun realiti kehidupan harus diteruskan.. malaysia adalah realiti nya..

selamat pulang ;)

~mrs azmi~ said...

selamat pulang ke malaysia kak!

sedangkan tempat jatuh lagi dikenang.. nikan pulak tempat bekerja 4 tahun!!

julietchun said...

balik mesia dah boleh bukak syarikat cuci2 services beb.

kueh bakar said...

selmt pulang..

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Marina

:) Thanks

Mrs Azmi

Bukan sekadar tempat bekerja.. tapi juga tempat mencari ilmu ;)

Juliet

Hahaha.. boleh2.. nnti klu aku buka biz.. leh gunakan services aku.. ada special diskaun

kueh

Thanks dik ;)

Zainur said...

Selamat kembali ke tanah air...insyaAllah didoakan semuanya baik2 belaka aamiin

is150 said...

Alhamdulillah, semoga dipermudahkan urusan viva pula. Bukan mudah nak hidup di negara orang.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Iskandar

InsyAllah Amin..
:) tidak mudah tapi tidak mustahil kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...