Friday, 4 March 2011

Kali pertama cuti kerja di tahun 2011 tapi aku rasa tak seronok

Esok pagi aku cuti.. tapi.. aku rasa tak seronok langsung.. ikut hati nak kerja.. dan bangun pkl 5 pagi seperti biasanya.. Wah.. amat berdedikasi aku ini hehehe.. Dah cuti pun mau keje ke..

Sebenarnya bukan apa.. aku ada dateline kena tunjuk ngan SV aku rabu depan.. coding masih banyak kena buat huhuhu.. sepatutnya esok aku plan nak turun melawat kawan aku di belah selatan.. tapi tgk schedule aku yang camnie.. rasanya esok aku bakal melepak di uni hingga lewat petang..

Pakwe aku cuti keje petang.. terfikir nak ajak date makan dinner petang esok.. Selama 4 tahun dah kat sini.. tak pernah sekali pun dia pernah datang ambik aku kat uni... selalunya petang2 bila aku kat uni.. pernah gak berangan nak suruh dia datang ambik aku kat department.. tapi memandangkan petang pun dia keje.. angan-angan tuh simpan jelah.. terpaksalah berjalan kaki meredah sejuk beku pergi tunggu bas.. petang esok.. aku rasa peluang aku nak suruh dia ambik aku buat pertama kalinya.. 4 tahun aku tak pernah sekali pun merasa dia ambik aku dari tempat study aku.. bukan dia tak nak.. tapi masa tak mengizinkan.. masing-masing sibuk dengan urusan kerja dan study.. so petang esok peluang ye.. lepas tuh nak ajak dia pergi dinner date.. gaji dah masuk minggu lepas.. ahhhh masa nielah aku nak suruh dia belanje aku hehehe.. lagik pun boleh aku melepak kat uni lewat petang..  then off pergi makan malam.. tak yah masak.. weekend nanti baru fikir nak masak apa..

Udah 3 tahun tak driving.. tahun pertama tuh aku dah puas drive sana sini... masuk tahun kedua.. driving stereng aku serahkan pada pakwe aku.. balik ari tuh merasalah drive sekejap.. kekok sungguh dah lama tak drive.. kereta baru beli ari tuh pun dia dah sound suh aku test drive.. sebab balik mesia confirm aku kena bawak keta tuh.. dia awal2 dah sound.. keta tuh dia beli untuk aku drive.. dia mmg jarang sangat akan drive keta tuh.. lagik pun automatik gear.. emmm... dah bertahun bawak manual.. camna gaya bawak auto.. hahaha... pernahlah bawak.. memang senang.. tapi aku lebih suka manual sebab dah terbiasa..

Tak lama pun nak balik.. rasa cam terkejar-kejar je dengan masa.. Ada orang yang aku nak jumpa sangat.. yelah mak bapak aku itu tentu.. tapi paling utama sebenarnya aku rindu sangat nak mengajar semula... amat rindu.. dulu kalau aku stress atau tensen dengan pelbagai masalah.. mengajarlah ubat untuk aku lupakan seketika masalah aku.. pernah pada tahun 2005 aku kena fitnah teruk.. masa aku kena itu betul2 sebelum aku masuk kelas.. onthe way masuk ke kuliah.. aku menangis.. sebelum tuh dalam kereta aku dah bergenang airmata.. tapi saat kaki aku melangkah masuk dalam kelas.. terus aku boleh lupa semua masalah aku... itulah aku.. sebab itu walaupun orang tawarkan aku gaji 5 atau 6 angka sekali pun.. pada aku.. aku tak hairan sangat.. sebab awal2 aku masuk bidang ini bukan sebab gaji atau duit yang aku kejar.. tapi kerana mengajar dan mendidik itu adalah minat aku sejak aku di sekolah rendah lagik.. sampai aku masuk sekolah menengah.. rumah aku dulu selalu didatangi kawan-kawan yang minta aku ajar diorg.. tak cukup itu.. ada 2 orang adik kawan aku.. datang rumah aku minta aku ajar diorang maths.. mak aku dulu dah faham sangat.. sebab itu.. mengajar ini natural pada aku..

Dah 4 tahun tak merasa mengajar pelajar dewasa.. tapi aku masih juga mengajar di sekolah malaysia di sini.. sesekali mengajar anak bangsa bahasa melayu.. aku seronok.. mengajar mengeja.. membaca.. membuat ayat.. itu yang selalu aku praktik dalam kelas.. kadang2 rasa sayang juga.. orang yang ada bakat mengajar nie.. kadang2 lebih cenderung pada bidang lain.. Tapi aku.. dah lama aku set dalam kepala aku.. malah masa aku tanya pakwe aku.. sama ada benarkan tak aku kerja lepas aku kawin dengan dia (bab bagi keje nie mak aku suruh tanya.. dia tak nak suami aku tak bagi aku keje lak lepas kawin).. Alhamdullilah dia mmg bagi tapi dia dah letakkan syarat.. dia bagi aku kerja.. tapi kerja itu mestilah mengajar jek.. mean dalam bidang pendidikan.. so aku terima dengan senang hati sebab aku tak pernah terfikir nak kerja IT executive ke.. progammer ke.. web designer ke.. SA ke.. tapi aku dah tetap pendirian mengajar itu yang tetap aku pilih.. sebab apa.. itu adalah kepuasan aku.. seronok tengok anak2 didik dari tidak tahu apa-apa.. di akhir semester tahu dan memperolehi sesuatu.. di situlah kepuasan aku..

Beberapa hari lepas teringat anak-anak didik yang kini bertebaran di serata tempat di tanahair.. rasanya.. kalau aku ke sekolah-sekolah tertentu mesti jumpa diorang kan.. rindu juga da seorang dua student yang dulu memang kepala gila2 dan suka lepak bilik aku.. entah kat mana diorang sekarang nie.. jumpa balik mesti seronok..

Yeah... kena bersemangat nak siapkan keje nie.. Aku mahu pulang tahun ini dengan selesai.. InsyAllah

2 comments:

Kaktiny said...

aku sentiasa doakan kejayaan ko.. pulang dengan success!. Ameen.

Anak bangsa sedang menanti khidmatmu..

pensyarah tu juga kerjaya yg boleh mencipta pangkat dan kuasa..
.... tapi yg paling utama.. kepuasan dan jihad utk menebarkan ilmu kepada si bijak-bijaksana yg bakal memimpin dunia..

sila pulang segera dgn kejayaan dan ilmu di dada ya..

kami menanti kepulangan anda..
:)

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Tiny

InsyAllah... Amin.. thank untuk doa mu yang tak pernah jemu untuk aku.. Thanks again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...