Salam
Tadi masa review traffic ke blog nie.. aku dapati review pasal kecantikan adalah antara review yang paling tinggi ke blog nie.. paling tinggi review pasal restoran ikan bakar di Jeram.
Ok hari ini aku nak sambung pasal review produk Safi Rania Diamond.. Jika sesiapa pernah baca pasal review yang aku buat pasal safi rania gold dan safi perfect 10 (skrg nie safia white trilogy).. kat
sini
Sebenarnya aku dah mula bertukar arah daripada safi rania gold ke safi rania diamond.. Bermula dengan produk safi perfect 10.. akhirnya aku telah beralih arah ke range produk yang lebih advance sikit (bukan sekadar kandungan yang digunakan malah harga pun mahal juga)..
Kenapa aku sekarang stick dengan safi rania diamond? Sebab aku rasa lebih serasi dengan produk tersebut.. dan antara sebab lain lagi... tidak berminyak sangat dan masalah kulit berminyak dan separa kering aku juga dapat diatasi secara langsung..
1- Microdermabransion Cream scrub
Skrub krim dengan kesan yang menyerupai rawatan milkrodermabrasion membantu menyerlahkan kulit halus berseri. Menerusi formulasi NANO DIAMOND DNA TECHNOLOGY dan kuasa manik-manik mikro yang bertindak lebih lembut untuk menanggalkan kotoran yang terperangkap di liang pori dengan berkesan tanpa mencalarkan kulit. (source
http://safi.com.my/skin-care/rania-diamond/scrub.php)
Ini merupakan krim skrub yang paling aku suka pakai. Penggunaan hanya seminggu sekali sahaja. Skrub ini tak keringkan kulit dan kulit muka terasa lebih bersih dan lembap selepas digunakan. Berbeza dengan skrub lain yang pernah aku pakai, selalunya muka akan rasa lebih kering tetapi tidak untuk skrub jenis ini. Tujuan penggunaan skrub nie adalah untuk buang kulit-kulit mati terutama di lapisan dalaman kulit. 1st aku mencuba skrub nie terus jatuh cinta hahaha... selain daripada skrub muka, aku juga gunakan krim ini utk skrub leher dan tangan juga. Selepas gunakan skrub nie pakai lah krim malam safi rania untuk hasil lebih baik. Harga dalam RM20+
2-Serum rawatan intensif
Serum rawatan intensif bertindak sebagai perangsang sel membantu
mempercepatkan proses pemulihan sel, meningkatkan keelastikan kulit dan
melembap secara berterusan. Menerusi formulasi NANO DIAMOND DNA
TECHNOLOGY dan Ceramide 3, kulit lebih halus bermaya, anjal dengan
pengurangan kedutan begitu ketara. (source
http://safi.com.my/skin-care/rania-diamond/serum.php)
Seperti mana range produk safi sebelum ini, aku memang gunakan serum. Serum ini dipakai sebelum memakai krim atau pelembap muka. Aku suka serum ini sebab ianya terasa lebih ringan di muka. Macam tak pakai apa-apa pun. Ia pun lebih cepat menyerap dan tidak berminyak. Jika dibandingkan dengan serum perfect 10 (now white trilogy) dan rania gold , serum ini aku lebih suka. Namun yang selalu buat aku fikir nak beli harganya agak mahal sikit dalam RM50++ berbanding dengan safia rania white trilogy rm 23.90-25.90 atau rania gold rm29.90-32.90. Serum ini jarang ada sales kat guardian huhuhu.. so bayar jelah pejam mata kalau dah sampai turn kena beli juga. Harga yang aku tengok di Guardian RM58.90 (berbeza ikut tempat)
3- Cell repairing renewal cream
Krim pelembap bertekstur ringan dengan rawatan intensif efektif memperbaiki struktur dan tekstur kulit. Menerusi formulasi NANO DIAMOND DNA TECHNOLOGY dan Phyto-ceramide yang bertindak pantas memperbaharui sel untuk kulit yang lebih halus, kedalaman kedutan dikurangkan terutamanya di malam hari dengan berkesan.(source
http://safi.com.my/skin-care/rania-diamond/regeneration-cream.php)
Krim malam nie sekarang menjadi favourite aku.. sejak gunakan krim malam nie.. masalah kulit muka yang kering terutama waktu malam (aku tidur dalam aircon dan aircon memang sentiasa on waktu malam di rumah) menyebabkan aku terpaksa menggunakan krim malam. Sebelum ini aku gunakan krim elizabeth arden tetapi kerana harganya rm100+ terasa mahal pulak nak maintain selalu. Akhirnya aku decide untuk mencuba krim ini. Memang best sebab tidak berminyak langsung dan terasa kulit lebih lembap. Aku dah test krim ini pada kulit muka bff aku, dia mengadu mukanya kering dan mengelupas. Selepas aku sapu krim nie pada muka dia.. terasa kulit muka dia lembap sekata dan bila aku jumpa dia balik baru nie, kulit dia dah tak mengelupas lagi. Harga dalam RM48.90- berbeza ikut kedai ye
4- Age Defying cream SPF27PA++
Krim pelembap siang yang melindungi kulit daripada radikal bebas dan foto-penuaan. Menerusi formulasi NANO DIAMOND DNA TECHNOLOGY dan Carnosine yang merupakan antioksida serta Penapis UV, kulit dilindungi secara efektif di siang hari dengan meneutralkan radikal bebas yang merosakkan kulit, punca tanda penuaan.(source
http://safi.com.my/skin-care/rania-diamond/antiaging-cream.php)
Krim siang nie pun aku suka sebab tidak minyak dan terasa ringan di muka. Jika krim siang safi rania gold terasa sedikit berat dan berminyak, yang ini tidak. So far aku dah pakai botol kedua. Aku suka krim nie sebab SPF27PA++ dan untuk rania gold hanya SPF20PA++ sahaja. Lebih tinggi kandungan SPF untuk elakkan daripada pancaran matahari yang terik. Harga lebih kurang macam krim malam dalam RM48.90++
5- Pencuci muka safi rania diamond (Deep Hydrating cleanser)
Menerusi formula NANO DIAMOND DNA TECHNOLOGY dan Whitenol, ia mambersih dengan lembut sambil memastikan kulit kekal terhidrat di samping menghalang pembentukkan melanin agar tuna kulit lebih sekata.
Pembersih ni aku beli untuk mencubalah. So far not my fav sangat. Aku lebih selesa pakai safi rania gold lembapan mendapan yang jenis guna pam tuh. Pembersih ini ok, cuma aku rasa muka aku lebih kesat dan agak kering sedikit berbanding pembersih raniagold tuh, muka aku lebih terasa lembap dan tidak kering sangat.
6- Cell Youth Booster
Konsentrasi berkuasa yang membangunkan metabolisma sel untuk menentang kedutan, menegangkan kulit kendur dan mengurangkan jeragat seawal aplikasi pertama*. Menerusi formulasi NANO DIAMOND DNA TECHNOLOGY dan Ultra Hyaluronic Acid, kelembapan kulit dikekalkan di samping meningkatkan keelastikan kulit secara berterusan. Booster Peremajaan Sel sebaik-baiknya digunakan bersama Serum Rawatan Intensif. *Peringkat ujian in-vitro ekspresi gen. (source
http://safi.com.my/skin-care/rania-diamond/booster.php)
Krim yang ini aku tak cuba. Ianya untuk kekalkan keremajaan kulit. Mungkin boleh cuba nanti kalau ada budget hahaha.. Memandangkan serum aku pun dah nak habis mungkin minggu ini akan beli krim booster ini sekali. Harga dalam RM50++ dan tengah ada offer di guardian.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
So far.. aku masih setia dengan produk safi.. walaupun di pasaran tuh ada macam-macam produk kecantikan, yang ada collagen.. yang ada serbuk mutiara lah.. yang itu inilah.. aku still setiasa dengan safi so far. Sebabnya??? senang nak beli dan jumpa kat mana-mana pun. Lagipun rasa dah serasi pakai dan harga pun taklah mahal sangat. Banyak juga aku survey produk luar (brand international atau lokal) yang di pasaran, selalunya buat aku turn down nak beli.. harga kebanyakannya menghampiri RM100.. pada aku kalau guna safi boleh beli 2 atau 3 produk yang sama.. dan itu belum lagi berkesan ke tidak.. ikut kulit masing-masing lah kan.. kemudiannya aku jenis malas nak mencuba dan takut nanti kulit muka rosak pulak..
Selain daripada produk kecantikan aku juga ada mencuba produk makanan dalaman seperti jamu, vitamin C dan minuman kesihatan. Buat masa nie aku sedang amalkan minum cuka kurma dan madu setiap pagi dan malam untuk detox toksin. Ini memang bagus sebab amalan rasullulah dan nabi-nabi kita kan..
Satu lagi disebabkan aku bekerja dalam keadaan berdiri yang banyak, sejak dari zaman bujang aku memang selalu sakit kaki terutama betis. Disebabkan itu, pakwe telah memperkenalkan aku dengan 1 produk iaitu lotion halia. Pelbagai jenis lotion halia dah kami cuba tapi yang menjadi kegemaran pakwe aku adalah lotion halia yusmira yang warna merah (paling panas)
Nama je panas.. tapi tak panas mana pun.. dia lebih rasa sejuk sejuk camtu jek.. yang bagusnya kalau perut rasa sebu atau kaki lenguh-lenguh eloklah sapu untuk kurangkan sakit. Pakwe gunakan lotion nie untuk urut kaki aku.. memang bagus sangat dulu kalau pakai kasut rasa kaki tuh macam bengkak semacam jek.. sekarang nie, pakai kasut rasa longgar jek.. dan kalau kerap gunakan memang boleh mengurangkan selulit tau..
Selain daripada stok pati halia nie, aku juga sekarang gunakan lotion halia mustajab yang bau rose, delima atau jasmine. Ini lebih sesuai dipakai untuk ke tempat kerja sebab bau lebih harum dan tidak kuat bau halia. lagipun ianya taklah panas mana pun, lebih pada rasa berangin dan sejuk jek.
So far best pakai lotion nie dan harga pun tak mahal sangat dalam RM24 jek.. Sekarang nie kena buat stok lotion halia nie dalam 2 tiub kat umah.. senang bila badan rasa lenguh-lenguh dan kaki mula rasa macam nak bengkak.. lotion ini selalu jadi bekal masa kecemasan.
Oklah cukuplah pasal review produk kecantikan dan kesihatan nie.. semoga kita makin ceria dan sihat di tahun 2015 nie kan :)