Sunday, 25 May 2014

Seketul ayam kfc di remang-remang senja

Salam

Sudah dua hari ke pejabat dan pulang sekitar maghrib. Kalah bekerja waktu hari biasa. Ini sebab penangan kertas konferan di bandung yang perlu disiapkan sebelum isnin. Esok pula perlu berada di Ipoh untuk konferen antarabangsa. Paksa jugalah diri menyiapkannya walaupun rasa mual memproses data hypothesis sebyk 7. Kalah proses data utk PhD. Xpe setidaknya untuk menyiapkan thesis yg lama gile tak berusik insyAllah.

Tepat pukul 7 aku dah keluar dari pejabat. Separuh jalan terpaksa berpatah balik kerana terlupa nak keluarkan duit untuk persiapan ke Ipoh esok. Minyak kereta pun belum diisi. Selesai urusan keluarkan duit dan buat panggilan dgn rakan tentang waktu bertolak esok. Aku memandu terus ke stesen minyak shell.

Masuk sahaja ke stesen minyak. Aku terlihat pekerja wanita stesen minyak itu sedang berkumpul dan seolah sedang menjamu selera. Terlihat seorang pekerja wanita indonesia memegang pinggan kertas yang mempunyai seketul ayam kfc. Peliknya dia membawa pinggan itu dengan berhati- hati menuju ke kereta aku seolah bersedia utk mengisikan minyak.

Bila kami berselisih, aku bertanya 'untuk saya ke?'. Pertanyaan aku itu dijawab dengan senyuman manis. Lantas aku kira mungkin dia sengaja membawa pinggan itu untuk dia simpan utk dimakan kemudiannya.

Selesai bayar duit untuk isi minyak. Macam biasa aku kembali ke kereta dan melihat adik tadi berdiri di tepi kereta sambil memegang pinggan tadi. Aku lalu buka penutup tempat minyak dan adik tadi terus menyerahkan pinggan tadi kepadaku. Bersungguh dia minta aku ambil pinggan itu. Aku menolak pemberiannya. Dia tetap memaksa aku dan berkata ' hari ini hari lahir saya.. saya nak berikan ini pada kakak' . Tak sampai hati pula nak tolak pemberian orang pada hari lahirnya.  Lalu aku pun terima dan sempatlah aku ucapkan 'selamat hari lahir.. semoga pjg umur dan murah rezeki'. Senyuman adik itu semakin terserlah dan sekali lagi aku ucapkan terima kasih kerana tolong isikan minyak kereta aku.

Baliklah aku dengan seketul ayam kfc di seat sebelah dan bau ayam kfc yg memenuhi ruang udara kereta. Ye rezeki jangan ditolak kan. Tapi peristiwa itu tetap meninggalkan satu kenangan yang unik. Lebih unik 1-kerana aku mmg suka kfc dan 2- bahagian dada adalah fav aku dan 3-aku memang lapar sangat sebab mula menulis dari pukul 12.30tghri hingga pkl 6.30ptg.

Syukur Alhamdullilah.. rezeki di waktu senja..

P/s adakala rezeki dtg dalam keadaan yg tak disangka-sangka kan

3 comments:

my name is ivana said...

Alhamdllh,
Rezeki Allah ada di mana-mana..
Mulianya hati si pemberi, insyaAllah balasan Allah kepada beliau lagi amat besar.

Si dermawan ayam kfc,
Selamat hari lahir,
Semoga Allah memberkati kamu!

Dan selamat berkonferen juga si penulis!

||alis|| said...

Alhamdulillah.

rezeki akak :)

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Ivana

Thanks ye

Alis

Terima kasih ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...