Monday, 19 May 2014

Soul mate dan cinta pandang pertama

Salam

Hari ini aku tidak menyambung kisah ke Jepun buat sementara waktu.. maaf minggu ini agak sibuk menyiapkan full paper untuk seminar ke Bandung.. baru buat pengenalan pun dah 1 hari.. (ye kalau buat academic paper macam tulis blog.. confirm dah siap dah).. Mungkin sahaja kisah kembara ke Jepun akan ambil masa sikit nak update.. sorry ye buat yang menunggu... InsyAllah jika ada kesempatan pasti aku update..

Semasa kembara ke Jepun aku telah disoal tentang kepercayaan wujudnya 'Soulmate' dan ketika dalam perjalanan ke Gunung Fuji - Fujiyama.. aku menyaksikan cinta pandang pertama itu hanya tinggal 'tepuk sebelah tangan sahaja'

Bagaimana nak menyakinkan seseorang bahawa

Adakala cinta itu perlu dicari dan diluahkan.. dan tidak seharusnya menunggu...

Jika kita sukakan seseorang.. perlukah kita diam-diam sahaja.. atau ambil langkah pertama (terutama jika anda seorang wanita).. Mana lebih baik??

Jika kita mulakan langkah pertama itu.. andai tidak mendapat respon yang kita harapkan.. patutkah kita menyesal?


Harap dapat respon dari korang semua... nanti akan aku kisahkan nasihat-nasihat yang kami berikan pada seseorang itu berkaitan cinta pandang pertamanya.. dan kesudahan cinta pandang pertamanya nanti...


Gunung Fujiyama yang dilihat dari jauh ketika dalam bas..
Teruja sungguh bila ternampak puncaknya yang bersalji ini..
Namun dalam perjalanan ke sini..
Aku diperlihatkan dengan sekeping hati yang kecewa lara..

12 comments:

marinahunny said...

Sy ada seorang kwn yg seusia dgn saya. Masih mencari2. Pernah bercinta tp x kesampaian. Bru2 ini dia bgtau dia trjumpa kwn lama masa sekolah. Dan hari2 sms dgn lelaki tu. Dan sy dpt rasakan yg dia sgt gembira. Katanya sering kluar lepak dan bertanyakan khabar hampir stiap masa. Si lelaki tu pon mcm happy je kwn dgn dia. Satu hari dia bertanyakan lelaki tu tntangbhubungan mereka berdua. Ken saya tu mahukan sesuatu yg lebih serius dan xnak sekdar berkawan. Namun si lelaki menolak mentah2 dan hanya ingin sekadar berkawan shj. Bila dia citerkan kpd saya, mng kesian tp lumrah seorang perempuan umur dh nk masuk 34 mesti nk satu perhubungan yg lebih serius tp si lelaki x berpendapat begitu. Dan sy katakan padanya tiada jodoh antara kamu.

||alis|| said...

baru2 ni.. lepas sy percaya pda diri sndiri.. kekuatan hati.. dan kekebalan jiwa utk kebarangkalian direjek (hahaha!) sy ajk sorg ni taaruf. bertiga pastinya. sama 2 org dri pihak sy. atau 2 org dri phak dia.

sy direct je tanya.. meh jumpa.. kita taaruf. haha x sngka beraninya sy yg pemalu meow ni. lol.

statusnya: pending.

tapi kesimpulan dari hubungan ni: tiada apa utk msa depan. mungkin kami ni masing2 cuma tersilang di simpang kehidupan masing2. bertemu kerana Allah. dan tiada jodoh juga kerana Allah. pastinya lebih baik.

owh. rsanya xde plan taaruf. sebab dia ensem sgt. susah hati ai nnti. lelelele ;p

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Marina

Ye adakalanya berani bertanya kena reject. Tapi setidak2nya kita tahu keputusannya walaupun kecewa akibatnya. Kalau kita diam2 tunggu mungkin buang masa shj kan. Mmg itulah kan jawapannya bukan jodoh

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Alis

Wanita zaman skrg nie mmg kena direct je. Suka bgtau tak suka pun bgtau juga.

Tapi lelaki lak ada yg msih fikir kolot sikit (tak semua krg ada lak yg marah) yg rasa bila wanita directly approach dia rasa tercabar atau dia rasa wanita tuh berani sgt. Mungkin jenis ini lebih suka lelaki yg lebih dominan dr wanita.

Takpelah alis klu dia x menyambut huluran perkenalan tuh maksudnya dia xready dan mungkin juga xsudi. So better move on. Life maybe better without him :)

t.a.t.a said...

Saya kenal Adam hampir 11 tahun. Kenal sekadar sebagai rakan berjiran ofis. Saya tak tahu bila perasaan tu timbul. Lama saya pendam perasaan tu. Kerap kali mimpi malam saya ada dia. Mimpi tu macam nak beritahu saya bahawa dia pun ada perasaan pada saya, cuma dia belum mampu nak luahkannya. Bila ada lelaki lain cuba nak masuk dalam hati saya, esok nya mesti saya akan mimpi Adam semula. Seperti nak beritahu bahawa dia masih ada di sini, sila jangan pandai² fikir tentang lelaki lain.

Saya jadi penat. Penat bila malam kita mimpi dia, tapi esok nya bila jumpa dia kita tak boleh nak cakap apa². Kita kena diam dan buat tak tahu sahaja pasal mimpi tu. Pasal perasaan tu. Miserable sangat!!

Baru² ini saya mimpi dia lagi. Saya dah penat sgt acapkali mimpi dia. Minggu lepas saya beranikan diri cerita semua mimpi saya ni pada dia. Di hujung ayat saya kata, "Aku tak kisah pun apa feedback kau pasal perasaan aku ni. Aku tak harapkan apa-apa feedback pun dari kau. Aku harap kau anggap aje aku tak pernah confess apa-apa pada kau. Aku harap kau delete semua sms ni dan anggap ini adalah kisah dari seseorg yang kau tak pernah kenal."

Adam cuma reply, "Ya lah."

Lepas tu bila jumpa dia depan² mmg rasa amat awkward. Dia memang elak sangat dari bertembung dengan saya. Jumpa di parking lot pun dia buat tak nampak aje. Saya tak kisah. Saya sendiri cakap, "Aku tak kisah kalau lepas ni jumpa kau, kita akan rasa janggal. Aku tak kisah kalau kau dah tak nak cakap dengan aku pun. Aku tak kisah semua tu."

Semalam bila berurusan dengan dia pun kami masih lagi janggal. Janggal walaupun memasing cuba buat macam biasa.

So jangan menyesal tentang outputnya kelak. Sebab kadang kala kita akan menyesal sebab tak luahkan pada dia perasaan kita.

zonaku said...

ye, kadangnya lelaki y still kurang terbuka bila perempuan y mulakan langkah.

ini realiti. Mungkin faktor ego lelaki y x dapat terima perempuan y lebih advance.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

t.a.t.a

Akak doakan yang terbaik.. jika dia jodohnya doakanlah moga Allah gerakkan hati dia utk tata..

Tapi agak misteri juga sebab boleh mimpi2.. yelah adakalanya mimpi itu mainan syaitan dan adakalanya mimpi itu juga petanda..

Memang betul walau apa pun outputnya kita kena bersedia.. tapi kebykan lelaki skrg nie bila perempuan too direct diorg pulak jual mahal..

mungkin juga adam tuh ada hati kat ta.. tapi mungkin juga sbb tata dah sound dia gitu dia fikir pjg kot nak mcm dulu.. but if korg masih ok.. kwn jelah mcm biasa

kes ini menyebabkan akak teringat kisah sorg kwn akak.. diapun dulu ada kenal sorg kwn nie.. kenal lama gak dr zaman sekolah dan sekampung.. so satu hari ada org nak masuk minang kwn akak nie.. so kwn akak nie pun soundlah kwn dia tuh.. mcmana hbgan kita nie..kwn tuh sound .. kita kan kawan.. so kwn akak mcm anggap oklah dia hanya anggap kwn je.. so dia pun terimalah pinangan orgtuh.. org tuh dtg pagi.. tup2 petangnya.. kwn tadi tuh dtg minang lak belah petang.. terkejut sungguh ler kwn akak tuh.. sebab bukan dia tak tanya kan..

sometimes lelaki nie.. apa dia ckp dengan apa dia buat selalu tak syncronise... tak yah ckp org lain.. pakwe akak pun sama..kdg2 apa yg dia ucap kat mulut dia tak fikir pjg pun.. atau main sebut jek... kdg2 kena bg hujah atau bebel2 sikit.. barulah dia boleh buat fikiran yg bernas sikit.. kalau tanya dia dan dan tuh.. jgn terkejut dia akan ignore atau belasah jek apa dia rasa dan fikir masa tuh tanpa fikir pro and contra..

akak dah byk buat kes study lelaki macam nie.. trust me.. lelaki nie bila panik.. atau something happen.. kena bg diorg masa sikit.. jgn trus buat conclusion.. sebab sllunya diorg akan nyesal kendian hahaha..

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

zonaku

rasanya kebykan lelaki adalah golongan begini.. diorg rasa tercabar kalau pompuan direct dgn diorg.. tapi dah umur mcm nie.. I dgn ofismate I.. selalu direct jek..malas nak lapik2.. ahaks

t.a.t.a said...

Kak, saya memang tak percaya pada mimpi. Sebab bagi saya mimpi adalah selemah-lemah petunjuk. Even kalau saya solat istikharah, saya jarang dapat mimpi. So bila hari² biasa saya mimpi Adam, saya assume benda tu adalah mainan syaitan. Betapa kuatnya syaitan punya hasutan boleh buat saya tertekan perasaan.


So apa seterusnya kawan akak tu? Dia pilih orang yang datang pinang pagi atau petang. Konon yang petang tu nak buat surprise kot? Tup² dia balik yang tersurprise.

kueh bakar said...

bagitau lah 50 percent dapat.
tak bagitau 100 percent tak dapat.

biasanya kalau bab selepas confess perempuan lebih terbuka..

kueh

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Tata

Dia kwin dgn yg msuk pinang pg tuh. Dah 3org anak dah. Kwn akak ckp bkn jodoh lgpun dia dh tanya dan kwn tuh pun dh bgtau jwpan so no regretlah

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Kueh

Yup akak setuju. Setidaknya kita tahu dr xtahu dan mengharap dlm diam dan mungkin terlepas. Nyesal pun xguna dah

Lelaki mmg xmudah nk ngaku atau ckp trus trg. Even bila nk ckp ajak kwin pun mcm nk xnk ckp ahaks. Dulu pakwe akak pun sama gak. Xpenah phn ckp trus trg nk kwin walaupun date bgi nk rak. Bila akak tanya direct kena marah pulak sbb ingat dia xserius hahaha sbb masa tuh akak selamba jek ckp. Klu xnak kwin xpe i nak blah.. tp bila dh kwi n bila kita confess atau ckp direct mcm terkedu lak. Walhal dia lupa dia yg ajar akak be direct dgn dia.

Xkisahlah walau apapun perangai dia yuh. Akak tetap syg dia hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...