Wednesday, 12 March 2014

Hilang dan tumpang glamour

Salam

Rasanya semua rakyat Malaysia waktu ini sedang berduka.. kehilangan pesawat MH370 masih menjadi tanda tanya semua pihak.. kini dah masuk hari ke 5 kehilangan.. Aku sendiri antara kebanyakan rakyat juga tak senang duduk.. saban hari waktu terjaga.. terfikir.. Syukur Alhamdullilah.. masih diberikan peluang untuk bernafas dan hidup lagi..

Kehilangan ini menyebabkan banyak berita dan spekulasi ditulis dan disebarkan dengan berleluasa.. dengan spekulasi awal kapal selamat mendarat di Nanninglah.. ada org menyamar menjadi anak perempuan salah seorang penumpanglah.. siap letak dlm tweet dan di 'quote' stesen berita.. tup-tup rupanya dia menyamar sahaja.. orang begini memang keji.. tak kena lagi diri sendiri kan... lepas tuh.. ramalan bomoh sedunia.. ditambah lagi dengan berita semlm ada yang dah kata jumpa kat vietnamlah.. kapal terbang terjongket di ekor.. ada yang selamatlah... hinggakan ada 1 blog lagi pulak siap buat ramalan.. akan dijumpa pada hari ke 7 nanti.. semuanya bakal selamatlah.. dan paling mengemparkan pulak hari ini.. ada minah australia pulak yang kata pernah bergambar dan 'berseronok' dgn co-pilot pulak...

Kenapa semua ini?? Sebabnya menumpang glamour.. mahukan publisiti dan ye kini Malaysia menjadi cukup terkenal di seluruh dunia... apa sahaja yang diberitakan.. dengan mudah akan tersebar dan dipercayai.. walaupun telah banyak amaran.. peringatan dan kenyataan dikeluarkan.. namun isu khabar angin ini semakin rancak dan terus popular..  hingga saban hari ada sahaja.. nota.. quote.. print screen.. photo edited.. photo upload.. yang berkisar tentang isu kehilangan ini..

Pada aku.. tiada apa yang boleh kita kata lagi.. sebab buat masa ini.. kapal itu masih hilang.. terpesona dengan temubual TV3 dengan kapten Norudin.. rasanya semua rata-rata terpegun termasuklah pengacara tv tersebut.. dengan jawapan dari kapten tersebut.. Selagi belum jumpa.. kita tak boleh nak dapat jawapan.. mengapa.. dan mengapa... apa juga semua itu ketentuan Allah s.w.t.

Bila mendengar berita ini.. semalam pakwe tetiba bertanya pada aku.. "Bila nak ke Jepun?'"
Aku jawab "InsyAllah 1 hb Mei ini"
"Berapa lama pergi?"
"Seminggu"
Selepas itu aku lihat airmuka dia sedikit berubah.. risau barangkali??

Ye aku tahu buat masa ini semua orang rasa begitu risau dan fobia apabila perjalanan yang dilakukan adalah berkaitan dengan penerbangan.. tapi acapkali juga kita terlupa.. sudah berapa banyak kali kemalangan jiwa yang melibatkan bas.. kereta.. motor.. lori berlaku di jalan raya kita.. tapi.. kita masih lagi yakin dan percaya  menaiki kenderaan tersebut.. apatah lagi kadang dikendalikan oleh diri sendiri.. kadang orang lain.. Bukankah semua itu ketentuan Allah...

Pengalaman pertama aku menaiki kapal terbang adalah pada tahun 2000.. ketika itu.. penerbangan yang aku naiki adalah diantara KLIA-London Heathrow selama 13jam penerbangan.. itulah penerbangan pertama buat aku dan suami.. penerbangan pulak lewat tengah malam sekitar pukul 12.30mlm.. yang lebih menarik.. penerbangan itu adalah pada 11 Oktober 2000.. sebulan selepas peristiwa 11 september 2000.. lapangan terbang heatrow pulak ketika itu baru 2 minggu sahaja dibuka semula untuk penerbangan antarabangsa.. Masih jelas di ingatan aku.. mak berkali-kali menyatakan kerisauan dia.. malah pernah minta aku batalkan sahaja penerbangan dan minta aku sambung belajar di Malaysia sahaja.. aku tidak ada pilihan waktu itu.. tiket telah dibeli.. surat penerimaan tawaran belajar telah diterima.. kuliah pun dah seminggu bermula.. Maka kami terbanglah dengan rasa yang bercampur-campur.. Ketika itu.. kami diberikan tiket kelas Business.. dan pada ketika itu.. hanya kami sahaja pasangan melayu yang ada di kelas tersebut.. seronok kelas business sebab ianya lebih selesa dari kelas ekonomi.. pramugari yang ditugaskan pulak.. kenal baik dengan sepupu aku.. (waktu itu sepupu aku suami-isteri adalah pramugara dan pramugari MAS yang sering mengikuti penerbangan antarabangsa).. maka kami diberikan layan yang cukup baik sekali.. bayangkan perjalanan 13jam tanpa henti.. penat memanglah penat.. tapi apakan daya kena teruskan juga apa yang telah dirancang..

Bila aku nyatakan perjalanan aku ke London ketika itu.. betul2 selepas peristiwa 11 september.. ketika mendarat di Heathrow.. entah berapa banyak jelingan dan pandangan serong yang terpaksa kami lalui dan lihat terhadap kami.. ketika ini sentimen begitu memang jelas.. terlalu banyak peristiwa yang kami hadapi.. teguran dan cacian yang juga pernah aku terima sepanjang setahun hidup di UK ketika itu.. hingga pernah ketika baru sampai.. ada yang menasihatkan untuk aku buka tudung.. demi keselamatan diri.. namun.. yang buat aku begitu yakin adalah.. semasa urusan imigresen di Heathrow... diantara barisan pegawai imigresen itu ada seorang pegawai perempuan muslim yang lengkap bertudung.. seketika aku rasa yakin dan syukur kerana sebelum aku terbang ke sana.. ada yang hingga menasihatkan aku untuk bersedia buka tudung atas urusan keselamatan...

Itu belum lagi kes ditegur oleh pemandu bas.. yang menyangkakan kami dari Afghanistan.. bila aku balas balik dan tanya dia tahukah dimana Malaysia?? tahu kah malaysia itu merupakan negara komanwel.. pernah dijajah oleh british dan ambil hasil buminya.. tercegang2 balik pemandu itu.. dan banyak lagilah peristiwa yang kekal ada dalam ingatan aku..

Buat masa ini.. kita doakan semoga pesawat MH370 akan ditemui.. dan masih selamat.. Andai tidak.. kita semua maklum akan apa yang berlaku selepas itu.. kadangkala bila melihat airmuka keluarga yang hilang itu.. terbayang juga muka mak dan pakwe sendiri andai aku pula yang ada di pesawat itu..

InsyAllah.. akan terbang ke Jepun.. Mei ini.. bukan sahaja pakwe yang mula risau.. malah Mak sendiri pun dah mula tanya pada aku hujung minggu yang lepas... InsyAllah kita serahkan pada Allah s.w.t..

Ketika menunggu flight ke London Heathrow Februari 2012 dalam perjalanan balik ke tanahair..
InsyAllah soon akan kembali ke sana

p/s Beberapa hari ini bila buka FB.. tiap kali ada orang yang pos something yang berita gembira tentang diri masing-masing.. aku rasa orang itu macam tak peka tentang kesedihan orang lain..
Negara sedang berduka.. walaupun life goes on.. but at least be sensitive lah..

9 comments:

t.a.t.a said...

Saya ada baca blog Kevin Zahri. Dia ada cerita pengalaman dia nak balik Malaysia rasanya. Saya pun tak ingat. Masa tu pun some times lepas peristiwa Sept. 11.

Di airport memang checking luggage amat teliti. Bila check jumpa Quran dan 4 keping razor blade, beria pekerja perempuan kat situ menjerit. Dia ingat si Kevin ni terrorist.

Yang bongoknya perempuan tu pun Muslim dan Malaysian kalau tak silap. Dalam blog tu Kevin memang marah. Kenapa rakyat Malaysia yang seagama sendiri yang beria point finger kata dia terrorist.


Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

t.a.t.a

Yup itu baru rakyat malaysia sendiri.. kalau rakyat negara lain.. worst.. paling teruk pengalaman akak.. pernah akak jln dgn pakwe akak.. ada sorg mat saleh nie.. berhenti.. ambik kasut dia tunjuk2.. pastu ludah... sambil pandang akak..

yang best.. akak nampak dia buat camtu.. pastu sengaja akak pandang tempat lain.. buat mcm tak nampak dan buat macam takde kesan.. ternampak dia tersipu2 malu sendiri macam diri sendiri diperbodohkan... org begini kdg buat xtau je.. layan buang masa..

kes kevin zahari tuh... memang melampau...

zonaku said...

manusia.. tapi bagi aku, walau apapun y jadi... life goes on.... biar saja yang arif menjalankan tugas. tugas kita adalah berdoa.

mana mungkin kesedihan mereka, mesti semua rasai. contohnya; saat dunia bersedih, kelahiran bayi tetap sesuatu yang menggembirakan dan layak dikongsi oleh ibubapanya.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

zonaku

yup mungkin perlu dikongsi.. tapi xsemestinya perlu dikongsi secara terbuka dengan semua orang.. kelak adakala akan timbul riak..

Give time a break lah.. sebagai kita hormati org lain.. sebab dalam tuh pun yang membaca juga mungkin mereka yang rapat atau terlibat dgn musibah berkenaan.. give a respectlah sikit..

Lagipun jika station radio dan tv pun boleh berikan laluan untuk hentikan sementara program hiburan untuk berikan laluan untuk kesedihan.. kenapa kita sendiri tak boleh beri laluan yang sama juga.. bukan selama-lamanya pun hanya buat sementara waktu sahaja pun..

Sorry.. pada saya org yg sibuk cerita dia dapat byk duit.. dapat biz itu ini.. pergi sana sini.. makan sedap itu ini.. lebih kepada menunjukkan kehebatan diri..

Rasanya amat tidak sesuai di kongsi waktu ini.. lainlah kalau nak kongsi informasi berguna ada bagusnya juga atau kongsi ilmu.. atau kongsi sesuatu yang bermanafaat adalah lebih berguna..

t.a.t.a said...

Saya setuju dengan akak. Tu pasal saya tak de mood nak update blog. Biar la ia sepi. Sebagai tanda saya juga turut bersedih.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

T.a.t.a

Yup masa utk kita bergabung skrg ni. Bukan xboleh kongsi kegembiraan tp berpada2. Ini ada sesetengah tuh kongsi info psl keluarga dia jln2 atau kongsi psl happiness mereka. Klu bnda tuh ada manafaat dan ilmu xkisahlh. Macam attend bengkel n kongsi ilmu dr situ. Mohon kita doakn utk sesuatu yg baik.. masih ok.

Hakikatnya kita kn semua sebgi rakyat mlysia sedang bersedihkn. Hidup kita ttp teruskn tp do it in silence lah. Doa mmg kita doa but cuba fikir.. setiap hari kita bgn tido sihat bernyawa keluarga kita tahu kita sihat but think about those family.. sedihlah. Even akak yg bakal travel sebln lg hby n mak akak phn dh mula risau.

Semoga mereka dijumpai secepat mungkin kan.. insyAllah..

zonaku said...
This comment has been removed by the author.
zonaku said...

:)
don't dwell too much.

mak juga dah mula nak risau2 sebab dia selalu travel naik flight. but, we all cakap, ini kes terpencil, x berlaku hari2.

lagipun urusan ajal tu rahsia Allah. harapnya dah x ada y sesuka hati buat spekulasi n penyebaran info y x pasti

||alis|| said...

salam kak

pama saya balik dari Beijing on 10mac, sempat jumpa mereka dalam 3 jam sebelum sy ke kl utk flight ke Guangzhou esok harinya.

risau? mmg risau. duduk je seat, rasa neves. bukan kali pertama tapi mungkin kerana situasi buat kita cuak.

partner travel yg duduk sebelah bagitau, dia takut tikus lalu sebelah dia (why tikus? haha entah la dia tuh :P)

to that sy jwb spontan "biar tikus jangan ukraine"

Alhamdulillah selamat smpai tanah air 3pagi semalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...