Wednesday 19 February 2014

Hat Yai di mata aku..

Salam

Seperti mana kebiasaan.. apabila aku pergi ke sesuatu tempat.. biasanya senarai begini sering aku buat.. so terimalah senarai tentang Hat Yai dari pandangan mata aku (bear in mind.. it's just 24 hours stay)

1- Makanan murah- Aku rasa semua tahu.. apabila masuk ke tanah siam.. pastinya semua tahu kos makan kat sini memang murah giler.. sepanjang berada di sana.. kami dibawa ke restoran siam halal.. baik utk sarapan hinggalah ke makan malam.. kami hanya diminta untuk bayar RM150 untuk kos hotel dan makan.. murah giler kan?? Antara yang kami sempat merasa.. tomyam, sup siam, ikan siakap.. dan kami juga makan tengahari di Thaksin Universiti.. Memang best giler makan kat situ.. selain itu juga banyak juga gerai yang menjual udang galah bermula harga dari RM40-20.. memandangkan aku sendiri pun baru balik dari Kuching siap bawak balik 1.5kg udang galah.. so udang galah tuh di pandang sepi jek.. ini pun masih ada 3 ekor udg galah dalam peti ais..

2- Hotel- kos hotel kat sini memang murah.. dan kebanyakan terletak di tengah bandar.. hotel yang kami menginap pulak regency hotel.. rate dalam rm115 lebih kurang semalam.. malah ada banyak lagi hotel dalam rate 40-100++ semalam ikut budget..

3-Barangan kulit, pakaian, beg & etcs- Kami sempat keluar shopping malam di sekitar bandar Hat Yai.. beg tangan kulit boleh dapat sekitar 100++, ada rakan yang membeli beg pack jenama terkenal dalam RM90++ sahaja.. itupun kena tawarlah.. aku sendiri pun dapat beli beg guess dan coach sekitar RM30 sahaja.. of course ler bukan ori.. but it's look like ori gak.. itupun puas tawar2.. beg gues tuh pulak besar boleh masuk file atau kertas bersaiz A4.. aku memang dah ada 4 koleksi beg guess yang ori (beli di UK).. dapat beli yang harga RM29 pun dah rasa murah.. selain itu banyak juga baju dan t shirt yang kami jumpa sekitar harga RM10, sedangkan ada seorang rakan beli baju yang sama kat KL RM30..

4-Perfume oil murah- Biasa kan jumpa perfume jenis roll on.. yang dijual dengan harga RM10 sahaja dengan bauan yang mengikut jenama terkenal... semasa kami di Songhkla... kami singgah makan di sebuah restoran halal berhadapan dengan Prince of Songkla Uni..ada sebuah kedai yang menjual perfume oil.. sebotol perfume oil itu dijual dari harga RM8.90-10.00 mengikut bauan yang dikehendaki.. Aku terjumpa perfume oil dengan bau 'Kenzo'. Perfume iniadalah antara perfume fav aku di UK.. dan ramai rakan-rakan memang suka beli perfume nie... so beli 1 botol hanya RM10 @ TBH100, dan 1 bekas roll on pulak hanya RM1.. masa nie aku fahamlah kenapa orang boleh buat business jual perfume murah macam onedrop atau yang seangkatan dengannya sebab kos beli perfume oil nie memang murah giler.. sebotol perfume oil yang aku beli tuh boleh isi lebih kurang 3-4 botol roll on..

5-Beli beras, beras pulut, kekacang (di Danok)- Apabila kami sampai ke danok.. bas yang membawa kami tuh berhenti di tepi jalan untuk ke kedai membeli beras di situ.. dari pakcik driver sampailah semua staff UUM yang ikut trip tuh turun dan beli beras kat situ.. boleh bayar dengan RM jek.. aku rasa memang kedai tuh dah jadi kedai utama utk orang malaysia beli beras.. sebab kebanyakan diorang memang beli 3-5kg beras siam.. confirm murahlah kan.. idak takkan diorg beli.. so geng yang lain pun ambil peluang beli kacang2, kerepek, pes tomyam dan macam2.. aku pulak hanya beli beras pulut 2kg jek.. nak beli beras siam.. aduhai.. takkan nak angkut bawak naik flight pulak ahaks.. kekacang lain sekadar beli gajus sepeket RM19.. kalau beli di sempadan danok diorg jual dalam RM20.. beza seringgit jelah.. aku tak beli banyak kacang atau kerepek.. belipun yang dijual 3 rm10.. so boleh campur2..

6-Pulut mangga, pulut durian & pulut ayam- 3 benda nie adalah yang biasa kita akan nampak dijual di sekitar Thailand.. aku sempat merasa pulut mangga... wahh sedap sungguh sebab mangga ye memang manis giler.. makan pulak dengan pulut memang sedap giler.. pulut durian tak try sebab dah muak makan durian (aku tinggal di kawasan yang banyak dusun durian.. so dah puas melantak 2 bulan lepas).. cuma aku rasa ralat sebab tak sempat nak try pulut ayam.. mula memang rasa nak beli.. tapi mengenangkan dah nak balik ke changlun.. tuh yang tak jadi beli.. pastu dah balik nyesal pulak sebab teringat2 hehehe... so those yang ke sana cuba-cubalah.. harga sebungkus dalam tbh500 sahaja atau RM5.. standard harga yang sama dijual di KL bak kata kawan aku..

7-Bazaar, pasar terapung, pantai shimla- semua nie tak pergi... terutama kawasan pantai.. sebab sebelum kami masuk ke sana.. pihak UUM dah maklumkan dengan konsulat malaysia di sana.. dan kami dinasihatkan tidak ke kawasan pantai.. kan tengah sibuk bergolak sikit.. so sebab itu tak boleh nak review tempat2 nie sebab memang tak ke sana.. lagi pun agenda utama kami adalah untuk melawat 2 universiti kat situ..

8-Suasana pekan yang selang seli dengan moden dan lama- Disebabkan ini bukan kali pertama aku ke Thailand.. so aku dah boleh agak suasana kedai-kedainya yang masih kekal guna papan.. banyak gerai-gerai tepi jalan.. terutama kalau sebelah malam.. peniaga tepi jalan pulak tak boleh letak meja atau kerusi mereka di kaki lima sebelum pukul 10malam.. after 10.. boleh letak meja kerusi kat situ.. kalau sekitar Hat Yai.. banyak kedai-kedai halal.. kami pun sempat juga duduk minum di tepi jalan.. kawan aku order kelapa bakar dan aku pulak order teh ais jek hahaha.. kelapa bakar-RM3 sahaja.. dan teh ais pun RM2

9-Buah-buahan- kat sini yang famous adalah mangga, buah tempatan dan macam-macam lagi.. selalunya sesiapa yang datang berkereta memang akan borong habislah.. aku tak beli sangat buah-buahan sebab kenangkan camna nak bawak naik flight hehehe.. lagipun kami tinggal semalam lagi.. sebelum balik ke subang next day (aku naik fire fly di subang sky park.. malas nak ke klia jauh lagi & sesak).. memandangkan mak aku pun bakal ke Wang Kelian next week.. so memang takde rasa nak beli apa2 utk diorg kat kg.. masuk kali nie.. mak aku dah 4 kali ke Wang Kelian utk thn 2013-2014.. anak dia? sekali pun tak sampai lagik huhuhu..

10-Orang Thailand- kebanyakan diorang ramah dan mesra.. cuma ada jugalah yang macam kasar sikit (peniaga terutamanya).. but overall ok.. masa meeting di PSU.. yang menarik perhatian aku adalah.. diorang bila masuk ke bilik mesyuarat.. terutama kalau ada orang.. diorang pasti akan berhenti sekejap.. tunduk dan letak tangan di bawah hidung sebagai tanda hormat.. lagi pulak.. bila sampai di tempat duduk.. sekali lagi diorang buat benda yang sama.. dengan org di kiri dan kanan.. this is very interesting.. cara meraka hormat orang.. dan tepat pukul 12 pulak.. akan ada muzik berkumandang.. menandakan waktu makan tengahari.. dan untuk memberi rasa happy dan relak pada mereka.. this happen masa kami makan tengahari di Thaksin Uni.. International officer yang makan bersama kami beritahu...

11-Imigresen Thailand- Sila jangan lupa letak RM1 masa nak chop masuk dan keluar sempadan tuh.. masa aku masuk ikut Surat Thani airport dulu memang takde letak duit pun.. tapi maybe kat sempadan nie benda biasa kot.. so ikutkan dan layan jek.. sambil mengomel2 dalam hati hahaha... :) Once diorg chop.. kita diberikan tempoh sebulan boleh tinggal di Thailand..

p/s Berjalan dengan urusan kerja memang tak dapat nak enjoy sangat.. but InsyAllah will go again on holiday trip ;)

8 comments:

t.a.t.a said...

Bila akak jejak kaki di sana akak dapat rasa beza nya tak yang di sana bukan Malaysia? Atau akak rasa sama aje Malaysia dengan Thai?

julietchun said...

pulut ayam tak pernah dengar lagi.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

t.a.t.a

Rasanya kalau takat persekitaran secara umum tak jauh sangat beza.. cuma kalau pekan n bandar diorg nie masih ada sense of old town gitulah.. jenis deret kedai kayu.. but dari segi kenderaan pengangkutan memang jauh bezalah.. sebab diorg ada tuk tuk n truck.. kat mesia benda2 tuh xde..

harga makanan rasanya jauh beza sangat lah.. dan makanan diorg mmg sedap2.. even buah2an.. pun memahg besar2 dan manis2.. sebabnya?? diorg memang dah ada lama research benda2 nie.. akak aritu tgk dokumentari pasal raja Thailand.. dan now akak faham kena thailand lebih ke depan hasil buah2an dan tanaman sebab raja diorg memang benarkan salah satu istana dia utk dijadikan research utk tingkatkan hasil tanah rakyat dia.. sebab itulah rakya dia syg giler raja dia.. sebab raja dia mmg jenis berjiwa rakyat..

Persekitaran universiti diorg lebih teratur dan jelas nampak studnt uni sebab diorg pakai uniform.. kalau uni kita stud n lecturer kdg nak beza pun susah sebab lebih kurg..

budaya of course ada beza kan.. cara diorg jawab.. cakap.. tanya.. tapi sikap lebih kurg jek mcm org kita sbb akak pernah berkawan 5thn dengan org thailand.. kalau kita ada gosip.. diorg pun 2 kali 5 jek mcm kita.. sikap busybody tuh mmg ada jek..

cuma akak perasan diorg nie tinggi nilai hormat orglah (jenis yang average class.. kalau low class maybe lain).. kalau nak kata hbgan antara org muda dan tua.. kalau diorg jumpa yg tua atau sesama mereka selalu akan tunduk hormat dgn tangan kat bwh hidung.. org kita pulak..kalau yg muda tuh jumpa yg tua akan cium tgn.. so lebih kurg..

akak pernah juga cerita dgn kwn baik akak pasal ciri ini kat org melayu.. klu jumpa org yg tua biasa kita cium tangan.. even klu stud jumpa cikgu pun camtu.. diorg pun bit suprise juga.. sebab diorg setakat tunduk hormat dengan tangan.. tapi kita siap cium tangan.. kalau jumpa geng2 pulak siap cium pipi hehehe

tapi kata kawan akak yg pernah duk kat bangkok selama 3 bln.. dia kata jauh beza lagi kat bangkok sebab sana mmg jem giler dan padat penduduknya.. so mmg looking forward nak ke bangkok.. dan maybe kalau pergi pun akan ajak kwn baik akak tuh kot.. senang sikit ;)

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

juliet..

melambak kat sana.. alah.. masak pulut mcm biasa.. bezanya ada ayam goreng.. bwg goreng dan sos thailand dia.. makan camtu jek..

hari tuh masa ke sana dah lalu tepi gerai tuh.. hati mcm nk beli.. tapi kwn ckp tak yah.. pastu nyesal huhuhu...

||alis|| said...

bestnya cara akak cerita. suka extra ngan n3 ni. hihi. rsa mcm bulan depan nk p hatyai bila baca tulisan akak ni.

acaner ngan bahasa? melayu loghat siam la ye? mmg teringin nk backpacker area sempadan (lepas perth kemarin rsa best plak dok bwk beg beso sebeban, haha!)

n3 akak mmg sesuai buat rujukan. tq :)

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Bahasa lorat melayu kelantan. Mudah nk komunikasi terutama dgn yg muslim. Klu bangsa thai sendiri kena ckp emglish sikit tp ada juga yg pndi ckp.mlyu sikit2.

Akak rasa hat yai tmpt yg convenience nk p sbb dkt ngn sempdn je. Pg utama kos nk ke sana murah hotel.mkm semua dlm rate yg mampu. Aritu akak spend dlm 300++ termasuk hotel mkn n shopping. Klu byk nk nyopping byk lg ler duit kn bwk yp klu setakat kt danok tuh guna rm pun boleh diorg terima je

Akak pun nk p sana lg kli ni ml bwk pakwe akak. Dah 3kali akak travel klur mlysia dia xikut. So rasa berhutg pulk kn bwk dia.

Eloklh plan cuti2 mesia ni. Lgpun seng nk p. Klu xnk drive leh naik train dr kl trusbp hat yai

t.a.t.a said...

serius kak panjang nya reply. komen saya ceketot aje. hahaha.

t.a.t.a said...

Oh saya tahu, soalan saya memerlukan penerangan yang panjang kan? Cuma saya tak letak aje sambungan sila huraikan di hujung soalan itu. Hehehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...