Tuesday 18 February 2014

24 jam di Hat Yai

Salam

Hari ini hari pertama kelas.. dan suara aku dah mula serak.. huhuhu... lusa ada baki lagi 2 kelas.. lama dah tak bercakap lama hingga 2 jam.. apa pun aku masih enjoy kerja macam biasa.

Lama dah tak update blog.. last 2 week aku agak sibuk.. hampir 5 hari ke Kedah urusan bengkel dengan beberapa wakil dari uni yang lain.. dan sempat melangkah ke sempadan siam (Thailand- Hat Yai) untuk lawatan ke 2 buah universiti kat sana.. kiranya.. termasuk lawatan tuh.. dah 3 buah universiti di Thailand yang aku dah pernah lawati.. uni yang pertama di daerah Nakhon Si Thammarat tempat kawan baik aku Nuch bekerja.. dan 2 lagi universiti semasa lawatan minggu lepas..

Semasa ke 2 buah uni di Hat Yai.. aku perhatikan semua pelajarnya memakai pakaian uniform putih dan hitam.. sama ada berbaju kemeja putih dan berseluar bagi lelaki manakala untuk perempuan hanya dibolehkan memakai baju kemeja putih dan skrit hitam pendek untuk bukan muslim dan labuh/panjang untuk yang muslim..

Seperti mana yang dinyatakan oleh kawan baik aku Nuch dulu.. kebanyakan universiti di Thailand.. pelajar atau staf wanitanya dikehendaki untuk memakai skrit apabila ada urusan rasmi/formal seperti ke kelas atau pejabat.. dan dilarang memakai seluar untuk majlis yang rasmi..

Hingga untuk ke pejabat di Malaysia dimana-mana jabatan kerajaan juga suatu ketika dahulu memakai seluar juga adalah dilarang untuk urusan rasmi.. hanya sejak kebelakangan ini sekitar tahun lepas ada memo yang membenarkan kakitangan wanita memakai seluar.. itupun terhad pada berjenis suit sahaja..

Pengalaman di Hat Yai walaupun hanya 24jam sahaja.. sedikit sebanyak dapat berikan gambaran jelas tentang suasana kehidupan di sana.. dapat jugalah menikmati kembali.. pulut mangga.. 1st makan pun dulu di Surat Thani.. kini kali kedua di Hat Yai.. kalau di sebelah Kedah atau kelantan mungkin mudah jumpa.. dan baru ini aku dapat tahu sekitar Kg Baru pun ada menjual pulut mangga...

Apa yang menarik di Hat Yai.. aku rasa makanannya yang murah dan pelbagai... ramai juga rakan-rakan yang singgah membeli Beras hingga 3-5kg di Danok... dan juga jajan (kepek2.. kekacang.. pes tomyam) dan tidak ketinggalan membeli jersi yang berupa original dalam range harga RM30++.. Memandangkan kami masuk ke Thailand menaiki bas UUM.. so urusan keluar masuk sempadan senang sangat ;)

Sempat jugalah membeli 3 bungkus daun kaduk dengan adunan sos yang dibungkus elok.. adunan sos itu mengandungi.. bawang merah, cili padi, udang kering, kacang tanah, potongan lemon berbentuk dadu dan sos manis.. Kata kawan aku.. tumbuk semua bahan itu.. campur dengan sos manis.. adunan tadi sapukan pada daun kaduk.. dan lipat macam nak makan daun sirih.. rasanya.. pahit manis masam... disebabkan aku tumbuk semua cili padi yang ada.. maka berpinar kejap mata menahan rasa pedas dari sos itu.. bersama itu juga dibekalkan dengan kelapa parut yang disira dengan gula melaka.. masih ada baki 2 bungkus lagi di rumah..

Image dari blog Mat Gebu

Boleh rujuk sini untuk resepinya.. http://www.tiffinbiru.com/2008/08/sawaadeekappp.html

Rasa tak puas berada di Hat Yai... mungkin akan ke sana lagi sebab masih banyak tempat yang tidak dikunjungi... Apa pun.. 24jam di Hat Yai cukup bermakna untuk aku... Best!!! InsyAllah akan ke sana lagi nanti..

 Salah satu kelas lukisan di Prince Songkla Universiti..



Air minuman berjenama 'Chang' yang popular di Thailand..

Gambar di sekitar bandar Hat Yai??
Ada tapi di kamera satu lagi..
Belum upload ke notebook yeah..

4 comments:

marinahunny said...

Ban mknan paling best hahahaha

t.a.t.a said...

kalau Malaysia wajibkan pelajar uni pakai uniform, macam mana agaknya penerimaan rakyat?



oo patut pun akak sonyap yo. pi outstation rope nye.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Mkn kt thailand mmg superb

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Klu diorg pki uniform jd budak sekolah blik ler. Time tuh srng nk tau mn stud mn lecturer

Outstation last minute dpt p hatyai sekali tuh yg lyn juga lah ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...