Salam
Seperti mana kebiasaan.. apabila aku pergi ke sesuatu tempat.. biasanya senarai begini sering aku buat.. so terimalah senarai tentang Hat Yai dari pandangan mata aku (bear in mind.. it's just 24 hours stay)
1-
Makanan murah- Aku rasa semua tahu.. apabila masuk ke tanah siam.. pastinya semua tahu kos makan kat sini memang murah giler.. sepanjang berada di sana.. kami dibawa ke restoran siam halal.. baik utk sarapan hinggalah ke makan malam.. kami hanya diminta untuk bayar RM150 untuk kos hotel dan makan.. murah giler kan?? Antara yang kami sempat merasa.. tomyam, sup siam, ikan siakap.. dan kami juga makan tengahari di Thaksin Universiti.. Memang best giler makan kat situ.. selain itu juga banyak juga gerai yang menjual udang galah bermula harga dari RM40-20.. memandangkan aku sendiri pun baru balik dari Kuching siap bawak balik 1.5kg udang galah.. so udang galah tuh di pandang sepi jek.. ini pun masih ada 3 ekor udg galah dalam peti ais..
2-
Hotel- kos hotel kat sini memang murah.. dan kebanyakan terletak di tengah bandar.. hotel yang kami menginap pulak regency hotel.. rate dalam rm115 lebih kurang semalam.. malah ada banyak lagi hotel dalam rate 40-100++ semalam ikut budget..
3-
Barangan kulit, pakaian, beg & etcs- Kami sempat keluar shopping malam di sekitar bandar Hat Yai.. beg tangan kulit boleh dapat sekitar 100++, ada rakan yang membeli beg pack jenama terkenal dalam RM90++ sahaja.. itupun kena tawarlah.. aku sendiri pun dapat beli beg guess dan coach sekitar RM30 sahaja.. of course ler bukan ori.. but it's look like ori gak.. itupun puas tawar2.. beg gues tuh pulak besar boleh masuk file atau kertas bersaiz A4.. aku memang dah ada 4 koleksi beg guess yang ori (beli di UK).. dapat beli yang harga RM29 pun dah rasa murah.. selain itu banyak juga baju dan t shirt yang kami jumpa sekitar harga RM10, sedangkan ada seorang rakan beli baju yang sama kat KL RM30..
4-
Perfume oil murah- Biasa kan jumpa perfume jenis roll on.. yang dijual dengan harga RM10 sahaja dengan bauan yang mengikut jenama terkenal... semasa kami di Songhkla... kami singgah makan di sebuah restoran halal berhadapan dengan Prince of Songkla Uni..ada sebuah kedai yang menjual perfume oil.. sebotol perfume oil itu dijual dari harga RM8.90-10.00 mengikut bauan yang dikehendaki.. Aku terjumpa perfume oil dengan bau 'Kenzo'. Perfume iniadalah antara perfume fav aku di UK.. dan ramai rakan-rakan memang suka beli perfume nie... so beli 1 botol hanya RM10 @ TBH100, dan 1 bekas roll on pulak hanya RM1.. masa nie aku fahamlah kenapa orang boleh buat business jual perfume murah macam onedrop atau yang seangkatan dengannya sebab kos beli perfume oil nie memang murah giler.. sebotol perfume oil yang aku beli tuh boleh isi lebih kurang 3-4 botol roll on..
5-
Beli beras, beras pulut, kekacang (di Danok)- Apabila kami sampai ke danok.. bas yang membawa kami tuh berhenti di tepi jalan untuk ke kedai membeli beras di situ.. dari pakcik driver sampailah semua staff UUM yang ikut trip tuh turun dan beli beras kat situ.. boleh bayar dengan RM jek.. aku rasa memang kedai tuh dah jadi kedai utama utk orang malaysia beli beras.. sebab kebanyakan diorang memang beli 3-5kg beras siam.. confirm murahlah kan.. idak takkan diorg beli.. so geng yang lain pun ambil peluang beli kacang2, kerepek, pes tomyam dan macam2.. aku pulak hanya beli beras pulut 2kg jek.. nak beli beras siam.. aduhai.. takkan nak angkut bawak naik flight pulak ahaks.. kekacang lain sekadar beli gajus sepeket RM19.. kalau beli di sempadan danok diorg jual dalam RM20.. beza seringgit jelah.. aku tak beli banyak kacang atau kerepek.. belipun yang dijual 3 rm10.. so boleh campur2..
6-
Pulut mangga, pulut durian & pulut ayam- 3 benda nie adalah yang biasa kita akan nampak dijual di sekitar Thailand.. aku sempat merasa pulut mangga... wahh sedap sungguh sebab mangga ye memang manis giler.. makan pulak dengan pulut memang sedap giler.. pulut durian tak try sebab dah muak makan durian (aku tinggal di kawasan yang banyak dusun durian.. so dah puas melantak 2 bulan lepas).. cuma aku rasa ralat sebab tak sempat nak try pulut ayam.. mula memang rasa nak beli.. tapi mengenangkan dah nak balik ke changlun.. tuh yang tak jadi beli.. pastu dah balik nyesal pulak sebab teringat2 hehehe... so those yang ke sana cuba-cubalah.. harga sebungkus dalam tbh500 sahaja atau RM5.. standard harga yang sama dijual di KL bak kata kawan aku..
7-
Bazaar, pasar terapung, pantai shimla- semua nie tak pergi... terutama kawasan pantai.. sebab sebelum kami masuk ke sana.. pihak UUM dah maklumkan dengan konsulat malaysia di sana.. dan kami dinasihatkan tidak ke kawasan pantai.. kan tengah sibuk bergolak sikit.. so sebab itu tak boleh nak review tempat2 nie sebab memang tak ke sana.. lagi pun agenda utama kami adalah untuk melawat 2 universiti kat situ..
8-
Suasana pekan yang selang seli dengan moden dan lama- Disebabkan ini bukan kali pertama aku ke Thailand.. so aku dah boleh agak suasana kedai-kedainya yang masih kekal guna papan.. banyak gerai-gerai tepi jalan.. terutama kalau sebelah malam.. peniaga tepi jalan pulak tak boleh letak meja atau kerusi mereka di kaki lima sebelum pukul 10malam.. after 10.. boleh letak meja kerusi kat situ.. kalau sekitar Hat Yai.. banyak kedai-kedai halal.. kami pun sempat juga duduk minum di tepi jalan.. kawan aku order kelapa bakar dan aku pulak order teh ais jek hahaha.. kelapa bakar-RM3 sahaja.. dan teh ais pun RM2
9-
Buah-buahan- kat sini yang famous adalah mangga, buah tempatan dan macam-macam lagi.. selalunya sesiapa yang datang berkereta memang akan borong habislah.. aku tak beli sangat buah-buahan sebab kenangkan camna nak bawak naik flight hehehe.. lagipun kami tinggal semalam lagi.. sebelum balik ke subang next day (aku naik fire fly di subang sky park.. malas nak ke klia jauh lagi & sesak).. memandangkan mak aku pun bakal ke Wang Kelian next week.. so memang takde rasa nak beli apa2 utk diorg kat kg.. masuk kali nie.. mak aku dah 4 kali ke Wang Kelian utk thn 2013-2014.. anak dia? sekali pun tak sampai lagik huhuhu..
10-
Orang Thailand- kebanyakan diorang ramah dan mesra.. cuma ada jugalah yang macam kasar sikit (peniaga terutamanya).. but overall ok.. masa meeting di PSU.. yang menarik perhatian aku adalah.. diorang bila masuk ke bilik mesyuarat.. terutama kalau ada orang.. diorang pasti akan berhenti sekejap.. tunduk dan letak tangan di bawah hidung sebagai tanda hormat.. lagi pulak.. bila sampai di tempat duduk.. sekali lagi diorang buat benda yang sama.. dengan org di kiri dan kanan.. this is very interesting.. cara meraka hormat orang.. dan tepat pukul 12 pulak.. akan ada muzik berkumandang.. menandakan waktu makan tengahari.. dan untuk memberi rasa happy dan relak pada mereka.. this happen masa kami makan tengahari di Thaksin Uni.. International officer yang makan bersama kami beritahu...
11-
Imigresen Thailand- Sila jangan lupa letak RM1 masa nak chop masuk dan keluar sempadan tuh.. masa aku masuk ikut Surat Thani airport dulu memang takde letak duit pun.. tapi maybe kat sempadan nie benda biasa kot.. so ikutkan dan layan jek.. sambil mengomel2 dalam hati hahaha... :) Once diorg chop.. kita diberikan tempoh sebulan boleh tinggal di Thailand..
p/s Berjalan dengan urusan kerja memang tak dapat nak enjoy sangat.. but InsyAllah will go again on holiday trip ;)