Salam Tengahari Jumaat
Hampir setiap minggu aku menghitung hari.. menghitung kehilangan.. memeriksa hati dan perasaan.. berfikir dan terus berfikir... adakah apa yang aku lakukan itu wajar atau tidak... Namun apa juga yang fikiran dan hati katakan.. aku tetap tidak berganjak daripada keputusan itu.. sebabnya.. Aku lakukan untuk kebaikan bersama... itu sahaja alasan yang ada... dan sudah tentu sebab rasa yang sentiasa ada dan tetap ada dalam jiwa.. its has been there before.. and it will always stay there...
Sukar sebenarnya... tapi aku rasa lebih cool sekarang ini... teruskan hidup.. teruskan kesibukan dengan kerja.. keluarga.. peribadi... Sesekali.. rasa rindu pasti mengetuk pintu hati.. but I have to stay strong... sedikit pun rasa kesal tidak ada... aku rasa itu yang terbaik... aku redha... walaupun bukan mudah untuk berbuat sedemikian...
Bersahabat begitulah... sukar sebenarnya bila kita terpaksa akur bahawa satu hari kita terpaksa kehilangan sebuah persahabatan.. ada hubungan yang kadang kita terpaksa hentikan.. dan adakala terpisah tanpa sebab.. ada juga hubungan lama yang dulu terpisah.. selisih faham.. dan takdir Allah.. aku jejak balik dia semasa ke kuala terengganu baru-baru ini... walaupun aku pernah kata bahawa aku tidak mungkin bermesra baik seperti dulu.. tapi siapa sangka.. akhirnya aku pula yang menurut dan mencarinya di sana... kami kembali menjadi sahabat... sekeras-keras hati aku dulu... akhirnya aku mengalah juga kan... dah tua kot... malas dah nak marah-marah lagi... hahaha...
Namun tidak semua hubungan aku rasa akan aku cari kembali penyambungnya... ada sesetengahnya aku masih belum bersedia untuk membuka pintu hati kerana apa yang telah dia lakukan amatlah 'melukakan hati'.. ada perkataan yang hingga kini aku takkan lupakan sampai bila-bila dan masih aku pegang lagi... mendapat teksnya yang memohon kemaafan.. hati aku keras... lebih baik aku diam dan tidak perlu kata apa-apa... that my stand...
Wahai sahabat... setiap kita pasti mahukan persahabatan yang jujur dan ikhlas.. setiap kita pasti mahu menjadi sahabat yang baik.. yang memahami.. yang sentiasa ada 'shoulder to cry on'.. tapi kadangkala bila kita sudah terlalu lama bersahabat kita kadang lupa.. hati juga perlu dijaga.. mulut juga perlu hati-hati bila berbicara... jangan terlalu pentingkan diri sendiri terutama bila kita tahu sahabat kita mungkin jenis tidak kisah.. jenis ok... jenis selamba.. jenis cool... Ingatlah dia juga ada hati dan perasaan.. mungkin dia tidak meluahkan tapi.. dia simpan dalam hati... adakala... bila terlalu banyak yang disimpan dan tidak lagi mampu menahan rasa hati.. bila hatinya menjadi keras.. kau kata dia terlalu emosi.. kau kata dia tidak faham.. sedangkan sejak awal.. kau juga beremosi dan dia pula sentiasa cuba faham emosi mu..
Jika kita mahu orang menjaga hati kita dengan sebaiknya... jadilah orang yang menjaga hati kawan pada masa yang sama.. Respek... itu sahaja...
p/s Setiap kita pasti berubah.. tapi berubahlah menuju kematangan dan bukan sebab rasa hati semata-mata
No comments:
Post a Comment