Sambungan travel ke Bangkok..
Selepas mendaftar di kaunter pendaftaran 'White Orchid River Cruise' di River City Shopping Complex.. Kami di bawa ke tempat untuk menunggu.. Sementara itu terdapat seorang gadis berpakaian traditional Thai memakaikan kami bunga orchid berwarna ungu dan meletakkan pelekat 'White Orchid River Cruise' di dada kami.. Sementara itu kami disuruh bergambar dengan gadis tersebut... mulanya kami layan... rupanya di akhir cruise kami.. mereka akan menjual gambar tersebut kepada kami.. (tak beli pun.. hahaha)
Sebenarnya aku yang telah mencadangkan kepada Nuch untuk makan malam gaya romantik sambil menyusuri sungai ini.. Nuch telah mencadangkan beberapa syarikat yang membuat cruise dinner seperti ini dan akhirnya memilih syarikat 'White Orchid' memandangkan ada promosi untuk 750 TB seorang dan terdapat pilihan makanan seafood...
http://www.thairivercruise.com/index.php?tpid=0198
Tidak lama menunggu kapal yang akan membawa kami makan di river cruise sampai.. ramailah orang yang mula beratur dan sedikit berebut-rebut...
Kapal yang akan membawa kami menyusuri sungai Chao Phraya sambil menikmati makan malam romantik
Selepas menunjukkan tiket kami.. dan nombor tempat duduk.. kami pun bergerak masuk ke dalam kapal berkenaan... Tempat duduk kami adalah di luar.. di bahagian dek hadapan yang terbuka.. kononnya nak romantik hahaha... lepas tuh rasa menyesal pulak.. sebab tempat buffet di bahagian dalam kapal dan kami perlu bergerak jauh sedikit untuk mengambil makanan... terdapat juga persembahan tarian di bahagian dalam.. memandangkan kami duduk di luar.. tengok dari jauhlah jelah... tapi.. kami tetap enjoy makan malam kami... dengan angin sempoi-sempoi malam.. pengalaman itu memang yang best kami lalui..
Tiada makanan yang halal disediakan sebenarnya.. tapi aku hanya mengambil yang berjenis vegetarian dan noodle sahaja .. lagipun aku ada Nuch yang turut membantu aku bertanya kepada tukang masak di situ... so yang mana jelas adalah ayam dan daging memang tak makan lah.. aku banyak makan padThai.. nasi putih dengan sayur dan kentang.. udang.. dan buah-buahan sahaja... selain aku terdapat juga 2 keluarga dari malaysia dan beberapa keluarga dari negara arab di situ..
Nuch telah memilih tempat duduk kami di bahagian dek luar.. yang terbuka.. ramai juga yang memilih tempat duduk di bahagian ini..
Walaupun di tengah-tengah sungai.. kami masih boleh berinternet..
dan aku sempat membuat panggilan telefon ke Malaysia waktu ini..
Tempat di belakang Nuch di dalam gambar ini.. selepas selesai makan malam.. ramai yang datang dah berdiri di situ.. kami rasa sedikit terganggu sebab ada dia antara mereka yang merokok.. ketika ini juga kapal dipandu dengan agak laju dan kain lapik meja hampir diterbangkan angin hahaha... apa pun kami relak dan seronok kerana dapat menikmati pemandangan lampu waktu malam... Sempat aku berpesan pada Nuch.. lepas nie boleh bawa boyfriend dating romantik begini.. Dia gelak sahaja mendengar usikan aku...
Selepas selesai makan malam.. destinasi kami seterusnya adalah untuk pulang ke hotel.. memandangkan kami tadi datang dengan teksi.. maka untuk balik.. kami memikirkan untuk mengambil teksi juga.. malangnya semua teksi yang Nuch tanya memberitahu mereka tidak ke sana..hampir 3 4 buah teksi juga yang kami tahan... hampa... akhirnya kami berjalan ke jalan utama... mulanya aku mencadangkan kami naik tuk-tuk sahaja... Nuch tidak percaya sangat... tapi akhirnya selepas sukar mendapatkan teksi... Nuch mengambil keputusan untuk kami naik tuk-tuk dan memintanya menghantar kami ke stesen keretapi yang terdekat...
Bayarannya tidaklah mahal.. (sorry dah lupa berapa huhuhu)... dan akhirnya kami selamat menaiki train dari Stesen Thaksin balik ke stesen Ramkhamhaeng..
Tuk-tuk yang kami naiki ke stesen keretapi terdekat...
Bunga Orkid yang kami pakai untuk makan malam di kapal White Orchid..
Kad itu adalah kad train kami balik ke hotel
Malam itu kami tidur dengan nyenyaknya... sebab masing-masing dah keletihan seharian berjalan..
Esok kami akan ke Ayuthya menaiki train ke sana...
Bangkok Day 1 (Part 1)